Bayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk para pembaca FS. Terima kasih kepada Admin kalau cerita ni dipublish. Annie adalah nama samaran aku dan ini adalah cerita aku.

Aku belajar di sebuah universiti bahagian utara Malaysia, yang majoritinya memang ramai kaum adam di situ. Tapi kebelakangan ini, ramai je kaum hawa, nak katanya, kami pun pandai bab-bab engine ni tau. Okay, that’s the clue.

Aku ni daripada selatan tanah air, memang pengorbanan aku agak tinggilah memandangkan aku sanggup berjauhan dengan keluarga tercinta demi mencari ilmu.

Then, this one fine night, I had to teman kawan aku pergi meeting dia sebab masa tu almost 11:30 PM dah. Dia memang seorang yang sangat penakut. Aku pun dengan hati yang sedikit berat, pergilah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang member yang baik. But the thing is, tempat yang kawan aku nak meeting tu is a ‘hot’ place for benda-benda halus tu.

Okay, let me describe the place, tempat tu macam dewan tau, tapi dalam dia ada kelas-kelas untuk budak luar tuisyen. Memang kat situ ada budak luar datang tuisyen, biasanya anak-anak staf lah.

Tapi apa yang ditakuti oleh para mahasiswa di kampus tu adalah keadaan depan dewan tu pada malam hari, aku tak tahulah kenapa pihak uni aku tak nak melabur duit untuk letak lamp post depan dewan tu. Kalau korang lalu, korang punya bayang pun tak nampak, that is how dark that place was.

At that time, kenapa aku kena teman kawan aku sebab ahli-ahli yang sepatutnya meeting sekali dengan dia semua dah sampai. Dia takut nak lalu sorang-sorang sepanjang perjalanan ke dewan.

Back to the story, aku nak hantar kawan aku, nama dia Han. Kenapa diorang nak buat meeting kat tempat tu, you should ask them. Aku pun tak tertanya lagi si Han tu. Anyway, aku hantar Han naik kereta senior (kiranya aku pinjam kereta tu). Kawan aku lagi seorang, Pin pun ikut juga teman aku hantar Han. Perjalanan pergi ke dewan tu smooth je, kami pun tak rasa apa-apa pun just talking about assignment and stuff. Pin bawak kereta, aku duduk dekat depan and kawan aku duduk seat belakang. Bila dah sampai depan dewan, si Han ni suruh teman dia sampai dalam dewan tempat dia meeting.

Aku dengan Pin mula-mula marah jugalah dekat Han, awatlah penakut sangat. Memandangkan Han ni memang perangai dia penakut abadi, kami escort dia sampai dekat one of the class dalam dewan tempat dia meeting.

Tapi kami buka lampu kereta tu suluh kat dewan pintu entrance dewan tu. Jalan punya jalan sampailah kat kelas tu. Kami tunggu sampai Han masuk kelas kami pun blah lah. Takkan nak tunggu ‘dia’ keluar depan mata kan?

On the way nak keluar bertemankan lampu kereta yang dibuka kat luar dewan yang samar-samar tu, tiba-tiba aku rasa diperhatikan dari satu sudut dalam dewan tu. Sudut tu gelap seolah-olah dia mengajak aku untuk pergi ke arah dia. Pin ni pun pelik sebab aku brek emergency. Pin nampak aku pelik agaknya, dia pun tarik tangan aku sambil cakap,
“Kenapalah aku bodoh sangat ajak kau, kau ni dahlah sense terlebih-lebih!”

Aku yang macam kena hypnotize tadi terdengar dia cakap macam tu terus pukul tangan dia. “Kau jangan macam-macam ea! Aku okay je lah,” aku balas pada dia sambil mengalihkan pandangan daripada sudut tadi. Dalam hati aku still rasa macam tak kena, something will happen.

Pin terus masukkan aku dalam kereta, tutup pintu aku, dan menuju ke arah tempat driver. Dia baca Bismillah dan start kereta. Tak boleh. Pin start lagi. Tak boleh.

“Ah, sudah!”Tiba-tiba aku bersuara.

“Kita tunggu jap 10 minit, nanti kita try lagi,”  Pin bagitahu aku setelah cuba hidupkan enjin untuk kali ke 6 tapi gagal.

Mata aku ni degil melilau dekat depan dewan tu. Lain sungguh keadaan dewan tu masa pagi dan malam. Lampu kereta yang dibuka menyuluh ke arah bahagian depan dewan membantu mata aku untuk melihat struktur dewan tersebut.

Zaapppppp!

Ada satu bayang lalu pada tingkap dewan sebelah kiri. Aku terus tutup mata dan istighfar. Pin perasan keadaan aku terus membuka selawat mp3 dalam telefon bimbitnya. Kalau korang nak tahu, selawat Badariyyah. Nanti dengarlah dalam Youtube.

Okay, takpe, keadaan jadi tenang sekejap daripada tadi d***h aku berderau nampak bayang yang tak diundang tu. Pin menghidupkan enjin kereta tapi tak boleh juga. Aku decide untuk telefon roommate aku untuk datang jemput kami depan dewan.

“Assamualaikum Tie. Tolong datang depan dewan sekarang. Kereta aku m**i ni wey, tak tahu nak balik naik apa.”

“Haa? Dewan? Kau buat apa depan tu? Haaa kejap, lima minit aku sampai.”

Lega sikit aku dengar Tie boleh jemput kami masa tu. Lepas aku putuskan panggilan tu, keadaan jadi sunyi balik. Kedengaran hanya bunyi selawat Badariyyah daripada telefon Pin je. Aku tengok Pin toleh ke kiri ke kanan melilau ke arah dewan. Aku pun menoleh ke arah tingkap tadi.

Korang tahu tak apa aku nampak?
Ada satu lembaga, aku tak tahu jantina dia apa, berdiri daripada dalam dewan pandang straight ke arah kami.

Aku terkaku masa terpandang benda tu. Nak baca-baca pun aku tak ingat apa-apa dah masa tu. Sumpah blank plus ketakutan plus terfikir yang Pin nampak tak apa yang aku nampak. Selawat badariyyah yang kedengaran tu, aku try ikut perlahan lahan nak halau benda tu. Tapi, MasyaAllah!
Aku terdengar ada suara halus ikut sekali selawat. Suara tak ikut keseluruhan selawat tu, ada part dia ikut ada part dia tak ikut. Masa tu aku pegang tangan Pin dan tanya dia,
“Tie lambat lagi ke Pin?”

“Entahlah Nie. Aku dahlah seram ni. Kau ni tangan sejuk ni kenapa?”

“Pin, jom keluar kereta kita tunggu Tie dekat depan tu,” ajak aku.

Aku kumpulkan semua tenaga untuk pergi dari situ walaupun suara halus tadi masih lagi kedengaran. Pin keluar dulu, lepas tu dia pergi ke arah pintu aku, dia buka then tarik aku keluar. Dia seolah-olah tahu apa yang aku sedang lalui ketika tu.

Baru selangkah kami berjalan, Tie pun sampai dengan kereta kancilnya.
“Hampa, awat dengan kereta?”

“Entahlah Tie. Esoklah kita tengok kereta tu,” Pin balas pertanyaan Tie sambil heret aku masuk kereta.

Sampai jer dekat bilik, Pin suruh aku ambil wudhu dan minum air suam. Dia ada baca-baca something tapi aku macam lemah pun ada, tak mampu nak cakap apa-apa aku terus minum dan tertidur.

Esoknya, barulah aku rasa okay sikit. Tapi kepala aku rasa berat gila. Rupanya, aku demam. Pagi tu selepas solat subuh dia terus ke bilik aku bawa air juga. Aku syak air penawar semalam kot. Aku pun minum ja sebab aku percaya dekat Pin ni. Dia ni anak Ustaz Ustazah, so maybe dia tahu kot pasal perkara-perkara ni. Siap pegang ubun-ubun aku lagi pastu baca-baca.

Lepas tu, Tie, Pin dengan Han sekali datang kerumun dekat katil aku, suruh aku cerita apa yang aku nampak semalam. Aku cerita lah satu-satu dekat depa ni. Han rasa bersalah katanya, sebab aku jadi macam tu masa hantar dia. Pin pun balaslah, benda dah nak jadi. Jangan salah kan diri sendiri. Pasal kereta yang tak boleh nak start tu, turns out that boleh start kesokkan petang nya. Aku dengan Pin terkejut juga, sebab sekali pulas je dah hidup. Hmmmmm. Tak tahulah.

Inilah cerita yang seram lah juga bagi aku, hehe. Sampai sekarang aku ingat bayang-bayang benda alah tu kat tingkap tu. Aku faham mesti ada orang tertanya tanya what if bayang yang aku nampak tu orang? But at that particular time, trust me it is not. Aku tak tahu macam mana nak terang kat korang but I know what I saw. Up to you guys nak percaya or not, dan aku juga percaya ada orang akan faham apa yang akh maksudkan ni. Walau macam mana pun, aku akan mengelak daripada lalu dekat dewan tu malam-malam. FYI, ini bukanlah kali pertama aku berhadapan dengan mereka, tapi kali pertama berlaku di alam universiti. Aku encounter dengan benda-benda ni pertama kali dia alam matrikulasi. Later, kalau aku ada masa, aku cerita tau.

*Cerita ni aku ada ubah sikit untuk melindungi watak-watak asal dalam cerita ni. Tapi jalan cerita real punya.

Until the next time,
Ma’assalamah~

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Annie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2.7]

36 thoughts on “Bayang”

  1. tolong la jangan campur aduk kan bahasa melayu dengan inggeris. geli pulak baca nya. kalau bercakap, takpa lah lagi. bila tulisan macamni, hmmmmm. sabar jela nak baca nya pun..

    Reply
    • Agak seram..xpe campur adukkan BM & BI boleh kite belajar sekali..Ni asik kondem jgn campur alih2 tak reti ckp BI langsung hihi

      Reply
      • Ye ke… boleh rupanya belajar BI dalam ni. Fiksyen Shasha thorbaek.

        Gurau je. My only problem with this story is the inconsistent use of language :-/ tak kutuk pun tatabahasa dia. Laju sangat menaip agaknya.

        Reply
  2. nie first time aq baca FS trus migrain sebab nak hadam dua bahasa dalam satu cerita… hampir2 aq terlupa jatidiri…

    Reply
  3. Agak seram..xpe campur adukkan BM & BI boleh kite belajar sekali..Ni asik kondem jgn campur alih2 tak reti ckp BI langsung hihi

    Reply
  4. Baru campur dua bahasa ja campur tiga ada yang meninggal kot….? Tak faham aku…. lain la kalau singkatan budak wechat yang tu mmg aku x faham….

    Reply
  5. Keyi wo request bahasa cina also? Then ni dapat sam language.. Grrrr… Jangan terlalu rojak la. Pening nak baca. Feel tu junam kelaut.

    Reply
  6. Maira tak nak bagi rate sebab baca 4 perenggan awal.

    * penggunaan bahasa yang caca marba. Awak menulis bukan sedang buat live bercerita.
    * struktur ayat yang kurang kemas.
    * banyakkan membaca dan menulis lagi. Cuma kena pilih untuk gunakan sepenuhnya Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

    Reply
  7. 6/10
    * Setori tak berapa nak seram..
    * Utamakan bahasa melayu dalam penceritaan..Jangan mix bahasa akan tetapi penggunaan bahasa English dalam bentuk dialog, tidak menjadi masalah buat saya..
    * Kipidap Dongibab

    Reply
  8. yg sibuk condemn pasal bahasa ni apa masalah eh? okay je aku baca. dia mix pun bukannya berterabur. ayat proper. grammar ok. takde masalah pun. yg beria-ia meluat sampai nak muntah, geli bagai tu kenapa? serius tak faham dgn org yg jadikan isu dgn bahasa. sampai lupa diri tu melayu bagai? tak matang betul. kenapa kena pilih bahasa salah satu je kalau dia pandai guna dua2? asalkan dia guna dgn betul, perkataan yg sesuai. stress baca komen2 tak membina korang ni.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.