Bayangan di Stesen Janakuasa

Ada sebuah stesen janakuasa yang terletak di pinggir pekan tua di negeri P. Stesen tersebut sudah lama ditinggalkan dan dikenal sebagai tempat yang menakutkan. Banyak cerita seram beredar di antara penduduk setempat tentang penampakan-penampakan yang menakutkan di dalam stesen itu. Namun, satu kisah yang paling menyeramkan adalah kisah seorang pengawal keselataman bernama Husin.

Suatu malam, Husin telah ditugaskan untuk memantau keadaan di stesen janakuasa tersebut seorang diri. Walaupun Husin sering mendengar cerita seram, dia tidak terlalu percaya dengan hal-hal mistik. Husin bersiap sedia dengan segala kelengkapan keselamatan dan memasuki kawasan yang sunyi itu dengan penuh keyakinan.

Sewaktu rondaan, tiba-tiba bekalan elektrik di stesen itu terputus dan hanya ada beberapa lampu kecemasan yang menyala. Keadaan gelap gelita dan sunyi sepi. Kedenganran hanya suara angin yang berdesir di lorong-lorong yang kosong membuat bulu roma Husin merinding.

Tiba-tiba, Husin terdengar derap-derap langkah seseorang. Hatinya berdegup kencang memandangkan disaat itu, cuma dia yang bersendirian di situ. Husin menggenggam cotar yang dibawanya dan bergerak perlahan menuju tangga yang mengarah ke tingkat atas.

Setibanya Husin di tingkat atas, dia melihat bayangan hitam yang besar di sepanjang lorong. Bunyi langkah-langkah itu semakin dekat menghampiri Husin. Keadaan yang gelap menyalaputi ruangan atas membuatkan keadaan semakin menakutkan. Husin merasa seperti ada sesuatu yang mengintai di balik sudut-sudut gelap tersebut.

Dengan hati berdebar, Husin berjalan perlahan mencari punca bunyi tersebut. Dia menyalakan lampu picitnya dan terkejut melihat sebuah sosok yang berdiri tegak di hujung lorong. Bayangan itu memiliki wajah yang tidak jelas, tetapi terlihat begitu menyeramkan.

Sosok itu mulai mendekati Husin dengan gerakan yang lambat dan mengancam. Husin merasa jantungnya hampir terhenti saat dia menyadari bahwa dia menghadapi sesuatu yang seram. Dengan berani, dia berteriak memanggil nama makhluk tersebut, “Siapa kamu? Apa yang kamu inginkan?”

Tiba-tiba, sosok itu menghilang begitu saja. Husin terkejut dan bingung. Dia mencari-cari di sekelilingnya, tetapi tidak menemui jejak makhluk itu. Walaupun masih ketakutan, Husin turut merasa lega kerana sosok tersebut telah lenyap/

Setelah kejadian itu, Husin tidak lagi meremehkan cerita-cerita seram tentang stesen janakuasa tersebut. Dia menyadari bahwa ada sesuatu yang menghuni di situ, dan dia yakin bahwa dia telah bertemu dengan penghuni asal stesen tersebut.

Sejak saat itu, Husin memutuskan untuk tidak lagi membuat rondaan stesen bersendirian. Dia juga mengingatkan penduduk di sekitar pekan itu agar tidak memasuki kawasan janakuasa itu sewenang-wenangnya.

Kisah seram tentang stesen janakuasa tersebut masih lagi diperkatakan, dan siapa pun yang berkunjung ke sana harus bersiap sedia untuk menghadapi bayangan-bayangan yang misteri dan menyeramkan.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Amani Ismail

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 15 Average: 3.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.