Bekas Kekasih

Hi readers. Terima kasih FS seandainya cerita ku kali ini disiarkan lagi. Aku datang lagi kali ini dengan tujuan mahu kan pendapat dari kalian.

Siapa yang pernah membaca cerita ku yang bertajuk Sakit Tak Sembuh? Iya aku la gadis sakit itu. Kali ini aku akan menceritakan kejadian yang terjadi pada minggu lepas. Untuk pengetahuan aku masih dalam proses berubat dengan ustaz yang selalu merawat ku.

Kali terakhir aku sakit pada bulan 10/2019. Malam sebelum aku mendapatkan rawatan dengan ustaz, fikiran ku terlintas terhadap seseorang. Seseorang itu adalah lelaki yang pernah menjadi kekasihku selama 7 tahun namun aku ditinggalkan kerana dia mahu berkahwin dengan orang lain yang aku sendiri tidak tahu siapakah perempuan itu.

Sejak ditinggalkan aku bertekad untuk move on sehingga malam sebelum aku mendapatkan rawatan dari ustaz tersebut. Setelah hatiku gelisah dek teringatkan lelaki itu, aku membuat keputusan untuk mendapatkan petunjuk dari Sang Pencipta. Solat hajat aku lakukan penuh rendah diri.

Ketika sesi rawatan dijalankan, tiada apa-apa yang berlaku. Di saat akhir rawatan, badan dan fikiran ku bagaikan dihempap batu yang besar. Berat sungguh aku rasakan saat itu. Aku hanya menangis tanpa suara. Ibu bapaku yang menemani hanya melihatku tanpa soal.

Setelah pulang ke rumah aku menceritakan kepada ibuku perkara yang diperlihatkan kepadaku saat sesi rawatan dijalankan sebentar tadi. Aku diperlihatkan sakitku mempunyai kaitan dengan bekas kekasihku. Aku hanya mendiamkan diri. Sepanjang bulan 10 sehingga kejadian minggu lepas aku masih tidak putus berdoa dan solat hajat. Sejak itu juga aku sering kali melihat kelibat datang kepadaku. Untuk pengetahuan aku juga sering termimpi kan bekas kekasihku namun bagiku itu hanya mimpi biasa.

Tidak lama selepas itu, satu hari aku mendapat satu request secret chat di telegram. Ternyata bekas kekasihku. Aku sangat terkejut kerana nombor telefon baruku tiada kawan-kawan yang ketahui apatah lagi dia bekas kekasihku. Aku tidak melayan permintaan secret chat nya. Selang beberapa minggu dia whatsapp aku pula. Aku masih tidak melayan. Setelah aku tidak melayan whatsapp dan video call nya beberapa kali akhirnya aku bersuara dengan memberi amaran kepada nya supaya jangan mengganggu ku lagi. Seminggu sebelum kejadian, aku tiba-tiba teringatkan lelaki itu sehingga aku tidak mampu berfikir dan membuat perkara lain. Aku hanya termenung teringatkan lelaki itu.

2 malam sebelum kejadian aku terbau bau busuk di dalam bilik kakak ku di mana aku sedang berborak dengan kakakku. Aku masih tidak menghiraukan makhluk itu. Aku melihat makhluk busuk itu sedang duduk dengan kaki berjuntai di dinding bilik. Malam kejadian pula bau yang sama tetapi di dalam bilik ku sendiri memandangkan ketika itu aku berada di bilikku. Aku masih tidak menghiraukan makhluk busuk itu.

Tepat jam 3 pagi , aku terjaga dek terasa kaki ku bagaikan mahu putus. Sakit nya yang aku rasakan tidak pernah aku rasa kan sebelum ini . Bagaikan tidak merasa kakiku berfungsi, aku memukul mukul kaki ku. Lena diteruskan dengan beranggapan kaki ku hanya sakit biasa.

Keesokan pagi nya kakak ku memanggil namaku namun aku hanya mendiamkan diri. Aku menangis. Menangis tanpa sedar. Aku histeria. Kaki perut dan tangan ku kejang. Sakit nya hanya Tuhan yang mengetahui. Aku menjerit kesakitan. Tiada rezeki ku untuk berubat dengan ustaz yang selalu merawatku kerana berada di luar kawasan. Ahli keluarga ku semua panik dengan keadaan majlis perkahwinan adikku semakin dekat. Makhluk yang merasuki ku bercakap. Menyampaikan hajat. Disebut nama yang berkaitan.

Ibuku mengajakku mendapatkan rawatan namun aku menolak. Seharusnya aku menolak kerana bukan diriku yang berkata-kata. Apabila ibuku berpura-pura menyatakan tuannya mahu ajak berjalan-jalan laju sahaja diriku mahu bersiap. Setelah aku mendapatkan rawatan di siang hari aku sudah boleh bercakap seperti biasa namun sakit di badan masih terasa.

Setelah waktu maghrib, diriku histeria lagi. Masih benda yang sama. Malah semakin kuat. Langkah silat pewaris dibuka oleh ku sedangkan aku tidak pernah belajar sebarang ilmu pertahankan diri. Untuk pengetahuan, bekas kekasihku pernah belajar ilmu silat pewaris ketika zaman sekolahnya. Dengan keadaan panik ahli keluargaku menghubungi lelaki itu. Namun lelaki itu menyatakan dia tidak mengenaliku dan telah menyekat nombor adikku yang digunakan untuk menghubunginya. Ahli keluargaku menghubunginya kerana mahu dia menarik balik apa yang telah dihantar kepadaku memandangkan tiada ustaz yang dapat merawatku saat itu.

Dipendekkan cerita, setelah berubat di 2 tempat sebelum menunggu kepulangan ustaz yang selalu merawat ku, akhirnya aku dapat bertemu ustaz tersebut.

Setelah dirukyah dan mengetahui punca sakit ku, aku mengambil keputusan untuk menghubungi lelaki itu. Bermula di fb aku dapat ketahui siapakah gerangan wanita yang dikahwininya. Sejujurnya aku bagaikan dikhianati oleh keduanya namun aku terima apa yang mereka lakukan kepadaku. Fb yang digunakan untuk menghubungi nya disekat. Fb isterinya juga aku menyampaikan pesan namun sehingga hari ini tiada tindak balas. Aku mencuba lagi memandangkan lelaki itu hanya mendiamkan diri.

Aku mencuba lagi dengan menggunakan whatsapp ibuku memandangkan wshatsapp dan telegram ku sudah disekat oleh nya. Ternyata di whatsapp ibu lelaki itu memberi respon. Pesan yang aku sampaikan dibalas dengan amarah nya. Seharusnya dia tidak mengaku dan memberi banyak alasan. Satu kata sahaja yang aku musykil. Di saat aku dirasuk apabila ditanya di manakah tuan benda itu mendapatkan nombor telefon aku, dijawab di fb. Apabila soalan sama diajukan kepada lelaki itu jawapan lelaki itu juga sama dengan benda itu. Sebelum sempat aku menghabiskan kata lelaki itu terus memadamkan semua perbualannya di whatsapp setelah itu nombor whatsaap ibuku juga disekat. Sehingga saat ini aku dan keluargaku hanya mendiamkan diri.

Jadi di sini aku ingin bertanya apakah benar sepanjang rukyah dijalankan perkara yang dinyatakan oleh makhluk itu benar? Aku takut jika aku tersalah dan ragu ragu untuk percaya. Adakah aku ragu-ragu kerana lelaki itu tidak mengakui perbuatannya? Sehingga saat ini aku masih meminta petunjuk Sang Pencipta. Mohon juga doa dari kalian semoga aku sembuh sepenuhnya secepat yang mungkin.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Iz Izzah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

6 thoughts on “Bekas Kekasih”

  1. Semuga cepat sembuh..in shaa Allah..isikan masa dengan membaca Alquran…teruskan perubatan secara islam…buat perkara yg mengembirakan….in shaa Allah..semua aka ln ok

    Reply
  2. Allahu, kesian awak 🥺 moga Allah memberi petunjuk dan orang yang buat sebegitu mendapat kifarah. dia sanggup syirik hm bagi pendapat saya, macam bekas kekasih awak yang buat sebegitu. why not awak tanya and bagitau ustaz ahmad dusuki. bila waktu lapang, amalkan bacaan ayat ayat al quran sebanyak mana yang boleh

    Reply
  3. X payah ke hubungi org yg kamu syak tu. Sebaiknya teruskan berusaha utk sembuhkan sakit kamu tu. Cari ke pengamal perubatan Islam. Ingat ke bahawa setiap yg berlaku tu adalah dugaan dr Allah SWT.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.