Belaan Keturunan

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca.

Terima kasih aku ucapkan kalau cerita aku ni diluluskan. Ni first time aku share cerita kat sini. Selalunya jadi pembaca tegar je. Maaf kalau cerita aku tak seram sebab aku just nak bagi pengajaran je kepada semua. Sebelum tu maaf kalau ayat tunggang langgang dan typo.
Okay jom mulakan !

Kisah ni bukan berlaku dekat aku sendiri. Tapi sepupu sebelah ayah aku. Dan benda ni menghantui bermula tahun 2013. Sebelum ni kami tak syak apa-apa pun. Benda yang dibela oleh keluarga belah ayah aku ni memang dah lama sangat. Atok aku pun taktau yang keluarga dia ada belaan. Tapi benda ni cari pewaris selepas 2 generasi iaitu jatuh kepada sepupu aku. Jadinya tuan dia yang terakhir ialah arwah moyang aku. Adik beradik atok aku dan anak-anak dia tak kena tapi masa cucu2 atok aku yang kena. Sepupu aku iaitu Mira (bukan nama sebenar) tinggal dengan makteh aku sejak kecil lagi sebab mak dia kerja jauh dan ayah dia dah meninggal. Lagipun makteh aku ni rumah dia dekat dengan rumah opah and atok aku jadi senang la atok opah aku nak jagakan Mira sekali. Sejak kecil Mira takda kawan. Kawan-kawan jauhkan diri dari dia. Kalau berkawan pun sekejap je pastu mesti bergaduh bagai. Jadi disebabkan takde kawan Mira suka cakap sorang-sorang dan main sorang-sorang. Makteh aku ingat benda biasalah kan cakap-cakap camtu sebab budak kecil. Masuk je tingkatan 1 Mira still takda kawan. Dekat sekolah budak-budak suka buli dia, macam-macam mereka buat. Campak beg, curi duit, tarik tudung, baling kasut dalam jamban. Macam-macam lah, cikgu pun boleh buat derk je.. sampai satu tahap, time tu Mira jalan sorang-sorang dalam kawasan sekolah tiba-tiba ada budak ni buli dia and masa tulah benda tu buat ‘comeback. Benda tu ambil alih tubuh Mira and serang balik pembuli tu. And yeahh.. budak tu sampai boleh dikatakan kritikal. Tapi Mira langsung tak sedar apa yang berlaku. Penat juga makteh aku nak uruskan hal tu dengan pihak sekolah. Pihak sekolah still nak salahkan Mira padahal bukan salah dia. Korang tahu tak Mira kena buli sampai tangan dia kena cucuk dengan pen berlubang tau bukan calar.

Okay aku pendekkan cerita. Sejak kes tu benda tu dah berani muncul. Actually, benda tu yang buat orang bencikan Mira sebab dia taknak ada orang kawan dengan sepupu aku tu. Belaan keturunan aku ni bukan seekor ada banyak. Tapi bapak atau ketua dia ada 5 ekor. Ni kira paling power la. Antaranya nenek nenek si bongkok 3 , Pak belang , hantu raya , keris dan satu lagi tak pasti. Pelbagai cara dah kami guna untuk ubatkan si Mira tapi tak berhasil jadi Mira balik ke rumah mak dia untuk berubat kat sana pula. Sebab makin lama benda tu makin berani kuasai badan Mira. Kadang2 seharian benda tu yang ambil alih badan Mira.

Masa berubat kat sana macam-macam yang berlaku dan ini antara salah satu dialog Mira dengan ustaz. Aku tak pasti camni ke dialog dia sebab aku pun dengar cerita dari makcik aku. Tapi lebih kurang camni dialognya.

Ustaz : Siapa kau ? Kenapa kau ganggu dia?

Mira : Kau sepatutnya jangan ganggu akuu ! Kau tak tahu apa-apa. Ni perjanjian aku dengan si dia !

Ustaz : Perjanjian apa ?

Mira : Aku datang untuk menuntut janji !

Ustaz : Perjanjian apa ?

Mira : perjanjian yang telah dibuat antara aku dengan dia !

Berjam jam ustaz tu tanya perjanjian dengan siapa tapi benda tu tak cakap. Dan kami tak tahu perjanjian apa. Ustaz tu cakap susah nak ubatkan si Mira. Sebab perjanjian tu dah dibuat antara benda tu dengan arwah ayah moyang aku. Menurut ustaz tu arwah ayah moyang aku bela benda ni untuk pertahankan keluarga dan diri dia.

Macam mana kami boleh tahu arwah ayah moyang aku yang buat perjanjian ?

Makcik aku cerita dari A sampai Z kat ustaz tu. Sebenarnya keluarga belah ayah aku ada simpan satu keris. Keris tu bukan keris biasa. Keris tu pernah makan berpuluh atau beratus mungkin beribu nyawa. Sebenarnya keluarga belah ayah aku bukan pure melayu . Arwah ayah moyang aku orang siam dan dia ni merupakan seorang pahlawan dan berjawatan dalam istana. Arwah dianugerahkan keris masa pegang jawatan dalam istana tapi tak lama kemudian berlaku satu isu yang menyebabkan arwah lari ke Indonesia kemudian telah berkahwin dan dapat anak iaitu moyang aku. Lepas tu mereka berdua lari ke tanah melayu dan beranak pinak dekat sini. Okay.. Sebenarnya aku nak cerita yang arwah ayah moyang aku tu dia puja keris tu sebab nak bagi kebal dan belaan lain2 tu untuk lindungi kelurga dan rumah dia kalau dia pergi perang atau sebagainya. Tapi arwah tak sedar yang benda tu akan makan keturunan dia sendiri.

Daripada cerita makcik aku, ustaz dapat tahu yang benda ni dah sebati dan susah untuk dibuang. Lagi satu perjanjian yang dibuat tu kami taktahu apa dia dan benda tu cakap dia takkan pergi selagi orang yang buat perjanjian dengan dia tak berjumpa dengan dia. What the fish… macam mana orang yang dah meninggal nak jumpa takkan nak gerak kot arwah dalam kubur tu. Lagi satu benda tu cakap perjanjian boleh ditamatkan tetapi dia nak tuntut dulu janji yang telah dibuat masalahnya kami taktahu apa benda yang dijanjikan tu.

Antara benda-benda seram yang berlaku. Time tu Mira tengah tidur kat katil bilik belakang. Time dia tidur tu ada satu makhluk ni duk jenguk kepala dia tapi tak nampak muka nampak rambut panjang. Korang rasa tak ke nak tercabut jantung. Selain tu rumah bahagian atas selalu dengar macam orang berkemas, masak. Padahal rumah bahagian atas dah tak diguna langsung. Sekali sekala pakcik aku balik dia tidur kat rumah atas orang lain tak berani. Kadang-kadang makcik aku nampak kelibat seseorang yang menyerupai pakcik aku, padahal pakcik aku dah balik rumah dia nun kat sabah sana.

Yang lebih ekstrem , masa si Mira kena diambil alih oleh benda tu dia pernah melompat, melekat dekat dinding , merangkak satu rumah. Makcik and mak aku memang kecut la tapi kami tak risau sangat sebab benda tu tak cederakan keturunan dia. Masa benda tu ambil alih badan Mira, dia pernah jilat lantai semua macam cerita dukun tu. Tapi lagi teruk lah, aku malas nak cerita karang muntah korang baca. Tapi sejak benda ni berdamping dengan Mira perangai dia memang berubah. Macam mana perangai dia tu biar keluarga aku jela yang tahu. Sebenarnya Mira sedar yang dia ada ‘kawan’ sejak kecil tapi dia tak cerita sebab benda tu tak kasi, masa dia berubat baru dia cakap. Lagi satu kalau korang tengok dia makan fuhh jangan cakapla. Aku pun ternganga. Dia kalau makan guna pinggan yang lebar dan besar tu. Pinggan tu kalau isi nasi 2 hingga 3 kali ganda orang lelaki makan nasi. Itu baru sekali makan, cuba bayangkan kalau sehari dia makan 4 kali.

Alhamdulillah, selama kami berubat dia tak pernah guna bomoh memang guna ustaz je. Tapi mungkin bukan rezeki kami dia boleh sembuh sepenuhnya. Ustaz tu kata kalau nak berubat kena kumpulkan semua ahli keluarga belah ayah aku dan kumpul semua barang2 lama yang kami simpan. Pernah cuba tapi tak dapat nak laksanakan. Ada je masalah yang kami hadapi. Lagipun barang-barang lama banyak dah hilang. Untuk pengetahuan korang arwah ayah moyang aku bukan saja tinggalkan keris tapi macam-macam antaranya tembikar, tempayan, pinggan mangkuk, pisau dan alat-alat tajam. Tapi ada sebahagian dah hilang diambil oleh orang dan ada yang hilang tanpa dikesan taktau la pergi mana. Jadi kami cuba mana yang termampu, dan aku tak pasti keris tu simpan lagi ke tak sebab kali terakhir keris tu ada kat rumah aku ayah aku simpankan kejap tapi dah diambil oleh saudara yang lain masa nak bawa si Mira pi berubat tempat lain pula. Aku pun tak pernah tengok rupa keris tu sebab tak berani. Hahahah.

Tapi sebenarnya kesan dia bukan kat Mira je, ahli keluarga aku yang lain pun kena. Antaranya, ramai ahli keluarga belah ayah aku tak kahwin. Bila kahwin je mesti rumah tangga mereka bermasalah. Ustaz cakap itu salah satu kesan daripada belaan tu. Dan disebabkan benda tu dah anggap Mira tuan dia , masa depan Mira tak macam budak-budak lain. Dia berhenti sekolah masa tingkatan 1 dan dia jadi macam kurang betul. Suka cakap dan kadang-kadang gelak sorang-sorang. Aku kesian tengok dia, walaupun dia ni memang suka timbulkan masalah dalam keluarga dan puncanya daripada benda tu tapi sebenarnya dia pun kurang kasih sayang dari ibubapa dia. Dari kecik sampai besar dia tak pernah tinggal dengan ibubapa dia memang duduk dengan makteh aku je. Sebab tu benda tu senang nak berdamping dengan dia sebab dia keseorangan. Kadang-kadang tu bila aku fikir pasal dia memang merah-merah la mata sebab aku tak boleh bayangkan macam mana rasa sakit yang dia hadapi selama ni. Ibubapa takda dengan dia, takda kawan, dia tak dapat rasa kehidupan macam budak-budak lain. Memang zaman kanak-kanak dia amat berbeza dengan kita. Bila besar dia tak dapat juga jalani kehidupan yang sepatutnya dia miliki. WaAllahualam , Allah swt sebaik-baik perancang. Moga dia selalu tabah hadapi semua ni.
Aku akan selalu doakan untuk kau :’) ..

Setakat tu saja cerita aku. Sebab panjang-panjang merepek pula nanti korang tak faham. Kalau nak ikutkan panjang lagi kisah dia. Kami berubatkan dia pun bukan setahun dua. Dan kalau ikutkan kesannya bukan dekat dia je saudara lain pun ada. Tapi semua tu tak penting, yang penting aku nak cakap kalau nak pakai atau nak bela benda ni cepat-cepat la bertaubat. Kesan dia bukan kat individu yang ambil benda tu tapi sampai cucu cicit yang kena. Tapi yang penting Allah sangat murka kepada mereka yang amalkan ilmu ni. Nauzubillah min zalik…

Sekian, terima kasih
-R.S.S-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

R.S.S

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

26 thoughts on “Belaan Keturunan”

  1. cita kita hampir sama(lebih kurang ). prjanjian arwah oyang aku masa nak buka tempat dulu tu lain sikit.. arwah oyang buat perjanjian berdarah lah kiranya. sbb syaitan atau jin tu skg beranak pinak kat setiap tulang rusuk adk bradik aku yg terpilih (kakak sulung kakak tgh n aku bongsu. )aku prnah tfikir nak kongsi kat fs tp… tiap kali aku nk tulis.. aku mcm speechless…mcm org hlng ingatan pun ada..

    Reply
  2. Nauzubillah… berat btul dugaan hdup Mira… trus trang ckp.. aku rs sayu bila tau kisah hdup Mira.. dr kecil sampai dewasa.. Mudah2an Allah tunjukkan jln buat penulis dn kluarga penulis utk bebas dr gangguan iblis belaan tu, trutamanya si Mira… serius sedih aku dow..

    Reply
  3. kesian sagt dekat mira…boleh bayangkan mcm mne keadaan dy bile bace kisah dy..moga urusan korg untuk berubat berjalan dengan lancar..dan moga mira pulih.

    Reply
  4. Tinggal dekat mana..sy juga ada pengalaman yg same..alhamdulillah da pulih..kalo nk cuba bleh pm sy.lokasi melaka.

    Reply
  5. sian mira…disebabkan org2 tua terdahulu nasib dia jd gtu..mge mira dpt lps dari sengsara itu dgn izin Allah…mge dipermudahkan..

    Reply
  6. Sebak rasa,disebabkan khilaf moyang2,cucu cicit skrg y jadi mangsa..dorg xpelaa,dah m**i,tp seksa org y hidup…semoga mira akan dpt disembuhkan..

    Reply
  7. bila bercakap pasal buli ni…aku teringat sorg bdak pmpuan mase aku skolah form 3 dlu..bdak tu chubby hitam manis..suke menyendiri..xpenah dgr dia bersuara lgsung..dia pg skolah dy dgr ape cikgu ckp tapi dgn cikgu skalipun du xpenah ckp..wlau cikgu paksa2 dy suh ckp dy nangis je..yg pasti family dy ckp dy xbisu…org yg suke buli mane nk kesian kan..dn budak tu pun nama mira..xtaw skrg ape dh jdi dgn dia..tapi series bila ingat sedih rasa..cikgu sendiri penah tampar dy sbb dy xnk brcakap..mmg truk ahh cikgu tu kene..cikgu hashim jebon tuu..menyampah lak ingt pasal cikgu tu..huhu..kita xtaw knape dy jdi mcm tu dn smpai skrg xpenah taw dh dy dduk kat mana ..moga hidup dy baik2 je laa..sorry just story hahah melalut aku…sensitive skit bab buli niii….bye

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.