Belakang Sekolah.

Assalamualaikum semua , nama aku Nur dan aku ingin menceritakan salah satu kisah dari pengalaman aku sendiri di Fiksyen Shasha . Dah lama sebenarnya baca kisah seram dari Fiksyen Shasha dan sekarang tiba masanya untuk aku pula share kisah aku . Seram tak seram , jom baca ✨.

Tajuk : Belakang Sekolah (2013).

Jadi , di tahun 2013 aku masih lagi budak sekolah (SMK) . Aku ni jenis suka sate ayam, memang favorite aku lah nak dikatakan . Jadi satu hari , aku plan nak buat sate dengan kawan-kawan aku . Efa , Fara dan Chumi . 3 ekor ni kawan aku . Aku plan nak bakar sate di kawasan yang tak sepatutnya which is BELAKANG SEKOLAH haaaaaa , belakang sekolah aku ni kawasan dia agak luas boleh buat padang bola tapi tepi padang tu agak semak samun (hutan) . Kami tak kesah sangat janji kami enjoy . Jadi gini lah ceritanya ;

Aku : Apa kata kita bakar sate belakang sekolah hari Sabtu ni pukul 9:00 malam on tak on ?

Efa : Aku on je .

Fara : Cun , aku dah lama tak makan sate.

Chumi : Tapi korang pernah dengar kan pasal belakang ni ?

Aku dengan kawan aku yang lain termenung hadap Chumi …

Aku : Kau ni pun satu pergi dengar cerita dongeng-

Efa : Kau percaya cerita mengarut macam tu ? hahhahaha

Fara : Dah jangan fikir panjang , Sabtu ni pukul 9:00 malam .

Aku : Ha jadilah macam Fara .

Efa : hahahha ..

Sambil kami semua mengetawakan si Chumi , kami pun balik rumah dari sekolah pada hari Jumaat . Keesokkanya , kami mula cari bahan sate , ayam dan sebagai nya .

Aku cuba nak call mereka dari group WhatsApp yang kami ada , tapi tiada siapa pun menjawab . Aku decide nak pergi rumah Efa dulu sebab dia paling dekat dengan rumah aku 5 minit jalan .

Haa , aku explain . Jadi , kalau aku nak pergi rumah Efa , aku kena lalu tempat yang agak gelap dan sunyi lah nak dikatakan semak samun pun ada tapi tak lebat sangat . Waktu tu kami guna basikal , aku mengayuh basikal ke rumah Efa dan tiba-tiba ada orang panggil aku dari belakang “ Nur , Nur woi Nur “ ha rupanya Efa ;

Efa : Aku pergi rumah kau , adik kau cakap kau tak ada dekat rumah . Kau pergi mana seorang ni ?

Aku : Lahhh aku call dekat WhatsApp , seekor pun tak jawab jadi aku decide lah nak pergi rumah kau dulu pastu rumah Chumi dan Fara .

Efa : Eh ehh dah , kau bawak arang dengan barang lain ? Aku bawak ayam ni siap cucuk lagi .

Aku : Dah , jom kita gerak pergi rumah Chumi dengan Far-

Efa : Eh tak tak , kita teruskan je pergi belakang sekolah , kita kemas dan siap-siapkan arang dengan api sambil tu kita tunggu Chumi dengan Fara .

Aku : Ha ye juga , jom lah kalau macam tu .

Aku dengan Efa dah gerak pergi kawasan sekolah which is belakang sekolah , kami sampai disitu dan kami mula start bakar sate sambil tunggu Chumi dan Fara .. tiba-tiba ;

Efa : Weiiiiii aku sakit perut dooooo nak gi tandas jappp ..

Aku : Nak aku ikut teman kau tak ?

Efa : Ehh tak payah , kau jaga sate tu kang hangus . Kau tunggu mereka sampai .

Aku pun sambung atas apa yang aku sedang buat , bakar , kipas arang , sapu minyak , tiba-tiba aku terhidu bau bunga yang agak kuat . Aku taktahu lah bunga apa ,tapi aku pasti ni bau bunga. Aku sepatutnya hidu bau sate bukan bunga … aku cuma abaikan dan teruskan dengan sate aku sambil berbisik pada diri aku “ mana Efa ni lama betul dia guna tandas dah nak 10 minit “ dan tiba-tiba aku terdengar satu suara yang agak pelik . Dia macam gelak atau mengilai pun ada . Angin pun sejuk lain macam sampai aku meremang ;

Aku : Weiii Efa , tak payah lah lama sangat , aku seorang je ni lagipun banyak kot sate aku kena bakar . Cepat sikit dan tolong aku jap .

20 minutes later ~~ Chumi dan Fara pun sampai dah ;

Aku : Haa sampai pun , tolong panggil Efa do dah nak setengah jam dia pergi tandas tak patah balik ..

Chumi : Eh kau merepek apa ? Kau tak baca chat WhatsApp ke ?

Fara : Merepek apa kau Nur ? Kan Efa cakap dia tak sihat , dan tak boleh join kita malam ni takkan kau tak tahu ?

Aku : Eh takkkk , tadi aku call kat WhatsApp , kau orang tak jawab jadi aku decide nak pergi rumah kau orang pastu aku terserempak dengan Efa .. Efa cakap tak payah gi rumah kau orang sebab nanti kita akan jumpa jugak belakang nanti . So aku dengan Efa je datang sini bakar sate bila kau orang sampai boleh lah lepak sambil makan ..

* Chumi tunjuk phone dia kat aku *

WhatsApp chat dari Efa : “Sorry weii aku period dan cramp teruk ni tak dapat join kau orang , lain kali je lah eh kau orang enjoy lah .”

Aku terkaku , Chumi dan Fara termenung menghadap aku ;

Chumi : Kan aku dah soal kau orang hari Jumaat sebelum kita gerak ke rumah pasal belakang ni ?

Fara : Dah Nur , balik jom . Barang-barang tu esok pagi kita datang kutip dengan Acap .

Aku pun tak tahu nak cakap apa, terkaku dan rasa macam “ numb “ waktu tu . Sambil tu aku mengucap sampai aku rasa tenang .

Aku akan kembali lagi dengan kisah aku yg lain , inshaaAllah . Assalamualaikum semua ✨

Nur Bee

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 34 Average: 4.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.