Berdiri Tegak di Dalam Lahad

awal 1970an…

William berhenti mengayuh basikal nya apabila tiba ditepi rimbunan lebat pokok ara serta pokok-pokok besar lainnya yang entah berapa ratus tahun usianya yang berdiri tegak seakan memagari tanah perkuburan Yahudi itu. batu-batu yang berukir indah dengan inskripsi kata-kata bahasa Hebrew namun pekat berdaki dimakan zaman terpacak tegak dan ada yang sudah condong. patung-patung batu wanita cantik berpakaian labuh, patung wanita bersayap malah patung-patung makhluk mitos dengan berbagai gaya posisi seperti menghiasi tanah perkuburan Yahudi tersebut. menurut rekod rasmi, tanah perkuburan tersebut wujud semenjak tahun 1830an..

namun semuanya tampak menyeramkan buat William. seperti timbul suatu perasaan pelik bila ditenung tanah perkuburan Yahudi itu. meskipun rumput serta lalang tidak tumbuh tinggi meliar seperti di kebanyakan perkuburan Islam namun suasana tanah perkuburan tersebut masih memberikan perasaan kurang enak pada sesiapa yang memandangnya. mungkin kerana suasananya yang sangat kelam pekat meskipun disiang hari. atau mungkin kerana disitulah bersemadinya mereka dari kaum yang dilaknati dan di murkai Allah s.w.t..wallahualam..

William mengerling ke jam tangannya dan melihat sekilas ke langit yang semakin malap cahayanya menandakan senja hampir menjelang. jam ditangan menunjukkan hampir pukul 7. masih ada kurang lebih setengah jam sebelum rakan2 nya yang lain tiba. itulah aktiviti mereka hampir setiap hari. hisap ganja dan main pakau di kawasan tepi perkuburan Yahudi itu. tempat tu dipilih sebagai port mereka untuk aktiviti kurang sihat walaupun William dan rakan-rakannya cuak juga dengan suasana seram dan kelam perkuburan itu kerana jarang-jarang ada manusia lalu disitu lebih-lebih lagi dalam waktu sebegini..

William segera membentangkan tikar dan menyalakan lampu gas yang dibawanya. memang William anak yang nakal, berumur sekitar 15 tahun ketika itu dan tinggal di satu kawasan perumahan berhampiran dengan penempatan kaum Yahudi yang memenuhi bukit dimana dikaki bukit itulah terletaknya kawasan perkuburan mereka. Namun kaum Yahudi ini tidak bercampur-gaul dengan masyarakat setempat dan rakan2 William pula terdiri dari penduduk tempatan seperti melayu, cina dan india. William pula berbangsa serani kacukan Inggeris dan Cina.

Setelah selesai, William pun duduk ditikar yang sudah dibentang dan mula menggulung rokok daun yang berisi ganja..

β€œkena sebalut dulu la sebelum setan2 tu datang. kasi stim kepala gua dulu”, hati William berkata..

Hari semakin gelap namun William seperti kurang menyedarinya. mungkin kerana nikmat kepala dah berdengung. sedang William asyik menyedut sepam demi sepam rokok daun berganjanya tu, dari kejauhan dia seakan-akan terdengar bunyi rantai ditarik berselang-seli dengan bunyi seperti sekumpulan manusia sedang β€œmeratib” dengan nada panjang dan sayu. William bingkas bangun sebab terkejut dan bimbang ada manusia yang nampak dia sedang hisap ganja. lekas-lekas dia bersembunyi disebalik sebatang pokok kayu besar berhampiran sambil memerhatikan dari arah mana bunyi rantai dan ratib tersebut.

dari pintu masuk utama tanah perkuburan tersebut, William melihat satu gerombolan manusia yang memakai jubah panjang hitam sedang menarik sesuatu. setelah diamat-amati, jelaslah padanya walaupun malam telah berlabuh, apa yang ditarik mereka dengan rantai sebesar lengan lelaki dewasa. satu pelantar sebesar saiz pelantar lori kecil, sedang ditarik 4 atau 5 lelaki berjubah hitam dengan 2 rantai. satu dikiri, satu dikanan. sementara yang lain berjalan mengiringi pelantar beroda tersebut sambil terus melagukan sesuatu.

bunyi rantai yang ditarik jelas kedengaran ditelinga William. β€œkrrrchhinngg…krrrchiinnggg..krrrchhinngg..”. Berselang-seli pula dengan β€œratib” yg mereka lagukan, β€œurrwahimmm..urrwahimmmmm…mere samayyyraaaa…”. Panjang dan sayu nadanya. bagi sesiapa yang mendengarnya tatkala malam gelap dan sunyi seperti itu, ditambah pula dengan bunyi gemerinching rantai yang ditarik, pasti akan meremanglah segala bulu roma ditubuh.

William tahu β€œratib” itu adalah dalam bahasa Hebrew. matanya tidak lepas memandang gerombolan Yahudi itu yang sedang menarik pelantar beroda. namun apa yang dilihat diatas pelantar tersebut lah yang membuatkan d***h William seakan-akan beku berhenti mengalir. tegak berdiri diatas nya adalah mayat seorang lelaki berpakaian lengkap suit berwarna hitam yang diikat tubuhnya pada satu cermin panjang dibelakang mayat. matanya terpejam rapat dan rambutnya kelihatan masih hitam dan tocang-tocang halus kelihatan seakan menjalar keluar dari topi yang dipakainya..

pelantar terus ditarik menuju ke lubang kubur yang sudah siap digali yang tidak jauh dari tempat William bersembunyi. dan pada malam itulah selepas menyaksikan sendiri upacara pengebumian kaum Yahudi, William menyedari bahawa kaum Yahudi menanam mayat kaum mereka secara berdiri. tidak berbaring seperti kebiasaan manusia lain. ini berdasarkan kepercayaan mereka bahawa merekalah kaum yang dipilih Tuhan untuk memerintah dunia ini dan mereka lebih mulia dari sekelian manusia. jadi untuk melambangkan status mereka sebagai kaum yang paling dikasihi Tuhan, maka mayat mereka hendaklah didalam posisi berdiri didalam liang lahad. dan mereka biasanya mengebumikan simati pada waktu malam untuk mengelakkan diketahui bangsa lain yang jumlah mereka telah berkurang kerana ada kematian dikalangan mereka.

setelah memerhatikan upacara pengebumian tu seketika, William dengan segera mencapai basikal untuk segera pergi dari situ kerana perasaannya menjadi semakin seram. tambahan pula tidak ada seorang pun rakan2 nya yang muncul. William segera memecut basikalnya keluar dari kawasan tu tanpa menoleh kebelakang dan dari kejauhan masih dapat didengarnya ratib mereka..”urrrwahiimmm..urrrwahiimmmm..”

setelah berlalu hampir beberapa dekad…

sekarang tapak kubur Yahudi itu sudah dibina stesen MRT serta sebuah mall membeli-belah setelah mayat-mayat disitu dipindahkan ke tapak perkuburan Yahudi yang baru di Lim Chu Kang. namun stesen MRT tersebut seperti sudah masyhur dengan kisah2 yang menaikkan bulu roma semenjak ia mula beroperasi hampir 30 tahun yang lepas. dan yang paling masyhur serta kerap ditemui orang terutama staff distesen tersebut ialah bunyi gemerinching rantai yang ditarik diikuti suara meratib panjang dan sayu bergema di terowong MRT bila stesen sudah agak sunyi diwaktu malam sebelum stesen ditutup..

malah, ketika stesen tersebut sedang dibina dan terowong baru selesai dikorek, para pekerja melaporkan bahawa mereka sering terserempak satu gerombolan menyerupai manusia berjubah hitam labuh dihujung terowong sedang menarik satu pelantar beroda dengan satu lembaga berpakaian lengkap suit hitam diatasnya berdiri terikat dicermin panjang. bunyi rantai yang ditarik jelas kedengaran bersama-sama bunyi meratib,

β€œurrrwahiimmm..urrrwahiimmm..samayyyyraaaaa…”

tammat

-ezrin marsh-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

ezrin marsh

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

23 thoughts on “Berdiri Tegak di Dalam Lahad”

  1. Lahaiii… Ingatkan william kene makan ke, ape ke.. Huhai, πŸ˜‚ btw klw aku pon tkot 😯 klw jumpe setan meratib, jubahh hitam, rantai besar.. Urghhh… Mcm psiko dah, but pretty good πŸ‘

    Reply
  2. Tapi kan…
    William tu mesti tahu banyakenapa lagi kisah seram kan?

    Awak try la tanya, n kongsi la cerita dengan kami di sini…

    Macam menarik pengalaman William tu

    Reply
    • maybe la kan..sebab dia kerja dj kat night club masa zaman bujang. selalu balik 3-4 pagi

      nanti saya tanyakan bila dia ada time duduk2 sembang2 dgn saya dikedai kopi😊

      Reply
    • yup. ada. tapi sekarang semua dah dipindahkan ke lim chu kang

      yg saya tahu dulu2 di singapura ada 3 tanah perkuburan yahudi,

      ditapak Novena mrt sekarang. tempat cerita diatas berlaku
      tapak Dhoby Ghaut mrt sekarang
      satu plot kecil di Orchard Rd

      Reply
  3. Orang Yahudi kt Singapura kebanyakannya byk saudara mara di Penang…kt Penang pon ada tnh perkuburan diorang…bangsa deme ni mmg x bercampur gaul dgn masyarakat tempatan…aper pon best cerita tu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.