Berek Polis Lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat FS. Kisah yang aku nak paparkan pada kali ini berdasarkan pengalaman aku ketika aku masih bujang. Kejadian ini berlaku sekitar tahun 1996 kalau tak silap aku. Ketika itu aku bekerja sebagai kerani bank di ibukota dan menetap di Petaling Jaya.

Oleh kerana pada ketika itu gaji aku tak berapa nak cukup, aku mengambil peluang apabila abang aku yang bekerja sebagai polis mengajak aku duduk sekali dengannya di kawasan berek polis di sekitar ibukota.

Rumah yang didiaminya bersama isteri dan seorang anak perempuanya yang masih kecil merupakan rumah berek polis lama 3 tingkat yang hanya mempunyai 1 bilik tidur sahaja. Rumah yang kami duduk adalah di tingkat 2. Kebetulan pada ketika itu abang aku ditawarkan 2 unit rumah berkembar yang mana dinding dapur yang memisahkan rumah itu dipecahkan menjadikan rumah itu satu bahagian. Abang aku menawarkan kepada aku untuk menetap di sebelah rumahnya. Dengan tanpa berfikir panjang aku terus bersetuju dengan tawaranya memandangkan aku perlu simpan duit untuk melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.

Pada hari pertama menetap di tempat baru, aku merasa agak janggal sikit kerana dalam kawasan berek polis ini kalau nak keluar atau masuk perlu mendaftar di pos kawalan. Lagi satu korang sedia maklumlah kawasan berek lama, dah tentu segala struktur bangunan agak usang dan kotor.

Disebabkan hasrat nak berkahwin dan simpan duit aku tak hirau sangat hal-hal remeh ni. Yang penting ada tempat berteduh dah cukup bagi aku. Oh ya…! Lupa aku aku nak bagitau, aku terpaksa berkongsi bilik air dan jamban dengan family abang aku sebab bilik air dalam rumah aku abang aku jadikan stor. Banyak barang2 dia dalam bilik air tu dan keadaannya agak kotor.

Pada hari pertama aku menetap di situ, aku sudah mula merasa tak berapa selesa sebab panas. Pada malam pertama aku tak dapat nak tidur mungkin pasal tempat baru. Tingkap yang diperbuat daripada kayu aku bukak luas-luas. Pada ketika itu aku tengok jam dekat tangan hampir pukul 12.00 malam.

Sedang aku leka menonton televisyen tiba-tiba aku terpandang di luar tingkap bilik ada seekor burung gagak sedang bertenggek di atas sebatang pokok bertentangan dengan bilik aku. Aku buat tak kisah pon lalu aku tutup tingkap dan terus tidur.

Pada malam tu aku cuba lelapkan mata, tapi tak boleh. Yang mampu hanya tidur-tidur ayam je. Sekejap melayang lepas tu terjaga. Sampailah dekat nak pukul 3 pagi tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi macam orang tengah pindahkan perabot di rumah tingkat 3. Bunyi dia bising sangat sampai aku tak boleh nak tidur. Lebih kurang setengah jam baru bunyi tu berhenti. Lepas itu baru aku dapat tidur sampailah ke pagi.

Keesokan harinya aku bertanya pada abang aku, ” Sham.. sapa duduk kat atas tingkat 3″ abang aku agak sikit terkejut dengan pertanyaanku. “Takde sapa.. kenapa..? Tanya abangku. “Malam tadi aku dengar bising macam orang pindah kat atas..” jawab ku. “Takan pukul 3 pagi ada orang pindah..” sambungku lagi. Abang aku terdiam sejenak. ” Alah… Perasaan kau je tu.. takde apa-apalah…” Jawabnya sambil berlalu pergi kerja.

Setelah seminggu aku menetap di situ, tiada perkara-perkara pelik yang berlaku. Aku pun takde masalah tidur. Hari-hari dapat tidur nyeyak sehingga satu aku menyuarakan hasrat kepada abang aku untuk membersihkan bilik air rumah aku. Aku rasa lebih selesa sekiranya menggunakan bilik air sendiri. Aku masih ingat lagi ketika itu hari sabtu kerja separuh hari. Balik dari ofis aku sorang diri membersihkan bilik air sehingga nak masuk waktu maghrib.

Setelah selesai, aku merasakan belakang badan aku pedih sangat semacam luka terkena benda tajam. Lalu aku minta abang aku dan isterinya melihat apa yang ada di belakang badan aku. Abg aku tak nampak sebarang luka pun. Tapi kakak ipar aku mengatakan banyak kesan cakar di belakang badan aku. Aku cuba tengok dekat cermin, memang takde apa2 kesan. Tapi pedihnya Allah je yang tahu. Lepas aku ambik wuduk dan solat maghrib barulah rasa pedih tu beransur-ansur kurang. Kebetulan esok cuti, lepas makan malam terus aku start motor balik kampung. Episod gangguan terjadi semasa aku pulang dari kampung keesokan harinya.

Malam esoknya lebih kurang pukul 11 malam aku tiba dari kampung dan ketika itu abangku sekeluarga tiada di rumah. Aku masuk ke dalam rumah dan terus tidur sebab terlalu letih. Lebih kurang pukul 2 pagi tiba-tiba aku terjaga sebab telinga aku terdengar seperti ada orang ketuk pintu dan memanggil nama aku.

Aku bukak pintu tapi takde sesiapapun. Aku masuk dan baring semula. sejurus selepas tu bunyi ketukan tingkap kayu bahagian belakang bilik aku pulak berbunyi. Aku panik dan berasa amat takut, aku cuba baca ayat2 suci mana yang aku tahu. Sehingga sampai satu tahap ketakutan aku berubah menjadikan aku berani, aku bukak daun tingkap dan aku menjerit..
” woiiiiii.. Sapa main ketuk-ketuk ni haa? Kalau berani meh sini. Tunjuk diri kau..” lepas tu senyap, rasa takut datang balik dan aku terus kunci tingkap dan terus tidur.

Keesokannya aku bangun dan periksa tingkap yang kena ketuk semalam. Secara logiknya bagi aku takde siapa yang mampu nak ketuk tingkap bilik aku sebab takda beranda pun dekat situ. Kalau ada orang yang mempunyai ketinggian 10-15 kaki sahaja yang boleh ketuk. Tapi sapa yang mampu buat macam tu fikirku.

Pagi tu aku menceritakan segalanya kepada abang dan kakak iparku. Mereka berdua terdiam tak berkata apa-apa. Tiba-tiba abang aku besuara. ” Malam ni aku akan panggil ustaz datang tengok-tengokkan rumah ni”. Kebetulan pada malam itu aku terpaksa stay dekat ofis pasal banyak kerja.

Lebih kurang pukul 10 malam aku sampai rumah. Ketika itu aku lihat abang aku dengan seorang ustaz sedang berborak. Kemudian aku dijemput sekali untuk berbincang. Rupa-rupanya pada malam setelah aku bersihkan bilik air belakang rumah, kakak ipar telah mengalami gangguan di dapur rumahnya. Ketika itu beliau sedang membancuh air kopi, tiba-tiba dia perasan ada seseorang sedang memerhatikanya dari dapur rumahku. Bila dia toleh kebelakang, dia terus menjerit memanggil abang aku. Ketika abang aku sampai, makhluk tu seperti melayang di tiup angin masuk ke dalam bilik air rumah aku.

Menurut kakak ipar aku, makhluk tu berbaju putih, rambut panjang menutup mukanya tidak berwajah dan pucat. Menurut ustaz yang datang memulihkan keadaan rumah, aku telah menggangu tempat tinggal mahkluk tersebut.

Rupanya selama ini benda alah tu dah beranak pinak dalam bilik air rumah aku. Pada malam tu aku dah mula merasa macam dah takde harapan untuk aku tinggal lebih lama dalam rumah ini.

Bermula pada malam itu aku telah mula di ganggu setiap malam sehingga hampir sebulan. Hampir setiap malam aku didendangkan dengan bunyi perabot dipindahkan, bunyi ketukan pintu bilik, bunyi ketukan tingkap dan setiap malam juga aku tak dapat tidur sehingga pukul 4 pagi kerana setiap kali aku memejamkan mata, ketika itulah ada 2 wajah yang mengerunkan menyergah ke arah mukaku. Beratku dari 80 kilogram susut sehingga 60 kilogram angkara gangguan ini.

Sehingga pada satu hari abang aku membawa sekali lagi ustaz yang sama untuk berubat. Inilah kemuncaknya gangguan yang paling terkesan yang aku alami. Setelah selesai ustaz memulihkan rumah itu, kira-kira dalam pukul 12 malam pintu bilik aku diketuk ketuk sekuat hati. Pada mula aku buat tak endah.

Tetapi ketukan itu semakin lama semakin kuat. Lalu aku pergi ke rumah abang aku. Aku mengatakan yang aku dah tak tahan duduk rumah ni, aku nak keluar sekarang. Tapi abang aku menghalang hasrat aku, katanya bahaya kalau aku keluar malam ni. Lalu dia menyuruh aku tidur di ruang tamu rumahnya.

Abang aku kemudian memasang kaset bacaan surah yassin dah gangguan tersebut terhenti seketika. Setelah bacaan yassin tamat, sekali lagi gangguan tersebut berlaku semula. Kali ini pintu ruang tamu rumah abang aku pula yang bergegar. Abang aku bangun dan membawa kayu beruti lalu membuka daun pintu, kami berdua mencari sampai ke dalam tandas rumah, tapi tak jumpa apa-pa pon. Dalam keadaan takut, aku pasang semula bacaan yassin tadi sehingga habis. Setelah habis, tiba-tiba ruang tamu tempat aku tidur terdengar seperti suara garau yang sedang marah. “ARGGGGHHH…… AAARRFGGHHHH…… AARRGGGGHHHH…..”

Bunyi suara ini turut didengar oleh abangku dan isterinya. Bunyi ini jugalah yang membuat badanku seperti lumpuh tak bermaya. Sejurus kemudian abangku keluar dari bilik dan memapah aku masuk tidur ke dalam biliknya. Alhamdulillah sebab Allah menutupkan hijab mataku dari dapat melihat perkara-perkara ghaib. Kalau tidak mau pengsan aku kalau dapat tengok benda-benda ni.

Seminggu selepas kejadian itu aku mengambil keputusan untuk tidak bermalam lagi di rumah itu. Akhirnya ofislah menjadi tempat aku bermalam memandangkan ketika itu aku bertugas di unit pusat data yang mana unit ini beroperasi 24 jam sehari. Setiap pagi aku akan pulang ke rumah abang aku untuk mandi dan menukar pakaian. Hampir 8 bulan jugak aku bermalam di ofis sampailah aku dapat melangsungkan perkahwinan dan memiliki rumah aku sendiri.

Sekian, jumpa lagi.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Sany

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4]

8 thoughts on “Berek Polis Lama”

    • bukan semata2 nk kumpul duit utk kawin daaaa… dia nk elakkan dari gangguan di umah abg dia… wlau mcmane pun kamu mmg kental…selamat pngantin bru…

      Reply
  1. Besttttttttt. Pengalaman mcm ni yang pembaca nak baca.

    Ini tidak, asrama, pocong, bunian, histeria, kampus, nampak kelibat lepas tu asrama lagi, bunian, pocong, asrama.. Bosehnnn

    Reply
      • betul tu…
        mama semua citer boleh msuk…yg penting phm jln citer seram dia..insyaallah…
        klau boleh jgn lah nk komplen sgt cite org lain…kecik ati diorg tau…
        nk komen paling bagus ckp lah “nice”.. atau “cite lah lg kisah seram kat sini”…
        maaf kan mama klau ada yg terguris ya….

        Reply
  2. kental bro..8 bulan tu bermalam di ofis.. berbaloi akhirnya da ad rumah sendiri yg lebih selesa dan tiada lg gangguan yang tidak menyenangkan.

    Reply
  3. aku tidur opis bertahun2 dalam kampus universiti. Alhamdulillah tiada gangguan. tapi ex-tunang aku dah songlap duit aku. penat kumpul bertahun, rasa serik aku couple dengan pompuan ni. menghabiskan duit aku jer. aku nak cari awek bunian buat bini, boleh tak?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.