Berkongsi Kamar

Assalamualaikum dan hai pembaca setia fiksyen shasha. Ini adalah pengalaman pertama bagi aku dalam menulis kisah seram. Sebelum itu, terima kasih kepada pihak fiksyen shasha sebab sudi menyiarkan coretan kisah seram aku. Sebenarnya aku juga salah seorang pembaca tegar kisah seram fiksyen shasha cuma sebagai silent reader jelah dan aku memang cukup minat dengan kisah-kisah seram terutama kisah seram orang Melayu. Sebelum itu, nama aku Ain (bukan nama sebenar).

Okay tanpa membuang masa, aku nak ceritakan serba sedikit hal berkaitan dengan bilik tidur aku. Aku dan keluarga dah menetap kira-kira hampir 15 tahun dekat rumah yang aku tengah duduk sekarang sejak aku masih kecil lagi. Kisah bermula bila aku tidur seorang diri dalam bilik bujang aku yang baru siap dibaik pulih. Makan masa hampir berbulan juga lah untuk satu rumah siap dibaikpulih, jadi selama tempoh itu aku dan keluarga menetap di rumah pengasuh kepada dua orang adik aku. Mereka jenis tidak kisah kalau tinggal di situ tapi bukan percuma lah yang pasti.

Biasalah keterujaan budak-budak bila dapat bilik besar duduk pulak seorang diri memang sesuatu yang seronok. Jadi malam itu aku decide nak rasmi bilik aku dan tidur awal daripada biasa. Aku tidur beralaskan satu tilam bujang bersama selimut dan bantal. Aku sejenis kalau tidur memang suka bergelap sebab dah terbiasa tapi kurang selesa dengan bau simen yang masih ada. Jadi sebaik sahaja aku lelapkan mata, ada satu bisikan yang aku nak kata halus tak juga, nak kata keras pun tak juga tapi yang pasti betul-betul sebelah cuping telinga aku. Jelas panggilan “Angah” yang membuatkan aku terus tersentak. Aku anak yang kedua jadi panggilan itu memang sah untuk aku. Celik saja mata, aku terus tarik bantal keluar bilik dan tidur di ruang tamu. Mujur abah dan mama aku belum tidur lagi dan aku bercerita kepada mereka.

Selepas kejadian tu, ada lagi yang terjadi. Jakunnya aku waktu itu bila pertama kali merasai macam mana memegang sebiji telefon yang ada lensa kamera depan dan belakang. Kalau tak silap aku jenama Sony Ericsson. Almaklumlah budak yang dapat telefon mainan yang berlagu pun dah berangan sendiri apatah lagi aku dan korang semua mesti fahamkan apa yang budak perempuan macam aku akan buat? Hehehe yah betul! Aku berangan seorang diri. Aku start buat video berlakon, nyanyi bermacam jenis lagu dan aku play balik. Selama berpuluh-puluh video, tak ada pun yang pelik tapi sampai satu video, aku terkejut sebab ada satu suara asing dalam video tu. Aku terus lari keluar bilik dan dengar lagi sekali kalau aku tersalah dengar tapi tak, memang betul jelas suara seorang perempuan menjerit walaupun aku bercakap biasa saja sepanjang aku merakam. Aku terfikir, adakah perempuan yang sama macam sebelum ini atau bukan? Tanpa buang masa, aku terus delete sebab risau jadi apa-apa.

Walaupun terkadang agak seram dan menakutkan duduk dalam bilik itu lepas beberapa kejadian, aku tiada pilihan dan disebabkan itulah aku dah jadi biasa. Ada masa aku merasai yang ‘dia’ ada sekali dengan aku dalam bilik tapi aku buat tak endah. Dalam setahun yang lepas setelah sekian lama ‘dia’ mendiamkan diri, dah sampai masa ‘dia’ datang bertanya khabar. Rindu mungkin dengan teman sebilik sejak dari kecil lagi. Dalam beberapa hari aku merasakan aura bilik semacam yang tidak kena. Rasa panas bila aku lalu satu kawasan dalam bilik tapi aku sedapkan hati mungkin disebabkan cuaca yang boleh tahan panas dan kering pada waktu itu. Jadi, aku tak terlampau berfikir sangat. Aku biarkan sebab aku tahu aku hidup berkongsi selama ini dan aku selalu cakap “aku tak kacau kau, kau jangan nak kacau aku”.

Tapi satu malam yang buatkan aku berang sangat-sangat dan aku termarah ‘dia’ sebab kondisi badan aku yang terlampau penat. Siapa yang tak marah bila penat bekerja, dah dapat tidur tapi tak semena-mena kena kacau. Sedang aku lena tidur, katil aku bergegar kuat dek kerana ‘dia’. Aku dengan mamai bangun dan marah “aku tak kacau kau kan, asal kau nak kacau aku”. Aku berang, aku perhati keliling, gelap dan aku sambung tidur dalam keadaan marah. Dan tak silap aku, lepas daripada itu aku langsung dah tak kena apa-apa gangguan. Merajuk lah tu agaknya hehe. Syukur alhamdulillah juga makhluk tersebut tak memperlihatkan wajahnya tersebut.. Tapi gangguan yang betul-betul aku rasakan itu, sudah cukup bagi aku merasakan keseramannya..

Itu sahaja perkongsian daripada aku yang mungkin seram tak seram bagi korang. Ada cerita ada lagi okay? Terima kasih dan hope korang suka. Oh by the way, aku tahu ada jenis pembaca yang suka cerita direct to the point dan ada pembaca yang suka sesuatu yang details untuk dia bayangkan situasi itu macam mana tapi bagi aku, aku dah seimbangkan antara kedua-duanya sebaik mungkin untuk kepuasan korang sebab aku pun seorang pembaca. Sehingga kita berjumpa lagi!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

SITI NORMARZIANA BT MUHAMAD PUZI

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “Berkongsi Kamar”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.