Bermula dari malam tahlil asrama

Assalamualaikum para pembaca setia FS. Izinkan saya membahasakan diri sebagai ‘aku’ didalam penceritaan ini. Dan izinkan untuk bercerita melalui penulisan dengan formal dan tidak formal.

Nama aku sebenarnya panjang, cuma aku lebih selesa dikenali sebagai Qai. Cerita ini terjadi di asrama. Nama sekolah, biarlah rahsia.

Tanpa berlengah lagi aku teruskan sahaja cerita.

1. Malam Tahlil

Semuanya bermula pada malam tahlil yang asrama di sekolah aku adakan. Memang itu sudah rutin harian kami di asrama. Asrama kami mempunyai tiga aktiviti iaitu tausyeh, nasyid dan tahlil dan kami lakukan selepas solat isya. Dan malam itu lah giliran kami semua untuk membaca tahlil.

Malam tu, aku dan seorang roomate aku nama dia Aisha, kami lah orang yang paling last turun asrama time tu. Senior dan junior memang dah habis pergi surau.

Kitorang pun berlari memecut untuk masuk ke surau sebelum acara tahlil bermula. Jarak asrama dan surau sangatlah dekat. Jadi, kami terus buka selipar apa semua, dan masuk mencari tempat kosong untuk duduk.

Baru je kitorang henyak p******g, tiba-tiba satu surau blackout. Apa lagi, memang semua terkejut dan terpekik-pekik. Aku dan Aisha ni memang duduk barisan belakang jadi kami memutuskan untuk keluar dari surau. Sumpah, malam tu kami semua tak nampak sekeliling! Apa yang lagi seramnya hanya pintu utama yang berada di hadapan nampak tapi kabur dan suasana seperti di alam lain. Jadi agak payah untuk kami menuju ke pintu utama surau.

Bila aku dan Aisha diluar surau, rupanya malam tu bukan bangunan surau je yang blackout. Satu sekolah kitorang blackout. Tiba-tiba, Aisha baru teringat adik dia yang masih berada di dalam surau. Dia pun pecut masuk balik. Aku yang dekat luar ni baru terfikir nak panggil warden, aku pun terus panggil warden dan bagitau apa yang jadi.

Dan tak sampai 20 minit aku panggil warden, elektrik kembali macam biasa balik dan semua murid diarahkan untuk kembali ke dorm masing-masing dan acara tahlil dibatalkan. Dan macam-macam cerita dari mulut senior dan junior, ada yang tertarik benda lain padahal tu bukan kawan diorang..

2. Tandas

Keesokan harinya, satu bangunan sekolah kitorang blackout lagi. Tapi syukur kami tiada aktiviti pada malam tu dan kami just berehat di bilik masing-masing sebab warden beri kebenaran.

Waktu macam ni pulak aku nak buang air, jadi aku minta teman dengan Aisha pergi tandas. Kitorang dua memang pergi tandas tak bawa lampu, jangan tanya aku kenapa sebab malam tu aku tak tahan nak buang air. Sampai je kat tandas, memang aku dengan Aisha je dalam tu. Masa aku tengah membuang, aku bawak lah Aisha borak dan Aisha ni memang lancang mulut dia bab borak. Tapi masatu dia macam tak dengar apa aku borakkan takde respon pun. Aku ingat dia tinggalkan aku sorang-sorang tapi bila aku keluar dari cubicle tandas tu, ada je dia kat depan sinki. Lepastu aku tanya lah dia kan,

“weh kau tak dengar ke aku borak dengan kau tadi? Aku ingat kau tinggal aku!”

Dan aku terkejut dia kata

“Bila kau ajak aku borak? Mana ada suara kau. Aku ingat kau pengsan ke apa dah lah lama sangat buang air.”

Aku tak tunggu lama, aku terus tarik dia balik dorm tanpa aku cakap apa-apa. Yang penting esoknya baru aku bukak cerita.

Dan bila esoknya tu, aku bagitau lah kan. Bukan main dia terkejut bagai nak rak. Dan kitorang pelik, macam mana aku tak dengar suara dia dan dia tak dengar suara aku berborak. Padahal suara aku kalau berborak penuh satu alam dengar.

3. Lift

Yang ni pun terjadi pada aku dan Aisha dan seorang lagi roomate kitorang Ziqah. Alhamdulillah dah takde dah blackout apa semua lancar je malam tu. Tapi, memang tak dapat elak dari keseraman tu tak puas lagi kot menyakat kitorang.

Malam ni pulak malam bebudak asrama tausyeh. Jadi, Ziqah ni dia lambat sangat nak siap jadi macam biasa asal kitorang je mesti semua dah turun and tinggal kitorang je kat asrama.

Lepas Ziqah ni dah siap, kitorang nak turun tingkat dua nak ambil gendang atau yang korang panggil ‘darbuk’ dekat bilik senior, sebab Ziqah yang main darbuk untuk tausyeh malam tu.

Bila dah ambil darbuk, kami decide nak turun pakai tangga je lah sebab tangga tu lagi dekat jalan nak ke surau. Tapi, Ziqah ni dia tertinggal botol air dia kat tingkat 4 kat dorm kami.

So, kami terpaksa naik semula ke tingkat 4 untuk ambil botol kesayangan dia tu.

‘ting! fourth floor thank you!’

Bila bukak je pintu lift, kitorang ingat blackout lagi tapi mustahil blackout sebab lift okey je. Aku tengok luar, aku nampak dah atap bangunan asrama. Maknanya apa? Kitorang ada kat tingkat 5, tingkat yang paling kosong,paling tak berpenghuni selama 2 tahun dan tingkat terakhir asrama. Aku tengok balik nombor tingkat dalam lift, memang nombor 4!

Kitorang memang dah cuak time tu. Dan apa yang paling seram, kami bertiga nampak satu lembaga besar berjalan dari hujung koridor menuju ke arah lift. Tapi, dia macam melayang dan bukan berkaki sebab smooth je dia jalan.

Ziqah pulak memang dah menjerit suruh Aisha tekan untuk tutup pintu lift. Aisha ni memang dah ketar satu badan sampai jari dia tekan dinding lift bukan button nombor.

Lembaga tu pulak sikit lagi nak masuk lift tu tapi akhirnya pintu pun tertutup dan kami selamat sampai masuk ke surau.

Sebenarnya ada lagi cerita seram selepas lift ni, tapi cukup lah dua cerita yang aku kongsikan untuk kali ni. Dan kami perasan selepas dari kejadian blackout tu, benda tu semakin active menganggu bebudak asrama. Maaf jika tidak seseram cerita orang lain. Dan ini memang pengalaman sebenar aku.

Apapun tawakkal pada dia. Assalamualaikum sign out!

-qai

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

qaii01

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 4.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.