Bernyanyi Sekali

Hello semua , nama aku Princess. Selalu jugak aku layan Fiksyen Shasha ni tapi sekarang makin kerap sebab tengah buat praktikal kan, so macam tak ade kerja sangat haha. First time ni aku tulis, so maaf la kalau jalan penceritaan aku kurang menarik. Bagi aku kisah aku ni boleh tahan seram jugak la sebab jadi dekat diri sendiri kan, kalau korang rasa tak seram sorry lah haha.

Okay sekarang aku nak cerita kisah yang pernah terjadi dekat aku waktu sekolah dulu dalam tahun 2014 masa aku SPM. Aku bersekolah di sekolah Teknik dekat Penang dan tinggal di asrama, ala yang belakang Masjid Negeri tu. Sekolah tu memang dah lama sebab bapak aku pun sekolah tu dulu. Kiranya macam aku menyambung legasi bapak aku lah sekolah dekat situ jugak. Masa aku daftar masuk pun still jumpa cikgu yang pernah ajar bapak aku dulu.

Okay sambung cerita, aku ni memang dari dulu jenis burung hantu. Maksudnya tak reti tido malam, lepas tu bila pagi pergi kelas aku tido. So hampir setiap malam aku akan tido lambat atau tak tido terus. Aku jenis takde la berani mana, tapi disebabkan mak dan ayah aku pun duduk asrama dulu, aku dibekalkan dengan macam-macam kaedah dan tips untuk melindung diri dari hantu. Mak aku ajar pagar katil waktu tido, jangan main spirit la, jangan pi tandas sorang dan bla bla bla. Tapi aku pagar katil sampai Form 4 jelah, naik Form 5 dah malas.

Jenis aku kalau tak tido malam, aku suka turun bawah pergi bilik TV, kadang tengok TV, kadang cas phone, kadang basuh baju, tapi selalu sebab aku suka pergi main dengan kucing. Bilik TV tu sebelah dia tu bilik basuh baju tapi ada mesin basuh je la. Aku suka basuh tengah malam sebab tak ade orang. Okay satu tips nak taw ada hantu ka tak waktu hampa sidai baju waktu tengah malam kat ampaian. Sapa ja yang nak sidai baju tengah malam, aku ja kot. In case la, kalau korang terdesak nak sidai baju tengah malam jugak dan dekat ampaian. Mostly pakaian yang disidai dengan penyangkut baju dekat ampaian sebab nak jimat space. Kalau tiba-tiba tapi ada sehelai baju ja yang goyang kiri kanan tapi tak ade angin, tak ade ribut, lepastu baju lain semua tak goyang atau diayunkan. Berjaga-jagalah haha. Ade lah yang tengah bertenggek kat ampaian teman korang.

Panjang nya mukadimah aku.  SPM sekolah teknik biasanya memang habis lambat dalam bulan December macam tu sebab ada subjek tambahan banyak. Teknik kan Form 4 dan Form 5 je, waktu SPM memang sunyi je sebab senior je yang ada. Junior semua da balik holiday. Katil dalam bilik ada 8 double decker, so total ada 16 katil untuk 16 orang. Tapi waktu SPM bilik aku cuma ada 4 orang senior sebab junior banyak dalam bilik. Ada aku, Mek, Q, dan Sha (semua bukan nama sebenar) je. Aku dengan Mek ni BFF, so tido sebelah-sebelah, locker (almari) pun sebelah-sebelah. Mek ni ada deria ke-enam. Katil akan diletakkan dekat tengah bilik, takdelah tengah sangat. So Locker akan diletakkan berdepan dengan katil dan menghadap dinding, so ada privasi waktu nak salin baju. Boleh bayang tak? Aku cuba sehabis baik nak explain pasal kedudukan katil dan locker sebab dia main peranan penting dalam cerita.

So malam kejadian tu aku dengan Mek tido lambat sebab time tu tak ade gap paper seminggu. Bilik memang gelap sebab tutup lampu, hostel kan ada light off. Mek buka la lagu Melayu dekat dalam fon dia. Pasang tak kuat sangat sebab Q dan Sha tengah tido dengan lena nya. Sha tido katil dia depan kami, Q tido sebelah katil Mek (ada jarak sebab laluan nak ke Locker). Aku ni jenis KPOP sikit, so kurang layan lagu Melayu. Tapi lagu yang Mek buka waktu tu aku taw lah sebab lagu ‘Sudah Cukup Sudah’. Betul ke tak tajuk tu aku pun tak taw.

So Mek ni memang suka menyanyi, so memang dari tadi dia menyanyi. Time tu dah lepas pukul 3 pagi. Aku baring tepi main fon je. Sampai ja turn lagu ‘Sudah Cukup Sudah’, aku pun join la menyanyi sekali sebab aku taw lagu. Sedap je kita orang nyanyi tak sedar diri. Part Chorus ‘Sudah cukup sudah, sudah sampai di sini saja’, ada suara perempuan menyelit. Tapi nyanyian dia tu aduh mak panjang betul tarik, sayu pulak tu. Macam “sudahhhhhh cukupupppp sudahhhhhh” ha macam tu lah dalam nada sayu campur pilu. Aku dan Mek pun stop nyanyi tapi lagu kat fon still terpasang. Diam sekejap je lah. Pastu Mek angkat kepala tengok katil depan yang Sha tido (sebab Sha sorang ja yang tido lane depan tu). MEk pun bersuara, “Wei Sha, hang tidoq da ka?”. Memang Sha tak jawab la sebab dia tido dah. Pastu Mek tengok katil sebelah which is katil Q, Mek pun panggil, “Wei Q, wei wei hang tidoq ka?”. Q ni cepat terjaga tapi time tu dia reply apa ntah, sebab tengah mamai. Pastu Q sambung tido balik. Lagu dalam fon still terpasang lagi. Masuk lagi part chorus. Sekali lagi dengar ‘dia’ menyanyi. Time tu memang confirm bukan Sha atau Q yang menyanyi.

Aku tengok Mek, dia tengok aku. Bukan manusia nyanyi ni. Nak turun katil pun takut. Kami tutup lagu tu sebab macam terkejut, terkedu semua ada lah. Suara tu dekat gila. Kami perasan datang dari belakang Locker which mean jarak dia macam di hujung kaki kami ja (locker berhadapan dengan katil dan menghadap dinding) dan kami duduk atas katil waktu tu. Dah la bilik gelap, kawasan locker tu lagi la gelap. Pastu Mek tanya aku, “wei hang dengaq dak?”, Aku pun angguk je la. Sebab sekolah ni kan dah berusia, so memang keras dari zaman Bapak aku belajar lagi. Ingat macam plan nak tido terus, lepastu nak terkencing pulak dah.

So kami keluar la pergi tandas. Tandas hostel ni kena keluar dari bilik, pastu dekat hujung koridor. Blok aku pulak menghadap padang so diam je lah kitaorang jalan pergi toilet. Pastu balik dari toilet, terus buka semua lampu dan tido. Punya lah takut punya pasai. Aku pasang earphone tido, pastu selimut sampai kepala. Takut pulak aku tapi still tido lena dalam ketakutanla malam tu haha.

CERITA TAMBAHAN:
Ni cerita lain pula, ni jadi waktu aku dengan Mek nak pagar katil sebab time tu kejadian histeria berleluasa kat sekolah, macam penyakit berjangkit, cepat je merebak histeria tu. Macam aku mention Mek ni ada deria ke-enam, Mek ni kalau nampak tak reti diam. Dia suka share apa yang dia nampak sekali dengan detail – muka macam mana, dekat mana, tinggi ke rendah, warna apa. So aku lah pendengar setia apa yang dia nampak kat sekolah tu. Ada nenek kebayan atas pokok, ada orang lalu kat tingkap waktu basuh baju (bilik basuh ada setiap aras, kami duduk aras 1). So waktu nak pagar tu macam biasa la baca ayat Qursi sekali, 3 Qul setiap satu baca 3 kali lepas habis baca hembus sekeliling katil lawan arah jam (ni yang mak aku ajar). Aku baca sekali dengan Mek, tiba-tiba dia stop pastu pegang tangan aku. Aku pun tanya la dia, “Hang awat stop?”, dia cakap ada orang menangis kat luar tingkap. Pastu Mek ni macam biasa la dia buat demo, macam mana benda tu nangis. Aku macam nak hempuk ja dia ni. Aku pun ajak sambung baca balik. Cepat-cepat sikit baca, dia panas tu sebab tu menangis. Tapi alhamdulillah malam tu aku tido lena jugak.

Actually banyak je cerita hantu yang jadi kat aku sebab aku duduk hostel dari Form 1 sampai la habis Universiti. Boleh dikatakan banyak experience la. Yang lain, waktu lain pulak aku cerita. Sebab sekarang dah masuk waktu lunch, aku nak pergi makan. Siapa yang belajar lagi dekat sekolah Teknik Penang, jaga-jaga ye, anda sedang diperhatikan. Bye.

Afryna Kaswan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

8 thoughts on “Bernyanyi Sekali”

  1. wei sama lah kita. aku pon tengah praktikal ni. sekarang takde keje dalam ofis. jadi selalu gak aku layan fs ni. Btw best gila cerita kau. tq jugak ajar cara pagar katil.

    Reply
  2. Sekolah lama aku jugak tu. Sekolah ni dari zaman dulu lagi. Rasanya semenjak tahun 1958. Dulu namanya Technical Institut of Penang.

    Bangunan sampai ke asrama memang very old school. Tandas sekolah pun ancient gila.

    Reply
    • Ya skolah achik jugak…. kejadian histeria atau apa2 rasukan berlaku setiap dua tahun macm berselang2… kawasan keras adalah asrama dan pinggir sungai tu. dulu tapak sekolah adalah dusun buah2an..cerita dari tukang kebun bgtau kata tuan tanah letak 4 penjaga di setiap korner kebun… acik skolah tahun 1991

      Reply
  3. btw afryna, kita satu batch n sorry sbb kes histeria batch kita tu start dari aq..klau ko ingt aq first person yg kena histeria kt dalam surau lepas solat tu n sbb aq smua berjangkit. next time bila ada masa aq an story kisah aq lak.. sbb kes kt sklh tu smpi sekarang hijab aq terbuka …..

    Reply
  4. btw afryna, kita satu batch n sorry sbb kes histeria batch kita tu start dari aq..klau ko ingt aq first person yg kena histeria kt dalam surau lepas solat tu n sbb aq smua berjangkit. next time bila ada masa aq an story kisah aq lak.. sbb kes kt sklh tu smpi sekarang hijab aq terbuka …..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.