Berpindah ke Rumah Baru

Hi dan asalamualaikum.Saya nak bercerita tentang rumah yang baru sahaja family saya beli.

Masa ni ayah aku sakit.Ayah aku ni dia sakit ketumbuhan.Ada benda tumbuh belakang badan.So memang ketumbuhan ni besar gila sampai kan ayah aku tak boleh nak berjalan macam orang biasa.Okay balik kepada topik kita iaitu rumah baru.

Masa ni aku umur dalam 11 tahun gitu.Yela budak budak bila dengar ayah nak beli rumah baru mestilah excited kan?Pastu jenis rumah banglo makin gembira ea.

Lepas beberapa hari dapat berita nak pindah kita orang kemas kemas.Kita orang baru je bawa toto.Sepatutnya kalau kita pinda kita kene baca doa doa,tabur garam semua sebab rumah dah tidak perpenghuni selama 40hari.Tapi family aku ni tak buat sebab tak larat yela ayah aku sakit lagi,so kita orang tinggal lah kat situ.

Malam pertama di rumah itu, ayah aku terbangun hendak ke tandas. Aku pun turut tersedar disebabkan ayah meminta tolong untuk bantu di bangun. Dalam perajalan ke tandas, tiba-tiba telinga aku menangkap sayup-sayup bunyi piano. Dalam hati aku, siapalah yang main piano tengah-tengah malam ni. Tapi cuma cakap dalam hati je la. Aku tak tegur pun. Masa tu, aku tak pasti sama ada ayahku dengar bunyi piano itu ataupun tidak.

Keesokan harinya, aku bertanya kepada ayah;

“Ayah dengar tak bunyi malam tadi masa ayah nak ke tandas?”
“Hmm, dengar .Bunyi piano tu kan?”Balas ayahku.Aku tak pedulikan sangat apa benda tu.Mungkin orang sebelah rumah yang main piano.

Seminggu selepas kami masuk ke rumah baru. Kami sekeluarga duduk di depan tv melayan rancangan TV3 pada malam itu. Tiba-tiba “gedebukkk!!” Bunyi yang kuat sangat dari atas bumbung rumah. Seakan ada yang melompat.

“Ayah, bunyi apa tu?” Aku bertanya kepada ayah.
“Bunyi kucing tu.”Balas ayahku.

Tapi takkanlah kucing dapat naik sampai ke tingkat atas. Rumah ni kan 2 tingkat. Dalam pada aku merasionalkan fikiranku, terkejut aku. Tiba-tiba alarm pintu pagar berbunyi.

“Tettt tett..”
“Tett tett”

Bila ayah jenguk keluar, tak ada apa-apa. Waktu itu, aku sekeluarga dah mula rasa cuak dan seram. Aku cuba membaca ayat-ayat quran yang aku tahu.

Dalam keadaa masih lagi cuak, tiba-tiba tingkat atas pula berbunyi hentakan. Hentakan seakan ada orang bergaduh, dan membaling-baling benda..

Ayah biarkan sahaja bunyi itu, dalam keadaan yang seram. Ayah masih lagi ‘cool’. Kami yang lain dah berpeluh-peluh ketakutan.

Lama juga bunyi “bergaduh” di tingkat atas tu. Mula pada pukul 12 tengah malam sampailah pukul 2 pagi , benda tu masih tak berhenti. Kami sekeluarga dah rasa amat mengantuk.

Tiba-tiba, bagai nak luruh jantungku. Sekali lagi alarm pagar rumah berbunyi!

Ayah aku dah tak tahan, dia naik ke atas nak tengok apa benda yang ada berbunyi dari tadi.

Baru 4 anak tangga ayah naik. Langkahnya terhenti. Di hadapannya ada lembaga 3 nenek tua berambut keriting sedang berdiri. Nenek-nenek itu membuat muka bengis seolah menghalang ayah dari naik ke atas.

Ayah waktu itupun tergugat keberaniannya. Ayah akhirnya mengambil langkah ke belakang, dan tidak jadi untuk naik. Ayah tidak memberitahu pun pada kami apa yang dilihatnya waktu itu. Ini kerana tidak ingin kami rasa takut. Selepas sahaja azan subuh, dan selesai solat. Kami bergegas balik semula ke rumah lama. Dengar-dengar ayah mengambil keputusan untuk jual semula rumah baru ini. Entahlah..

Itu sahaja pengalaman aku ketika berada di rumah baru ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Wani

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Berpindah ke Rumah Baru”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.