Assalammualaikum buat semua warga FS. Tak tahu nak mulakan dari mana sebab ini adalah kali pertama saya mahu kongsikan pengalaman seram dekat page FS ni.
Baik, kite mulakan kisah yang pertama, kisah yang saya siarkan ni memang 100% dari pengalaman yang terjadi pada diri saya sendiri dari masa saya kecil sehinggalah saya besar. Sekarang saya dah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.
Kisah ni bermula ketika saya berusia dalam lingkungan 14 or 15 tahun kalau tak silap saya. Masa ni saya duduk di rumah datuk dan nenek saya. So dekat rumah datuk, Cuma ada adik saya, saya dan nenek saya. Ketika ni datuk saya masih bekerja sebagai pengawal keselamatan dekat pejabat RISDA.
Masa kejadian adalah waktu malam dalam pukul 9 or 10 malam kalau tak silap saya. Masa kejadian datuk saya masih belom balik dari tempat kerja lagi. Masa ketika ini la perut saya lapar dan teringin nak makan roti so saya cakap dengan nenek saya datuk balik bila sebab nak minta tolong belikan roti. Nenek Cuma cakap kejap lagi atuk balik laa tuh.
Jadi, tak sampai 10 minit saya cakap dengan nenek saya terdengar motor EX5 datuk saya balik dari tempat keje so saya terus berlari ke luar rumah ke garaj rumah, sebab selalunya datuk akan parking motor dekat garaj.
Saya nak ceritakan sedikit keadaan rumah datuk saya, rumah datuk terletak rumah paling hujung sekali dalam kampung, belakang rumah datuk dulu semuanya hutan kecil sebelom dibersihkan untuk dijadikan taman perumahan macam sekarang ni.
Dekat garaj rumah datuk memang ada satu pokok kuini yang sangat besar. Datuk pernah cakap pokok kuini tu memang dah ada sejak datuk dan nenek duduk situ lagi.
Nak dijadikan cerita selepas saya terdengar bunyi motor datuk saya terus berlari keluar nak minta belikan roti. Perut memang agak lapar waktu itu. Tapi ketika saya sampai dekat garaj motor tu GELAP GELITA seakan tiada sesiapa di situ.
Saya panggil “atukk… ohhh atuk..” berkali kali saya panggil datuk tapi tiada sahutan. Ketika itu nenek dan adik saya yang lain berada di dalam rumah sedang menonton televisyen dan Cuma tinggal saya keseorangan di luar memanggil2 datuk.
Oh lupa saya nak beritahu yang saya ni seorang yang rabun dan agak tinggi juga la untuk budak yang baru berusia 14 , 15 tahun ni. Jadi, dengan beraninya saya cuba menghampiri garaj sambil memanggil datuk saya. Nak dijadikan cerita juga masatu saya tak pakai cermin mata, masa saya mahu menghampiri garaj, saya mesti akan Nampak pokok kuini tu, sebab pokok kuini tu memang dekat sekali dengan garaj rumah datuk.
Masa saya lalu dekat pokok kuini tu saya ternampak ada benda putih besar berdiri tegak betul2 bawah pokok kuini. Masatu saya masih tak pikir apa lagi, masih lagi husnudzon mungkin datuk. Jadi, saya makin menghampiri nak tengok apa benda bawah pokok tuh, sambil panggil datuk mungkinkah itu datuk saya.
Hahaha terukk betul rabun sampai tak dapat bezakan. ‘Benda’ tuh Cuma berdiri tegak tanpa bergerak macam patung so saya dengan yakinnya pergi mendekat dan bila makin dekat baru saya perasan yang ‘Benda’ tu adalah POCONG sebab Nampak bunjut kat atas kepala tuh.
Masatu saya berada lebih kurang 5 or 10 meter dari ‘benda’ tuh. Apalagi saya terus menjerit nama nenek saya cakap ada hantu kat luar rumah. Bila nenek dan adik2 saya keluar dah tak ada dan ketika itu laaa baru datuk saya balik dari tempat kerja dan ketika itu jugaaa laaa saya pon kehilangan selera makan. Hilang semua dalam kepala otak nak beli roti ke apa. Jadi itu laaa kali pertama saya bertemu dengan MR. POCONG………….
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI