Bertukar wajah

Assalamualaikum kepada semua reader FS dan kepada admin, terima kasih sebab publish cerita aku yang lepas (Terbukanya hijab). Ada yang geram dengan mak aku kan, haha.Habistu ubat nyamuk sape nak beli? nenek aku? Hahaha. Sebabnya dalam adik beradik aku, aku je paling rajin dan boleh diharap nak pergi kedai. Akulah muka2 pergi kedai, muka2 buang sampah, muka2 tolong kat dapur. Ha kau cakap je.

Owh lupa.. Sebenarnya aku nak cerita lagi pasal adik aku tu dan macamana dia boleh terlibat dengan kemalangan yang sekaligus meragut nyawanya..yang bagi aku masih misteri, tapi tu lah, sedih jugak nak menaip, sebab arwah ni dah macam bestfriend aku, sebab banyak scene dan kisah antara aku dan adik dalam kehidupan masa lalu.

Lama aku nak terima pemergian arwah sampai aku separuh gila lah masa awal2 tu.Mana taknya,waktu arwah masih hidup, macam belangkas kot.So nanti jelah aku cerita pasal ni, ni cerita yang aku nak kongsikan masih lagi kat rumah nenek.Pengalaman yang menghantui aku untuk jangka masa yang panjang.

Petang sebaik lepas pulang dari sekolah, aku memang akan bermain kat laman rumah nenek dengan adik. Masa zaman kanak2 aku, laman rumah nenek ni ada pokok mangga dan pokok belimbing, sebelah belakang rumah nenek aku ada pokok2 ubi kayu yang mana sebelahnya nenek aku jadikan pondok untuk melepak dan santai2 petang, kiranya pondok tu belakang rumah nenek.

Macam biasa lah, geng main panjat2 pokok mangga, dengan arwah adik la, dengan sape lagi .Lagipun masatu aku macam jantan, tomboi habis, saling tak tumpah macam budak lelaki, rambut, cara berjalan, aihh memang lasaklah. Rambut aku tak pernah panjang macam kakak, aku slalu jeles tengok rambut kakak, sampai aku tanya mak aku, kenapa aku tak boleh bela rambut panjang macam kakak? Mak cakap sebab aku lasak, bila aku main macam hantu, rambut aku serabai, tu lah punca mak aku tak pernah biarkan rambut aku panjang,kalau sekilas pandang, orang yang tak kenal,mesti fikir aku ni budak lelaki.

Ok, sorry. Sambung balik cerita aku tadi. Panjat punya panjat, lama2 penat jugak. Ah, boring aku. “adik! tukarlah, main jual2 nasik lemak la, kau beli, aku jual!”. jerit aku dari atas pokok sambil kaki aku lunjurkan kebawah dahan supaya senang aku melompat ke tanah. Adik macam biasa, tetap jadi pengikut setia aku. Habis bunga2 nenek aku kerjakan. Masa tu banyak pokok2 bunga tepi2 pagar rumah nenek yang memisahkan rumah nenek dengan rumah jiran sebelah. Tak cukup dengan tu,aku curi petik bunga jiran sebelah (hehe) bunga2 tu aku letak dalam bakul kecik buat lauk nasik lemak bungkus yang aku buat pakai pasir rumah nenek, kononya pasir tu nasi, bunga2 tu sayur la.

Terleka main pasir kat laman dengan adik, sampai aku tak sedar waktu dah masuk senja, masa kecik2 ni fikir nak main je, selagi belum kena libas,main jela aktiviti aku. Waktu tu dah terdengar laungan mak aku, suruh masuk rumah,mandi. Aku tetap tak endahkan dan masih leka bermain pasir.Sampailah mak aku keluar bawak rotan nak hambat aku dengan adik. Adik dah laju naik rumah macam lipas kudung, takut kena bantai. Aku ni masih lagi berdegil, tetap taknak masuk rumah. Memang mintak kena bantai la kan? mak aku bantai aku sampai aku melalak senja2 tu, masuk rumah berteriak2 aku jerit nak main lagi. Tak tau lah kenapa masa tu sedih yakmat. Meronta2 aku. Mak aku kunci pintu rumah nenek. Aku masih lagi melalak bawak sampai ke dalam bilik aku melalak. Punya teruk.

Lepas aku nangis, korang tau apa jadi? aku pergi depan tiba2 mak aku tegur, kenapa muka tu?? mak aku belek2 tengok, mak aku cakap dah macam setan. Lagilah aku meraung, aku ingat sengaja bagi aku takut, lepastu datang adik aku dari dapur baru siap mandi, adik aku tegur “eee..!! kenapa muka kau tu?!” masa ni semua orang takut tengok muka aku. Mak aku suruh pergi tengok cermin.

Aku cuba mengamati muka aku sendiri. Mata aku sepet sesepet2 nya. Mata putih bertukar merah. Muka aku berubah, muka aku jadi lebar, bibir aku bengkak habis, kalah mulut itik, bengkak dia tu macam hampir nak bercantum dengan hidung aku, aku yang ketakutan lari kedepan peluk mak aku sambil menangis. Mak cakap,”dah2!! diam! jangan nangis lagi! nanti lagi teruk muka tu! tula orang dah cakap jangan main waktu senja! degil sangat! bila orang panggil masuk tu, masukla!bila orang tua cakap tu dengar!”

Waktu tu baru aku perasan, bukan muka aku je berubah, tapi dekat badan aku habis merah2 macam gatal2, korang tau macamana kena ludah jin? ha macamtu lah, ada yang cakap kena kencing setan la, kena ludah jin lah, aku pun tak tau. Yang pastinya badan aku panas dan gatal masatu. Aku panik dan tak tau apa yang terjadi sebenarnya. Tapi aku duduk termenung, aku fikir, mungkin ada betul apa yang mak aku cakap.

Mak aku pun dah risau masa tu. Mak aku cuba mintak tolong dengan jiran depan rumah nenek aku,Pakcik Arep. Dia pun bukanlah ustaz2 tapi bolehla merawat sikit2. Yang aku ingat masatu dia bagi beberapa biji habbatus sauda suruh aku minum dengan air yang dah dibaca dengan ayat2 suci al-Quran sambil selawat 3 kali dan mintak aku sapukan ke muka baki separuh dari air tu. Nampak la perubahan sikit dan Pak Arep pesan kat mak aku,apa2 hal bagitau dia kalau2 dia boleh bantu.

Tapi tak berakhir kat situ je, malam tu aku mimpi ada jin bertandang kat rumah nenek, jin tu keluar dari almari nenek, dan tarik kolar leher baju aku hingga jarak antara muka kami hanya sejengkal, seolah2 marah dengan aku. Telinga dia panjang runcing, kepala botak, berjanggut dan lidah dia terjelir. Dia keluarkan api dari tangan dia nak bakar aku. Aku yang ketakutan,cuba untuk lepaskan diri,aku menjerit dan laungkan takbir ‘Allahuakbar’
3 kali dan aku tersedar dalam keadaan berpeluh.

Aku ceritakan kat mak aku, tak lama tu, mak aku panggil lagi Pak Arep, tanya Pak Arep,aku ada buat apa2 yang salah ke? Aku cakap takde pun. Aku main2 macam biasa. Kata Pak Arep, tuan rumah sebelah rumah nenek aku tu marah, aku petik pokok bunga kesayangan dia, dan Pak Arep pesan lain kali jangan sembarangan petik. Orang sebelah tu bahaya. Dan korang tau besoknya tu aku nampak makcik sebelah rumah tu, dia pandang aku dengan pandangan yang tajam dan muka yang marah.

Semenjak dari peristiwa tu, aku tak berani main dekat2 dengan rumah dia, kalau aku nampak dia keluar, aku cepat2 lari masuk rumah. Dan untuk pengetahuan korang selepas kejadian tu jugakla, setiap kali aku menangis, muka aku akan berubah macam aku cakap tu. Lama dan ambik masa bertahun untuk pulih, dan selalunya bila aku bangun dari tidur selalu ada kesan2 cakaran kat jari kaki atau jari tangan aku dan ada masanya luka cakaran tu meninggalkan kesan d***h dan perit. Benda tu berlaku sampailah aku meningkat dewasa.

Sampai sini jelah dulu cerita aku. Macam panjang dah. Buat pembaca FS. Maaf kalau story kali ni tak seram,a ku just share pengalaman2 misteri yang aku lalui je.Kadang2 dengan bercerita, hati aku jadi lapang sikit. Next nanti aku story pasal arwah adik. Nak kena flashback balik memori aku yang dah berhabuk.Terima kasih sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

MsOren

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 26 Average: 4.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.