Bihun Goreng Jadi Basi Serta Merta. Gerai di Taiping

Salam semua.
Terima kasih kerana sudi baca kisah aku sebelum ni walaupun bukan kisah seram (hantu/jin) iaitu Pengalaman Hampir Dipukau : https://fiksyenshasha.com/pengalaman-hampir-dipukau/
Untuk pengetahuan sahabat FS semua, aku sebenarnya tak pasti sebab apa pakcik pukau tu nak pukau aku, kalau ikutkan aku bukannya ada rupa, pakaian pun biasa aje..almaklumlah student kan. Tshirt, seluar slack & beg galas itupun sebab bawak telekung.

Seperti yang dijanjikan, aku nak ceritakan satu lagi kisah berkenaan Bihun Goreng Jadi Basi Serta Merta di Taiping. Tiada tokok tambah, apa yang aku kongsikan berdasarkan apa yang aku alami pada waktu tu.

Masa dulu, dalam tahun 2003-2004..aku ada la beberapa kawan rapat tapi mereka ni semua tinggalnya agak jauh daripada rumah aku. Kalau nak keluar ke bandar tu tak bestlah kalau sorang-sorang kan..maka aku ajaklah kawan aku namanya Nita yang tinggal di Bagan Serai untuk ke Taiping. Selalunya aku ke rumah dia dari hometown aku pinjam kereta mak aku. Nak jadi cerita..kali ni aku rasa teringin nak naik bas, santai-santai je..maka aku naiklah bas dari hometown aku ke Bagan Serai, dan tunggu Nita di stesen bas Bagan Serai untuk ke Taiping. Kalau yang biasa di utara Perak ni kami ada Red Omnibus. Ha bas tu la aku dengan Nita naik untuk ke Taiping.

Seronoklah jumpa Nita sebabnya dia di UiTM sambung diploma, aku plak di matrik. Susah nak jumpa kan..sembang punya sembang dalam bas tu akhirnya sampaila ke Stesen bas Taiping. Kalau semua nak tau, stesen bas Taiping ni dekat je dengan Medan Selera kat tengah-tengah bandar Taiping tu. Bila dah sampai kami pun terus ke Medan Selera tu..Nita kata lama dah dia tak makan situ macam masa outing sekolah menengah dulu.

Aku dah lama tak balik rumah Opah aku kat Taiping dan tak ke bandar Taiping..aku tak pasti sekarang masih ada ke tak medan selera yang kami makan tu. Tempat tu ada banyak gerai-gerai makan, bawah bangunan dua tingkat..atas dia kedai-kedai lama. Dia terletak betul-betul depan menara jam kecil Taiping..kat bazar, seberang jalannya ada kedai kain besar.

Kami masuk ke area medan makan tu..Nita dan aku pun duduk di meja yang kosong. Kedai yang mana aku tak mau habaq lah, yang pasti dia salah satu gerai goreng-goreng Melayu kat medan tu.

Masa aku duduk tu, aku perasan sorang pakcik tak tua sangat la dalam lingkungan umur awal 50an..duk bisik-bisik dengan kawan semeja dia. Meja pakcik dengan kawan dia tu tak la jauh mana dari meja aku dan Nita. Aku duduk menyebelahkan meja pakcik tu..Nita pulak mengadap ke sana.

Aku : Wei ang nak makan apa Nita…aku macam biasa la..bihun goreng teloq mata gedik ye. Teh o ais satu.

Nita : Aku nak nasik wei lapaq wei lapaq..haha..nasik goreng cina satu ye dik…Buat nescafe ais kat saya..

So adik kedai tu ambil order aku dan Nita terus berlalu ke dapur. Aku perasan pakcik yang perhatikan kami tadi dah ubah tempat…selang semeja pulak dari meja kami (aku rasa semacam masa ni). So aku bagitau slow-slow kat Nita…”Wei aku rasa…lain la..ada pakcik dak duk mengadap hang?”
Nita jawab pakcik tu ubah meja mai dekat sikit..tapi dia sorang ja ubah meja..kawan dia stay meja tadi. Dia tengok aku tapi tak dak apa la kot…Aku relaks je la, cuba tenang lkan hati. Perasaan aku je kot.

Order pun sampai…panas-panas, lapar pulak.

Aku baca doa makan dengan Nita. Bismillahirrah maanirrahim, allahumma baariklana fii ma..(sambung seterusnya sampai habis).

Aku raup muka…mula nak makan..ambik garpu cucuk bihun aku… Tiba-tiba jer bihun tu jadi pelik! Lembik!! Berair!!! Busuk!!
Hangpa tau dak kalau bihun basi warna apa?? Ha camtu lah warna dia..kuning..berlendir..berjejer jatuh melalui garpu aku!

Aku : Allahh Nita jangan makann!!! (Aku pegang tangan Nita jangan suap nasi goreng dia). Kita kena bangun ni. Lani Nita, kita kena bangun!!!

Nita : Ang kenapa weh aku lapaq ni! Awat-awat?? (Tak jadi makan)

Aku : Ni ang nampak bihun aku jadi apa ni Nita!!! (Sambil angkat bihun aku)

Nita : Mana ada apa pun elok ja! Ang makan je lah..

Terus aku keluarkan duit bagi kat adik kedai tadi. Tarik tangan Nita yg tekulat-kulat terkejut tu, terus keluar kedai laju-laju.

Aku sempat pusing belakang.rupa-rupanya, pakcik tadi ikut kami!!
Masa ni aku tarik tangan Nita & bagitau dia “Satgi aku cerita kat ang! Pakcik tu ikut kita weii!!!”
Kami lintas jalan jalan laju-laju terus masuk kedai kain kat sebrang jalan tu..pi kat kakak-kakak kedai tu…punya terketar-ketar badan aku masa tu. Pakcik tadi tak ikut dah kami, aku tengok dia lintas jalan pi tempat lain.

Aku dah bertenang sikit..kami pi makan tempat lain..aku ceritakan semua kat Nita. Skali dengan cerita aku nak kena pukau masa balik dari Seremban sebelum tu. Nita kata..”padahalnya aku tengok bihun tu hitam elok je..berasap baru goreng”. Sedangkan sebaliknyalah pada pandangan aku masa tu.

Pengalaman kali ni aku tak pasti kenapa jadi macam tu…ada kaitan ka dengan pakcik tadi..kenapa dia kejar kami..kenapa bihun tu jadi macam tu…atau mainan mata aku semata-mata, hanya Allah yang mengetahui.

Cuma tulah..untuk pengetahuan sahabat FS, aku memang independent, suka keluar dengan kawan kalau cuti untuk sembang-sembang. Kadang-kadang drive jauh2..yelah anak sulung kan..dah terbiasa buat semua sendiri. Sekarang dah berumur, dah berkeluarga, maka jarang la jumpa kawan-kawan sebab masing-masing ada komitmen sendiri. Pengajaran kat aku kali ni ialah supaya sentiasa baca doa/ menyebut nama Allah dalam setiap perbuatan, dalam kisah ni bila nak makan.

Itu saja kisah aku kali ni…tahap keseraman tu bukanlah yang jenis hantu-hantu tu, cuma pengalaman ni agak pelik bagi aku..insyaallah nanti bila lapang aku kongsikan kisah ketiga berkenaan mee goreng yang berulat di pasar malam. Terima kasih kerana sudi membaca kisahku.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ayong

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

18 thoughts on “Bihun Goreng Jadi Basi Serta Merta. Gerai di Taiping”

  1. Bila dah dua tiga kali hampir kena benda pukau ni, kena berhati-hati. Nasib baik awak sedar yang pakcik tu tukar tempat duduk. And yes, apa2 pun kena baca Bismillah, sebut nama Allah. Kita tak tau orang sekeliling kita baik ke tak.

    Nanti cerita la lagi pengalaman kalau ada.

    Reply
    • Hehe tulah..bila saya cerita kat mak saya..bising dia. Tula hang pi sana buat apa..boleh je nak jumpak kat rumah padahalnya

      Reply
  2. Nama food court tu larut matang sempena nama supermarket belah atas.. la ni dah tutup dah supermarket tu… foodcourt ni mmg sgt best… aku suka makan popia basah.. mee kombat… kotiau kerang cina… and paling best minum ais bobo… huhu… lagi satu yg rare… kalo lepak side chinese… order teh ais ke teh o ais ke atau apa2 air pun… dia serve dalam gelas beer… hahah.. cap rimau la.. sauh la… Yong… you bring back my school time memories… errr… lagi satu… red omnibus tu kami panggil bas merah… kalo naik mmg syok layan lap kat jalan bt. 10 semanggol… X penah slow…

    Reply
  3. Rasanya hometown writer maybe kat Parit Buntar. Red Omnibus (Bas Merah) masih beroperasi untuk laluan dari Parit Buntar ke Taiping. Foodcourt Larut Matang tu masih menyediakan makanan yang sedap.

    Reply
  4. Biasanya pukau ke santau bukan tuan kedai buat, org luar sbb nak test ilmu atau nak khianat kan tuan kedai. Rezeki awak dpt pertolongan Allah slm perkara lboh buruk berlaku.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.