Hai pembaca FS! Terima kasih sekiranya kisah ini disiarkan. Nama aku Ell, cerita yang akan aku ceritakan tiada lah seram sangat Cuma banyak pengajarannya sahaja.
Kisah ini berlaku dua tahun lepas iaitu pada 2018 dan aku Ketika itu belajar di sebuah Politeknik di Sarawak dan menetap di kamsis (asrama) yang disediakan. Untuk pengetahuan, kamsis itu bersebelahan dengan hutan.
Ketika itu adalah musim cuti akhir semester dan kami penghuni kamsis pun pulang ke rumah masing-masing. Sepanjang di kamsis memang tiada apa perkara mistik berlaku namun semenjak balik ke rumah bermulanya kisah yang aku ceritakan ini.
Hari ke 2 aku berada di rumah, abang aku terserempak dengan aku di depan gate rumah dan aku sedang otw keluar dari rumah manakala abangku pula baru balik kerja pada pukul 9 malam, abang aku ada tegur aku tapi aku berlalu dengan pantas tanpa menghiraukan abangku. Jadi dia biarkan saja. Tapi bila abang aku masuk je rumah, dia nampak aku dekat dapur pula. Untuk memastikan dia tak salah tengok, dia tengur aku “Ell ?” aku pun jawab tegurannya. Dia siap tanya lagi aku ada keluar ke sebentar tadi dan aku jawab tiada, sebab memang aku di dapur dari petang tadi. Dia tanya ada ke perempuan lain datang rumah ni, atau kawan datang rumah ni sebab dia terserempak dengan sorang perempuan baru keluar dari rumah. Aku jawab “memang tiada, kenapa pula?” Abang aku pun berlalu dan terus mandi. Untuk pengetahuan, aku dan mak sahaja perempuan dalam rumah ni, 5 orang lelaki iaitu 4 abang dan ayah aku.
Hari ke 3 pula, masa itu aku tidur di sofa ruang tamu dalam pukul 3 macam tu dan terlajak tidur sampai pukul 6. Ruang tamu agak gelap waktu itu. Mak aku di dapur dan dia macam ternampak ada susuk tubuh duduk di tepi aku berbaring. Untuk memastikan tak salah tengok, mak aku pergi ruang tamu dan mendekati aku, dan tiada apa pun susuk tubuh di situ tapi dia tengok aku bercakap-cakap dalam tidur, mengigau kali. Tak tahu apa yang aku cakap sebab tak jelas jadi mak kejutkan aku. Masatu aku bangun memang penat rasa badan, sakit-sakit belakang.
Sebelum tu, dalam 2 atau 3 minggu setiap kali aku tidur dan hendak terlelap, aku kena tindih, mula-mula memang seram dan takut-takut nak tidur tapi lama-lama aku biarkan saja, mungkin perkara biasa. Setiap kali ditindih tidur, aku akan mendengar bunyi nafas yang kuat, suara-suara bising, detak jantung laju sekali dan memang susah nak sedar dari tindih tu. Ada masa tu, bila aku cuba buka mata, aku nampak macam-macam susuk hitam atau perkara menyeramkan. Aku rasa semua yang kena tindih alami perkara sama jadi aku biarkan.
Hari ke4 aku di rumah, pagi tu aku rasa sangat tak bermaya, rasa sakit-sakit belakang, rasa mengantuk. Memang moody satu hari tu. Pukul 4 macam tu, aku tidur petang dalam bilik. Memang tidur m**i sebab rasa penat sangat. Di rumah masa tu cuma ada mak, ayah dan 2 orang abang.
Aku bermimpi, aku ada di tempat yang gelap, lama juga aku dalam kegelapan sampai lah aku ternampak rumah aku. Keadaan rumah aku masatu nampak suram sangat. Aku pun masuk dalam rumah, ruang tamu nampak samar dan gelap, aku pergi dapur, dapur lagi gelap dan entah kenapa aku rasa takut, aku pun semula ke pergi ruang tamu dan menuju ke bilik aku.
Dari luar bilik lagi aku dapat rasa aura bilik aku lain, tak tau nak terangkan macam mana, memang berdebar juga masuk bilik sendiri. Bilik aku pun gelap, suram. Dalam bilik, aku terkejut melihat diri sendiri. Tapi tak hairan sebab ini kan mimpi. Aku melihat diri aku duduk atas katil dan termenung. Aku mendekati diri aku dan aku dapat rasa aura diri aku sangat kuat, aura kesedihan, muka aku tak berseri langsung, walaupun muka aku tiada reaksi tapi aku dapat rasa muka aku di dalam kesedihan yang mendalam. Aura sedih yang ada dalam diri aku itu sangat kuat sampai aku sendiri boleh menangis. Makin lama aku tenung muka diri aku itu, aku perasan muka aku tu makin tua, dapat nampak kedut di muka. Di sebelah aku pula aku nampak macam ada bayang hitam yang menyelubungi diri aku. Aku sedih melihat diri aku begitu. In real life, memang aku ketika itu dalam masalah dan selalu sedih.
Dalam jelas tak jelas, aku terdengar suara, mula-mula tak jelas makin lama makin jelas, suara lelaki, dia memanggil namaku. Dia menyeru aku untuk mendengar suaranya, dia menyeru aku untuk ikut suaranya.
“Ell aku nak kau ikut suara ini”
“aku nak kau dengar suara ni betul-betul, fokus pada suara ni”
“aku nak kau peluk diri kau yang kau nampak itu, aku nak kau berdoa kepada Tuhan untuk lepaskan kau dari apa yang mengikat kau”
Aku ikut suara itu, sebab aku dah rasa sesak nafas dalam dunia itu, dan aku dapat rasa suara itu suara pertolongan.
Aku pun peluk diri aku tu. Aku faham kenapa suara tu suruh aku berdoa untuk dilepaskan dari masalah, apa yang mengikat aku tu adalah perasaan sedih yang aku pendam selama ni. Aku lepaskan perasaan aku dalam pelukan itu. Suara lelaki itu tidak putus-putus membawa aku berdoa untuk pelepasan, aku ikut semua yang disuruh. Aku macam sedar yang ini adalah doa aku, sebab sebelum tidur aku selalu berdoa agar diambil kesedihan ini. Masa mula-mula aku peluk diri aku tadi aku dapat rasa yang aku macam peluk sesuatu yang besar sedangkan yang aku peluk itu adalah diri aku. semakin lama pula semakin mengecil pelukan aku, semakin ringan dan aku sudah teresak-esak dalam tangisan kesedaran dan keinsafan.
Suara itu kemudian mengarahkan aku untuk keluar dari rumah itu dan jangan pandang belakang. Aku masih lagi dalam keadaan menangis dan beredar keluar dari rumah itu, Ketika itu aku dapat lihat bilik aku tidak begitu suram lagi, ruang tamu juga tidak begitu suram juga.
Aku beredar dari rumahku dan kembali lagi di ruang yang gelap sepi tadi. Aku sendiri pelik adakah aku masih bermimpi atau tidak, sebab apa yang aku rasa ketika itu sangat sedar, dan sangat real. Tidak lama selepas itu, semakin banyak suara yang kedengaran, ada suara perempuan dan lelaki, macam ramai dan riuh. Semakin jelas suara itu barulah aku perasan yang itu suara orang banyak yang sedang berdoa.
Untuk pengetahuan, aku non-muslim dan kami kalau berdoa memang berkumpul dan semakin kuat orang itu berdoa, semakin besar lah dia berdoa dalam suara roh. Suara roh adalah suara yang memang automatic keluar kalau orang berdoa sungguh-sungguh, dan ayat yang keluar itu bukan lagi Bahasa manusia tetapi Bahasa roh.
Semakin jelas kedengaran orang berdoa, semakin jauh aku dari alam kegelapan itu dan aku rasa aku sudah mulai sedar dari mimpi. Bila aku buka mata, aku nampak family aku berdoa, siap ada pastor lagi, mereka mendoakan aku, aku baring dikelilingi mereka yang berdiri. Aku betul-betul tidak tahu apa yang terjadi. Kenapa mereka mendoakan aku begini. Bila aku sedar je, keadaan semakin tenang dan mereka sudah selesai mendoakan aku. Mak terus peluk aku sambil menangis. Aku betul-betul blur. Dan baru aku perasan yang semakin kurang juga manusia di situ. Pelik juga, sebab aku berbaring di ruang tamu rumah ku. Setahu aku, aku baru bangun tidur petang pukul 4 tadi, itu je perkara terakhir yang aku ingat.
Badan aku rasa lemah, otot-otot rasa sakit, rasa kejang, itu yang aku rasa masa tu, badan aku betul-betul tak bermaya dan lemah sangat-sangat. aku terkejut melihat jam, sudah pukul 3.40pagi, memandangkan aku betul-betul penat, aku tidak banyak tanya sebab nak tidur je rasa ni. Aku minum air sebab dahaga dan terus tertidur.
Keesokan harinya, aku bangun dan badan aku sangat-sangat sakit terutamanya otot lengan dan tangan. Otot leher dan kaki juga terasa lesu, seolah-olah baru habis melakukan aktiviti berat. Apa yang terjadi semalam diceritakan semula oleh keluarga ku, sebab mereka yang menjadi saksi pada kejadian itu dan aku betul-betul tak tahu apa yang terjadi pada aku selain tidur dan bermimpi.
Berdasarkan apa yang diceritakan, semuanya bermula pada pukul 6 petang macamtu, aku keluar bilik dan pergi ke dapur, aku bawa pisau dari dapur dan masuk balik ke bilik. Tak lama selepas tu, aku menangis, mendayu-dayu sampai abang di ruang tamu boleh terdengar aku menangis. Abang aku yang menonton tv terus menjenguk aku di bilik, setibanya di bilik, aku dilihat tidur. pelik. Takkan balik dari dapur sambung tidur terus. Macam tiada apa yang berlaku, abang aku sambung menonton tv di ruang tamu. Bila di ruang tamu, abang aku dengar lagi suara tangisan mendayu-dayu. Tapi kali ni dia biarkan saja, sebab dah rasa seram, dia pun off tv dan keluar rumah untuk tenangkan fikiran sambil menghisap rokok.
Bilik tidur aku bersebelahan dengan bilik abang aku satu lagi. Dia pula dengar ketukan dinding dari bilik aku, macam bunyi hantuk kepala. Mula-mula dia biarkan saja sebab tengah syok push rank, makin lama dia semakin rimas. Dia dengan tak puas hatinya pergi ke bilik aku, terbantut hasratnya untuk menengking aku bila dia tengok keadaan aku masa tu. Aku tengah hentakkan kepala dekat dinding, sambil tutup mata (dalam keadaan masih tidur). Mula-mula dia suruh aku berhenti, tapi aku teruskan juga. Dia pun tahan aku, sebab dah mulai risau bila tengok dahi aku dah tercalar dah. Lepas tu aku terus baring dan sambung tidur. Abang aku memang pelik, sangat pelik, dia kata aku macam tak sedar, macam mengigau, dalam kepelikan tu sempat lagi dia tertawa sebelum beredar semula ke biliknya.
Selepas sejam, pukul 7 malam, aku pergi ke ruang tamu join mak bapa dan abang-abang aku tengok drama tv3. Dorang cakap aku macam biasa je masatu, walaupun aku tak ingat langsung aku sempat tengok tv. Aku duduk di sebelah abang aku. tak lama lepas tu, abang aku tengok aku pegang pisau dan kuis-kuis pergelangan tangan aku, yang bodohnya dia tengok je aku buat macam tu, tak terfikir langsung nak hentikan aku. Dia perhatikan perbuatan aku sampai lah pergelangan aku berdarah. Dia kata aku nampak lain, muka aku nampak teruk, muka aku macam hitam.
Masa aku mula nak cederakan sebelah tangan aku baru lah dia tegu raku tapi tak halang pun aku ish. Bila dia tegur baru lah family aku perasan perbuatan aku, dan semakin kuat lah aku melukakan diri. Aku sempat lagi genggam pisau tu kuat-kuat sampai berdarah telapak tangan aku, semakin dalam juga aku hiris pergelangan tangan aku. Orang yang sempat halang aku ialah mak aku, tq mom huhu. Yang lain tengok je sebab takut aku cederakan dorang. Masa mak tahan tangan aku tu aku sempat siku mak aku sebagai tanda melawan, jahatnya aku. Tapi sumpah aku tak ingat semua tu.
Bila aku dah start memberontak, baru lah bapa aku dan abang-abang aku acah hero, sorang tahan tangan aku sorang cuba rampas pisau dari tangan aku. Hero-hero tu cakap masa tu aku kuat sangat, tenaga mengalahkan mereka. Aku hanya mampu meraung dan mendengus. Masa nil ah bapa aku call seorang pastor untuk ubatkan aku. Makan masa juga dia nak sampai rumah aku. Masa tu aku sempat meludah abang-abang aku termasuk mak bapa aku sekali lah kena. Sorry. Kaki aku pula main tendang-tendang sampaikan kaki aku pun ditahan.
Bila pastor sampai rumah, tenaga aku semakin kuat sampai boleh terlepas dari tahanan 4 orang hero. Masa tu aku berlari pergi bilik aku. dorang cakap aku kebal sebab masa lari tu aku terlanggar dinding sampai jatuh berbaring terkena pantulan dinding yang aku langgar. Susah juga nak tangkap aku masa tu sebab aku terlalu lincah dan kuat. Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua.
Bila aku dah kena tahan dan pastor pun dah ada depan aku. 1 family pun start berdoa minta pertolongan Tuhan dalam masalah tu.
Suara aku betul-betul berubah masa tu, aku kalau bersuara 2-3 buah rumah boleh dengar sebab aku bercakap dengan cara berteriak. Masa itu lah pastor sempat menemu duga ‘aku’.
Aku ringkaskan saja perbualan kami. Benda yang rasuk aku tu datang dari hutan disebelah kamsis aku. Dia suka aku sebab aku selalu sendiri, aku selalu sedih, aku selalu menangis sebelum tidur. benda tu cuma nak berkawan dengan aku, nak teman aku. Dia berminat dengan aku sebab aku suka pergi tempat dia. Tempat dia kat hutan di sebelah kamsis dan dia juga boleh ada di kamsis aras paling atas.
Masa tu aku baru sedar. Kalau aku sedih dekat poli, aku akan pergi tempat tak ada orang. Aku selalu lepak belakang kamsis sorang-sorang, belakang tu lah pemandangan hutan, tempat ke2 aku ialah aras paling atas di bangunan kamsis, kebetulan aras aku tu memang tak ada penghuni jadi aku selalu lepak sorang-sorang di tangga aras tu. bila aku lepak tu pula aku memang akan pilih waktu malam, dari pukul 9-12 malam. Aku memang sengaja pilih tempat macam tu sebab aku perlukan waktu yang sunyi dan bebas dari sesiapa, masa tu aku gunakan untuk menangis, luahkan perasaan aku.
Hidup aku sentiasa dalam kesedihan, tak aka nada sesiapa yang paham. Akua da 3 orang roomate, aku tak ngam dengan dorang, dalam kelas, memang tak rapat dengan sesiapa, aku ada pakwe, selalu bagi aku masalah juga. Aku sunyi dan tak ada tempat meluah jadi aku lebih suka sendiri. Setiap malam sebelum tidur aku akan menangis, siapa je tahan hidup macam ni, dikelilingi ramai manusia dan setiap mereka berpasangan dan berkumpulan, aku sorang-sorang, aku tertekan. Mungkin ini punca benda tu suka dekat aku. Dia sebenarnya dah lama ikut aku, tumpang aku, mungkin sebab tu aku jadi tak suka dengan orang, kalau boleh tak nak langsung berinteraksi dengan sesiapa.
Pastor tu cakap, setiap kali aku menangis sebelum tidur, aku telah membuka ruang untuk benda tu masuk dalam diri aku, semakin dia kuat, semakin aku lemah. Benda tu cakap dia sorok aku dalam dunia dia. Dia kata yang dunia kami sama. Dia pun sunyi, yang dia nampak hanya aku. Mungkin sebab tu dalam ‘mimpi’ tu, aku ada di tempat yang gelap dan sunyi. Hanya rumah aku yang kelihatan sebab masatu dia ada di rumah ku dan menumpang tubuh ku, Bersatu dengan tubuhku.
Pastor suruh dia kembalikan aku ke dunia aku, benda tu berkeras tak mahu. Benda tu kata aku sendiri tak mahu ada di dunia ini, jadi dia nak tukar dunia dengan aku.
Walaupun aku rasa sekejap saja ‘mimpi’ aku tu tapi sebenarnya dah lebih kurang 9 jam aku dirasuk. 5 jam pastor berusaha mengeluarkan aku dari dunia gelap itu, dari pukul 9 malam sampai 2 pagi. Pastor susah untuk mencari aku dalam dunia itu, disebabkan terlalu lama mencari aku, dia pakai cara lain, iaitu aku yang mencari dia. Berusahanya dia mengeluarkan aku menggunakan suaranya sampai lah aku berjaya menemukan jalan keluar.
Ingat tak pastor tu cakap “jangan pandang belakang” masa aku nak keluar dari rumah aku tu (dalam mimpi), itu disebabkan dia tak nak aku ternampak benda tu. Aku sangat bernasib baik, sepanjang aku dalam dunia gelap tu, aku langsung tak terserempak dengan benda tu. Syukur.
Dalam mimpi tu aku nampak diri aku diselubungi benda hitam, itu adalah kuasa benda tu, kuasa tu ikat aku sepuya sentisa sedih, sentiasa di dalam kemurungan. Aku disuruh peluk diri aku sebab taka da cara lain untuk lepaskan aku dari ikatan tu melainkan diri aku sendiri yang rela.
Sebenarnya benda tu tak nak pun lepaskan aku tapi disebabkan paksaan, dia cabar pastor tu untuk keluarkan diri aku tanpa pertolongan benda tu, selepas tu dia berjanji tak mendekati aku lagi.
TETAPI.. kalau aku sendiri yang membuka ruang untuk dia, dia akan datang semula.
Sekarang ni dah dua tahun berlalu, setiap kali aku nak sedih tu aku jadi takut, takut ada yang mendampingi lagi, jadi kalau aku ada masalah, aku akan catat dan luahkan di buku diari ataupun di twitter personal aku. aku tak akan pendam sorang lagi sebab bila pendam, semakin berkumpul lah masalah aku.
Aku rasa cukup sampai sini saja kisah aku. Maaf jika terlalu Panjang dan tidak menyeramkan atau tidak menepati citarasa pembaca. Pengajarannya di sini, jangan terlalu ikutkan perasaan sedih, kalau nak lepaskan kesedihan pun, tengoklah tempat dahulu sebab bukan kita sahaja yang menumpang di dunia ini. Untuk kawan-kawan yang sedang bertarung dengan kesedihan, lawan lah selagi boleh, jangan tidur dengan kesedihan di hati, jangan biarkan benda lain mengusap air mata sebelum tidur, ingat, anda tidak keseorangan. Sekian , terima kasih…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
i like your story ….
Are you ex student / student from politeknik kuching / politeknik mukah ?
youre story is good,i like it!!!~~
Bole la, ok je.. just nice