Bila tak sengaja ter..

Petang hari, minggu bermalas-malasan, sewaktu aku tengah scroll status di whatsup, status daripada kawan baik aku menarik perhatian aku. Apapun kisah yang aku hendak coretkan di kisah ini adalah benar. Tetapi atas permintaan kawan baik aku, tempat ini harus dirahsiakan. Amanah orang kenalah kita jaga.

Adapun, kawan baik aku Izza (bukan nama sebenar) tengah belajar di tempat tu. Sekolah agama. Kami pun tak selalu contact, lebih-lebih lagi dia jauh nun di sana, aku di sini. Almaklumlah bakal ustazah kan hehe. Apapun, walaupun kami jarang berhubung, aku sentiasa ingat dan doakan yang terbaik untuk kau sis!

Okay, berbalik kepada topik tadi, suatu hari tu aku tengah asyik scroll status orang kan, tiba-tiba status Izza ni buat rasa ingin tahu aku tercuit, walhal aku ni bukanlah sejenis makcik bawang yang akan menyibuk cungkil kisah untuk bergosip. Status Izza lebih kurang begini,

“Mak pun nak tengok rakaman video emoji hantu depan block kami ni.”

Aku pun apalagi, terus chat Izza direct dan tanpa kona-koni. Aku chat tanya dia berkenaan status yang baru dia up tadi. Dia cakap pasal satu rakaman ni yang tak sengaja terakam oleh rakan satu kelas dia, Izza pun sent pada aku rakaman tersebut.

Lekas-lekas aku download. Pada awalnya, aku tidak begitu perasan sebab rakaman video tu tersangatlah pendek dan kualitinya tidak seberapa haha. Jadi aku tak berpuas hati aku ulang berkali-kali dan pause jika perlu, sehinggalah aku perasaan akan kewujudan entiti yang terakam di dalam video tersebut. Dalam video itu menunjukkan satu lembaga berbaju putih labuh yang menutupi seluruh tubuhnya, berambut panjang mengurai tidak menampakkan wajahnya serta sedang berdiri d sebalik tingkap block. Jarak si perakam dengan makhluk tersebut tidak jauh dan tidak dekat. Makhluk tu berdiri di sebalik tingkap dan di hadapan adalah pintu keluar. Walaupun agak samar, tapi penampakan susuk tubuh itu memang tidak lain adalah seekor pontianak. Ia jelas kelihatan jika video itu di pause.

Izza kata, waktu tu kawannya pergi keluar, untuk mencari meggi. Akibat hendakkan meggi, mendapat pula rezeki lain. Waktu itu telahpun lewat malam. Semasa rakannya record dan up naik ke status whatsupnya, dia sendiri pun tidak perasan hinggalah ada rakannya lain yg memberitahu akan adanya entiti lain di dalam video pendek berdurasi 8 saat itu. Akibatnya video tersebut pun menjadi tular di kalangan mereka. Apabila video tertular, lalu terbuka pula kisah yang menampakkan sisi gelap di tempat pengajian agama itu.

Di block Izza ni, ada satu bilik kosong tetapi tak dapat dibuka. Jadi ia terus dikosongkan tanpa mendapat pengurusan lagi. Menurut Izza, di tempatnya belajar sekarang pernah ada kes. Di bilik kosong itulah. Kejadian berlaku selepas pembukaan tempat tu beberapa tahun lama dulu.

Rupa-rupanya, ada seorang pelajar lelaki yang telah pun b***h diri di block hujung tersebut. Sebabnya kerana putus cinta. Dan lelaki itu pun mengambil nyawanya sendiri dengan cara meminum klorok. Mungkinkah, video yang tular tersebut ada kena-mengena dengan kes b***h diri lelaki tersebut? Mungkin. Tetapi kenapa pontianak? Wallahua’lam. Itu aku kurang pasti. Sebab aku pun tak begitu mengetahui akan dunia mistik ni. Sebab aku belum pernah bertemu mata ke mata dengan entiti puaka tersebut dan aku sama sekali tidak ingin pun.

Tetapi sebagai sesama umat islam mahupun kepada yang berlainan agama, jika anda putus cinta, patah hati, stress, tertekan dengan kehidupan dan sebagainya, jangan sesekali menganggap suicide sebagai jalan penyelesaian terakhir. Lebih-lebih kita mempunyai agama. Bukankah tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta kepada Allah. Kita punya agama, jadi berpeganglah kepada ajaran-Nya. Cerita aku mungkin tidak seram, kerana tujuan aku hanyalah sekadar sebuah perkongsian untuk memberi pengajaran kepada para pembaca. Untuk pengetahuan, video tersebut masih berada dalam simpanan, dan kadang-kadang aku tonton berulang-ulang kali. Tapi bila tengok seorang diri di waktu malam, rasa meremang pun ada.

Kei

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

6 thoughts on “Bila tak sengaja ter..”

  1. Ape punya cite hantulah..stress baca..stkat nk explain vid hantu..baik xyh cite..n x prlu mukadimah or penutup pnjng2..meleret.. annoying tul

    Reply
  2. ini video reaction ala2 karangan namanya. yg mcm kt youtube tu. klu dah mcm ni harap pihak fs buat satu column spaya boleh upload video.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.