Bilik 1704

Kisah ni terjadi kat satu Hotel tepi pantai di feringgi. Aku mula2 masuk Hotel ni je, aku dah rasa mcm masuk gua berhantu walaupun hotel tu 5 bintang. Tak tahu la tapi itulah perasaan aku masa tu.

Ini kisah masa aku jadi pramugara, so kita org nite stop kat Penang dan sampai hotel dalam tengahari dan esok pagi terbang balik ke KL. Bila LS (Leading Steward) dah bagi kunci masing2, aku pun gerak lah ke bilik aku tingkat 17. Bilik 1704 semua nampak okay depan ada balcony mengadap laut dan kat bawah boleh nampak ada satu banglo terbiar takde apa yg menyeramkan pun masa tu.

Selepas rehat kat bilik, malam tu aku pun call kawan aku si botak nie ajak gi makan Kuey Tiaw kat kedai depan hotel nie.. Layan kueh tiaw dia sedap giler babe. Si botak nie baik orangnya. Kira jenis yg solat dan pergaulan yang terbatas la (untuk pengetahuan semua dlm kapal domestic ni, crew random seramai 6 orang shj). Cuma agak malang bagi dia sebab kenal setan macam aku masa tulah (skang aku dah berubah).

So nak jadi cerita, aku ajak si botak nie gi clubbing di club yg agak famous kat tepi pantai tak berapa jauh dari hotel kita orang tu. Sampai club takkan aku minum air sirapkan, tapi kawan aku ni mcm aku cakaplah baik orangnya, cuma dia seronok ikut aku je. Selepas dah horah horay aku kat club tu, kita orang pun balik lah ke hotel. Masa tu dlm pukul 12 tengah mlm lebih. Bila sampai kat lobby, kawan aku tadi nie dia ajak lepak kat bilik aku. Mula mula aku seram gak, takut dia ni geng lembut ke apa? Upanya dia nak ajak  kena kopi je sebab dia tak ngatuk lagi. Bila dah ngantuk barulah dia balik la kat bilik dia.. Katanya. Aku on je.

Bila sampai kat bilik aku, aku terus masuk dan buka sliding door kat balcony.. Masa tu aku dapat rasakan angin yg betul2 sejuk meniup dari bawah kaki aku dan terus naik ke kepala aku.. Masa tu aku tak rasa apa yg pelik sangat sebab kepala pun dah kebas. Bila aku pusing ke belakang je, aku perasan muka kawan aku ni tadi mcm cuak dan rasa tak selesa. Tiba-tiba dia minta izin untuk tidur bilik aku malam tu. Aku pun ckp OK la. Dari nak minum kopi terus tak jadi sebab dia kata dia ngatuk sangat. Maka kita orang pun lepak atas katil dan terus tertido.

Dalam tengah aku nyenyak tido nie aku terasa kat belakang aku macam di cakar cakar dan ditolak tolak.. Jadi aku pun toleh la dan aku lihat kawan aku ni tadi tengah meracau racau dan tercungap cungap.. Aku pun apa lagi, aku tepuk muka dia pastu aku jerit “Hoi!!!. Dia terus terbangun dengan muka pucat dan ucapkan terima kasih kat aku kerana selamatkan dia. Aku kepala masih kebas dengan muka dia yg separa semak tu dengan takut dia.. Aku gelakkan dia.. Betul2 gelak wei sampai dia kecil hati lah. Kira esok flight memang dia tak tegur sape akulah. Cuma apa yg aku tak tahu masa tu dan akan tahu yelah bertapa seramnya kejadian itu pada dia bila aku sendiri lalui!!!

Dah sampai KL, aku dapat lah 2 hari off dan hari seterusnya Standby. Standby ni kira ada waktu dlm hari tu kau boleh kena panggil utk ganti kan flight kalau ada mangkok yg MC. Kira kalau kau jadi pramugara ini waktu yg agak seram juga. Hp aku pun berdering, aku kena panggil ganti sector Penang nite stop. Kira nite stop penang lagi la aku.

Pendekkan cerita lepas ding dong flight KUL-PNG KUL-PNG KUL-PNG aku pun sampai Penang. Proses macam biasa la lepas LS bagi kunci bilik masing2 kami pun beredarlah ke bilik masing2 cuma beza kali ni waktu sampai ke bilik betul-betul nak masuk magrib dan aku pun memang takde niat la nak gi club.. Bateri amat low letih wei Ding Dong flight kena plak full. Aku pun mcm biasa la seret beg aku dengan letihnya dan terus ke bilik. Sampai bilik baru aku perasan bilik aku bilik sama 1704!

Tetiba perasaan aku jadi takut.. Aku rasa lain mcm je bila masuk bilik ni. Bilik ni connecting room kira bilik bersambunglah dengan bilik sebelah. So aku awal2 dah suh kawan bilik sebelah sengkang je pintu connecting tu demi keselamatan bersama.. Haha. Bila kat dalam bilik aku pun jadi tak tentu hala nak mandi ke nak tidur ke nak gi makan ke.. Akhirnya aku gi mandi terus dan lepas mandi aku pun dengan tuala terus ke sliding door dan aku buka sliding door tu..

Masa aku tengan membuka sliding door tu,  arghhh aku memang niat tak nak buka sliding door tu..adoiiiiiiii tapi terbuka juga sliding tu dan dengan begitu juga la angin tu tiup dari bawah kaki aku sampailah ia  ke muka aku. Ya Allah masa tu aku dapat rasakan bertapa takutnya aku dan apa yg kawan aku lalui masa aku buka sliding door tu!!! Aku rasa bilik tu mcm lemas..aku rasa mcm bilik yang sama tapi alam yang lain.. Susah aku nak gambarkan.

Dalam aku ketakutan tu, aku cubalah berlakon mcm takde Apa2.. Aku ada terfikir nak tutup balik sliding door tu..tapi takut nanti dia tahu aku takut. Korang tahu tak perasaan yg ada benda lain dlm bilik tu.. Eerie wei right thru the bone.. Hehe

So aku pun tukar baju nak tido.. Aku pun letaklah kepala aku atas bantal kira memandang ke ceiling. Sedang aku memandang ke ceiling tu kepala aku punya la lentok mmg terus ngatuk gila la.. Aku cuba lawan tapi tetap lentok. Aku lentok je kepala aku maka bermula la episode giler..

Korang bayangkan lah satu mahluk hitam besar yang tingginya dalam 8 hingga 9 kaki dia terjah terus kat aku dengan tangan dia rentap baju kat dada aku dan sebelah tangan lagi kat atas pusat aku.. Dia terus angkat aku mcm angkat besi berat tu.. Muka aku masa tu dah lebih kurang berapa cm ke ceiling bilik je. Aku meronta ronta bagai nak gila minta tolong.. Korang tahu apa dia cakap kat aku.. “AKU NAK BU***  KAU..HARI INI KAU MA** ” Ya Allah aku punya la takut..mahluk tu terus bergerak dengan angkat aku macam tu terus menuju ke balcony.. Demi Allah aku boleh nampak banglo tu.. Aku boleh rasa angin tiup ke muka aku..mahluk tu terus ucapkan ungkapan yang sama “AKU NAK BU*** KAU.. HARI NI KAU MA**”. Aku merayu bagai nak gila kat dia.. TOLONG LAH JGN BU*** AKUUU.. No mercy guys tiada belas kesian langsung aku dapat rasakan kat jiwa Setan nie.. Dia campak juga aku!!! Demi Allah masa dia nak campak aku tu aku meronta2. So masa dia campak aku tu aku sempat capai railing balcony tu…railing yang terakhir. Dia tengok aku tersankut kat situ dia terus tolak muka aku nak kasi jatuh jugaaaa.

Masa tulah baru aku teringat Allah.. Kau bayangkan la selama kejadian tu aku boleh lupa minta tolong pada Allah.. Aku gi bangang minta tolong kat dia. Berbalik pada keadaan tu bila aku teringat je Allah dan tak habis sebut Allah pun lagi.. Terus aku berada balik atas katil aku sambil keadaan aku bersila.. Aku buka mata dengan keadaan masih terkejut.. Aku fikir aku mimpi.. Aku silap!

Sedang aku berada dlm keadaan aku bersila tu aku dengar orang panggil nama aku dua kali..Jai..Jai (nama penuh la) aku paling takut kalau nama kena panggil. Tetiba dlm aku takut tu dari belakang aku.. Dua tangan dia yg besar dan berbulu tu serkop muka aku sekali imbas!!! Aku tahu aku tak bermimpi nie.. Aku jadi kelu.. Badan aku macam cramp.. Dlm aku sewel ketakutan tu.. Mahluk ni boleh plak terbang dengan lajunya kat atas ceiling (bukan aku boleh nampak dia penuh.. Macam bilah kipas.. tapi warna hitam). Aku pun apa lagi dengan takut yg kira dah level bangsat.. Aku nak letakkan kaki aku ke lantai.. Kira nak lari la ke connecting door tu..aku letak je kaki kat lantai terus longlai .. Longlai mcm aku takde lutut.. Kau bayangkan betapa takutnya aku masa tu. Kira bila kaki dah terlonglai maka aku pun jatuh dan berdiri atas lutut jelah sambil badan aku mengarah ke pintu connecting tu.

Masa tu aku tengok  atas ceiling tu.. Makhluk tu punya terbang pusing atas ceiling tu makin lama makin laju sampai betul betul punya laju laaaaaaa.. Sampai bilik tu pun pada aku masa tu berpusing. Pusing dengan lajunya bilik tu sampai aku tekap mata aku dan mohon ampun kat Allah. Aku janji mcm2 la..nak jadi baik la tobat la.. Kira aku memang nangis la senang cerita.. Bagero punya hantu.
Selepas aku doa tu..sayangnya Allah pada hambanya.. Aku terus mampu mengesot ke pintu connecting tu sambil aku celahkan jari aku dan minta tolong kat kawan sebelah tu..

Bila aku terasa je jari aku disentuh.. Baru lah aku rasa aku keluar dari gelombang alam makhluk setan tu. Moral jgn kebas jgn gelakkan orang. Sekian.

Jai

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

6 thoughts on “Bilik 1704”

  1. SO DH TAUBAT KE BLM.. HEHE SB JANJI MCM2 MS EKENA KACAU TU. RASANYA DH JD ORG BAIK SKG SB CARA PENULIS TULIS AWAL2 CTER MCM DH JADI BAIK JE.

    ADA CTER BEST NT SHARE LAGI YA.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.