Assalamualaikum dan salam berkenalan. Nama aku Shaza (Nama samaran aku). Kali ni aku nak kongsikan kisah yang cukup seram bagi aku yang mana terjadi kepada diriku dan keluarga ku sendiri.
Kisah ini, aku rasa tak la seram bagi korang. Tapi bagi aku sudah cukup melemahkan semangat aku. Okay seperti yang kita tahu kebanyakan rumah kampung mesti bilik air kat luar rumah.
Ok jom kita mulakan … Kisahnya bermula begini, petang tu tok (nenek) aku masak lauk pauk yang sangat sedap iaitu salah satu daripadanya ialah serondeng ayam kampung.
Dia punya makan tak ingat dunia lah bukan tu jer aku lahap, laksa Kedah, bihun sup utara macam macam semua aku hentam hang.
Macam esok tak boleh nak makan dah. Maklumlah hari pertama aku balik kampung hehehe, semua tok aku masak.
Ok biasalah lepas malam kitaorang sepupu sepapat berkumpul lah tengok tv kat ruang tamu malam tu pulak ada citer best , cerita hantu pulak tu bestlah jadinya.
Tapi masa itu tak ada apa-apa yang seram sebab ramai kan orang. Ok aku nak start cerita nya.
Ceritanya lepas semua orang habis tengok tv apa lagi masuklah tidur masing-masing, bilik aku paling hujung dekat pokok durian tunggal. Apa lagi lepas masuk bilik aku pun tidur lah kau sebab kenyang sangat makan macam macam.
Tapi masa aku masuk bilik tu aku tak rasa apa-apa lagi. Tepat jam 2 pagi aku sakit perut ya amat , aku ingat aku datang bulan ke rupanya bukan sebab sakit perut dah tak tahan sangat mungkin aku makan banyak sangat makanan pedas tadi. Aku ajak ibu aku temankan tapi mak aku kata “pi lah tok aa lagi tu”.
Tok aku suka mengaji sampai larut malam sebab tu aku tak takut sangat tapi masa aku nak pergi tandas aku tengok tok aku dah habis mengaji sebab kalau tok aku mengaji lampu dan pintu biliknya akan buka sedikit tu tandanya tok aku masih lagi mengaji. Tapi malam tu tok aku mengaji awal. Aku pun pergilah tandas seorang diri aku buka semua lampu supaya terang taklah takut sangat.
Masa tu aku pun bukalah pintu dapur sebab bilik air kat luar rumah gelap gelita aku tengok bilik airnya. Tapi nak membuang punya pasal terpaksa redah nak buat macam mana kan. Aku pun masuk lah bilik air. Masuk saja terus tiba-tiba dengar macam ada orang cakar, aku sangka biawak lah kot sebab biawak selalu ada kat bilik air tu kat atas bumbung. Aku pun bersangka baiklah .
Lama jugak aku dalam bilik air tu sebab sakit sangat perut tak hilang-hilang. Masa tu atap bumbung macam ada benda jatuh masa tu aku rasa dah tak sedap hati dah. Lepas tu bunyi pulak angin yang bertiup kencang. Tapi kali ini angin dia macam lain macam angin dia bertiup kencang lepas tu dengan sekejap terus hilang. Cepat cepat aku keluar tiba-tiba dengar satu bunyi yang aku pun tak tahu nak bagitau macam mana bunyi dia macam ada orang baling batu kat atas bumbung. Ada macam orang baling daun kering.
Lepas tu apa lagi aku terus masuk masa aku nak masuk tu ada orang pandang aku dari jauh aku terpandang dekat pokok buah pala yang tinggi mendayut pokok tu bergoyang dengan laju, asalkan masa tu tak pun angin tu aku pelik . Aku cuba lagi sekali pandang dengan berani ku nampak satu bayang putih kat pokok tu sambil henjut henjutkan pokok tu. Apa lagi terus aku masuk kunci cepat-cepat tutup semua lampu dalam keadaan kelam kabutnya.
Masa malam tu aku tak leh nak tidur aku asyik teringatkan peristiwa yang tadi. Esoknya aku cerita kan kat mak aku , mak aku kata biasalah tu benda tu nak temankan kot. Aku masa tu terdiam tanpa kata kata. Mak aku kata tok Wan (atok) aku lagi lah setiap pagi bangun guna bilik air luar kadang-kadang ada lagi jugak dia muncul kan tapi tok Wan aku buta tak tahu jer sebab tok Wan aku ni pandai juga bab bab mistik ni tu yang dia tak kisah sangat.
Pernah sekali tu tok Wan aku bersilat masa tidur semua terjaga sebab dengar ada orang menjerit macam halau orang, tok Wan aku halau dia dalam tidur. Aku pun tak tahu macam mana dia halau dalam tidur. Pandai lah jugak tok Wan aku ni sikit-sikiti. Okaylah..tu jer yang aku nak cerita kan . Pesanan aku jangan makan pedas pedas pada waktu malam. ok.. sekian terima kasih…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
siut laa aku terbaca citer budak sekolah
Pendek jer ceritanya tapi typo sana sini byk words yg missing. Share lg next story yer 😍
nice
Tak cukup nafas aku baca cerita hang dik. Ketahuilah bahawa penggunaan KOMA ( , ) adalah penting saudari. Until next time, cheers!
Ada satu part tu bukan ‘asalkan’ tapi ‘padahal’ yang sebenarnya. Maksud aku perkataan ‘padahal’ yang patut diguna pakai.
Moyang saya pun pandai jugak bab ni, kadang2 seram jugak kat rumah kampung yang toilet kat luar, MACAM ADA AURA – Nobody