AWAS!! Kisah ini agak Panjang. Nama aku Talib. Kisah yang aku nak kongsikan ini berlaku sewaktu aku belajar di salah sebuah universiti awam yang terletak di Kuala Lumpur. Awal 2017 masa tu. Kisah ini terjadi sewaktu aku di Tahun 3 dan berlaku di salah sebuah kolej kediaman pelajar.
Aku mengalami kesukaran mendapatkan bilik setelah aku pulang dari luar negara. Lama juga aku merempat. Sehinggalah aku diajak oleh seorang senior untuk tinggal bersamanya di salah sebuah kolej kediaman. Bilik itu sepatutnya boleh memuatkan sehingga 3 orang, tapi oleh kerana kami masuk agak lewat, jadi kami dibenarkan untuk tinggal berdua. Blok lelaki hanya ada 2 dan blok yang aku tinggal sudah kelihatan buruk berbanding dengan buruk yang satu lagi.
Blok ini tidak ramai penghuni. Aku dan rakan aku tinggal di aras 2. Lebih kurang 10 bilik semuanya tetapi hanya 4 bilik sahaja yang berpenghuni. Untuk pengetahuan semua, roommate aku ni hanya tinggal Bersama dengan aku selama 1 semester sahaja. Memandangkan beliau telahpun menamatkan pengajiannya. Selama 1 semester aku tinggal dengannya tidak ada sebarang masalah mahupun gangguan.
Gangguan mula terjadi ketika aku mula memasuki semester kedua. Aku tinggal berseorangan kerana roommate aku sebelumnya telah tamat belajar. Aku langsung tidak memikirkan apa-apa kerana sebelum ini tidak pernah berlaku sebarang kejadian pelik. Namun, aku silap. Sebenarnya dia telah lama memerhatikan aku dan hanya menunggu masa sahaja untuk ‘keluar’. Sebelum semester baru bermula, aku dimaklumkan bahawa akan ada pelajar baru daftar masuk. Dan mereka akan tinggal bersebelahan dengan bilik aku.
Setelah 1 minggu semester baru bermula, aku meramahkan diri menegur junior-junior yang baru masuk. Sedang rancak kami berbual, tiba-tiba mereka menanyakan aku 1 soalan yang membuatkan aku terkejut. “Sini memang keras ke?” Aku pun hairan sebab aku tak pernah kena apa-apa sebelum ni. Aku pun jawab yang aku tak pasti, Cuma setahu aku memang kolej kediaman yang kami tinggal ini berpuaka. Cuma aku tak pasti di blok yang mana. Akhirnya mereka membuka cerita.
Pada malam pertama mereka tinggal di bilik itu, salah seorang daripada mereka terjaga pada jam 3.45 pagi. Apabila dia cuba membuka mata, kelihatan bayang-bayang hitam disebelah almari baju. Biasalah orang baru bangun tidur, tengah mamai lagi. Tapi apabila diperhatikan dengan lebih lama, alangkah terkejutnya apabila bayang-bayang yang kelihatan itu mempunyai mata yang merah menyala dan sedang merenung tepat ke arahnya. Dia terus menutup mukanya dengan bantal dan tidak tahu apa yang terjadi selepas itu.
Aku pun hairan, selama ini tidak pernah terjadi apa-apa pada aku sedangkan aku tinggal berseorangan. Pada semester itu aku harus menyiapkan thesis aku jadi selalunya aku akan tidur lewat kadang-kadang membawa ke subuh. Bilik lain semua dah gelap. Lupa nak bagitahu korang semua, meja study di bilik aku betul2 menghadap sebatang pokok mangga yang boleh tahan tingginya. Jadi setiap kali aku duduk kat meja study, mesti akan menghadap pokok tu.
Pada malam itu, bermulalah gangguan di bilik aku. Jam menunjukkan jam 4 pagi. Aku masih buat thesis macam biasa. Tiba-tiba dengan tak sengaja aku ternampak dahan pokok mangga tu bergoyang. Tapi aku fikirkan maybe kelawar or burung kot. Buat takt ahu jelah. 5 minit setelah kejadian tu aku pun ambil keputusan untuk tidur. Katil aku tu membelakangkan tingkap dekat meja study aku. Sedar tak sedar aku pun terlelap. Baru nak terlelap, tiba-tiba aku dengar macam bunyi ketukan dekat meja study aku. Dan meja tu betul-betul belakang aku weh. Aku gagahkan diri bangun dan pusingkan kepala ke belakang. Dengan secara tiba-tiba bunyi ketukan tu hilang dan tidak ada apa-apa. Mungkin aku mimpi kot atau aku penat sangat sampai dengar benda yang bukan-bukan. Kejadian sama berulang hampir pada setiap malam. Aku buat bodoh je malas layan sangat.
Ada satu petang tu aku baru balik kelas dan memang penat gila hari tu. Aku baring dan tertidur. Masa tu pukul 6 lebih . Penggggg!!! Aku terjaga. Mengucap aku. Kuat gila bunyi orang ketuk salah satu almari baju yang kat dalam bilik aku. Aku ingatkan member2 pedajal aku, tapi pintu berkunci selak dari dalam. Ah sudah apa benda pulak yang ketuk almari tu. Sudah lebih 2 bulan aku tinggal berseorangan di bilik tu, Kejadian sama tetap berulang.
Bila aku ceritakan kat member2 ada yang percaya ada yang tak percaya. Harey betul. Last2 ada seorang member aku ni bilik dia dekat je dengan bilik aku. Dia datang malam tu kat bilik aku dan suruh aku ceritakan pasal benda tu. Dan dia jadi saksi benda tu “menegur” malam tu. Kitorang duduk dekat meja study aku tu. Sambil-sambil bercerita tu saja je aku nak test member aku tu, aku cakap “dia ada je dalam bilik ni tengah tengok kau, hahahahhaa.” Panas member aku tu. Tak semena-mena bekas makanan aku yang jemur kat tingkap terjatuh sendiri betul2 di depan kitorang. Apalagi Terkejut beruk kitorang. Member aku terus blah dari bilik aku.
Kejadian satu lagi terjadi selepas aku baru balik dari event dekat Gombak. Masa tu pukul 12 lebih dah. Malam. Badan aku penat sangat dan aku rest kejap atas katil. Main fon dulu lebih kurang sejam jugaklah. Pukul 1.15 aku bangun dan nak pergi mandi. Bila aku pusingkan je badan aku ke arah pintu, tiba-tiba… TALIBB!!!!!! Shit, siapa pulak yang panggil aku ni. Suara garau gila. Aku pasti suara tu datang dari pokok mangga tu. Dalam hati berdebar tak yah cerita lah macam mana. Aku pusingkan kepala aku. Tak ada apa2. Dia nak ajak bergurau pulak tengah2 malam ni.
Aku perasan, setiap kali nak masuk waktu maghrib je aku dengar bunyi macam ada orang melompat lompat dekat atas bilik aku. Atas bilik aku tu member-member satu fakulti aku yang stay. Aku perati je bunyi tu. Mula-mula memang aku ingatkan dorang, dalam hati aku ni bengang jugak masa-masa azan ni dorang boleh melompat-lompat. Bengang punya pasal, aku whatsapp dalam group kitorang. “Asal korang lompat-lompat masa maghrib ni, respect la sikit.” Member aku balas, kitorang tak buat apa pun, ade je ni baring atas katil. Aku tak percaya.
Aku biarkan lagi sampai satu tahap aku rasa nak sepak sorang-sorang. Aku ajak member aku sorang duduk dalam bilik waktu maghrib dengan aku. Dan, bunyi tu ada lagi. Kali ni member aku pun dengar. Kitorang lari pergi naik atas, and damnnnnn. Semua tengah tidur. Aku tetap tak puas hati. Keesokan harinya, bunyi orang melompat-lompat tu ada lagi. Aku call member aku yang duduk kat atas bilik aku, dan rupanya dorang takde kat bilik masa tu. Semua keluar sebab cuti masa tu. Aku terus naik atas dan ketuk bilik dorang. Sunyi sepi. Jiran dorang pun cakap takde orang kat bilik tu sekarang, semua keluar. Aku syak ni mesti kerja benda tu.
Last-last aku cuba tanya pada senior2, dan dorang mengaku memang blok dan aras yang aku duduk tu ada “benda” lain yang tinggal. Dorang pernah Nampak pocong tepi locker, puntianak bertengkek kat hujung katil dan lembaga hitam. Aku cuba minta tolong member2 aku yang ada kebolehan sixth sense ni. Dan member aku nampak benda tu berlegar-legar di blok dan aras aku. Ada yang berbungkus seperti pocong, perempuan berbaju putih dan Lembaga hitam. SHIT!!!! Rupanya selama ni dia dah lama ada dekat dengan aku, selalu perhatikan aku.
Dengan ilmu yang seciput ni aku cuba untuk bersihkan balik bilik ni, dan Cuma pagar bilik ni. Alhamdulillah gangguan dalam bilik aku hilang. Tapi dah dia main dekat luar pulakkkkkk. Harey betul. Ketuk-ketuk pintu bilik orang. Nak tau bilik yang mana?? Bilik S-204!
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
AWAL NYE AWAK BAGI “AWAS” HAHA MENARIK DAN SERAM STORY AWAK NICE…🎶😉