Blok 7C UUM Sintok

Hi guys! Terima kasih FS kalau publish lagi cerita aku kali ini..siapa lagi yang belum baca cerita aku sebelum ini harus baca ye sebab dari cerita aku yang pertama korang boleh tahu macam mana diri aku ni. Tajuk yang lepas Sakit Tak Sembuh 1&2 dan Toyol Kampung.

Kali ini aku nak cerita pasal pengalaman aku masa study dekat UUM Sintok. Kejadian-kejadian ini terjadi sepanjang aku study dekat sana. Aku tinggal dengan roomate aku (Sya) di DPP( dewan penginapan pelajar) TM di blok 7c bersebelahan dengan blok lelaki. No bilik aku 317 kalau tak silap aku sebab aku dah ingat-ingat lupa walaupun baru tahun lepas aku graduate. Aku graduate lambat sikit dari kawan-kawan yang lain sebab aku postponed study 1 sem dulu disebabkan sakit ku dan sebab tu jugak roomate aku adalah junior yang sangat sporting.

Kisah nya petang tu aku terasa nak makan roti bakar so aku bakar la roti macam biasa. Bagi aku cerita ni tak seram sangat kelakar ada la kot. Keesokkan subuh tu aku terjaga sebab aku bau roti bakar.

Semakin lama semakin kuat bau hangit roti dibakar. Aku cepat-cepat bangun sebab risau kot-kot ada wayar atau plug yang terbakar. Aku tercari-cari bau hangit itu segenap bilik namun tiada wayar atau plug yang terbakar. Tiba-tiba roomate aku pun bangun sekali. Aku tanya dia ada bau macam roti bakar tak. Dia jawab ada.

Aku masih tercari-cari bau hangit itu. Aku dengan roomate berfikir di pagi hari. Tak kan la ada budak blok ni rajin sangat bakar roti pagi-pagi macam ni. Setahu aku ramai budak blok ni yang bangun lambat apatah lagi nak bakar roti awal pagi.

Cari punya cari aku ternampak seekor makhluk dekat toaster.
Ces! Dia punya kerja rupanya. Pehal pagi-pagi nak makan roti bakar jugak. Jeles la tu dengan aku bakar roti petang semalam. Saja nk usik aku pagi-pagi macam ni kan.Makhluk tu nak kata seram takde la seram sangat bagi aku. Aku tak bagitahu roomate sebab memang biasa nya kalau aku nampak apa-apa dalam bilik aku jarang bagitahu dia sebab aku taknak dia takut.

Kita gerak ke cerita lain ya.

Aku pernah dengar kisah pelajar yang b***h diri dekat UUM tetapi sejauh mana kesahihan nya aku pun tak pasti. Nak dijadikan cerita petang atau malam aku dah lupa aku tidur macam biasa. Tiba aku terasa badan aku berat dan pada masa yang sama jugak aku nampak seorang perempuan duduk di hujung katil aku.

Amboi sesedap dia je duduk dekat kaki aku. Dari tepi wajah nya tidak kelihatan dek ditutupi rambutnya paras bahu. Dia hanya memakai tshirt lengan panjang dan seluar. Dia silap bilik ke?? Dan aku melihat dia hanya melangkah pergi begitu sahaja. Adakah dia roh yang m******h diri itu? Aku pun tidak pasti.

Pada masa yang sama juga aku nampak seekor lagi makhluk di atas lantai di tepi katil ku. Kelihatan makhluk itu sangat hodoh dengan wajahnya menggerutu dan laju menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Laju laju nak ke mana bang?

Beberapa saat kemudian makhluk itu hilang begitu sahaja setelah badanku sudah terasa ringan.

Cerita seterusnya.

Untuk pengetahuan semua setiap blok hanya 4 tingkat dan disebabkan aku di tingkat 3 satu tingkat lagi di atas bilikku. Di awal sem dulu aku dengan roomate selalu dengar bunyi orang ketuk-ketuk lantai di tingkat atas. Aku rasa budak atas baiki lantai simen bilik dia kot. Selalu tingkat atas ramai budak foreigner terutama pelajar dari Indonesia dan China.

Aku dan roomate fikir budak-budak foreigner tu buat kerja menukang. Kadang-kadang dengar macam manik dilontar di atas lantai simen. Suasana malam sunyi sepi aku selalu dengar manik dilontar di tingkat atas. Jelas di pendengaranku.

Bunyi perabot diseret. Selalu aku dengar tidak kira waktu pagi tengah hari petang mahu pun malam. Bagi aku rajin betul budak-budak foreigner alih katil kerusi setiap masa. Aku dan roomate masih berfikir positif.

Bila malam pula, aku dengar orang berlari di tingkat atas bagaikan bergegar bilik aku . Aku pelik dorang ni buat apa malam-malam berlari. Kuat betul dorang lari sebab aku dengar dengan jelas tapak kaki satu persatu.

Sampai la akhir sem aku dengan roomate terbuka hati mahu bertanya dekat budak lain adakah foreigner yang stay dekat tingkat atas sebab dorang selalu bising. Apabila ditanya jawapan budak-budak lain membuatkan aku dan roomate terdiam. Tiada siapa stay dekat tingkat atas masa sem itu. Jadi siapa yang tinggal dekat tingkat atas tu dengan bunyi bising sepanjang masa??

Cerita akhir.

Aku dah penat nak taip sebenarnya. Jadi aku tutup dengan cerita akhir sebab kalau nak cerita semua yang aku alami dekat UUM esok pun tak habis.

Waktu malam dalam pukul 11 malam macam tu. Hampir setiap malam aku dengar suara kanak-kanak bermain. Kanak-kanak lelaki dan perempuan. Suaranya kedengaran dekat sahaja bagaikan di bawah blok aku sahaja. Ketika aku dengar suara itu, aku terus bertanya roomate aku.

Dengar tak suara budak? Roomate aku cakap tak dengar. Masa aku tengah tanya dia suara tu dah takde. Rommate aku cakap anak fellow(warden) kot. Sejak roomate aku cakap itu suara anak fellow aku pun menganggap itu suara anak fellow yang riang bermain di tengah malam setiap kali aku dengar suara itu sehingga habis sem. Sekarang aku sedar betapa bendul nya aku ketika itu kerana mendengar cakap roomate aku yang mengatakan itu suara anak fellow.

Iye lah..aku tahu fellow ada anak. Tapi tak kan la pukul 11 malam je duk gelak-gelak riang ketawa. Baru aku sedar sekarang ketawa kanak-kanak itu menyeramkan dan ketawa itu sama sahaja setiap kali aku dengar. Intonasi ketawa nya dan suara kanak-kanak lelaki dan perempuan juga sama.

Lain kali kalau ada masa aku cerita lagi pasal lain pulak ye.. thanks guys!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Iz Izzah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

3 thoughts on “Blok 7C UUM Sintok”

  1. aku walau pon jantan, tp aku ade beberapa kenangan manis ngn blok C tu..zaman aku dok tggl kolej telekom thun 2003.. pengalaman aku mse jd JPPK kolej, pas magrib 2 hari sebelom kemasukkan pelajar baru, aku kne check stiap bilik utk pastikan stiap tombol match dengan kunci yg ada.. mase tu lalu kat tandas blah tgh blok c tgkat 3, tetibe rasa ade cam org hembus nafas kuat kat tengkuk siap dgr bunyi dengusan lgi.. ape lagi, org tua2 ckp jgn toleh belakang, plan2 jalan trun ke bawah terus pegi pejabat bgtau sume kunci match..haha walau blok tu x seangker blok F, byk jugak yg belaku kat blok tu..penah la aku ngan felo kejar ingt ade org curi masok blok tu time cuti sem, sbb mmg time tu dak pompuan yg x balik kene stay blok A.. skali bile kejar smpi kat balkoni antara patry / toilet tingkat 4, skali mende tu terjun n melayang ke seberang jalan besar menghala ke dusun belakang tu..aku ngan felo terkedu la kejap..pastu trus die ajak ngeteh kat changloon smpai pagi.. blom kisah bdak plkn 1st batch kene sampuk smpai terajang member aku terkeluar dari bilik.. n member aku histeria bile die sorang je nampak budak kecik kat tgkat 4.. hahahha sume tu tggal kenangan.. 2003-2005

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.