Bomoh India part2

#syka

Hai. Syika kat sini. Tak sangka cepat pulak admin publish cerita tu. Sy cakap kat suami saya ada hantar cerita kat FS dia gelak pula. Apapun, emir says Hye to all of you. Sy baca komen ada yang cakap cerita ni rekaan, tipu je semua. Buat apa saya nak make up story benda buruk pasal diri saya dan family. Bahkan kalau boleh saya pun taknak benda ni jadi. Seksa nak menanggung buatan orang ni. Ada jugak marah2 sebab cerita bersambung. Maaf sangat2 tu salah syika. Maaf ye. Ada yang mendoakan syika dan keluarga. Syukran semuanya. Semoga Allah membalas doa kalian untuk saya dengan berlipat kali ganda nikmat dan rahmatNya. Ok dah cukup untuk intro sebab ada orang cakap syika panjang sangat intro. Maaf syika memang banyak cakap. Hehe.

Sambungannya …

Sy dan emir tunang 2 bulan je. Dalam tempoh bertunang tu memang banyak betul dugaan. Alif pernah datang kerumah time mak abah takde. Dia duk merayu rayu. Masa ni saya dah pulih dah waras. So, saya bagi kata putus dekat dia bahawasanya antara sy dgn dia memang dah takde apa2 dan saya benci sangat2 dgn dia. Dia dgn yakinnya tenking saya cakap emir tu dah bomohkan sy dan dia sgt pasti saya tak cintakan emir. Ya,memang masa tu takde rasa cinta untuk emir sebab sy dah set dalam kepala emir tu sahabat saya. Tapi saya usaha untuk cintakan emir sebab dia bakal suami saya. Perasaan pada alif? Kosong. Sayang pun tidak benci pun tidak.

Alif pernah juga pergi serang emir. Dengan berlagaknya dia cakap dia tu first love saya. Memang la dia cinta pertama saya tp kalau cinta pertama bawa bala macam tu? Nauzubillah. Emir cool je hadap dia. 2 hari kemudian emir mula berubah. Dia jadi tak kenal sy. Dia mula layan perempuan lain.parents dia marah dia sebab dia tu dah bertunang tak elok bermain cinta dengan orang lain pula. Dia marah mak dia dan tanya bila pula dia bertunang. Mak dia tunjuk gambar saya, emir tak kenal. Sedihnya hati saya masa tu. Saya call dia tak answer,mesej jauh sekali nak reply. dahlah saya masa tu dah mula sayang dia lebih daripada sahabat. Akhirnya saya buat keputusan nak terus terang dgn parents emir pasal saya. Sy cerita semua yg terjadi antara saya,emir dan alif. Mak dia peluk saya dan cakap dia tak kesah pasal tu sebab dia tahu emir betul2 sayangkan saya. So,kami bawak emir berubat dgn ustaz amri di kedah.

Dalam kereta,emir pandang saya nak taknak je. Dia siap warning saya “kau ni jangan nak berlagak tunang aku bagai. Dasar sundal datang entah dari mana mengandung anak jantan mana mengaku aku tunang pulak”. Hancurnya hati masa tu tp sy yakin tu bukan emir. Emir dah terkena buatan alif sebab emir yg sy kenal bukan macam tu. Sy tahan air mata saya. Ayah dia tampor mulut emir sebab kurang ajar sangat.

Sampai di rumah ustaz amri, emir senyum sinis dan cakap “hek elleh orang tua berlagak pandai ni lagi nak kacau plan”. Suara emir macam suara. Alif. saya pandang emir. Mata dia dah mula berair, tajam dan bengis. Ustaz amri suruh dia masuk tapi dia gelak. dalam dia gelak tu, azan asar berkumandang. Dia terus gelabah. Sy nampak ustaz amri terkumat kamit baca sesuatu. Muka emir yang putih melepak terus jadi merah dan dia menjerit “panas..panas”. Ustaz pegang leher dia dan mata dia mula terbeliak keatas. Sedih. Sy tahu dia sedang seksa. Ustaz panggil 3 orang pembantu untuk angkat emir masuk ke dalam rumah. Semasa berubat, emir tak henti2 pandang sy dan menangis nangis. Tapi satu yg saya perasan, tu suara alif. Semasa ustaz baca ayat2 ruqyah,emir merayu suruh ustaz hentikan sebab dia nak cakap dengan saya.

Ustaz bg peluang untuk dia ckp dgn saya tapi bersyarat. Dia tak boleh sesekali sentuh dan mengapa apakan sy. Emir setuju. Dia ckp “aku tahu dia kaya sebab tu kau nak dia. Aku tahu aku tak setampan dia sebab tu aku kalah. Aku tahu selama ni kau berdua khianat aku..bermain cinta belakang aku. Aku cuma nak syika aku. Takde siapa boleh halang aku dengan syika. Dia hak aku” makin lama makin garau suaranya. Ustaz bagi isyarat untuk sy cuba memujuk. “Syika tak tipu alif. Tapi apa yg alif buat dekat syika tu dh melampau. Syika syg alif sepenuh hati syika tp alif yg buat syika takde hati. Sudahlah alif. Jgn seksa emir. Dia kan kawan kita. Taubatlah. Berdosa besar kita menyekutukan Allah. Terimalah kita takde jodoh”

Emir mula menangis sambil meracau. Tiga org pembantu ustaz yg pegang dia pun ditepisnya macam tu je. Ustaz amri pegang ibu jari kaki emir. Emir mula meraung dan meronta ronta panggil nama sy meminta pertolongan. Saya pujuk benda tu supaya keluar daripada emir. Azab sangat saya tengok keadaan emir.

Benda tu licik. Dia pura2 dah keluar. Dia pura2 jadi emir. mak emir nak peluk emir tp ustaz larang. Ustaz cakap tak hebat sangat pun lakonan benda tu. Ustaz paksa benda tu keluar tapi benda tu taknak. 2 jam akhirnya benda tu mengalah. Dan benda tu dihantar pulang kepada alif. Esoknya farhan cakap alif kemalangan dan ada di hospital. Ada juga farhan dgr2 ‘benda’ dia tu kacau dia balik sampai kemalangan.

Malam pertama perkhawinan kami di rumah saya. Pukul 3.26 pagi saya sedar. tingkap bilik sy terbukak. Saya bangun nak tutup tp emir tarik tangan saya dan saya kembali jatuh ke katil. Saya ckp kat emir “sekejaplah. Nak tutup tingkap”. Sy fikir emir nak sakat sy. Bila sy rebah, emir berada di atas saya dan masa tu sy nampak muka alif, bukan emir. Sy cuba menolak, tp tubuh saya tak boleh bergerak. Kemudian saya nampak emir keluar dari pintu toilet. Emir cakap dia tengok saya macam sesak nafas. Dia pegang saya dan baca ayat2 ruqyah yang ustaz amri dah ajar. Sy rasa badan sy ringan tiba2 macam ada sesuatu yang dah keluar dari tubuh saya. Serentak dengan tu angin kuat datang dan tingkap bilik saya terkatup dengan sendiri. Kuat sangat sampai esoknya ramai yang tanya pasal bunyi tingkap yg kuat tu.

Bukan tu je, beberapa bulan lepas tu saya jadi panas dengan emir. Sy taknak ‘bersama’ bahkan nak tidur sebilik pun tak mahu. Sampaikan sy pernah mintak cerai dengan emir sebab emir cium pipi saya bila bangun pagi . Emir dah rasa saya pelik sangat. Dia bawak sorang ustaz ke rumah kami. Oh ya, parents emir kasi rumah lama diorang dekat kami. 10 km je dari uni. Bila ustaz tu jejak ke dalam rumah kami,ustaz tu dah geleng kepala. Katanya teruk sangat busuk rumah kami dan najis ada di merata rata tempat. Saya tengok ok je,hari2 kot emir mop lantai. Ustaz mintak izin emir nak tengok saya. Ustaz tu tanya saya “awak nak pergi mana”.

Saya cakap “aku nak masuk ke dalam setiap darah yang mengalir dalam tubuhnya. Aku nak ada setiap saat dengannya” . Ustaz tanya lagi “siapa dia” . Saya jawab “syika”. Ustaz cakap lagi “apa yang kau buat dalam badan syika. Kalau kau sayang kau keluar”. Saya jawab “sebab aku taknak dia(emir) sentuh kekasih aku.hanya aku yg berhak keatas syika aku” sambil menunding jari kearah emir. Emir ada cakap “kau dah lama hilang hak keatas isteri aku,alif. Selepas aku dah lafaz akad nikah, kau dah hilang hak. Kau dah banyak susahkan kami suami isteri. Kau bertaubatlah” masa ni emir ckp dia dah hilang sabar dgn alif. Lepas tu, saya terus meracau macam biasa. Tapi kali ni paling seksa. Lepas berubat, saya demam seminggu. Tubuh saya lemah sangat.

Banyak benda yg jadi selepas kami berkhawin. Pernah sekali emir balik malam pukul 10 lebih kurang sebab jumpa member untuk group discussion. Dia ckp dia tengok saya tengah syok buat kek kat dapur. Dia datang peluk saya dari belakang. Masa dia duk bersweet sweet kasi ayat romantik kat saya tu sy diam je. Dia fikir saya malu. Dia suruhlah saya say something. Then sy cakap “emir tengoklah syika nak buat kek kat emir ni” . Suara sy lembut sangat. Emir tengok adunan kek yang tengah saya pegang. Penuh dengan ulat, darah dan sampah yang berbau busuk dan hanyir. Kemudian emir lepaskan pelukan dan saya pusing belakang menghadap emir.

Muka saya bernanah dan bau hangit. Gigi saya bertaring dan lendir nanah bercampur darah keluar meleleh dari mulut saya. Jari saya pula tdk bersambung dengan tangan. Emir pejam mata dan baca apa yang patut. Bila dia buka mata benda tu dah hilang. Cuma tinggal mangkuk kosong yang berisi ikan mentah yang berulat. Emir cuci apa yang patut dan dia naik ke bilik kami. Dia tengok saya dah lena tidur. Dia kejutkan saya untuk pastikan tu memang saya yg betul. Sy bangun terpinga pinga.

Masa sy mengandung, saya alami banyak benda pelik. Saya mimpi alif datang ambik anak saya dan campak dari bangunan yang tinggi. Ada juga saya mimpi anak saya dimakan hidup2 oleh ‘benda’ alif sebaik saja saya bersalin. Bila tersedar, perut saya rasa sakit dan saya kejut emir. Saya cerita semuanya. Mak saya bawak saya jumpa kawan dia ustazah yg boleh mengubati sihir. Ustazah tu cakap takde apa2 cuma saya kena selalu amalkan surah jin. Masa kandungan saya masuk 8 bulan, saya selalu nampak ‘benda’ yg saya mimpi makan anak saya tu ada di tandas dekat ruang tamu. Parents emir datang tinggal dengan kami sebab risau keselamatan saya.

Di facebook, penuh dengan mesej2 alif yg merayu saya kembali pada dia. Saya dah block dia tapi dia akan buat acc baru. Akhirnya saya delete acc fb saya. Dia mula kacau emir pula. Bahkan dia mengaku dgn emir yg dia takkan biarkan kami bahagia.

Malam jumaat, 10.46 pm. Perut sy sakit yg amat sedangkan due date lagi 10 hari. Masatu emir tengah study. Sy jerit panggil emir tp dia tu dengan headphone pulak. Bongok. sy dekat ruang tamu berjalan pun macam ketam nk pergi dekat dia. Masa sy melintasi dapur, sy nampak ‘benda’ yg makan anak sy dlm mimpi tu. Dia jalan slow2 nk dtg dekat sy. Sy dgn air ketuban dah pecah, jalan pun mcm kura2. Nasib baik emir datang. Dia angkat sy dan beg baby ke hospital. Masa kereta kami melepasi gate, sy nampak benda tu terbang ikut kami. Sy cakap kat emir “benda tu ikut kita. Dia nk ambik anak kita”. Emir dengan muka kusut. “Insha Allah takde apa2. Emir ada. Emir jaga syika”. Emir terus laungkan azan. Sebelah tangan dia pegang perut sy.

Sy berpantang di rumah parents sy tp mak emir turut ikut balik kg sy. Katanya cucu sulung sebab abang emir belum dapat anak. Satu malam tu, kami berlima tidur ruang tamu. Sy, 2 orang anak kembar sy,mak emir dan mak sy. Pukul 2 lebih sy tersedar. Si abang merengek. Sy angkat dan bagi susu. Tiba2 pintu rumah diketuk. Sy tengok jam. 2.58 am. Sy dah tak sedap hati. Si abang makin kuat merengek. Saya berdiri dan berjalan kawasan ruang tamu. Tiba2 ada kelibat lalu betul2 dihadapan saya dan sy dapat rasa kelibat tu hampir2 melanggar sy. Si abang makin kuat merengek. Mak sy dan mak emir bangun. Sy berdiri kaku dan tak boleh bergerak. Mak sy ambil si abang dari pangkuan sy . mak emir cuba sedarkan sy. sy sedar tp sy tak boleh bergerak. Sy berdiri kaku. Sy nampak benda tu sedang menghampiri si adik. Lidahnya terjelir dan menjilat adik. Sy menangis tapi cuma air mata yg menitis. Suara sy langsung tak keluar.

Si adik merengek. Mak emir angkat si adik dan mak sy pergi kejutkan ayah saya. Ayah saya call ustaz. Sy dibaringkan dan bacaan ruqyah dimulakan. Sampai kesubuh ustaz cuba membantu sy. Saya masih tak sedar2 . Emir call tak dapat balik sebab masa tu tengah final exam. Ustaz tu terpaksa panggil sorang lagi ustaz untuk bantu. Alhamdulillah. Dari 3 pagi, pukul 7.30 baru selesai.

Daripada penjelasan ustaz, alif ada buat perjanjian dgn benda tu. Sy milik alif dan bayi2 sy milik benda tu. Dengan syarat, benda tu kena tolong alif dapatkan sy. Ya Allah, anak sy jadi bahan taruhan dia. Sy memang hilang sabar. Sy call alif sy ajak jumpa. Bila dia sampai rumah sy, terus sy lempang dia. Sy tanya dia tak cukup lagi ke segala seksaan yg sy dan emir tanggung sampai anak kami pun nak jadi taruhan untuk amalan khurafat dia tu. Dia menangis. Dia cakap ni salah saya ” ni semua salah syika. Syika yg paksa alif buat macam ni. Sampai hati syika bercinta dgn emir kat belakang alif. Alif tahu antara farhan,alif dan emir, memang emir lah lebih segala galanya. Emir paling bergaya,paling handsome,berduit. Alif apa yg ada. Rupa takde. Duit jauh sekali.”

Sumpah sy tak pernah bermain cinta dgn emir kat belakang dia. Sy cuma sayang dia seorang. Bila sy dpt tahu dia sihir sy, masatu baru saya berubah hati. Sebab sy tak sangka dia sanggup bomohkan sy. Tp walaupun sy dah takde hati dgn dia masatu, sy takde perasaan pada emir. Sampailah parents emir masuk meminang sy. bila parents sy suruh sy terima tu baru saya belajar utk sayang emir lebih drpd seorang sahabat sebab dia bakal suami sy.

Saya terangkan semua pada alif. Sy melutut dekat dia supaya jangan ganggu kami lagi. Saya cakap saya dah penat. Kudrat saya dah lemah nak menanggung sihir drpd dia. Sy dah ada anak. Dah ada kehidupan sy. Sy suruh dia cari kehidupan dia. Hentikan semua benda syirik ni. Dia menangis dan berjanji takkan ganggu sy lagi. Dia pun ada mesej emir di facebook minta maaf dan suruh emir jaga saya elok2. Alhamdulillah.

Tapi… ketika kembar berusia 2 tahun. Ada mereka mengadu selalu ada makcik muka buruk ganggu mereka nak tidur. Saya dah tak sedap hati. Saya bawak mereka pergi jumpa ustaz amri. Ustaz cakap perjanjian antara alif dan benda tu belum selesai. Benda tu masih nakkan salah seorang kembar kami. Sy call alif dan tanya benda ni. Alif cakap dia sendiri pun diganggu benda tu. Benda tu tuntut janji. Benda tu nakkan salah seorang anak saya. Saya buntu. Saya tak sanggup kehilangan anak2 saya.

Sihir pada syika dan emir dah berakhir. Tapi… anak2 kami pula diganggu. Malah, alif juga diganggu. Syika mampu cerita setakat ni sahaja. Apa pun, semoga cerita ni dijadikan iktibar pada semua. Kalau sayangkan seseorang, tak perlu sayang tu dibuktikan dengan cara menyakiti dia. Jangan menyekutukan Allah. Jangan buat perjanjian apa2 dengan iblis laknatullah. Mereka cuma menyesatkan. Salam sayang dari syika dan emir buat semuanya.

Loading...

13 comments

  1. Semoga keluarga & anak2 syika terlepas dr segala gangguan. Teruskan amalan.. biiznillah. Allah pelindung kita.

  2. Alhamdulillah . bukan semua org bole move on mcm alif. semoga dia jumpe kebahagian dia dgn org lain.
    N syika ikhtiar la care supaye anak2 tk d ganggu. takut memudaratkan d mase akan dtg

  3. Seksanya laa. Sebab cinta jadi mcm ni.
    Semoga sis & suami tabah hadap ujian Allah.
    Semoga keluarga sis dalam lindungan Allah S.W.T 🙂

  4. Alhamdulillah…
    Semua dalam keadaan terkawal wpon buka pulih sepenuhnya…
    Berkat kesabaran dan keyakinan pada kekuasaan Allah…

    Aritu M ade buat perbandingan muka Si Jerry…
    Apekata Syika cube buat perbandingan ala2 sape muke Si Alif dengan Emir ni…
    Sebabnye Alif dok ungkit2 Emir ni ensem+kaya…
    Udahlah Emir tu putih melepak…
    Akk dok terbyg kembar korg muke kpop je dh ni, hehehehehe…

    1. kak yulie.. betui jugak tu kan. Mesti hensem beno Emir, itu yang Alif sakit hati sgt hahaha. Harap Syika respone la nak jugak tau. Kak Yulie ni lawak la haha.
      Semoga Syika sekeluarga sentiasa dilindungi Allah.

  5. semoga keluarga syika dilindungi Allah. Setiap malam amalkan bacaan alqursi 3 qul tiup dekat anak-anak syika sebelum tidur. Inshaallah dengan izinNya

  6. kesian jugak dkt alif. kerana cinta.. tp tulaa cara dia salah. cemburu buta. akhirnya diri sendiri binasa dan kesian dkt syika emir anak anak. semoga anak anak syika dilindungi Allah swt.

  7. Ya Allah… Kesian pula Alif…tu la lain Kali jngn buat bends bodih…kan dah kene balik… Cuba syika n emir pergi skali dngn alif pergi berubat…selesaikan hal ni… Rsa nya boleh lagi buat sesuatu tu. Jngn biar je… Ko juga yg risau…

    Try tnya Muaz ke…
    Cer suh dia pm Muaz. Kot Muaz boleh tngk²kan simptom² tu.

    Ni kisah dia. dia beljar ruqyah. Baca lah link ni klu nk tahu detail.
    http://fiksyenshasha.com/santau-makanan/#comment-24053

    Atau #kucingkelabu ke
    http://fiksyenshasha.com/kucingkelabu-dua-dalam/

    X tahulah depa boleh membantu ke tak…
    Trylah at least

    Hope membantu

  8. nampak tak kat sini, permainan jin dan syaitan

    asal pjanjian: alif dpt syika, syaitonirrojim dpt kembar..
    skrg: alif tak dapat siapa2, buat apa nak tuntut janji?? dah batal dh pjanjian tu..!!

    apa2 pun, aku doakan semoga anak2 syika dan emir dilindungi ALLAH daripada gangguan jin dan syaitan yg dilaknat.. Aamiinn ya Allah!!

    tpaksa la syika ajar anak2 ayat pelindung dr awal.. kasihan mereka.. kalau ade peluang, bakar je jin yg kacau tu..huish, marah btol ni..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *