Haris melangkah keluar dari kompleks membeli-belah yang terletak tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur. Haris menuju ke arah keretanya sambil memegang sebuah kotak. Di dalam kotak bersaiz sederhana tersebut terisinya satu objek yang di mana Haris tahu bahawa isterinya Aishah pasti akan suka. Kerana Aishah bermatian-matian mengumpul duit selama perkahwinan mereka untuk membeli objek itu tetapi tiada rezeki. Haris segera menghidupkan enjin kereta dan berlalu pulang ke rumah. Dia melihat jam di dalam kereta sudah pun menunjukkan pukul 6 petang lebih. Haris tersenyum melihat kotak hadiah yang dibelinya tadi dan diletakkan disebelahnya dibahagian penumpang. Haris mengimbau kembali kenangan-kenangan pahit dan manis yang dia laluinya bersama isterinya Aishah sejak sebelum kahwin sehinggalah sudah bergelar suami isteri. Dan pada hari itu adalah hari ulang tahun perkahwinan mereka. Haris sudah lama menanam niat untuk ‘surprise’kan isterinya dengan hadiah tersebut. Akhirnya, hari itu niat Haris akan tercapai.
Haris memarkirkan keretanya di hadapan pintu pagar. Dilihatnya kereta isterinya sudah berada di sebalik pagar. Haris agak bahawa isterinya pulang awal pada hari itu untuk membuat persiapan bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. Haris melangkah masuk ke dalam kawasan rumah dan berjalan menuju ke pintu depan. Dia membuka kasut kulitnya yang berwarna hitam dan meletakkan di atas rak kasut. Dia membuka kunci pintu dan menolaknya perlahan. Haris memberi salam. Tetapi tiada jawapan yang di terima. Haris terus masuk dan menuju ke ruang tamu. Dilihatnya televisyen sedang terpasang tetapi tiada sesiapa yang menonton. Haris menjadi hairan. Apa mungkin isterinya sedang sibuk di dapur membuat kerja. Tanpa fikir panjang, Haris terus berjalan menuju ke arah dapur. Setibanya dia di dapur, dia lihat di meja makan sudah terhidang ayam panggang dan sebiji kek. Saat itu Haris tahu bahawa isterinya yang telah melakukan itu semua. Tetapi Haris tidak nampak kelibat isterinya. Apa mungkin isterinya berada di dalam bilik air sedang mandi? Haris menuju ke arah tangga, dia ingin menuju ke dalam bilik tidurnya di tingkat atas dan melihat jika isterinya sedang menggunakan bilik air.
Ketika Haris melangkah kaki kanannya, dia dikejutkan oleh isterinya dari arah belakang. Isterinya Aishah mengucapkan “Happy Anniversary!” dengan penuh manja. Haris terus menoleh ke arah isterinya yang entah muncul dari mana. Aishah mengenakan pakaian blouse dan ianya sangat cantik sekali. Haris memeluk erat tubuh isteri kesayangannya itu dan membalas ucapan istimewa tersebut ke telinga Aishah. Kemudian, Aishah menghulurkan sebuah kotak berwarna merah dan ianya dibaluti dengan pembalut yang cantik dan kemas. Aishah memaksa Haris supaya segera membuka balutan hadiah tersebut. Haris hanya menuruti kehendak isterinya itu. Setelah Haris membuka pembalut tersebut, dia buka pula penutup kotak yang berada di dalamnya. Haris jadi terkejut apabila dia mendapati bahawa di dalam kotak itu terisi sekeping surat. Haris memandang tepat ke arah wajah Aishah dengan penuh keliru. Haris khuatir jika surat itu adalah surat tuntut cerai dari isterinya. Perlahan-lahan Haris membuka lipatan surat tersebut, sementara isterinya mendesak Haris untuk membaca isi kandungan surat itu. Selepas Haris habis membaca isi kandungan surat itu, air mata Haris bergenang dan gugur mengalir di pipi. Ianya adalah surat dari doktor yang menyatakan bahawa isteri Haris positif mengandung. Haris mengucap syukur panjang dengan berita yang gembira itu, baginya itu adalah hadiah ulang tahun yang paling bermakna sekali. Dia memeluk erat isterinya.
Kemudian, Aishah mengajak Haris menuju ke meja makan demi menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka dengan memotong kek yang di mana kek tersebut di buat oleh Aishah sendiri. Sebelum mereka memotong kek itu, Haris menghulurkan pula kotak hadiah yang dia belikan untuk Aishah. Aishah teragak-agak untuk membuka balutan di kotak tersebut, kerana tahun sebelumnya Haris menghadiahkan Aishah ular plastik pada harijadinya yang di mana perkara tersebut membuatkan Aishah ketakutan dan geli. Akan tetapi, Haris berbuat sedemikian hanya kerana ingin bergurau. Dia membelikan Aishah kereta Myvi warna ungu supaya Aishah dapat pergi ke pejabat dengan senang atau pun ingin keluar pergi ke supermarket berdekatan. Haris mendesak Aishah pula untuk membuka pembalut di kotak tersebut. Haris membuat wajah seperti seorang pembunuh, lalu Aishah mencubit lengan Haris sekuat hati dan memberikan amaran supaya jangan buat muka macam tu lagi. Aishah membuka pembalut hadiah dengan penuh berhati-hati. Kadang kala dia menggoncangkan kotak tersebut bagi mengetahui isi didalamnya. Tetapi tiada bunyi yang terhasil. Setelah pembalut di buka, Aishah mengukir senyuman apabila dia melihat logo yang tertera di kotak itu adalah logo kedai emas yang terkenal di Malaysia. Aishah membuka penutup kotak tersebut dan mendapati di dalam nya adalah kosong. Haris tergelak besar melihat reaksi dari wajah isterinya itu. Aishah terus membaling kotak tersebut ke arah Haris dan dia memukul-mukul badan Haris berkali-kali. Tidak lupa juga dengan cubitan maut darinya.
Aishah berdiri membelakangi Haris menandakan dia sedang merajuk. Setelah puas ketawa besar, Haris mengeluarkan sesuatu di poket seluarnya. Ianya adalah rantai emas yang Aishah selama ini teringin sangat nak beli. Rantai emas tersebut di buat dari emas tulen dan berharga tidak kurang dari sepuluh ribu ringgit. Perlahan-lahan Haris menyarungkan rantai tersebut di leher isterinya. Aishah terkejut dengan tindakan suaminya itu dan dia pegang rantai tersebut. Aishah melihat ke arah batu yang ada pada rantai tersebut yang diperbuat dari permata asli. Aishah amat kenal sekali dengan reka bentuk batu itu. Memang sebiji dengan apa yang dia idamkan selama ini. Sama dengan yang dia tengok di laman web kedai emas itu. Aishah melompat kegirangan dan memeluk kuat tubuh suaminya. Perasaan gembira yang terpancar diwajahnya tidak dapat disembunyikan. Merajuknya yang tadi terus hilang serta merta. Kegembiraan tersebut membuatkan Aishah menitiskan air mata. Setelah Aishah berhenti mengeluarkan tangisan air mata gembira, Haris mengajaknya pula untuk memotong kek. Kemudian, mereka pun menjamu selera makan malam pada hari itu dengan penuh kenangan manis. Di mana pada hari itu Haris dapat tahu yang dirinya akan menjadi bapa dan Aishah pula mendapat hadiah yang paling istimewa dan tidak perlu lagi dia mengumpul duit untuk membeli rantai emas yang dia inginkan. Duit yang disimpannya itu boleh terus disimpan ke dalam akaun simpanan dia yang lagi satu.
Haris dan Aishah sedang asyik menonton televisyen. Aishah sedang berbaring di atas peha Haris. Haris pula mengusap lembut kepala Aishah. Ketika jam hampir pukul sepuluh malam. Aishah bangun dari sofa berjalan perlahan menaiki tangga sambil memandang ke arah suaminya. Dia memberikan pandangan yang paling seksi sekali. Haris yang melihat reaksi isterinya itu tahu apa yang akan berlaku. Setelah memastikan isterinya sudah masuk ke dalam bilik. Haris segera menutup televisyen dan berjalan ke arah cermin. Dia menyikat rambutnya rapi supaya dirinya kelihatan kacak dihadapan isterinya sebentar nanti.
Kemudian, Haris berjalan menaiki tangga dan menuju ke arah bilik tidur. Haris mengetuk pintu bilik dan kedengaran suara isterinya dari dalam mengarahkan dia suruh masuk dengan nada yang terlalu seksi. Haris membuka pintu bilik dan mendapati isterinya sedang baring di atas katil dengan posisi yang menggoda. Nafsu Haris membuak-buak ketika itu untuk menerkam isterinya. Dia berjalan menuju ke arah Aishah dan pada saat itu dia terdengar bunyi pintu biliknya tertutup dengan kuat sekali. Haris terkejut dan dia ingin menoleh ke belakang. Belum sempat dia menoleh, kepalanya dipukul dengan kuat sekali. Haris jatuh terjelupuk. Dengan pantas Haris memandang ke arah pintu itu. Dilihatnya ada seorang lelaki berbadan tegap sedang menghampirinya. Haris menendang lelaki itu dengan sekuat hati, membuatkan lelaki tersebut terjatuh ke belakang. Haris mengambil kesempatan itu untuk bangun dan menarik isterinya keluar dari rumah itu untuk mendapatkan pertolongan dari jiran. Tetapi, saat Haris menoleh ke arah isterinya. dilihatnya Aishah sedang menghunuskan pisau yang tajam ke arah dirinnya. Aishah membenamkan pisau tersebut ke perut Haris. Haris dapat merasakan kesakitan yang tidak pernah dia alami selama ini. Haris tiba-tiba menjadi lemah. Lelaki tegap itu datang menghampiri Haris dan melayangkan sebuah tumbukan padu di muka Haris. Haris pengsan di tempat kejadian.
Saat Haris membuka kelopak matanya, Haris dapat mendengar suara-suara erangan dari seorang wanita yang amat dia kenalinya. Kemudian, hidungnya pula menangkap sejenis bau yang aneh, berkemungkinan kemenyan. Mata Haris terbelalak apabila dia melihat dihadapannya ketika itu adalah pasangan yang sedang bermesra. Seorang lelaki dan wanita, dan wanita itu tidak lain dan tidak bukan adalah isteri Haris. Dan Haris boleh nampak jelas setiap inci tubuh isterinya itu. Dia juga dapat mendengar dengan jelas lelaki itu menyatakan bahawa dia terlalu merindui Aishah selama Aishah bersama dengan Haris demi menanti zuriat. Haris tidak berapa nak mengerti dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh lelaki itu. Dan Haris merasakan bahawa lelaki itu lah yang menumbuknya tadi.
Di depan mata Haris ketika itu adalah sebuah pertunjukkan yang dia tidak ingin lihat. Isterinya bersama dengan lelaki lain. Haris benar-benar terkejut dengan situasi yang dilihatnya ketika itu. Otaknya tidak dapat nak berfungsi dengan rasional. Apakah benar apa yang dia sedang lihat pada waktu itu atau semuanya hanyalan mainan ilusi sahaja? Dia sendiri tidak dapat untuk merungkaikan ia. Hidung Haris tidak dapat menahan bau kemenyan yang tersangat kuat aromanya. Tetapi, yang pasti hati Haris benar-benar remuk. Remuk yang terlalu teruk. Dia menginginkan jawapan kepada semua persoalan dan perlakuan yang dilakonkan oleh isterinya itu.
“Aishah…” Haris memanggil nama isterinya lembut. Akibat dari itu, dua tenuk yang sedang rancak asyik dengan dunia mereka serta merta berhenti dan mengalihkan pandangan ke arah Haris yang tersandar di dinding tidak jauh dari katil.
“Ooo..ingatkan dah m**i, tak sangka liat betul mamat ni..” ujar lelaki berbadan tegap itu, lalu dia turun dari katil dan tanpa mengenakan sebarang pakaian ditubuhnya dia berjalan ke arah Haris. Haris hanya melihat dengan perasaan yang bercampur antara marah, keliru dan sedih.
“Cuba kau tengok sekeliling kau ni. Apa yang kau boleh faham?” soal lelaki berbadan tegap tersebut sambil tercangkung di hadapan Haris. Haris mengalihkan pandangan ke arah Aishah yang sedang duduk di birai katil tanpa seurat benang. Kemudian, Haris melihat sekeliling bilik. Dia berada di dalam bilik tidurnya cuma ada kelainan. Haris dapat melihat beberapa lukisan yang aneh berada di dinding bilik itu. Lukisan-lukisan yang membuatkan Haris tertanya-tanya. Selepas itu, lelaki berbadan tegap tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Tuah dan dia juga menjelaskan kepada Haris bahawa Aishah itu adalah isterinya, bukannya isteri Haris.
Tuah dan Aishah merupakan bomoh dan mengamalkan ilmu hitam. Keturunan mereka sudah lama bertapak di bumi Malaysia. Keturunan mereka berasal dari sebuah perkampungan kecil di Thailand. Semua ahli keturunan dia mengamalkan ilmu hitam kerana bagi mereka iblis dan syaitan itu adalah pendamping dan membuatkan mereka hidup dengan makmur selama ini. Cuma, ada waktu-waktunya mereka kena lakukan korban yang di mana mereka harus m******h untuk dipersembahkan kepada Tuhan mereka. Tuah tambah lagi, keturunan mereka yang lelaki tidak boleh memberikan zuriat kepada para wanita. Maka dengan itu, wanita di dalam puak mereka harus berkahwin dengan lelaki biasa dan harus berhasil mendapatkan zuriat. Setelah misi selesai, mereka harus b***h lelaki tersebut. Jika lelaki yang ditidurinya tidak dapat memberikan hasil, tetap akan d*****h juga dan wajib cari yang lain.
Haris tergamam, kesakitan yang dia alami diperutnya itu tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan yang berada di dalam hatinya. Matanya bergenang dengan air mata. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
“Jadi, disebabkan kau masih lagi hidup. Aku terpaksa b***h kau…lagi…sekali…” ujar Tuah. Selepas terdengar Tuah berkata sedemikian rupa, Haris tanpa berfikir panjang, dia menarik keluar pisau yang masih terbenam diperutnya itu dan dia cuba menikam Tuah. Haris berfikir bahawa dia kena keluar dari tempat itu hidup-hidup. Dia tidak mahu m**i dalam keadaan sebegitu. Dia tidak ingin m**i di tangan dua tenuk hidup yang sesat lagi songsang. Tikaman Haris mengena di bahu kiri Tuah dan membuatkan Tuah menjerit kesakitan. Haris mengambil kesempatan untuk bangun dan melarikan diri tetapi Aishah cuba untuk melarangnya. Haris sudah tidak peduli lagi,
“Aku ceraikan kau dengan talak tiga!” tengking Haris sekuat hati dan melepaskan tumbukan yang tak berapa nak padu di wajah Aishah tapi cukup untuk membuatkan Aishah jatuh terbungkang di atas lantai. Haris terus berlari keluar bilik dan menuju ke pintu depan rumah. Setelah dia dapat keluar dari rumah itu, dia menjerit meminta tolong. Jiran-jirannya yang terdengar jeritan Haris terus keluar dari rumah dan berlari mendapatkan Haris. Semuanya terkejut apabila melihat keadaan Haris yang sedang berlumuran dengan d***h.
“Ada dua ekor tenuk dalam bilik aku! Dia orang yang buat aku jadi macam ni!” jerit Haris sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah dalam rumah. Beberapa orang jiran terus berlari ke dalam rumah demi menangkap si perlaku. Namun, tidak ada sesiapa di dalam rumah. Tetapi, mereka menjumpai bilik Haris yang penuh dengan lukisan-lukisan aneh di dinding bersama kemenyan yang masih lagi membara. Semua jiran-jirannya bertanya kepada Haris dengan pelbagai soalan. Tetapi, Haris tidak dapat nak menjawabnya lalu pengsan di situ juga. Selang beberapa minit kemudian, van Ambulans pun tiba. Haris dikejarkan ke hospital dan diberi rawatan lanjut. Akibat dari kehilangan d***h yang banyak. Doktor harus memasukkan d***h yang sama jenis ke dalam tubuh Haris dan Haris tidak mungkin akan dapat sedarkan diri dalam masa beberapa jam. Mungkin makan hari.
Haris terbaring lemah di atas katil hospital. Matanya redup memandang ke arah siling. Bunyi bising di kiri dan kanan tidak di dengarinya. Dia sudah sedarkan diri buat beberapa hari. Tetapi dia menerima berita yang sangat buruk sekali. Di mana ibu dan bapanya telah pun meninggal dunia. Bukan meninggal secara semula jadi tetapi di b***h. Rumah ibu dan bapanya penuh dengan contengan aneh di dinding, sama seperti di rumah Haris. Haris sudah menceritakan segalanya kepada pihak polis dan pihak polis sudah pun mengerahkan anggotanya supaya mencari dua orang suspek tersebut.
Haris melangkahkan kakinya keluar dari kereta. Dia sudah pun sembuh sepenuhnya dan sudah boleh pulang ke rumah. Kawannya Remy menjemputnya di hospital dan menghantarnya pulang ke rumah. Haris termenung di hadapan rumah. Dia memandang rumahnya itu tanpa berkelip. Hatinya masih lagi tidak tenteram dengan semua yang terjadi. Haris melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah dan Remy mengikutnya dari belakang. Mereka berdua terkejut apabila mereka melihat ada seseorang sedang berada di dalam rumahnya. Lelaki tersebut duduk di atas sofa dan memandang ke arah mereka berdua dan hilang seperti ditiup angin. Haris dan Remy terkedu seketika. Mereka berfikir sejenak, apa benda yang mereka lihat sebentar tadi? Perasaan seram sejuk mulai menyelubungi mereka berdua.
“Apa yang kita nampak tadi, bro?” soal Remy kehairanan.
“Aku tak pasti, tapi aku rasa macam tak sedap hati..” balas Haris yang turut juga keliru.
“Macam ni lah. Buat beberapa hari ni, kau tinggal je dekat rumah aku. Rumah ni nanti-nantilah kita settlekan.” cadang Remy yang risau akan keselamatan kawannya itu. Dia risau jika perkara yang sama akan menimpa diri Haris.
“Eh, tak apa lah. Aku tak nak menyusahkan kau dengan family kau.” tolak Haris lembut.
“Kau dengar je lah kata aku ni. Tinggal kat rumah aku dulu. Jangan degil.” paksa Remy, dia memang berkeras untuk Haris tinggal dulu di rumahnya. Haris mengalah dan menerima perlawaan Remy untuk tinggal di rumah beliau.
“Nanti kita panggil kawan-kawan kita datang sini tolong kau ‘cuci’ rumah ni.” tambah Remy lagi.
“Cuci? Maksud kau?” soal Haris kehairanan kerana Remy seperti menekankan perkataan cuci itu dan membuatkan Haris rasa serba tidak kena. Remy menarik lengan Haris menuju ke arah kereta dan berjanji akan memberitahu selepas mereka selamat tiba di rumah. Haris hanya akur saja.
Haris disambut mesra oleh ibu dan ayah Remy. Haris jadi serba salah pula kerana ibu dan ayah Remy terlalu baik dengan dirinya. Haris diperlawa untuk makan malam bersama. Kebetulan ibu Remy iaitu Suhana telah pun memasak makan malam. Remy meletakkan bagasi milik Haris di dalam bilik, lalu menarik lengan Haris menuju ke dapur kerana dilihatnya Haris berdiri saja di ruang tamu seperti malu-malu kucing.
“Aku tahu masakan kat hospital tu semuanya tak sedap. Kau jangan bimbang, masakan ibu aku ni antara yang terbaik di Taman Melati ni. Belum ada lagi yang sanggup nak cakap TIDAK kepada masakan ibu aku sebab takut kena parang.” seloroh Remy mengakibat lengannya di cubit kuat oleh Suhana. Mereka kemudiannya terus menjamu selera. Usai makan malam, Remy menunjukkan bilik tidur kepada Haris. Haris terpaksa tidur bersama dengan Remy kerana tidak ada bilik kosong lagi di rumah itu. Ketika Remy sedang berehat-rehat di atas katil, Haris tiba-tiba memanggil Remy untuk meminta pendapat darinya.
“Aku nak balas dendam..” ujar Haris serius sambil matanya hanya tertumpu pada dinding bilik. Remy yang terkejut terus bangun dari baringnya dan duduk di birai katil.
“Kau biar betul weih?” tanya Remy inginkan kepastian.
“Ya, aku cakap benda betul. Aku nak balas dendam. Aku nak b***h janda aku dan suami dia.” tambah Haris lagi. Remy benar-benar terkejut mendengar perkataan balas dendam keluar dari mulut Haris. Dia mengenali Haris sudah lama, dia tahu bahawa kawannya itu bukanlah seorang yang pendendam. Dan, untuk dengar dia kata untuk membalas dendam memang merupakan sesuatu yang amat mengejutkan.
“Kenapa doe? Tiba-tiba je?” soal Remy ingin tahu niat sebenar Haris untuk membalas dendam.
“Aku sayangkan dia dunia akhirat, tapi dia khianati aku. Aku tahu yang mak bapak aku kena b***h dengan dia orang berdua. Apa salah keluarga aku? Tak cukup ke dia sakiti aku sampai libatkan mak bapak aku? Dan, aku nak anak dalam perut dia tu. Itu anak aku, aku takkan biarkan anak aku membesar dengan dua ekor syaitan tu.” jawab Haris, kemudian air matanya menitis. Hatinya begitu sebak sekali saat itu. Dia tidak sempat untuk melihat wajah ibu dan ayahnya buat kali terakhir. Remy hanya tertunduk diam, dia tidak tahu untuk berkata apa lagi. Dia faham akan kesedihan yang di alami oleh kawannya itu.
“Aku faham. Tapi jangan biarkan sifat amarah tu menguasai diri kau. Kau sendiri yang bagitau aku benda ni banyak kali.” ujar Remy dan mengalihkan pandangannya ke arah Haris yang masih duduk di atas kerusi. Haris mengesat air matanya dan dia termenung saja di situ.
“Kau pernah kata dengan aku, kita ni macam adik beradik. Aku akui benda tu, kita ni rapat macam tak boleh nak dipisahkan lagi. Dan, kau selalu bantu aku bila tiap kali aku di timpa masalah.” kata-kata Remy terhenti. Haris masih menunggunya untuk menghabiskan kata-katanya.
“Walau apa pun yang kau nak buat, apa sekali pun keputusan kau. Aku akan bantu kau, kawan.” Remy menghabiskan kata-katanya dan bangun dari birai katil, dia menuju ke arah Haris. Dia memaksa Haris untuk bangun dan dia peluk Haris seerat-eratnya.
“Kau orang ni gay ke?” kata ayah Remy yang kebetulan berdiri di depan pintu.
Haris dan Remy tidak henti-henti ulang alik dari balai polis dengan harapan pihak polis ada jumpa jejak di mana keberadaan jandanya, Aishah. Haris tidak berputus asa, dia berazam untuk mencari juga tempat persembunyian Aishah, dia ingin membalas dendam. Dia ingin Aishah rasa apa yang dia rasa. Dan Haris tahu bahawa ibu dan bapa Aishah adalah palsu. Mereka juga adalah bomoh dari kalangan Aishah. Haris sudah tidak tinggal lagi di rumah Remy. Dia tinggal di rumahnya kembali, setelah dia dan rakan-rakannya membasuh rumah tersebut. Mereka mengecat dinding-dinding rumah itu supaya kelihatan baru. Dan Haris juga membuat kenduri doa selamat. Dia juga sudah rajin mengaji ketika berada di dalam rumah. Manakala Remy pula. dia tinggal bersama Haris. Dia membuat keputusan untuk menyewa di rumah Haris supaya senang berhubung jika dia mempunyai sebarang petunjuk baru. Mereka juga melayari laman Google untuk mencari jika ada kes-kes yang berkaitan dengan kes dirinya. Haris memang berusaha keras, dia tidak ingin berputus-asa. Aku yang menulis ni pulak rasa macam nak putus asa, dah lah bulan puasa.
Setelah setahun berlalu…
Remy sedang sibuk didalam pejabatnya. Dia menyelak fail-fail yang berada di atas meja kerjanya. Kemudian, Haris muncul di muka pintu.
“Ha? Kenapa kau panggil aku?” soal Haris sambil berjalan menuju ke kerusi.
“Aku search kat Google dan Facebook tadi. Cuba kau teka apa yang aku jumpa?” jawab Remy dan membuatkan Haris resah akibat ingin tahu.
“Kau jumpa petunjuk dia orang ada kat mana?” soal Haris lagi ingin tahu.
“Ya, ada satu kes yang di mana ianya sama seperti kau. Lelaki tu iaitu mangsa post kat Kisah Rumah Tangga punya Facebook page. Dia mengadu di situ.” balas Remy lagi. Haris hanya memasang telinganya.
“Sehari kemudian, dia meninggal kena b***h. Bilik dia penuh dengan lukisan-lukisan mengarut tu.” sambung Remy lagi.
“Tapi tak mungkin Aishah…” ujar Haris. Remy mengajak Haris untuk berdiri di belakangnya, dia ingin menunjukkan satu rakaman video kepada Haris. Haris meneliti video tersebut yang menunjukkan ruang tamu rumah mangsa. Dan, Haris menjadi terkejut apabila dia lihat bahawa ada seorang perempuan dan lelaki melintasi ruang tamu itu. Kedua-duanya Haris kenal.
“Aishah….” kata Haris perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Remy. Wajah Haris berubah geram. Perasaan marah membuak-buak didadanya. Dia menggenggam penumbuknya sekuat-kuat hati.
“Bila kes ni jadi?” soal Haris.
“Dia post kat page tu minggu lepas.” jawab Remy. Haris bergegas keluar dari bilik pejabat itu dan menyatakan bahawa dia ingin membuat panggilan kepada pegawai yang menguruskan kes itu. Beberapa jam kemudian, Haris datang kembali ke bilik pejabat Remy. Dia memberitahu bahawa pegawai tersebut telah pun memberikan maklumat kepadanya. Aishah dan suaminya tidak dapat keluar dari kawasan Hulu Langat kerana sudah dikepung. Ilmu hitam mereka tidak menjadi kerana sudah ada ustaz yang menyekat. Haris memandang ke arah Remy.
“Aku faham. Jadi, bila kau nak pergi?” soal Remy.
“Malam ni aku pergi, tak jauh pun Setapak dengan Hulu Langat. Dia orang ada dekat-dekat Gunung Nuang.” jawab Haris.
” Kalau macam tu, aku ikut kau. Aku backup kau. Kalau terjadi apa-apa, at least aku ada untuk membantu.” ujar Remy. Dan Haris bersetuju. Mereka berdua sudah pun memohon cuti tahunan kepada syarikat mereka berkerja. Disebabkan mereka berdua kawan agak rapat dengan pekerja di bahagian HR, maka dengan mudahnya cuti mereka diluluskan dengan serta merta.
Haris dan Remy sudah pun bersiap-siap untuk bergerak menuju ke destinasi. Tetapi perasaan tidak senang pula menyinggah di hati Remy. Dia menyuarakan perasaannya itu kepada Haris. Dan Haris meyakinkan Remy bahawa semua akan baik-baik saja.
“Kalau kau tak nak ikut tak apa. Aku tak kisah. Benda ni bahaya.” kata Haris. Tapi Remy tetap kata dia ingin mengikuti Haris. Lalu, mereka berdua bergeraklah dari Setapak, menuju ke Gunung Nuang. Entah bagaimana, Haris merasakan bahawa kali ini dia akan dapat berjumpa dengan jandanya itu.
Haris kelihatan sedang menulis sesuatu di atas sekeping kertas berwarna putih bersaiz A4. Kemudian, dia meletakkan kertas tersebut di bahagian dashboard kereta. Remy datang menghampiri dan melihat kertas tersebut, “Tumpang parking, kereta rosak.”. Haris melihat jam di tangan, sudah hampir pukul sembilan malam.
“Kenapa kita parking jauh sangat ni?” soal Remy yang hairan kenapa Haris meletakkan kenderaannya di Pangsun, bukan di Gunung Nuang saja. Haris menerangkan kepada Remy jika mereka parking di Gunung Nuang, sudah tentu akan dihalau oleh pihak polis. Sudah pasti kawasan itu sedang dijaga oleh pihak polis. Remy hanya menggangguk tanda mengerti dengan penjelasan dari Haris. Mereka menempuhi hutan-hutan disekitar itu, mereka ingin mencari jalan untuk tembus ke Gunung Nuang. Remy merasakan hairan, bagaimana Haris ingin mencari jandanya itu jika dia sendiri tidak tahu di mana keberadaan jandanya? Apabila diajukan soalan, Haris hanya menjawab, dia mengikut naluri. Dan semasa di dalam kereta lagi, Haris asyik ulang perkataan yang sama. Dia berkata bahawa hati dan nalurinya kuat bahawa anaknya turut ada bersama dengan jandanya itu. Remy faham dengan perasaan Haris. Tapi walaubagaimanapun, perasaan tidak sedap tetap tidak beransur dari hati Remy.
“Aku nak cakap ni, kalau dalam movie kan. Hero mesti hidup, lepas tu yang berlakon extra sebagai kawan hero tu mesti akan jadi korbankan? Makna kata, malam ni aku akan korbankan diri aku untuk kau…..” kata-kata Remy berhenti kerana Haris tiba-tiba saja berhenti berjalan. Haris memberikan isyarat untuk tunduk bersembunyi. Remy mengikut saja arahan Haris. Mereka dapat lihat dihadapan mereka ada beberapa suluhan lampu. Mungkin pihak polis agaknya. Setelah memastikan keadaan selamat, mereka sambung berjalan lagi.
Hampir 5 jam mereka menempuh hutan tersebut dan Haris yakin bahawa mereka ketika itu sudah berada ditengah-tengah hutan Gunung Nuang. Haris memberitahu kepada Remy bahawa perasaan dia kuat menyatakan bahawa anaknya berada berdekatan. Remy cuba untuk memasang telinga demi mendengar jika ada bunyi tapak kaki orang berjalan. Matanya juga melilau memandang keadaan sekeliling.
“Sini..” ajak Haris dan Remy mengikut saja. Remy tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia hanya mampu mengikut arahan dari Haris. Dia ikut rapat, kerana risau jika terpisah nanti sesat.
“Umm.. Haris, masa awal-awal kita sampai tadi. Aku ada cakap kat kau satu benda, kau ada….” kata-kata Remy terhenti lagi kerana Haris memberikan isyarat supaya diam dan ikut dia bersembunyi di sebalik semak. Mereka berdua dapat melihat, tidak jauh dari tempat mereka bersembunyi, terdapat seekor haiwan yang mereka sepatutnya hindarkan dari terserempak. Pak Belang nama diberi atau nama saintifiknya Hari Siang Bekerja, Hari Malam Mengaum. HARIMAU. Remy terketar-ketar menahan takut, dan menahan dirinya dari membuat sebarang bunyi. Dia berharap sangat pada waktu itu janganlah tiba-tiba terbersin macam dalam movie. Namun, Haris kelihatan sangat tenang. Mulutnya seperti terkumat-kamit membaca sesuatu. Tidak lama kemudian, harimau tersebut berlalu pergi berjalan ke arah yang bertentangan. Apabila mereka memastikan keadaan sekitar sudah selamat, barulah mereka keluar dari tempat persembunyian.
“Haris, boleh aku tanya. Kau baca apa tadi masa kita jumpa haiwan tu?” soal Remy inginkan kepastian.
“Aku just berbisik je. Kalau ajal kita m**i kena makan dengan harimau, aku redha. Itu saje. Lepas tu aku mengucap awal-awal.” jawab Haris. Jawapannya tersebut membuatkan Remy terkejut.
“Makna kata dia memang berserah je lah tadi? M**i-m**i aku ingatkan dia baca surah ke, ayat pelindung ke..” bisik Remy di dalam hati.
Mereka meneruskan perjalanan. Banyak kali mereka berhenti demi membuang pacat-pacat yang melekat ditubuh mereka. Kemudian, mereka terdengar bunyi tembakan bertalu-talu. Bunyi tembakan tersebut agak jauh, membuatkan mereka terkejut.
“Samada binatang yang ditembak atau janda kau. Tapi arah mana?” ujar Remy.
“Arah sana.. Naluri aku kuat mengatakan bunyi tembakan tu datang dari sana. Cepat! Kita kena lari ke sana. Hati aku tiba-tiba tak sedap ni..” balas Haris dan terus berlari. Remy turut ikut berlari. Banyak kali mereka tersadung kaki pada akar pokok namun dengan segera mereka bangun dan terus berlari. Tidak lama kemudian, mereka tiba di suatu kawasan yang di mana kawasan tersebut terdapat ramai polis dan polis-polis itu sedang mengacukan senjata api mereka ke arah dua orang manusia. Haris memang kenal sangat siapa mereka berdua itu. Haris dan Remy bersembunyi dibelakang sebatang pokok dan memerhatikan peristiwa itu dari jauh. Tuah dan Aishah sudah terkepung, mereka tidak dapat berlari ke mana-mana lagi.
“ALLAHUAKHBAR!!” jerit seorang lelaki tua dan melemparkan sesuatu yang kelihatan seperti pasir atau tanah ke arah Tuah. Tuah mengelak dan melakukan serang balas dengan mengeluarkan bebola api dari tangannya. Serang balas dari Tuah dapat dielak. Bebola api tersebut terkena pada sebatang pokok dan mengakibatkan pokok tersebut terbakar, pokok juga yang jadi mangsa. Remy dan Haris terkejut melihat perkara tersebut.
“Dia tu apa weh? Dragonball ke apa? Boleh fire fire suka-suka hati pulak..?” soal Remy terkejut dan mulutnya ternganga luas. Dari tempat mereka berdua bersembunyi itu, Haris dapat melihat Aishah, jandanya itu sedang mengendong seorang anak kecil. Haris sangat pasti bahawa itu adalah anaknya.
Haris perlahan-lahan berjalan menghampiri mereka semua, diikuti oleh Remy. Haris mencari peluang, tidak ada sesiapa pun disitu sedar dengan kewujudan mereka berdua. Apabila peluang dilihat, Haris terus berlari tanpa mengeluarkan sebarang bunyi dari mulutnya. Dia berlari ke arah Tuah dan melakukan flying kick. Tuah yang sedang leka berhadapan dengan lelaki tua itu tidak sedar akan flying kick yang datang dari arah belakang. Dan, serangan dari Haris mengena tepat di kepala Tuah, mengakibatkan Tuah hilang pertimbangan dan jatuh mencium bumi. Remy hanya mampu berdiri setempat sambil mulutnya terbuka luas. Dia tidak percaya dengan apa yang ditontonnya ketika itu. Keadaan menjadi kecoh seketika. Dia dalam keadaan yang sedang kucar-kacir. Remy dapat lihat bahawa Aishah mengambil kesempatan untuk melarikan diri. Pihak polis terus datang menyerbu Tuah dan Haris. Haris yang turut melihat Aishah melarikan diri, terus menjerit nama Remy dan mengarahkan dia untuk mengejar dia. Remy menerima arahan dengan hati terbuka, dia terus mengejar Aishah.
“Anak aku! Bagi anak aku balik! Perempuan neraka!! Sampai m**i aku takkan maafkan dosa kau!!” jerit Haris yang begitu marah ketika itu. Remy terus mengejar Aishah yang giat berlari ketika itu sambil mengendong anak kecil. Anak kecil tersebut menangis tanpa henti. Remy berdoa di dalam hati agar dia dapat selamatkan anak kecil tersebut dan lari dari situ. Dia tak ingin bertarung atau pun berlawan kerana dia sesungguhnya tidak ada bakat dalam perkara tersebut.
“Kau siapa? Apa kau buat kat sini?” soal salah seorang polis yang berada di situ kepada Haris.
“Aku bekas suami perempuan tu, aku salah satu mangsa mereka. Aku datang nak selamatkan anak aku. Aku tak nak anak aku membesar dengan perempuan durjana tu.” jelas Haris. Pihak polis mengarahkan dua orang anggotanya untuk membawa Tuah yang sedang pengsan dan Haris untuk turun dari gunung tersebut sementara anggota polis yang lain akan terus mengejar suspek. Namun begitu, pihak polis menerima tentangan dari Haris. Haris berjaya melepaskan diri dan berlari ke arah Remy dan Aishah. Lelaki tua yang kelihatan seperti ustaz yang bertarung dengan Tuah sebentar tadi memberitahu pihak polis agar jangan cederakan Haris tetapi bantu dia sekali.
“Kau tak akan tau macam mana perasaan dia.” jelas lelaki tua itu. Lalu, anggota polis yang lainnya terus bergerak mengikut jejak langkah Haris. Keadaan menjadi kelam kabut apabila semua orang di situ termasuk Haris sendiri, mendengar suara seorang lelaki menjerit. Haris terus berlari ke arah suara jeritan tersebut, kerana dia tahu bahawa suara itu adalah milik Remy.
Remy bersandar disebatang pokok. Sebilah pisau tertanam kemas di kaki kirinya. D***h begitu banyak mengalir keluar. Nampak gayanya Remy tidak dapat menghalang Aishah daripada melarikan diri.
“Bau d***h tu akan menarik perhatian haiwan-haiwan dalam hutan ni. Semoga kau menikmati kematian..” ucap Aishah dan berjalan menghampiri anaknya yang diletakkan tidak jauh dari situ demi menghalang Remy dari terus mengejarnya.
“Kau..jangan..pandang…aku..sebelah…mata…betina..” kata Remy sambil menarik keluar pisau yang terbenam di kaki kirinya itu dan dia bangkit perlahan-lahan. Aishah berpaling ke arah Remy.
“Oh. Nampak gayanya aku kena pancung dulu kepala kau daripada biarkan kau m**i perlahan-lahan.” ujar Aishah dan berjalan menghampiri Remy. Secara tiba-tiba, Remy meluru ke arah Aishah dan mencekik lehernya membuatkan Aishah terkejut. Dari mana pula datangnya kekuatan Remy berbuat sedemikian? Sehinggakan Aishah tidak perasaan dan membuatkan dirinya berada di dalam keadaan sebegitu. Remy memandang tepat ke arah mata Aishah. Disebabkan Remy mencekik leher Aishah terlalu kuat, membuatkan pergerakan Aishah terbatas. Dia tidak boleh bergerak bebas, kerana khuatir dia akan cepat letih dan m**i akibat tercekik.
“Aku takkan biarkan kau cederakan anak ini lagi.” ujar Remy. Mata Aishah terbeliak apabila mendengar kata-kata Remy. Kemudian, Remy mencampakkan Aishah jauh ke depan. Badan Aishah terhentak kuat di pokok. Remy berjalan menuju ke arah Aishah, jalannya tidak betul, seperti orang mabuk saja. Aishah bangun perlahan-lahan, dan bersedia untuk menyerang Remy.
“Kau ada saka rupanya. Kenapalah aku tak perasaan tadi.” ujar Aishah.
“Kau hidup cuma 35 tahun. Aku pula 500 tahun. Sebab tu aku kata, jangan pandang aku sebelah mata. Aku akan pastikan kau m**i di sini.” balas Remy. Maka, pertarungan hebat pun berlaku di antara dua makhluk itu. Aishah walaupun kelihatan seperti biasa-biasa saja, tetapi ilmu dia tentang dalam peperangan memang tidak dapat nak dinafikan. Dia memangnya seorang yang hebat dalam bertarung. Ketika mereka berdua sedang sibuk bertarung untuk menentukan siapa yang hidup dan siapa yang m**i. Haris telah pun mengambil anak kecil tanpa pengetahuan Aishah. Anak tersebut diserahkan kepada pihak polis dan polis tersebut membawa anak itu pergi dari situ. Keadaan di situ tidak selamat lagi. Guruh berdentum, angin bertiup kencang.
“Mari.. Anak kau dah selamat. Kita kena tinggalkan tempat ni.” ajak tersebut.
“Tak boleh. Lelaki tu kawan saya. Saya kena selamatkan dia.” balas Haris.
“Dia bukan kawan kau sekarang. Dia somebody else. Maksud aku, kau tengoklah dia sekarang. Itu adalah saka. Dan aku dapat rasakan saka tu turun temurun.” terang lelaki tua itu lagi cuba meyakinkan Haris untuk tinggalkan tempat tersebut.
“Dan aku dapat rasakan yang dia tidak sedar bahawa dia ada saka. Korang kalau nak pergi, silakan. Aku tetap nak selamatkan dia.” jawab Haris.
“Kau takkan boleh. Kau takkan dapat nak dekatkan diri dengan dia orang dalam keadaan sekarang.” balas lelaki tua itu. Haris tetap mendiamkan dirinya. Lelaki tua tersebut berjalan ke arah anggota polis yang masih berada di situ. Dia memesan agar pergi dari situ dan datang bersama paramedik kerana akan ada insan yang terkorban sebentar lagi. Lalu, salah seorang dari anggota polis tersebut terus berjalan pergi dari situ.
“Aku tak boleh nak buat apa-apa kat perempuan tu tapi aku boleh hentikan saka tu dari terus menyerang. Aku akan paksa saka itu keluar dari badan kawan kau. Aku serahkan pada korang untuk selesaikan perempuan tu.” pesan lelaki tua itu, dan Haris mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dia. Memang Haris mengharapkan lelaki tua itu untuk membantu kerana dia sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk membantu kawannya tersebut. Kemudian, Haris mengeluarkan sebilah pisau rambo dari celah but kulit yang dipakainya. Dia ingin mengunakan pisau tersebut ke atas diri jandanya. Dia ingin jandanya merasakan bagaimana sakitnya kena tikam dengan pisau.
Dua makhluk yang sedang bertarung itu tadi kelihatan sudah penat, mereka berdua menjarakkan diri masing-masing untuk mengambil peluang untuk bernafas. Peluang tersebut tidak dilepaskan, lelaki tua yang berdiri di sebelah Haris terus meluru ke arah Remy dan melakukan serangan bertubi-tubi. Serangannya terlalu laju hinggakan Remy tidak dapat menangkis, dia hanya menerima serangan tersebut memandangkan dirinya sudah terlalu penat. Badannya penuh dengan calar balar dan d***h akibat dari pertarungan dengan Aishah sebentar tadi. Aishah mengambil peluang tersebut untuk melarikan diri bersama anaknya. Namun, apabila dia tiba di kawasan yang di mana dia meletakkan anaknya sebentar tadi. Dia mendapati bahawa anaknya itu sudah lagi tidak berada di situ. Dia menjadi tidak senang, dia memusing mencari di mana anaknya. Sementara dua orang lagi anggota polis terus mengejar Aishah. Apabila dia menyedari akan perkara itu, dia cuba melarikan diri. Ketika dia hendak menoleh ke belakang untuk melarikan diri, tiba-tiba saja dia merasakan dirinya berada di dalam keadaan yang dia sendiri tidak jangka. Haris memeluk erat tubuh Aishah. Mata Aishah terbeliak luas. D***h mula mengalir keluar dari perutnya yang di mana Haris telah pun membenamkan pisau yang Haris jumpa dikawasan sekitar.
Aishah sudah tidak dapat hendak melakukan apa-apa lagi. Saat itu, dia tahu bahawa dia akan m**i. Perlahan-lahan Haris merapatkan mulutnya ke telinga Aishah.
“Selamat ulang tahun, sayang..” bisik Haris ke telinga Aishah. Kemudian, Haris menolak tubuh Aishah dan Aishah jatuh terlentang di atas tanah. Akhirnya, Aishah menghembuskan nafasnya yang terakhir, di situ juga. Manakala Remy pula, tidak menyedarkan dirinya. Haris menghembuskan nafas panjang, dia seolah-olah merasakan hatinya waktu itu sudah lapang. Haris berjalan menuju ke arah Remy yang masih tidak sedarkan diri itu.
“Terima kasih, kawan.” ucap Haris.
10 tahun kemudian…
“Muhaimin! Muhaimin! Abdul Muhaimin!!!” jerit Remy.
“Ya, pa? Kenapa pa?” sahut Muhaimin.
“Haaa. Dah siap ke ni? Nanti lambat pulak nak pergi ke sekolah.” soal Remy
“Dah siap dah. Orang ambik air kat nenek.” jawab Muhaimin sambil melemparkan senyuman yang manis terhadap Remy.
Remy mengambil tanggungjawab untuk menjaga Muhaimin iaitu anak kepada Haris. Muhaimin tahu bahawa dirinya bukan anak kandung tetapi anak angkat. Remy memberitahu kepada Muhaimin bahawa dia telah pun menjumpai Muhaimin menangis di tangga surau ketika bayi lagi. Lalu, Remy mengambil Muhaimin pulang ke rumah untuk menjaganya. Haris pula, telah disabitkan dengan kesalahan m******h dengan niat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan yang di mana ianya di bawa ke hukuman gantung sampai m**i.
-TAMAT-
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Tamat Sudah.. ke ada smbungn g?😁
macam baca novel… 🙂
Cite best
Best best….
Kisah yg sama je dgn part 1 part 2. Tukar watak je, jalan cerita sama jgk.
aah cita lebih kurang sama
kenapa aku sedih baca cerita ni 🙁
Best. Tapi tajuk mcm similar dgn ada satu cerita sebelum ni
best..huhu
Tajuk similiar cuma jalan cerita diubah…rasa citer yg ni lg best ko..cuma rasa cam marathon lak bc haha…nk cpt abis taip erk…^_^
best
Frust lah hero m**i… uwaaaaa
Hehehe…
Frust ek
Best kan cerita ni
serius weyh sedih bc cter ni…
mata aunty msuk habuk
#cumel