Buat apa tu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan followers Fiksyen Shasha. Pertama kalinya aku menghantar penulisan kisah seram yang benar-benar terjadi dalam hidup ini untuk dikongsi bersama, dan terima kasih kepada FS jika kisah aku disiarkan. Semoga perkongsian ini akan menghantui minda fikiran hampa semua seperti mana ianya menghantui aku sehingga kini…. Jom, begini kisahnya ..
.
Pada satu hari di penghujung tahun 80an, ketika itu aku masih belajar di sekolah rendah. Sewaktu itu semua pelajar sedang menghadapi peperiksaan, tapi aku pun dah tak ingat samada peperiksaan awal atau akhir tahun. Yang pastinya ketika itu, kelas aku sedang menjawab paper English dan cikgu yang menjaga kami memang terkenal dengan kegarangannya…
.
Tengah dok menjawab tu, suddenly perut aku memulaih dengan jayanya. Adoiiii! Masa ni laaa dia nak terberak pun!!! Aku dah cuba sedaya upaya untuk menahan, tapi satgi kalau terkentut busuk pulak! Dok berkira-kira aku nak angkat tangan sebab takut kat cikgu tu mengatasi sakit perut aku. At last, dah rasa di hujung-hujung aku angkat jugak dan she said, one person only. Okay, tak kiralah… Oleh kerana aku dah takleh menahan, makanya berlarilah aku dengan lajunya ke tandas yang berada di hujung blok. Untuk pengetahuan pembaca, blok darjah kami adalah bangunan asal lama yang berbentuk sebaris memanjang yang mana semua bilik darjah adalah bersusun di tengah. Tandas di hujung blok kanan, manakala stor di hujung blok kiri…
.
Okay, setibanya di tandas… Aku terangkan sikit dulu keadaan tandas blok lama nih macam mana. Hampa bayangkan, buka pintu masukĀ  ada ruangan luas macam hall. Kanan ada 2 singki dan cermin. Kiri dinding batu biasa. Di depan ada 2 bilik air, 1 bilik air ada kolah macam bilik mandi, 1 lagi jamban duduk (toilet bowl). Siling di atas toilet ni bukan simen, tapi siling plaster kayu yang 4 segi petak besar dan ada 1 petak siling yang terlopong terbuka betul-betul di tengah hall.
.
Aku berlari terus ke bilik jamban tu sebab dah nak terberak sangat kan…. Uniform yang aku pakai masa ni adalah skirt, dan disebabkan aku masih kanak-kanak kecik makanya aku pun naik ke atas toilet bowl tu untuk mencangkung. Kalau sekarang aku naik, aku rasa boleh pecah toilet bowl tu! Belum sempat aku memerut, aku terpandang 1 benda yang tak sepatutnya aku hadap ketika itu dan sememangnya aku ingat sehingga hari ini. Huhuhu… Ya rabbi! Kegilaan apakah itu…
.
Ada seekor atau seorang “kakak” sedang mencangkung di atas siling tu ibarat nak terjun di tengah toilet hall. Nak b***h diri pun gamaklaaa! Bukan tinggi sangat pun! Paling koman tergeliat kaki!.. Bentuk fizikal “kakak” tu of coz macam perempuan laaa! Dengan rambut dia yang ikal mayang panjang mengurai menutupi muka kiri kanan. Muka dia menunduk pandang ke bawah, so aku tak nampak laa muka dia cantik ke huduh sebab terlindung dek rambut dia. Baju dia pulak kaler yang samar-samar putih dan macam jubah pun ada.

Masa ni aku tak perasan pun tangan dia camna, kaki dia ada ke tak sebab aku dah tak jadi nak berak! Mata aku dah terbeliak tengok dia. Nak teriak weiii! Time ni laaa dia boleh muncul. Tak tau nak habaq nak luruh jantung tu macam mana. Hampa jangan heran pulak macam mana aku nampak dia yang di atas tu. Sebabnya, kan aku dok mencangkung atas toilet bowl tu, then toilet dulu-dulu takdaknya dinding pintu sampai ke siling. Toilet yang ala-ala boleh sangkut tuala baju kat pintu macam toilet umah kampung tu… Aku harap hampa paham laa, imagine laaa naa…
.
So, dengan spentot yang masih berada di paha aku kepit turun pelan-pelan ke pintu. Dok berdoa dengan nak teriak sama banyak. Masa tu selak pintu tu paras muka aku. Aku boleh dok berkira-kira nak buka sebab takut dia ada depan pintu. Tapi, nak stay dalam toilet pun takut gak sebab satgi dia tutup pintu toilet macam mana? Aku dah tak tahan nak teriak taktau nak habaq… Tapi, dengan daya dan terketaq nak mampuih aku bukak pintu dan terus berlari keluar dari toilet tanpa memandang kiri kanan dan atas. Hanya statik ke depan pintu jaaa. Yang syioknya, aku boleh berhenti luar pintu toilet tarik spentot dulu pastu sambung lari masuk kelas. Berak ke mana, apa pun ke mana…
.
Then, waktu rehat aku ajak laa kengkawan lain pegi usha toilet tu. Tapi, depa semua tak percaya cerita aku sebab kata depa mana ada hantu di waktu siang hari. Bongok kan… Tapi, aku tetap yakin yang aku nampak bukan ilusi sebab gilaa kaa apa takkan perempuan normal nak duduk mencangkung atas siling toilet tu walaupun di waktu pagi awal sesi persekolahan bermula… Dan kisah ini bertahun aku simpan dari pengetahuan mak abah aku. Yang boleh cerita pun, setelah ada kisah lain yang terjadi pada diri aku… InshaaAllah, jika diberi kesempatan yang lain akan aku tulis lagi kisah benar yang terjadi.
.
Sekian saja penceritaan aku yang tak seberapa ni untuk pembacaan hampa semua. Andai ada salah silap atau jalan cerita tidak menarik, harap dimaafkan. Assalamualaikum…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Pelangi Sukma

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 4.6]

1 thought on “Buat apa tu?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.