BULAN HANTU 2

Hai assalamualaikum, aku Nurul. Sebelum ni tiga cerita pihak Fiksyen Syasya siarkan Terima kasih aku ucapkan. Untuk mengahabiskan cerita berkaitan bulan hantu ni, baiklah aku sambung balik cerita berkaitan bulan hantu ni.
Sebelum ni, aku bercerita berkaitan apa yang berlaku di dorm lima dan sembilan kan, Harini aku akan bercerita berkaitan apa yang berlaku di dorm tujuh dan lapan. Cerita kalini agak pajang sikit. Diharap pembaca tidak bosan membaca.

Peristiwa ni berlaku beberpa hari selepas insiden yang berlaku di dorm sembilan. Rina sebagai ketua dorm tujuh sentiasa menegaskan tentang kebersihan dorm dan juga keselamatan dorm lagi-lagi atas insiden yang berlaku di dorm lain. Dalam bulan tu datang seorang pelajar baru masuk ke dalam dorm tersebut. Namanya Anis. Dia membawa bersamanya sebuah cermin antik dan sebuah congkak lama yang sering digunakan untuk bermain bersama-sama saudaranya yang lain.

Mula-mula nampak juga kerisauan di hati ketua dorm kerana memikirkan apa yang berlaku sebelum ni. Tetapi bila melihatkan bagaimana rancaknya ahli dorm lain bermain dengan congkak tersebut. Dibiarkan sahaja kerisauan dan berfir positif sahaja.

Malam tu, Qila baru sahaja selesai membaca novel dan ingin ke bilik air. Memandangkan ahli dorm lain telah pun lena dibuai mimpi. Qila perlahan-lahan menuju ke pintu risau sekirananya mngejutkan ahli dorm yang lain.

Setelah selesai melepaskan hajat, Qila segera naik ke atas katil untuk tidur. Semasa menaiki tangga katil, secara sekilas pandang, dia melihat seakan seorang budak kecil perempuan berada di depan congkak duduk membelakanginya. Sambil itu terdengar dari tubuh kecil itu ketawa kecil…yang bagi Qila sangat menyeramkan. Dia seperti terpaku di depan katil.

“Nina obo, oo nina bobo, kalau tidak bobo digigit nyamuk,,hihihi” “hihihi atu, atu saya sayang ibu, hihihihi” pulak dah. Dia dah start menyanyi pulak. Haru biru muka Qila. Di tolehnya kiri kanan melihat sekiranya ada ahli dorm yang lain mendengar suara tesebut tetapi hampa. Semua tidur lena dan mereka berdua sahaja yang ada dalam situasi tersebut. Rancak sungguh budak kecik bertocang dua itu menyanyi sambil bermain congkak seorang diri. Ini sudah lebih. Dia tahu lagu menyeramkan tersebut. Dalam banyak-banyak lagu, lagu tu jugak dipilihnya lahai. Katanya di dalam hati yang waktu ini rasa macam kecut dah.

Belum sempat untuk Qila melangkah naik ke atas katil, budak kecil itu bepaling dan merenung ke arah Qila. Wajahnya kosong! Hanya mulut sahaja yang ada tanpa mata dan hidung!. Dengan ketakutan yang amat sangat dirasai oleh Qila waktu itu. Dia pun pengsan. Keesokan harinya .kecoh di asrama perempuan cerita mengenai Qila. Dia demam panas dan akhirnya di bawa pulang oleh ahli keluarganya. Congkak tersebut di bawa pulang oleh Anis ke kampung kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Ini pun setelah diarahkan oleh ketua dorm.

Pada hari itu, setelah selesai mngemas-ngemas dorm, ahli dorm lapan bercadang untuk mengadakan jamuan kecil di waktu petang pada hari tersebut. Memandangkan di dalam asrama tidak dibenarkan untuk memasak, jadi mereka memutuskan untuk menempah sahaja makanan dari kantin sekolah. Mimi, ahli dorm tersebut terkenal dengan lockernya penuh dengan makanan seperti biskut dan coklat. Ain, selaku ketua dorm lapan ingin mengambil beberapa biskut di dalam locker Mimie dengan keizinan Mimi, dia pun melangkah ke arah locker Mimi.

Satu persatu di selongkar nya almari Mimi. Tiba-tiba dia melihat seketul batu besar yang terlihat kemas disimpan di dalam longgokan baju di dalam locker. Dipeganggnya licin dan dikiranya macam batu daripada pantai atau sungai. Dalam pikiranya buat apa Mimi simpan batu sungai kat dalam locker? Pelik sungguh si Mimi ni. Batu tersebut disimpan semula dan Ain pun mencapai biskut yang berada di dalam locker Mimi.” Takpe nanti jelah aku tanya dia.” Getus Ain di dalam hati. Jamuan petang itu berjalan dengan lancar dan soalan yang tercetus di dalam hati Ain pun dilupanya dan hilang begitu sahaja. Kalau dalam dorm tujuh ada congkak, dalam dorm lapan ada permainan budak-budak yang bentuknya macam rumah dan dibawahnya ada tali. Sekiranya ditarik tali tersebut akan keluar bunyi muzik daripada rumah tersebut. Siapa yang bawa masuk ke dalam dorm pun tak ingat dah.

Kejadian yang berlaku selepas ini ada kaitan dengan batu sungai yang di bawa oleh Mimi.
Faeqah baru sahaja selesai mandi. Memang dah terbiasa bagi Faeqah untuk mandi malam-malam sebelum masuk tdur, Baginya lebih baik untuk masuk tidur dalam keadaan segar.

Setelah selesai bersiap-siap naik ke atas katil dan bersedia untuk tidur. dia menangkap sesuatu dari telinganya bunyi alunan muzik. Perlahan-lahan dia amati bunyi muzik tersebut. Setelah berfikir lama dan akhirnya ya! Dia tahu muzik dari kotak rumah dalam dorm tu. “Siapa yang tarik? Rasanya semua dah tidur.” Ditutup matanya dan Faeqah buka sedikt sahaja bukaan matanya untuk melihat siapa yang tarik kotak music tersebut. Dipandangnya sekeliling tapi tiada. Mungkin dah takde dah kot. Fikirnya di dalam hati. Fuh! Lega.

“ Satu dah tido, dua dah….” Mata Faiqah sekilas menuju ke suara tersebut. Terbuntang luas matanya melihat ada tubuh kecil bertocang dua sambil memegang sesuatu di tangannya duduk di atas susunan almari dorm tersebut. Perlahan lahan matanya meamati apa yang dipegang oleh kanak-kanak tersebut. Baaatuuu nisann! Huhuhu Faeqah terasa ingin menangis sahaja di situ dan kalau boleh pengsan terus pun tak apa Terkumat kamit membaca surah yang di bacanya di dalam hati. Tunggang langgang semuanya. Dia ingin segera sahaja tidur tetapi susah betul dia ingin melelapkan mata. Dipaksanya juga untuk menutupkan mata. Dalam hatinya berharap agar supaya hantu kecil tersebut hilang dari pandangan.

“Dua dah tido hihihihi katil tiga tak tidur lagi??””Jom la main sama-sama kita” luruh jantung Faeqah mendengar kata-kata dari budak kecil tersebut. Faeqah kaku dan berselubung diam tidak mahu berkata apa-apa. Namun suasana menjadi senyap tiba-tiba. Faeqah perlahan-lahan membuka selimutnya dan dengan berbekalkan keberanian yang ada. Dia menjengah keluar dari katil dan matanya melilau sekeliling dan menoleh ke kiri…

Wajah yang penuh dengan ulat beserta dengan d***h pekat mengalir di wajah tubuh kecil itu. Matanya hitam memandang tajam ke arah Faeqah. Senyumannya menyeringai menampakkan gigi yang hitam. Wajahnya tepat berada berhadan dengan Faeqah Pandangan Faeqah kelam dan gelap. Dia rebah. Faeqah dibawa pulang keesokan harinya. Tanpa berlengah masa, Ain segera bersemuka dengan Mimi bersendirian.

Setelah didesak oleh Ain, akhirnya dia mengaku bahawa batu sungai tersebut diberi oleh datuknya dari Indonesia. Datuknya adalah seorang pawang di Indonesia. Batu tersebut ada penjaganya. Penjaga batu tersebut adalah seorang budak kecil perempuan dan ditugaskan untuk menjaga Mimi dan adik lelakinya di sekolah. Mereka berdua berada dalam sekolah yang sama. Ada juga pelajar pernah melihat Mimi bercakap seorang diri dari atas balkoni seperti bercakap dengan seseorang di bawah. Walaupun di bawah tiada sesiapa.

Itu sahaja cerita pengalaman semasa Bulan Hantu tersebut. Kita sentiasa diingatkan untuk sentiasa menjaga diri dan mndekatkan diri dengan Allah. DIA sahaja sebaik-baik pelindung. Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nurul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 46 Average: 4.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.