BULAN HANTU

BULAN HANTU
Okay aku sambung cerita selepas insiden Sprit of The Coin tu kan sampai PPD datang sekolah. Aku Nurul sebelum ni aku ada menulis tentang Tasik dan Spirit Of The Coin dan kedua-dua cerita tu bukan rekaan ye semuanya betul. Okay berbalik kepada kisah yang aku nak ceritakan ni sebelum pihak PPD datang sekolah, Kami semua diarahkan oleh pihak warden untuk membacakan yssin dalam setiap dorm.

Di dorm 5 dorm yang selepas pelajar dorm tersebut terkunci dalam bilik air di masjid sekolah. Ketua dorm arahkan pelajar dorm tersebut berkumpul di tengah-tengah dorm untuk bacakan Yassin tetapi ada pelajar yang tak sihat malam tu setelah keletihan membantu pelajar yang terkunci di masjid sekolah. Namanya Nura.

“ Aan, maafla aku pass ye aku rasa aku kurang sihat sikit penat dowh bantu Adut tadi!”ujar Nura kepada Aan selaku ketua Dorm 5 sambil mencapai selimut dan berselubung menutup seluruh badan. “ Okay takpe-takpe, kau rehatla dulu ye.” Aan pun mula bersimpuh di bahagian tengah-tengah dan duduk bersama ahli dorm yang lain dan mula bacakan yassin.

Tiba-tiba, datang suara tangisan yang agak perlahan namun dapat didengar oleh ahli dorm yang lain. “uuu..uuu…uuu”. Mata mereka tertumpu kepada sekujur tubuh yang duduk bersimpuh dan badannya ditutup penuh dengan selimut.! Nura! . Terkejut melihat keaadan tersebut, mereka tergamam kaku. Aan selaku ketua dorm memberanikan diri dan menuju kea rah Nura perlahan-lahan “Nura, kau okay tak ni?” sambil tangannya mula membuka selimut yang menyelimuti badan Nura. Setelah dibuka selimut tersebut, tangisan tersebut berhenti dan..

“Arghhhh Siapa Nura?“ hihihihihi…Aku bukan Nura!” kata Nura yang tunduk tanpa mengangkat mukanya. Suaranya garau sambil rambutnya mengerbang menambahkan lagi suasana seram dalam kalangan ahli dorm 5. Mereka berkumpul di tengah-tengah dorm. Takut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan . Aan selaku ketua dorm menghubungi ustaz dan beberapa warden asrama yang lain. Dalam talian dia suruh memegang dulu Nura sementara ustaz datang. “ Korang pegang Nura! Jangan sampai terlepas! Ustaz datang kejap lagi!”Arah Aan dan beberapa ahli dorm yang lain mula memegang Nura yang bersaiz kecil itu sementara menunggu Ustaz datang.

Beberapa minit kemudian sampai sahaja ustaz datang, Nura yang mempunyai kekuatan melebihi kekuatan lima orang perempuan mula melepaskan diri dan lari keluar melalui pintu belakang dorm 5. Keadaan yang lekam kabut tu turut didengari oleh ahli dorm lain dan mereka mengunci semua pintu takut sekiranya Nura masuk ke dalam dorm mereka.senyap dan sunyi ketika itu. Nura yang lari tu dalam keadaan tidak bertudung dan ketawa mengilai-ngilai dikejar oleh ustaz dan beberapa orang warden dan juga beberapa orang pelajar lelaki yang sampai tak lama setelah dihubungi warden. Akhirnya setelah beberapa minit, akhirnya Nura berjaya dibawa masuk ke surau asrama dan dirawat. Tak lama kemudian ibu dan bapa Nura sampai dan membawa Nura balik. Makhluk yang merasuki Nura walaupun telah keluar dari badan Nura tetapi masih menghantui asrama Aspuri sekolah. Keadaan mula reda.

Selang beberapa hari di Dorm 9 setelah menunaikan bacaan Yassin ada seorang ahli dorm menyatakan hasrat untuk tidur beramai-ramai sementara katil disusun rapat-rapat kerana dia lemah semangat dan takut mengenang peristiwa apa yang terjadi dengan Nura dan Adut kelmarin. Setelah berbincang dan akhirnya mereka bersetuju untuk menyusun katil rapat-rapat dan tidur menghimpit antara satu sama yang lain. Setelah lampu dimatikan dan semua pelajar pun tidur.

Pada keesokan harinya ketua dorm bangun awal untuk menunaikan solat sunat di awal pagi. Setelah lampu dihidupkan, dia tergamam, kaku, dan buku Yassin yang dipeganganya terlepas. Apa yang dilihatnya sangat-sangat menakutkan. Semua pelajar tidur dengan keadaan terbalik degan kaki di atas bantal dan kepala di hujung katil dengan keadaan tangan macam diikat! Tanpa melengahkan masa, Tipah sebagai ketua dorm membangunkan ahli dorm yang lain. Dalam keadaan yang terpinga-pingan dan tidak menyedari apa yang berlaku, Tipah segera menyuruh mereka mengambil air sembahhyang dan menunaikan solat hajat bersama. Solat hajat dilakukan bagi memohon agar gangguan berhenti dan mereka dilindungi oleh Allah.

Selang beberapa hari, apa yang terjadi kepada mereka diberitahu oleh ketua dorm mereka semasa membuat mesyuarat dorm. Semasa mesyuarat tersebut, satu-satu ahli dorm menceritakan pengalaman seram masing-masing semasa berada dalam asrama tersebut. Ada yang melihat pontianak naik turun terapung di luar menghadap pelajar tersebut semasa sedang menggunakan iron di bilik iron, ada yang menunggu semasa membasuh baju sambil menyanyi lagu-lagu lama.

Baiklah sampai disini dulu kisah yang aku ceritakan. Untuk kisah seterusnya nanti aku akan ceritakan kisah yang berlaku di dalam dorm lapan dan sepuluh berkenaan congkak dan batu saka. Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nurul
Rating Pembaca
[Total: 52 Average: 3.4]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.