Bungkusan Merah

Pada hari jadi aku beberapa tahun lalu, aku telah menerima sebuah pakej dari seseorang yang aku tak kenali. Bungkusannya berwarna merah pekat seakan-akan ianya dicat dengan menggunakan nippon paint. Sehingga ke hari ini aku masih lagi belum membuka bungkusan misteri tersebut kerana aku rasa tidak penting dan tidak perlu. Takut pun ada juga sebab aku tak tahu siapa pengirimnya.

Tetapi semenjak aku menerima bungkusan itu, aku selalu tidur tak lena. Aku selalu menerima mimpi yang menyeramkan. Mimpi yang di mana aku berada di tempat yang begitu asing sekali. Tempat yang aku tidak pernah kunjungi sepanjang usia aku. Di dalam mimpi itu juga aku dikunjungi oleh seseorang yang aku tidak kenal, dia menyuruh aku untuk membuka bungkusan itu. Dia juga memberitahu bahawa isi kandungan bungkusan tersebut merupakan sesuatu yang istimewa.

Sudah beberapa kali aku menerima mimpi sebegitu rupa, Namun aku tetap tidak pernah membuka bungkusan itu. Kadang-kadang aku terasa seram dan takut bila memikirkan mengenai bungkusan misteri tersebut. Pada suatu hari, aku menghampiri bungkusan itu. Aku simpan di dalam stor yang terletak di bahagian belakang rumah. Aku memegang bungkusan tersebut. Aku membelek bungkusan yang berbentuk segi empat tepat dan tidak begitu besar itu. Aku amati bungkusan tersebut.

Terdapat perasaan tidak menyenangkan ketika aku berada dekat dengan bungkusan itu. Perasaan ingin tahu aku terlalu kuat, aku ingin tahu apa yang terkandung di dalam bungkusan tersebut. Aku takut jika ianya adalah bom atau pun objek yang digunakan untuk mengenakan sihir ke atas manusia. Apabila aku memikirkan akan perkara tersebut, aku menjadi bimbang dan khuatir terhadap keselamatan keluarga aku. Pernah juga terfikir untuk melaporkan kepada pihak polis, tapi atas sebab apa? Nanti jadi bahan jenaka pula.

Beberapa minggu lepas aku pernah buang bungkusan itu ke dalam tong sampah dan aku melihat sendiri bahawa lori sampah itu sendiri telah mengambil semua isi-isi yang ada di dalam tong tersebut. Tapi entah macam mana, pada waktu malam. Aku melihat bungkusan itu berada di atas meja kerja aku yang terletak di bahagian ruang tamu. Aneh, siapa pula pergi kutip bungkusan tu? Sedangkan aku dah buang tadi. Aku mengambilnya semula dan lontar ke dalam tong sampah. Esok paginya, bungkusan tersebut ada lagi di dalam rumah aku, tetapi ianya berada bersebelahan dengan sinki di dapur. Aku mulai merasakan perasaan tidak enak dengan kehadiran bungkusan itu.

Isteri aku meminta aku untuk bertanyakan perihal tersebut kepada sesiapa yang berilmu kerana isteri aku mulai menerima kesan dari bungkusan misteri itu. Isteri aku juga turut mengalami mimpi ngeri setiap kali dia tidur. Disebabkan mimpi ngeri tersebut, kesihatan isteri aku terganggu. Kerana dia tidak cukup rehat. Selalu terjaga diantara pukul 2 atau 4 pagi.

Aku juga mengalami perkara yang sama. Setiap kali aku tidur, lelaki misteri yang tak dikenali akan datang menghampiri dan menyuruh aku untuk membuka bungkusan tersebut. Semakin hari semakin teruk mimpi yang aku alami. Aku mula mengalami kecederaan fizikal yang di mana di dalam mimpi aku telah dicekik, dan apabila aku tersedar, terdapat kesan tangan manusia di leher aku.

Aku meminta ayah aku untuk datang ke rumah dan melihat bungkusan misteri itu. Namun, ketika ayah aku tiba di rumah, bungkusan itu hilang. Puas aku mencari tetapi tidak jumpa. Aneh. Sedangkan aku sudah letak di atas meja di bahagian ruang tamu. Lantas aku memohon maaf kepada ayah aku kerana sudah penat lelah dia datang dari jauh tetapi bungkusan itu tiada pula. Ayah aku menjelaskan bahawa ada seseorang yang dengki dengan keluarga aku, dia ingin menghancurkan keharmonian yang terjalin antara aku dan isteri aku. Memandangkan ayah aku seorang yang berilmu dan pakar dalam hal-hal agama, jadi aku menurut sahaja apa yang disuruh.

Aku kembali menjaga solat, mengaji setiap malam, mendekatkan diri pada Allah. Aku juga mengajak isteri aku untuk melakukan hal yang sama. Isteri aku juga sudah menutup aurat penuh. Dia tidak lagi mengenakan pakaian yang ketat dan menayangkan rambutnya lagi. Selepas perubahan besar yang aku lakukan itu, Alhamdulillah tidak ada lagi apa-apa mimpi ngeri yang mengganggu kami.

Tapi pada suatu, bungkusan misteri yang hilang tiba-tiba itu muncul kembali. Ketika aku dan isteri baru saja pulang dari melawat kawan kami yang sedang sakit dihospital, aku mendapati bahawa bungkusan merah itu terletak di atas meja makan. Dan terdapat haruman yang aneh di dalam rumah kami. Isteri aku memegang erat tangan kanan aku. Aku dapat lihat dari riak wajahnya bahawa dia sedang dalam ketakutan. Aku mengarahkan isteri aku untuk berzikir sahaja dan jangan takut dengan benda-benda ghaib. Aku memberitahu kepada isteri bahawa tiada yang lebih hebat selain Allah yang Maha Besar. Isteri aku akur dan aku boleh lihat perubahan dalam dirinya selepas aku berkata sedemikian. Dia melepaskan genggaman tangannya dan terus keluar berlari masuk ke dalam kereta.

Aku jadi hairan dengan tingkah lakunya. Lalu aku bertanyakan soalan kepada dia, dia menjawab bahawa dia tidak mahu masuk ke dalam rumah selagi dia rasa tidak selamat. Aku faham dengan perasaan takut yang dia alami ketika itu. Jadi aku membiarkan dia menunggu di dalam kereta lalu aku yang masuk ke dalam rumah dan memastikan keadaan rumah itu selamat. Ketika kali kedua aku melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah. Aku mendapati bahawa bungkusan yang berada di atas meja makan tadi sudah beralih tempat pula, ianya tiba-tiba berada di atas rak buku yang berada di ruang tamu.

Aku mendekati bungkusan tersebut. Lalu aku bertanyakan soalan, apakah kau? Aku benar-benar ingin tahu isi kandungan bungkusan itu. Namun, perasaan seram yang menyelubungi diriku membuatkan aku jadi tidak berani. Aku bimbang jika sesuatu berlaku pada keluarga aku. Aku mengambil bungkusan itu dan aku campakkan ke tong sampah di luar rumah. Namun, kali ni aku campak ke dalam tong sampah rumah jiran. Kemudian aku menyakinkan isteri aku bahawa semuanya baik-baik sahaja. Lalu, isteri aku keluar dari dalam kereta dan berjalan bersama aku masuk ke dalam rumah.

Pada malam itu, aku tidak dapat lelapkan mata. Fikiran aku asyik terfikir mengenai bungkusan misteri tersebut. Lalu, aku bangkit dari katil. Aku lihat isteri aku sedang nyenyak tidur disebelah. Begitu cantik dan ayu sekali isteri kurniaan Illahi ini. Aku bersyukur dengan kehidupan yang dipinjamkan oleh Allah.

Aku pergi ke ruang dapur. Mengambil segelas cawan dan aku isi cawan tersebut dengan air yang dingin. Lalu, aku teguk perlahan-lahan. Terasa lega ketika air dingin itu turun ke tekak dan terus ke perut. Dengan tidak semena-mena, isteri aku yang sedang tidur di dalam bilik tiba-tiba saja menjerit. Aku panik dan terus berlari mendapatkan isteri aku. Dia menangis tak henti-henti. Aku tak tahu kenapa dia menangis. Isteri aku memberitahu bahawa ketika dia cuba untuk memeluk tubuhku. Tiba-tiba dia merasakan seperti seluruh tubuhku itu penuh dengan bulu. Apabila dia membuka matanya, dia melihat bahawa orang yang dia peluk itu bukanlah aku, akan tetapi sejenis makhluk yang berbulu lebat dan bermata bulat berwarna merah. Lantas, isteriku terkejut dan menjerit.

Semenjak peristiwa itu berlaku, aku dan isteri aku rasa seperti tidak selamat untuk terus tinggal di dalam rumah itu. Isteri aku juga mengadu bahawa dia seringkali terasa seperti dirinya seakan-akan sedang diperhatikan. Perasaan aku mulai rasa tidak enak. Isteri aku memujuk agar pindah sahaja dari rumah itu. Tapi aku membantah kerana duit aku sudah habis gara-gara membeli rumah idaman isteriku itu. Dia yang pilih untuk tinggal di situ dan dia suka dengan suasana persekitaran kawasan perjiranan di situ. Jadi, aku tidak akan pindah. Pinjaman bank pun tak habis bayar lagi.

Aku memberitahu kepada isteriku bahawa dia tidak perlu bimbang kerana aku tidak akan mengalah dengan syaitan yang sedang mengganggu kami sekeluarga. Aku akan lawan dan pertahankan hak aku sebagai manusia. Aku yakinkan isteri aku bahawa kalau boleh bawa perkara itu ke mahkhamah, aku akan heret syaitan yang mengganggu itu sekali. Kemudian, pintu bilik air di dalam bilik tidur aku tu terbuka. Aku lihat isteri aku melangkah keluar dari dalam bilik air dengan wajah yang mengantuk. Aku terkedu seketika. Aku memandang isteriku aneh dan isteriku juga melihatku dengan wajah penuh kehairanan. Dia bertanyakan kepada aku “Dah kenapa pandang macam tu?”.

Aku jawab bahawa aku tunggu dia keluar dari bilik air kerana aku ingin menggunakan tandas. Aku terpaksa menipu kerana tidak mahu isteri aku takut. Di dalam pelukan aku ketika itu adalah bantal peluk. Aku betul-betul hairan. Apakah aku sedang dipermainkan? Siapa pula yang menjerit tadi? Siapa pula yang aku peluk tadi? Siapa pula yang menangis dan mengadu dengan aku tadi? Disebabkan mata aku sudah terlalu berat, lalu aku membuat keputusan untuk tidur sahaja.

Esoknya ketika di tempat kerja. Aku menceritakan perkara tersebut kepada bos aku dan meminta izin untuk pulang sejam awal kerana aku ingin menjemput ayah aku di stesen bas. Dan Alhamdulillah bos aku meluluskan permohonan aku dan dia ada juga beri sedikit tips untuk aku hindarkan keluarga dari gangguan syaitan. Aku bersyukur kerana bos aku memahami masalah aku. Aku pun ingin selesaikan perkara ini dengan pantas sebab tidak mahu ianya berpanjangan. Risau nanti akan mengganggu prestasi kerja pula.

Setengah jam aku menanti di stesen bas, tapi aku masih tak nampak bas yang ayah aku naiki menjelma. Mungkin lewat sedikit. Aku sudah memaklumkan perkara ini kepada isteri aku dan ayah aku juga pagi tadi sudah aku hubungi. Aku betul-betul terdesak. Tidak tahu nak minta bantuan siapa lagi selain dari ayah aku yang serba serbi tahu mengenai perkara sebegini. Dalam masa yang begitu singkat, ayah aku datang ke bandar semata-mata nak membantu aku dengan masalah gangguan entiti.

Ketika aku sedang menanti ketibaan ayah aku, aku perasan ada seorang wanita berpakaian serba hitam merenung aku semenjak aku sampai ke tempat parking kereta. Mula-mula aku buat tak tahu sahaja. Tapi hampir 45 minit aku perasan yang dia asyik tenung aku. Aku mula rasa tak selesa. Aku tahu aku kacak, tapi kemonlah. Aku dah kahwin. Disebabkan aku rasa tidak selesai dengan tenungan wanita itu. Lantas, aku membalas balik renungan matanya itu dengan niat nak menundukkan dia. Tapi tak berhasil. Makin lama aku tenung, makin aku rasa tak selesa. Kemudian, aku lihat ada seorang perempuan yang manis datang menghampiri dia dan memimpin tangannya berlalu pergi dari situ. Aku dapat lihat bahawa wanita itu memegang tongkat berbelang-belang warna merah. Rupanya wanita itu buta. Aku malu sendiri waktu tu.

Aku hubungi ayah aku kerana bas yang dia naiki tu terlalu lambat. Sepatutnya sudah lama sampai tapi ni sudah lambat sejam lebih pula. Ayah aku kata bahawa enjin bas tu bermasalah. Dia dan penumpang yang lain kena pindah naik bas yang lain. Kemudian, bas yang dinaiki itu juga turut rosak. Sekarang sedang menanti bas yang lain lagi untuk jemput mereka. Akan tetapi, sudah dua buah bas yang dalam perjalanan ke tempat ayah aku tu rosak.

Bermakna, sudah 4 biji bas yang rosak gara-gara nak menjemput ayah aku dan penumpang yang lain. Aku mula rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Masakan semua bas tu boleh rosak? Aku meminta ayah aku untuk menghantarkan lokasi dia dengan menggunakan applikasi tercanggih abad ini iaitu whatsapp. Selepas aku terima lokasi bas rosak tu, aku terus hidupkan enjin kereta dan berlalu pergi dari stesen bas tersebut. Aku sempat memberitahu kepada isteri aku bahawa aku sedang dalam perjalanan pergi menjemput ayah aku dan aku ingin dia ikut aku sekali memandangkan dia pun sudah sampai di rumah dan aku tidak ingin dia duduk seorang diri di rumah itu.

Ketika aku dan isteri aku tiba dilokasi tempat ayah aku menunggu, kami nampak sudah ada 5 biji bas yang terkandas di situ. Semuanya enjin tidak berfungsi. Aku jadi hairan sangat-sangat. Kenapa tiba-tiba boleh jadi macam tu pula? Perkara yang jarang-jarang dilihat. Setelah ayah aku masuk ke dalam kereta, aku terus memandu pergi dari tempat tersebut dan berdoa agar bas-bas itu semua kembali seperti sediakala. Sepatutnya pukul 4 petang ayah aku sampai, sudahnya sampai ke rumah selepas isyak.

Ketika kami sampai diperkarangan rumah, aku nampak bahawa ada cahaya dibahagian ruang tamu rumah. Isteri aku kata dia sudah pastikan semua suis tutup sebelum keluar tadi. Kami bertiga tidak keluar dari kereta lagi, aku ingin pastikan bahawa keadaan selamat dulu. Dengan tidak semena-mena, lampu diruang tamu rumah aku tersebut tiba-tiba terpadam. Aku bergegas keluar dan menyuruh ayah dan isteri aku tunggu dalam kereta kerana aku bimbang jika ada perompak berjaya pecah masuk ke rumah aku. Aku pergi kebahagian belakang rumah dan aku lihat lampu diruang dapur terbuka. Kemudian tertutup kembali. Aku tidak buang masa, aku keluarkan telefon bimbit dan aku dial nombor kecemasan dan memberitahu mereka bahawa ada orang yang tak dikenali berada di dalam rumah.

Kemudian, aku kembali masuk ke dalam kereta dan menunggu ketibaan polis. Tak sampai 10 minit, sebuah kereta peronda pun tiba. Aku bercakap dengan mereka seketika dan lagi sekali lampu dibahagian ruang tamu terbuka. Dua orang anggota polis tu pun nampak dengan biji mata mereka. Lalu aku dan keluarga aku diarahkan untuk jauhkan diri dari rumah. Kemudian, aku menyerahkan kunci rumah kepada salah seorang anggota polis tersebut supaya dia boleh buka pintu rumah.

Ketika dua orang anggota polis itu menghampiri pintu depan, tiba-tiba kami semua terdengar bunyi seperti almari terhempas ke atas lantai. Agak gugup jantung kami ketika itu. Mungkin kami akan dapat lihat aksi yang mengerikan sebentar lagi. Mungkin akan dengar bunyi beberapa das tembakan.

Anggota polis berjaya membuka pintu depan. Mereka melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah dengan penuh berhati-hati. Tiba-tiba, kami dapat lihat dua orang anggota polis itu seakan-akan disedut dan pintu terus tertutup. Kami boleh dengar bunyi tembakan di dalam rumah itu dan jeritan dua orang anggota polis tadi. Jiran-jiran mula keluar dari kediaman mereka dan berkerumun di rumah aku. Kemudian, keadaan tiba-tiba jadi sunyi. Kami tidak lagi kedengaran bunyi tembakan mahupun jeritan polis-polis tadi. Kami tak tahu apa yang berlaku di dalam rumah itu.

Secara tiba-tiba, pintu depan pecah dan aku dapat lihat seekor mawas melompat keluar dan menerpa ke arah aku. Semua orang menjerit dan terkejut dengan situasi tersebut. Lantas, aku terbangun dari mimpi. Aku menjerit. Aku jadi keliru. Isteri aku menenangkan aku. Dia mengusap dadaku. Aku berpeluh-peluh. Aku lihat jam sudah pukul 5.30 pagi.
Aku pergi ke kerja dengan perasaan yang tidak senang. Walaupun mimpi yang aku alami tu aneh. Tapi entah kenapa aku rasa seperti ianya realiti. Aku sudah menghubungi ayah aku dan meminta bantuan dari dia. Dia akan datang dengan segera dan aku akan menjemput dia di stesen bas.

Aku menceritakan peristiwa yang mengganggu beberapa hari ni. Dan meminta pada bos aku untuk keluar sejam awal sebab nak pergi menjemput ayah aku, namun, bos aku menolak permohonan aku dan dia berkata kalau aku degil juga, dia akan berikan surat amaran pertama pada aku. Jadi nak tak nak, ayah aku terpaksa menanti selama sejam di stesen bas itu nanti.

Tamat je waktu kerja, aku terus pergi ke stesen bas dan menjemput ayah. Isteriku sudah pun tiba di rumah dan dia terlalu sibuk untuk memasak kerana banyak projek yang dia kena selesaikan. Jadi, aku beli makanan bungkus saja untuk santapan kami bertiga pada malam itu. Selesai solat isyak, ayah aku duduk di ruang tamu bersama aku. Kemudian, isteri aku menjerit dari dapur ketika sedang menyiapkan minuman untuk kami berdua. Aku bergegas berlari mendapatkan isteri aku. Dia terduduk di atas lantai. Dia berkata bahawa dia terlihat kelibat seorang lelaki tua berdiri di depannya. Dan lelaki itu meletakkan bungkusan misteri yang aku telah buang ke dalam tong sampah di situ.

Ayah aku mendekati bungkusan tersebut. Dia membelek setiap inci bungkusan itu. Aku menjelaskan kepada ayah aku bahawa bungkusan tersebutlah yang hilang tempoh hari ketika ayah aku datang untuk membantu. Ayah aku segera pergi ke belakang rumah, dan dia cuba untuk membakar bungkusan tersebut.

Aku dan isteri ayah memerhatikan saja. Ketika bungkusan tersebut dijilat. Kedengaran bunyi suara orang lelaki sedang menjerit seperti kesakitan. Aku melihat ayah seperti sedang membaca sesuatu tetapi aku tidak mendengarinya. Angin tiba-tiba bertiup kencang. Bau hamis memenuhi ruang udara. Kedengaran juga bunyi suara orang perempuan menangis disekeliling kami. Bumi terasa seakan-akan bergegar.

Ayah aku berkata bahawa ada seseorang yang mahu aku menjadi penjaga kepada sejenis jin yang dibelanya. Aku memenuhi kriteria yang di inginkan. Nasib aku baik kerana aku tidak pernah buka bungkusan tersebut semenjak hari pertama ianya sampai ke rumah aku. Namun insan tersebut tidak mahu mengalah, dia tetap mahukan aku untuk menjadi penjaga baru. “Khurafat!” jerit aku. Aku tidak mahu menjadi penjaga kepada makhluk-makhluk halus. Aku tidak mahu melakukan syirik. Tapi, ianya tidak cukup untuk membuatkan insan tersebut mengalah.

Secara tiba-tiba, api yang membakar bungkusan tersebut menjadi besar. Ianya begitu besar sehinggakan aku terasa bahangnya di wajah. Aku mengarahkan isteri aku untuk jauhkan diri dari tempat itu. Biarkan aku dengan ayah aku sahaja yang uruskan perkara tersebut. Isteri aku membantah, dia tidak ingin meninggalkan aku dengan ayah. Dia ingin menyaksikan adegan tersebut dengan biji matanya sendiri. Aku tidak menghalang, kemudian aku berdiri disebelah ayah aku. Aku tanya pada dia, apa yang patut dilakukan?

Ayah aku bilang, “Ianya tidak mahu menyerah kalah. Dia tetap inginkan kamu, jadi, aku harus lindungi kamu.”. Lantas, aku pun berdiri dibelakang isteri aku dan menjelaskan kepadanya bahawa ayah aku mahu aku dilindungi. Jika tidak, aku akan dirampas oleh kuasa jahat tersebut.

Beberapa batang pokok kelihatan turut terbakar tetapi yang anehnya, ianya bukanlah disebabkan kemarakan api yang menjilat bungkusan itu. Ayah aku kata ada beberapa jin yang berhimpun di pokok-pokok itu. Lalu mereka terbakar disebabkan mereka sudah tertewas. Aku membiarkan saja ayah aku lakukan kerja dia. Aku dan isteri aku memerhatikan saja. Api yang sedang marak itu menghasilkan bunyi yang pelik. Bunyi tersebut seperti besi bergesel dengan besi. Yang pasti ianya menyakitkan telinga aku.

Beberapa minit kemudian, keadaan mula menjadi sedikit reda. Api mulai surut. Perlahan-lahan terpadam. Aku lihat ayah terjatuh, dia kelihatan penat. Aku berlari mendapatkan ayah. Muka ayah begitu pucat. Aku tak tahu apa yang berlaku namun ayah aku kata dia sudah berjaya hapuskan jin tersebut bersama penjaganya yang sudah nyawa dihujung tanduk. Kemudian ayah aku tidak menyedarkan diri. Aku dukung ayah dan bawa masuk ke dalam rumah. Aku baringkan dia di atas tilam. Isteri aku mengambil tuala bersih dan air suam. Kemudian, aku lapkan tuala yang direndam air suam itu ke wajah ayah aku. Aku memeriksa nadi ayah, Alhamdulillah masih berdenyut. Mungkin ayah cuma tidur saja kerana aku dengar sedikit bunyi dengkuran yang keluar dari pernafasannya.

Semenjak hari itu, tiada lagi gangguan atau mimpi ngeri yang mengacau hidup kami. Aku dan isteri sudah boleh tidur dengan nyenyak dan pergi ke tempat kerja dengan aman.

-Tamat-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]
akustatik

28 thoughts on “Bungkusan Merah”

    • banggang. peduli la penulis tu nak submit cerita fiksyen atau real. kau apesal? dah nama fiksyen shasha. aku ok je kalau cerita tu fiksyen atau benar. pala bana.

      Reply
    • Ko ingat sume org yg tulis novel seram tu sume kisah benar ke? 99% yg submit cite dlm ni mengaku kisah benar tu sume menipu atau menambah trlampau byk. “Aku jalan2, nmpak hantu bergayut atas pokok, aku jerit, lari balik rumah, besok demam seminggu”. Itu kisah benar. Dan kebiasaan kisah benar ni x menarik pn, dn x rase nk bace pn. Ko hidup dlm dunia khayalan ni.

      Papepun cite ni best. Harap penulis boleh terus berkarya 👍

      Reply
  1. org2 tnb gado molot…hahaha😂😂😂’kita takottt awakk”!!… penulis rilek jr..(thibur ngn komen org jr)..
    #Jgn mara tau.. gurau jr😁

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.