Busung.

BUSUNG.

SEBENARNYA ini merupakan pengalaman paling sadis buat aku. Buat pertama kalinya selepas melangkah ke alam pekerjaan, aku mengikuti kedua ibu bapaku untuk pergi menemani mak sedara ke rumah perawat.

( nama mak saudara aku terpaksa rahsiakan namun aku sudah dapat keizinan anak-anaknya, untuk mengarang kisah seram pendek ini, sebagai pedoman).

Di sini, aku letak nama mak saudara aku itu sebagai Melah. Dia boleh dikatakan lemah-lembut dan peramah orangnya tapi, tidak tahu kenapa ada juga yang tergamak melakukan perkara khurafat seperti busung!

Ya. Busung katak. Itu menurut perawat, berdasarkan tanda-tanda yang ada pada tubuh mak saudara aku.

Perawat ini bukan darussyifa yang aku selalu pergi bila demam lambat kebah tu. Tapi dia juga tidaklah khurafat sangat. Masih ada perkara-perkara yang masuk diakal.

Kami ke sini pun atas permintaan suami kepada mak saudara aku. Lokasi rahsia ya.

Ikutkan, aku tidak dapat kebenaran untuk turut serta oleh mak dan bapakku. Tetapi masalah pula buat aku, takkan aku nak duduk seorang pula malam-malam.

Okay kisah ini, ketika aku baru nak masuk dua puluh tahun. Aku bukanlah takut nak duduk seorang, memang dah biasa sebab mak kerja part time kedai runcit sebelah malam dan bapa pula nak ambil adik balik dari kelas malam kat town.

Tetapi pada malam itu, actually aku teringin nak melihat upacara rawatan walau aku takut-takut.

Alang-alang malam itu pun, adik aku tu tidur rumah kawan. Study grup katanya. Baiklah aku ikut. Boring pula sorang diri di rumah. Nak lepak rumah kawan, malam-malam rasa segan pulakan.

Yelah. Takut ada yang sibuk nak ‘menjelmakan’ diri mereka depan aku. Nak-nak lagi time ini, mata aku masih aktif bab-bab yang satu ini.Rumah perawat kut.

Aku kan dah biasa dengar, ada yang menangkap lalu menyimpannya dalam botol-botol kemudian letak dekat luar.

Ada pula yang letak sangkar burung, kononnya nak ‘menjaga’ botol-botol itu. Allahualam…

Tapi aku cuba positifkan pemikiran dengan memasakkan kata-kata, tidak ada apa-apa yang berlaku dan kau wajib takut pada YANG ATAS itu sahaja.

Pujuk punya pujuk. Akhirnya aku ikut juga. Mak saudara kereta lain. Aku, emak dan bapak pula tumpang van pak saudara.

Masa ini, mak saudara aku memang dah teruk. Perut dia terlalu buncit kalah orang mengandung sembilan bulan.

Nak di jadikan cerita, mak saudara aku ni orang berniaga. Dia adalah buka kedai runcit. Alah…kecil-kecilan saja pun di kampung. Dia merupakan kakak kepada bapak aku.

Dia memang duduk kampung tapi bila sakit, dia seringkali ke tempat aku untuk berubat tetapi si penghantar, bagaikan tahu-tahu pula dan dia pun tambah lagi!

Jadi setiap kali itulah gagal. Sehinggalah pak saudara aku yang lagi satu ini, cadangkan ke sebuah daerah di Hulu Perak. Jauhkan?

Awalnya suami mak saudara aku macam susah nak terima memandangkan jarak. Tetapi bila mengenangkan keadaan isterinya dah sebegitu rupa, dia akur. Asalkan mampu menyembuhkan isterinya itu saja dia mahukan.

Sudah tentu mereka balik pun lambat. Ada lebih baiknya aku ikut dan pasrah sajalah seandainya nasib tidak berapa nak baik, ter…nampak makhluk astral ini.

Lama jugalah aku duduk dalam kereta. First time jugalah jejakkan kaki ke tanah daerah Hulu Perak. Waktu malam.

Kereta mak saudara aku memang sentiasa berada di depan. Van kami tumpangi itu pula follow dari belakang.

Memang masuk kampung. Aku tak pastilah kawasan Felda ke bukan. Tak pernah tanya pun. Tapi memang agak pendalaman.

Kami semua gerak dari tempat kami awal. Sampai sana tepat-tepat pukul sembilan kalau tak silap perkiraan aku lah ya.

Aku cerita sedikit keadaan mak saudara aku. Perut dia bila diselak baju, buncit mengening-gening. Boleh nampak urat-urat hijau naik berselirat. Aku pun jadi takut.

Dia langsung tak mahu b3r4k. Bukan saja berminggu tapi makan bulan. Pergi check klinik, doktor kata kembung biasa dan bukan mengandung pun.

Doktor kata mungkin usus mak saudara aku tersumbat. Ada sejenis sindrom tu. Bowel apa ke…lupa.

Doktor bagilah ubat pelbagai jenis tetap juga tidak mahu. Sampai ke satu tahap tu, bawa pula ke perawat alternatif. Pun gagal. Tahu tu tahu. Tapi ia digagalkan.

Ada yang kata cara dari hutan. Tak berani nak sebut tapi tahukan komuniti apa?

Keadaan mak saudara aku makin hari, makin teruk. Makin hari, makin teruk. Hanya mampu baring terlantar sajalah tanpa mahu makan atau pun minum.

Malam-malam pula meracau. Ya, aku pun dengar. Abaikan ni…

Bila dah sampai ke rumah perawat. Barulah aku tahu suami dan isteri, rupa-rupanya yang melakukan rawatan tersebut.

Setelah meminta izin dari suami Melah. Mereka pun memulakan rawatan. Okay masa ni, kulit mak saudra aku ada semacam gelembung-gelembung macam kulit sejenis haiwan dua alam ini.

Masa ni, mak saudara mula menggelupur di atas kain batik berukiran Jawa. Memang ada sedikit dialog di antara perawat dengan mak saudara aku pada masa ini.

Actually itu bukan dia. Tapi kata-kata si penghantar. Apa yang aku ingat, dia kata dia bencikan mak saudara aku. Dia nak mak saudara aku m**i.

Yang aku perasan mata mak saudara masa dia macam kena rasuk itu, terhala pada suami dia. Serius, ni aku simpan sorang sampailah sekarang. Ha… ni baru nak buka sebab orangnya pun dah tiada.

Kemudian apa yang aku dapat ingat, perut mak saudara aku macam ada pergerakkan. Aku juga ada nampak benda lain.

Tapi proses rawatan tu, aku tidak dapat nak mengingati sepenuhnya. Entahlah, mungkin tidak diizinkan.

Namun yang pasti, hajat si pembenci mak saudara aku tu sememangnya ‘tercapai’ pada malam itu juga. Fahamkan apakah maknanya?

Ia sudah pun tercapai. Dia sudah tersenyum. Tanpa kami semua tahu mengapa dia membenci. Mengapa dia menghantar ilmu busung itu.

Aku nak menulis kisah ini pun sebenarnya takut-takut tapi aku masih rasa marah pada ‘insan si penghantar’ itu. Apa salah mak saudara aku?

Sungguh, aku tidak mengerti. Mengapa mereka sanggup bertindak sezalim ini?

Jadinya sebagai pedoman buat aku dan yang tengah membaca nukilan aku ini, berhati-hatilah kerana rambut saja sama hitam..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Che Senja Merah.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 40 Average: 2.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.