Busung

Aku pembaca tegar FS. Entah kenapa harini hati aku terusik untuk menulis pengalaman aku sendiri. Mengimbau kembali kejadian yang sentiasa segar dalam minda aku sejak 15tahun yang lalu.

Melaka, 2003.

Mak Ogy mak cik kesayanganku. Mak cik yang paling rapat denganku memandangkan perwatakkannya yang agak ganas dan lincah seperti ku membuatkan kami rapat. Kehidupannya sempurna dimataku. Punya suami yang penyayang. Anak lelaki (Luq) yang bijak dan agak manja mungkin kerana jarak usia Luq dan adiknya yang agak jauh. Actually, Mak Ogy pun tak sangka bersalin lagi selepas Luq. Semuanya biasa- biasa sahaja sehinggalah Jun 2003. Secara tiba- tiba Mak Ogy jatuh sakit. Bermula dari demam kemudian beralih kepada sakit perut. Dari cuti sakit sehinggalah terpaksa berhenti kerja. Dari klinik swasta hingga hospital kerajaan. Bermacam- macam kaedah digunakan tapi masih tak dapat mengenal pasti sakit yang Mak Ogy alami. Apa yang pasti hari ke hari perut Mak Ogy semakin membesar. Doktor tebuk tapi yang keluar hanya air dan perut masih malah makin membengkak. Mak Ogy masih biasa-biasa hanya menanggung sakit. Kurus kering mencengkung hanya perut ibarat mengandung 9 bulan.

Atas saranan pihak hospital sendiri kami sekeluarga membawa Mak Ogy balik kerana mereka buntu memikirkan penyelesaian sakit Mak Ogy. Perbincangan keluarga sepakat untuk menggunakan kaedah perubatan islam. Di sini segalannya terhurai. Sebelum ini Mak Ogy hanya menahan sakit tapi sejak Ustaz dipanggil untuk mengubatinya, dia mula meracau-racau. Akhirnya suami Mak Ogy membuka cerita. Satu hari Mak Ogy tanpa sengaja memarahi anak jirannya kerana membuang sampah (plastik snek) ke laman rumahnya. Mungkin kerana perkara tersebut telah banyak kali berlaku. dan dia hilang sabar pada hari itu. Antara yang keluar dari mulut Mak Ogy “dasar anak orang asli”. Untuk pengetahuan, jiran Mak Ogy ialah guru yang berkahwin dengan wanita orang asli. Seminggu selepas kejadian tersebut, Mak Ogy ada memberitahu suaminya tentang dia bermimpi seolah-olah ada lembaga hitam yang cuba masuk kedalam mulutnya.

Berbalik kepada Ustaz yang mengubati Mak Ogy, pelbagai kaedah yang digunakan. Antaranya, menggunakan telur ayam kampung. Bila dipecahkan, telur tu berdarah. Tapi sakit masih tak berkurang. Dipanggil pula Ustaz kedua, menggunakan lendir batang betik, lendir disapu atas perut, bertukar menjadi d***h. Tapi masih tidak sembuh jugak. Dan bermacam- macam lagi cara lain. Bermacam- macam ustaz dipanggil. Mak Ogy makin tak kenal orang. Meracau tak tentu pasal. Pernah sekali bomoh (kaedah yang digunakan agak tahyul) dipanggil untuk mengubati Mak Ogy. Malam tu rumah kami ibarat dilanda taufan. Angin bertiup kencang. Zink rumah ibarat dipijak-pijak. Tapi Mak Ogy semakin nazak. Sehinggalah kami berjumpa seorang ustaz, beliau menyarankan kami berubat dengan tok batin perkampungan orang asli. Kerana katanya benda tu berasal dari kaum tersebut. Setelah mencari perkampungan orang asli yang terdekat, kami bertolak selepas isyak. Dugaan malam tu lebih hebat. Perjalanan kami diuji dengan hujan lebat kilat sambung menyambung. Kuasa Allah swt, sesampainya kami dirumah tok batin tersebut, hujan turun serta merta.

Tok batin yang melihat Mak Ogy hanya menggeleng kepala. Ayat yang sangat sayu yang aku ingat sampai ke hari in, “terlambat kamu membawa dia berubat”. Menurut tok batin, apa yang dihantar kepada Mak Ogy, memang ingin dibuat sampai m**i. Tok Batin tu kebelakang rumah. Dia kembali dengan seulas herba (bentuk seperti halia). Disuruh buat rebus dan minum. Dia cakap hanya mampu bantu apa yang patut sahaja selebihnya kepada tuhan berharap.

Aku ingat lagi, jumaat tu. Tiba- tiba pagi tu Mak Ogy suruh kami tadah air. Dia suruh tadah air banyak- banyak. Dia cakap nanti tak ada air. Zohor tu dia mintak nak solat. Kami terkejut tapi kami tunaikan. (Im crying while typing this part)!! Kami teman dia angkat wuduk. Pakaikan telekung. Dia mampu solat berdiri. Dia suruh ingatkan kalau dia terleka dalam solatnya. Meruntun hati mendengar bacaan doanya. Setiap bait-bait kemaafan yang dia pohon pada Penciptanya. Seusai solat, dia bangun untuk buka telekung, secara tiba- tiba dia hampi rebah. Mak Ogy cakap ada ular sawa besar dalam bilik tu. Kami tenangkan. Kemudian dia pesan, apapun jadi, anak-anak dia jangan pisahkan. Kami dah start tak sedap hati. Dia minta tidur atas katil arwah mak dan ayah dia. And finally after 6month menanggung sakit Mak Ogy pergi tinggalkan kami. The best part is, masa nak mandikan jenazah, kami guna air yang kami tadah banyak- banyak pagi tadi. Melaka tak ada air out of sudden. MasyaAllah.

Ajal maut ditangan Allah swt. Sakit mungkin penyebab yang pasti ajal dah ditetapkan. Kami sekeluarga redha dengan pemergian Mak Ogy. Tak ada dendam. Behati- hati bila berkata terutamanya dalam marah dan berbaliklah kepada agama walau dalam apa jua situasi.

Terima Kasih.

I miss you Mak Ogy.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mata Zulaikha

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.6]

70 thoughts on “Busung”

  1. Ingat la m**i… Kat dunia nie boleh la lepas, tp m**i nnti seksa ko nk cari org yg ko busungkan tu untk minta maaf, blm lg balasan yg lainnye.. Innalillahiwa innalillahirojiun..

    Reply
  2. Meremang baca. Semoga Mak Ogy ditempatkan di kalangan org2 yg dikasihi.
    Tp yg jiran tu pn x patut. Dasar haprak. Pasangan cikgu, tp aptb.. Grrrrrrrr

    Reply
  3. Kejam ni….. Sudah sampai ajalnya… sihir walaupun kejam dan kononnya boleh m******h atau menyakitkan… tapi ingatlah tiada dayanya tanpa keizinan Pemilik Langit Dan Bumi… Yang Maha Berkuasa… Ini merupakan ujian… Insya Allah banyak hikmahnya…. Berhati2 lah manusia atas tipu daya syaitan dan iblis…. Insya Allah semua kita dalam lindungan dan Rahmat Allah S.W.T.

    Reply
  4. Kalau ya pun berdendam takpayahla sampai guna ilmu salah . Al fatihah. By the way, story kau best sangat. Ada pengajaran . 10/10🌟

    Reply
  5. Sihir dan penganiayaan, itulah tujuan Hari Akhirat. Dimana hari yang takde satu pun menaungi kita kecuali Allah Taala.
    Tapi kalau takde sihir dan seangkatannya..takkan ada mereka yg nak belajar tentang pengubatan Islam. Mudah2an Allah melindungi kita semua dari sihir2 nih.

    Reply
  6. Menakutkn! Nak tny,mmg arwah dan family xde ke jumpa jiran y org asli tu tny elok2?and ada tak dorg dtg melawat time arwah tgh sakit?
    Takziah utk awk tp hanya terlepas ckp satu kali tu aje,menderita arwah berbulan2..semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga pelakunya dpt balasan y setimpal..

    Reply
    • hi…ye ada berjumpa untuk selesaikan cara baik termasuk memohon maaf. tapi segalanya dah terlambat..bila amarah menguasai diri.

      Reply
  7. family sy pun penah kena, sme la sbb tegur ank jiran yg ponteng sekolah, fmly org tu rpt dgn fmly sy, klu die ssh fmly sy yg tlong, ayh sy dh aggp ank die mcm ank die sndri…ayh bdk tu xdpt trima ayh saya tegur ank die ponteng…die hntr la bnde bukan, 7 jarum peniti dalam botol kecik, kain putih 7hasta, kain hitam tujuh hasta, kaik kuning 7hasta, tanam dekat setiap pintu laluan rumah…kira nk tuju pd ayah saya tp terkena pd adik sy..bermula dengan demam panas, kejang n lastly koma..15hari koma doktor xdpt kesan ape2…hari ke 15 koma dia meninggal…mmmmm

    Reply
    • Allahuakhbar…..Takziah buat awk sekeluarga. Zaman sekarang emosi mengawal akal fikiran tu yang manusia sanggup btindak luar kotak fikiran. Semoga baik2 sahaja awk sekeluarga. Terima Kasih atas perkongsian.

      Reply
  8. sgt sedih.

    bila hati manusia durjana….

    bukannk nasihat anak sendiri yg asik menyusahkan org, tp sihirkan pulak org tu. elok la nt anak tu dh besar biar perangai jd mcm setan je.

    Reply
  9. Al-Fatihah buat arwah..
    Pengajaran juga buat kita yg masih hidup, supaya sentiasa berhati-hati dengan tutur bicara kita..

    Reply
  10. assalamualaikum..ayah saya skng terkena buatan org..semua tempat berubat memg dia bgtau kena santau angin..perut ayah besar..lebih dri 20 tempat kami pergi smua dia dihntar oleh bomoh sakai asli..kami ade putuskn untuk pergi cari bomoh asli..tpi kami takut tersalah tempat..sbb ada yg cakap dorg tak kn hapuskn puak dorg..mcm2 ustaz yg kami pergi..klu boleh memg kami nk cari org asli..sbb org yg dengki tu tiba2 bersuara pada org..klu betul dia buat ayah kami..dia cabar mana2 bomoh yang kami pergi pulangkn balik brg2 kt dia…tu yg kami sedih..kami tak menuduh dia..cuma setiap kami pergi rumah berubat..bnde tu akan termasuk dekat mak saya..mak saya akan sebut nma dia sahaja..siap binti sekali

    Reply
    • Waalaikummussalam…Allah, kesian ayah. Cuba awak cari perkampungan org asli yg tok batinnya beragama islam. Mungkin boleh membantu. Semoga Allah swt permudahkn segala urusan awk sekeluarga. Ada juga kes2 yg sy dengar kembali pulih. Semuanya dgn izinNya. Awak usaha ye..Jangan putus asa. Kdg2 bukan tempat rawatan tu yg x bagus cuma x jmp yg serasi lg dan Allah swt x izinkn lg…Semoga kuat ye awk.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.