Butik Pengantin

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS.Nama aku Nurin.Aku nak ceritakan pengalaman seram aku semasa ‘bekerja’ di butik mak aku.Cerita aku tak lah seram mana tapi ye lah tangan aku tiba tiba rajin lak nak menulis.

Actually bukan berkerja ye sebenarnya tolong.Time weekend haa memang mak aku akan ajak aku pergi tolong dia dekat butik.Ok butik ni dekat Bandar Tasik Puteri.Area Rawang.Butik mak aku ni bukan dekat kedai yang kena sewa tu eh.Dekat rumah kitorang lagi satu.Aku dengan family duduk dekat Kundang.So mak aku akan ulang alik dari rumah ke butik.

Selama aku tolong mak aku ni,tak ada kejadian yang pelik pelik berlaku.Sampai lah satu hari ni iaitu hari Sabtu.Time tu cuti sekolah.So kitorang kena gerak ke butik pagi pagi.Sebab pagi ada orang nak urut baru lepas pantang.

Sampai je butik aku masuk dalam kena on suis kipas and lampu dekat ruang tamu,bilik urut and dapur.So kitorang tunggu lah sampai dia datang.Atcually dia tak nak kitorang urut dia dekat rumah dia.Sebab dia pun aku tak tahu.

Lepas beberapa minit tu dia dah sampai.So mak aku suruh aku kemas baju baju pengantin dekat tingkat atas. Sebenarnya aku seram sikit dengan perempuan yang datang ni dengan mak and suami dia.Yelah masuk je muka pucat nak mampus pastu bila dia pandang aku macam nak makan.Kau rase?Suami dia ok je handsome eceh sempat lagi.Mak dia pun sama.Elok je.Yang perempuan tu masalah.Aku malas nak fikir apa terus naik atas.Atcually rumah ni ada dua tingkat.Tingkat atas penuh dengan patung baju,baju baju pengantin,kasut,stage tempat orang bersanding haa macam macam lah.

So aku pergi naik atas.Ok tingkat atas ni ada 5 bilik.Sebelah kanan tangga ada dua bilik tidur.Sebelah kiri tangga pulak ada 3 bilik.Aku pergi bilik yang sebelah kiri betul betul sebelah tangga.Depan tangga pulak penuh dengan barang ii pengantin dalam plastik hitam dengan stage.So time aku tengah sibuk gantung baju semua tu tak de pape yang berlaku lah.

Sampailah bila aku dengar bunyi orang gelak gelak dekat bawah.First aku ingat mak dengan suami perempuan tadi.Pastu aku fikir balik cm pelik.Dorang punya gelak tu macam gelak jahat tau.And ada macam mengilai sikit.Dia macam Hahaha hahaha…heeeeee…..haa macam tu.Bunyi tu berterusan.Aku tak tahan aku terus turun bawah.Bila aku tengok ruang tamu woh sumpah bulu aku meromang.Aku dah seram sejuk.Sebab apa?Sebah dorang sibuk main henfon!Habis tu sapa yang gelak tadi?Aku terus naik atas sambung kerja aku balik.Aku main fon kejap scroll ig whatssap.Lepastu aku dengar bunyi tapak kasut.Bukan tapak kasut kerja macam tu eh.Ni kasut tumit tinggi pengantin yang tak berapa nak tinggi.Ala kasut style orang lama.Tajam dekat hujung kasut.Tumit paling-paling pendek je.Dia bunyi macam ni…Ktakkk Ktakkk Ktakkk Ktakkk Ktakkk…..lama jugak bunyi dia dalam 10 minit macam tu lepas tu hilang macam tu je.Aku pergi keluar bilik.Aku tengok rak kasut.Kot kot adik adik aku main kasut.Acah acah feeling nak kahwin gitu.Semua kasut tersusun elok.Langsung tak terusik!Aku dah seram.Aku turun bawah cari adik adik aku.Bila dah jumpa aku tanya adik aku.”Icha irfan kau ada naik atas ke tadi?”dorang balas.”Mana ada kenapa?”.Habis tu sape naik atas tadi.Yang dua beranak tadi pergi tengok perempuan tadi tu.

Ah sudah.Time tu aku dah tak berani nak naik atas.Tapi atas arahan mak aku terpaksalah ikut.Aku naik atas aku kemas apa yang patut.Tak lama lepas tu.Ni lagi rare.Aku dengar bunyi orang gelak gelak dekat bilik sebelah.Macam suara orang perempuan.Kali ni dia tak mengilai.Dia macam gelak gelak biasa.So dengan beraninya aku pergi tengok bilik sebelah.Tak ada pape!Just barang barang penuh dekat bilik.Ok ni melampau.Time aku nak turun bawah tu aku sempat pandang sekilas bilik dekat sebelah kanan tangga.Aku nampak kelibat perempuan baju pengantin hitam dengan vale yang tutup muka dia warna hitam menghadap tingkap.’Benda’ tu senyum je tengok tingkap.Aku terus pecut turun bawah.Tengok tengok mak aku dengan anak beranak tu and perempuan tadi dah ada dekat ruang tamu.Aku tengok jam dah pukul 5 mak aih lamanya aku kena kacau dengan ‘dia’.Mak aku tanya “dah siap ke belum kemas tu?”aku jawab “dah tapi ada sikit je yang tak siap susun lagi.”terpaksa aku tipu mak aku padahal berlambak baju yang tak sangkut dekat almari lagi.Biarlah asal kan aku tak kena kacau dengan benda tu.Aku sempat jeling perempuan pantang tu.Muka dia still pucat macam nampak sesuatu.

Lepas aku kunci pagar rumah.Aku nampak langsir bilik yang aku nampak ‘benda’ tadi tu terselak.Tak tutup.Tak silap aku…aku tak bukak pun langsir tu.

Itu sahaja lah kisah aku untuk kali ini.Kalau tak seram tak pe.Cuma nasihat daripada aku jangan lah terlalu taksub dengan benda benda macam ni.And jangan pernah sesekali menduakan tuhan.Korang tahu kan apa balasan dia.Ok itu sahaja dari aku.Assalamualaikum.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nurin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

6 thoughts on “Butik Pengantin”

  1. Rasanya wanita yang baru lepas pantang tu takda kena mengena dengan benda usik awak tu. Sebab dia berpantang tak betul, tak tido malam, mungkin dia go through post partum, tu yang dia pucat and tengok orang semacam kot. Awak terkena kacau sebab dah nak terkena. Itu je kot. Just a thought.

    Reply
  2. Apa maksud dia ayat last tu? Besar dosa org yg fitnah tanpa bukti. Entah2 rumah kamu yg ada makhluk halus tu. Biasala org lepas bersalin memang nampak pucat

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.