#Butirstar – Ini Bunian Ke?

Assalamualaikum!

Dah lama aku tak hantar karya kat sini. Hehe. Sebelum aku mula, aku nak cakap terima kasih buat FS crew kerana sudi siarkan semua cerita yang aku hantar. Aku memang suka share cerita dan pengalaman aku dekat sini.

Ok, tak nak cakap banyak, jom kita start!

Baru-baru ni aku baca banyak kisah yang berkaitan dengan bunian. Kena sorok bunian la, jiran sebelah bunian la, masuk kampung bunian la. Macam-macam. Aku teringat satu kisah yang menyebabkan aku rasa aku ni bongok dan lawak. Ya, kisah ni kisah tentang bunian. Kalau korang dah bosan dengar cerita pasal bunian, tak payah la nak sambung baca. Boleh baca je kisah lain. Haha!

Aku masa dulu-dulu memang tak pernah dengar pasal bunian ni. Yang aku tau cerita hantu. Bunian ni zaman aku dulu jarang la orang nak cerita. Paling popular masa tu pontianak dengan toyol. Dua makhluk tu je. Mula-mula aku dengar perkataan bunian ni dari kawan sekelas aku.

Kisahnya, masa tu kami ada perkhemahan akhir tahun untuk budak-budak darjah 6. Kami semua dah habis periksa UPSR. Untuk tak buang masa budak-budak darjah 6, maka guru besar memutuskan untuk buat perkhemahan tamat ko-q. Kami semua teruja la sebab ni pertama kali kami berkhemah. Perkhemahan dalam sekolah je pun tapi sebab kami tak pernah pergi berkhemah jadi kami semua memang teruja.

Sekolah rendah aku dulu memang luas dan sesuai untuk jadikan tapak khemah. Ada pokok-pokok gelam yang besar dengan daun yang lebat, memang sesuai sangat la. Tak lah berpanas sangat nanti. Kami semua belajar pasang khemah. Khemah zaman tu bukan macam sekarang. Susah nak pasang. Kalau tak tegang tali, boleh roboh.

Malam pertama tu, kawan aku, Wati cerita la pasal hantu askar Jepun. Ye la, sekolah aku ditubuhkan tahun 1951. Tak merdeka lagi waktu tu. Dia cakap la, askar Jepun akan berkawad dekat padang sekolah. Kalau dengar orang berkawad, jangan pergi dekat padang nanti kena kejar. Maka kami pun tidur la awal. Tengah malam tu, memang kami dengar orang berkawad. Tapi bukan askar Jepun. Budak-budak laki yang berlatih kawad sebab 2 hari lagi ada pertandingan kawad. Sabar je la. Kawan-kawan aku dalam khemah tu semua dengar dan semua takut. Aku tau sebab aku intai dari luar khemah. Aku dah cakap bukan hantu Jepun tapi diaorang tak percaya sebab terlampau takut.

Malam kedua, Wati cerita lagi. Kali ni pasal bunian. Kami memang tak pernah dengar pasal bunian ni. Jadi, bila Wati cerita, memang kami percaya la sebab cara dia bercerita tu memang sangat bersungguh!

“Bunian ni orang-orang kecil. Memang kecil sangat. Macam liliput. Diaorang ni tinggal dekat pokok-pokok besar,” cerita Wati. “Macam pokok kat tepi khemah kita ni. Diaorang keluar waktu malam je. Tengah malam.”

“Macam mana kau tau?” tanya Gayah.

“Aku pernah pergi Perak. Ada muzium orang bunian. Ayah aku rakam guna camcorder. Memang diorang ni kecik sangat. Muzium tu buka waktu malam je,” jawab Wati.

Kami memang percaya sebab 1) dia anak orang kaya. Bapak dia ada camcorder tu. Kami pernah nampak bapak dia rakam masa majlis anugerah subjek terbaik. 2) Family dia memang suka melancong. Setiap kali balik dari cuti sekolah, dia akan tunjuk la gambar-gambar tempat dia pergi melancong. Kadang-kadang dia melancong ke luar negara.

Malam tu, aku dengan Gayah sepakat nak tengok orang bunian. Khemah kami ni barisan belakang dan dekat dengan pokok besar. Memang mudah nak tengok bunian. Lagipun orang takkan perasan kami tidur ke tak lagi sebab kami pakai lampu suluh je nanti. Tempat kami kan tersorok sikit.

Seperti yang dijanjikan, aku dengan Gayah bersedia nak tengok bunian. Kami ambil lampu suluh masing-masing (cikgu suruh bawa sebab nanti ada pertandingan Burung Hantu). Orang lain termasuk Wati tak nak tengok. Yang lain tu takut. Wati pulak cakap dia dah tengok dalam camcorder bapak dia.

Kami berdua tunggu dekat pokok besar tepi khemah. Masa tu rasanya hampir pukul 12 tengah malam. Kami suluh dekat pokok tu, berharap dapat la tengok bunian. Kejap pun jadi la. Dalam 15 minit macam tu, bunian tak muncul lagi. Gayah dah mengantuk dan dia pun masuk dalam khemah semula. Tinggal la aku sorang. Aku nak tunggu sekejap je lagi. Mana la tau kot-kot bunian muncul.

Aku mula rasa bosan dan lenguh kaki sebab duduk bercangkuk kat tepi pokok. Aku pun suluh la kat sekeliling. Sebelah pagar sekolah aku ni ada semak-samun. Aku suluh kat situ. Tak ada apa-apa. Bila aku sulu dekat tepi pokok depan aku ni, aku nampak sesuatu. Ianya besar dan tinggi. Warnan hitam pekat. Bentuk dia macam kaki. Aku suluh la sampai ke ke atas.

“Tingginya kaki orang ni,” aku bermonolog. “Tapi ni bukan bunian. Bunian kecik. Benda ni tinggi.”

Aku suluh kembali ke bawah, tempat mula-mula aku tunggu bunian tu. Tak muncul-muncul jugak. Akhirnya aku give up dan masuk khemah.

Esoknya, aku cakap dekat Wati yang aku tak jumpa pun bunian tu.

“Oh, bunian ni tak semestinya keluar setiap malam. Dia ada malam tertentu je,” kata Wati.

Aku masa ni masih laig budak dan bendul jadi aku ooooo je la.Tak ada pun rasa tertipu ke apa. Bila ingat balik, baru la rasa macam, bodohnya aku! Hahaha!!

Oh ya, benda tinggi yang aku nampak tu kemungkinan hantu galah. Tak tau la. Benda tu tak bergerak. Nasib baik masa aku suluh ke atas, aku tak nampak bird-bird dia. Maunya makhluk tu malu dengan aku. Hehehe!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

ButirStar Sofea

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 3.7]

9 thoughts on “#Butirstar – Ini Bunian Ke?”

  1. Aduhhhh mngekek aku gelak. Wati kaki sembang. Zaman aku pun aku caya Ada org kenit Kat sekolah aku, pulun la terbongkok2 Cari Kat padang sekolah. Vavi betui kne kencing ngan mmber

    Reply
  2. Adoi sama la aku masa darjah 3-4 dulu kena kencing dengan member. Ye ye je dia cakap kat rumah dia ada orang kenit. Yang kitorang ni percaya je la. Bila suruh bawak ke sekolah ada je alasan dia.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.