#CarlitoRocker – BUNIAN (TAMADUN)

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera buat semua pembaca di page Fiksyen Shasha sekalian. Terlebih dahuku aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Fiksyen Shasha kerana telah menyiarkan kisah-kisahku yang sebelum ini iaitu PONTIANAK DI DEPANKU, SI ABANG POCONG, LANGSUIR, & BUNIAN.

Pada edisi ini aku akan bercerita dengan lebih lanjut lagi mengenai jenis-jenis ketamadunan di alam bunian. Sebelum itu aku ingin menjelaskan bahawa aku bukanlah seorang ustaz/alim ulama/sufi/pengamal perubatan tradisional dan aku juga bukanlah seorang ahli jemaah tabligh/sufi/tareqat/hakikat. Aku hanyalah seorang insan biasa seperti korang semua dan bezanya aku dikurniakan dengan sedikit kelebihan iaitu mempunyai pancaindera keenam yang telah terbuka secara sendiri sejak belasan tahun yang lalu. Daripada respon yang diterima melalui post #CarlitoRocker – Bunian di page Facebook rasmi Fiksyen Shasha, terdapat segelintir follower yang mengakui mempunyai pengalaman yang sama denganku dan tidak kurang juga yang berlainan pengalamannya.

Perkara tersebut tidaklah menghairankan kerana seperti yang telah aku ceritakan di dalam edisi sebelumnya bahawa setiap bunian mempunyai wilayah dan kabilah mereka yang tersendiri. Mereka juga tinggal di tamadun yang berbeza corak kehidupannya. Alam ghaib adalah alam yang penuh misteri, menggerunkan, dan jumlah penghuninya adalah lebih ramai daripada jumlah populasi seluruh umat manusia di alam nyata ini.

Proses pembiakan bangsa mereka (Jin) hanya mengambil masa yang singkat serta kadar survival kehidupan yang tinggi ditambah pula dengan faktor usia mereka yang begitu panjang memungkinkan lagi bahawa sesetengah individu tersebut berada di dalam situasi yang berbeza kerana berhadapan dengan jin yang berlainan jenisnya. Baiklah seperti biasa aku mulakan dahulu pengkisahan BUNIAN (KETAMADUNAN) ini dengan kalimah yang agung lagi suci Bismillahhirahmannirrahim.

Terdapat 3 jenis tamadun bunian yang berlainan di alam ghaib. Setiap tamadun mempunyai wilayah daulatnya yang tersendiri. Tamadun bermaksud corak kehidupan, persekitaran, pemikiran, dan aktiviti sosial berlandaskan situasi dan pola hidup yang pernah berlaku di sesebuah era tersebut. Mereka menjalani proses kehidupan yang berbeza disebabkan oleh kewujudan tamadun-tamadun ini. Setiap manusia inginkan kesenangan dan kemajuan dari segi kehidupan, pembangunan, dan teknologi manakala bunian pula hanya memerlukan kehidupan yang aman dan ringkas sahaja.

Kebanyakan daripada mereka jarang berfikir mengenai perubahan dan kemajuan yang sedang berlaku di alam nyata. Disebabkan itulah mereka menjalani kehidupan yang sama dan tidak berubah sejak ribuan tahun lamanya. Walaubagaimanapun terdapat juga bunian yang pemikirannya jauh merentasi zaman. Mereka inginkan perubahan dan kemajuan berterusan di dalam komuniti mereka dan disebabkan itulah wujudnya tamadun-tamadun ini. Mereka adalah golongan Jin kelas atasan yang pernah bersama-sama dengan Firaun ketika pembinaan piramid, pernah membantu manusia ketika membangunkan kota Babylon, Rom, Byzantine, dan Kota Atlantis. Mereka juga pernah berkhidmat untuk Nabi Sulaiman AS dan Ratu Balqis. Mereka mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, pengalaman, serta teknologi yang maju dan canggih semenjak dari kewujudan Nabi Adam AS sehinggalah sekarang.

Ramai yang beranggapan bahawa setiap bunian menjalani kehidupan yang sama sahaja sesama mereka tetapi sebenarnya terdapat banyak perbezaan dalam kehidupan mereka. Mereka hidup di dalam ketamadunan yang berbeza. Sebelum aku menjelaskan tentang tamadun-tamadun mereka, aku nak korang fahamkan dahulu mengenai hakikat penciptaan alam ghaib kerana di alam tersebut tersimpan 1001 misteri di dalamnya. Alam ghaib adalah sebuah alam yang besar, ianya diibaratkan seperti sebuah kosmos yang dikelilingi oleh planet-planet yang terletak pada paksinya yang tersendiri. Alam ghaib terbahagi kepada segmen-segmen berikut:

1. Alam Malaikat
2. Alam Barzakh
3. Alam Jin (Jin, Iblis, & Syaitan)

Ketiga-tiga segmen di atas berada di dalam Alam Ghaib tetapi terlindung dan dibatasi oleh dinding sempadan yang telah Allah SWT ciptakan. Malaikat dapat melihat dan menembusi semua alam termasuklah alam manusia dan alam haiwan. Jin pula hanya dapat melihat dan menembusi alam Manusia dan alam Haiwan sahaja. Manusia pula hanya dapat melihat kejadian di alam Manusia dan alam Haiwan sahaja. Hanya para Nabi & Rasul sahaja yang mampu untuk sampai ke dalam semua peringkat alam iaitu Alam Akhirat, Alam Syurga & Neraka, Alam Roh, Alam Jin, Manusia, dan Alam Haiwan.

Sesetengah manusia pula dikurniakan dengan kelebihan untuk melihat jin, boleh berhubung serta berinteraksi dan masuk ke alam mereka kerana dinding pemisah (Hijab) di dalam diri manusia tersebut sudah terbuka dengan automatik ataupun terbuka secara manual melalui ilmu yang dipelajari ataupun telah dibuka menerusi bantuan daripada guru/ustaz mereka sendiri. Haiwan pula berkongsi alam dengan kita. Mereka juga dapat melihat dan mampu untuk masuk ke alam jin dengan mudah. Sekiranya korang sudah faham tentang hakikat alam ghaib kita teruskan pula kepada hakikat penciptaan alam bunian. Alam bunian terbahagi kepada 3 segmen tamadun yang berbeza iaitu:

1. Tamadun Purba
2. Tamadun Klasik
3. Tamadun Moden

Ketiga-tiga segmen di atas mewakili setiap bunian di seluruh dunia ini. Yang membezakannya adalah era ketamadunan dan lokasi wilayah kedaulatan mereka semua. Secara asasnya alam bunian tertakhluk pada tiga tamadun di atas. Aku akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai alam-alam mereka yang terdapat di negara Malaysia yang tercinta ini.

BUNIAN TAMADUN PURBA ABAD KE-15
Mereka mengadaptasi kehidupan daripada tamadun hidup di zaman Melayu lama dan masih terikut-ikut dengan peradaban lampau. Mereka agak ketinggalan daripada segi teknologi, gaya pemikiran, dan pembawakan cara hidup. Penampilan diri, gaya lenggok bahasa, dan adat budaya mereka adalah seperti di zaman kesultanan Melayu lama.

Di sana golongan yang kuat beribadat hidup bersama-sama dengan golongan yang berfahaman liberal dan kafir. Maksudku adalah liberal daripada segi penampilan diri dan pembawaan sahsiah sosial diri di dalam komuniti mereka. Bunian kafir juga mempunyai wilayah kekuasaan mereka yang tersendiri dan mereka juga hidup seperti masyarakat purba di situ. Struktur binaan bangunan dan penempatan perumahan mereka adalah bercirikan gaya klasik seperti di kurun ke-15. Kebiasaanya di setiap wilayah kekuasaan mereka akan terdapat sebuah Istana besar di mana Raja Bunian (Raja Wilayah) dan kaum kerabatnya bersemayam, madrasah untuk kegunaan pengajian, dan masjid sebagai tempat beribadat, aktiviti keagamaan, dan pusat penyebaran dakwah di sana.

Terdapat juga balairaya, kedai runcit, pasar harian, warung makan, dan balai wang yang berfungsi sebagai institusi perbankan di sana. Sistem yang digunakan di balai wang tersebut agak mundur dan suasananya kelihatan seperti di sebuah kedai pajak gadai. Penyimpanan serta pengeluaran wang dilakukan secara manual. Matawang rasmi yang digunakan adalah Riyal untuk wang kertas serta Dinar dan Perak untuk syiling. Wang kertas Ringgit Malaysia (RM) juga boleh digunakan di sana. Syiling dinar dan perak mereka pula bebas digunakan di mana-mana sahaja di wilayah bunian alam Purba di nusantara ini kerana mereka menggunakan jenis dan nilai wang yang sama.

Bagi setiap syiling dinar akan tertera kalimah tauhid Lailahhaillallah Muhammadurrasullullah beserta logo Lelaki bertongkat/Harimau manakala syiling perak pula kebanyakannya tertera perkataan Yaasin yang berjumlah 3/5/7/9. Tulisan-tulisan tersebut adalah di dalam tulisan jawi. Logo-logo yang terdapat pada not kertas pula adalah berdasarkan kepada lambang penguasa asal di wilayah kedaulatan bunian masing-masing. Kenderaan yang digunakan di sana adalah kereta lembu, kereta kuda, kereta keldai, trekca bunian, kereta kerbau, gajah, dan harimau jadian. Daripada pengamatanku, hasil ekonomi mereka datangnya daripada aktiviti pertanian, perladangan, penternakan, pembuatan kain tenun, perdagangan emas, pembuatan besi, dan seramik.

Secara harfiahnya mereka sebenarnya berkongsi sumber alam dengan dengan kita semua. Terdapat juga barangan mereka yang dibawa masuk ke alam nyata serta digunakan dan diniagakan secara sulit oleh individu-individu tertentu yang mempunyai tauliah dari alam sana untuk dizahirkan ke dunia nyata. Jujur aku katakan bahawa sesiapa yang telah diijazahkan dan ditauliahkan dengan tugas tersebut mempunyai kriteria yang cukup hebat iaitu dia mempunyai ilmu kebatinan dan ilmu hakikat yang cukup tinggi, kuat beribadat, dan mempunyai pertalian rapat dengan kerabat-kerabat diraja bunian tersebut.

Aku umpamakan mereka seperti mempunyai pangkat Darjah Kerabat Bunian. Terdapat beberapa orang kerabat diraja daripada negara B$$$$$ yang mempunyai hubungan khas dengan kerabat-kerabat kerajaan bunian di wilayah Gunung Ledang, wilayah Gangga Negara, wilayah Langkasuka, dan di wilayah Gunung Jerai. Negara tersebut terpaksa aku rahsiakan identitinya dan yang pasti ianya bukanlah Malaysia. Mereka akan muncul ke dunia nyata dalam bentuk asal mereka dan sangat mudah untuk mengenalpasti samada mereka adalah bunian purba. Pakaian mereka adalah pakaian seperti di zaman melayu lama.

Bunian lelaki berpakaian seperti seorang pendekar, wajahnya kadangkala bengis serta garang dan ada juga yang berwajah kacak seperti artis KPOP. Manakala bunian wanita pula memakai baju kurung Kedah/jubah dan memakai selendang. Anak mata bunian wanita lazimnya berwarna biru laut dan hijau firus. Ada juga yang berwarna coklat tetapi tidak ramai. Wajah mereka aku boleh katakan majoritinya ayu dan jelita. Apabila mereka berbicara mereka akan bercakap di dalam bahasa Melayu lama. Susunan ayatnya kadangkala terbalik dan ianya tidak sama seperti percakapan harian yang selalu kita gunakan. Penempatan bunian purba adalah di atas bukit, gunung, di dalam gua, di dalam hutan tebal, di kawasan yang mempunyai akses ke air terjun atau sungai, dan di kawasan pokok buluh. Mereka akan menjelma menjadi bentuk lain sekiranya berasa terancam ataupun dengan niat untuk mengacau manusia tersebut. Ciri-ciri ketika mereka menjelma menjadi bentuk yang lain telah aku terangkan pada edisi yang lepas.

BUNIAN TAMADUN KLASIK

Mereka tinggal di dalam sebuah komuniti besar dan mengamalkan corak kehidupan seperti di kehidupan manusia pada era 70an dan 80an dahulu. Lazimnya kawasan penempatan mereka adalah di dalam kebun sayur, dusun buah-buahan, kebun getah, kebun kelapa sawit, di kawasan berdekatan bendang sawah padi, di tepi lebuhraya, dan di tepi sungai. Ada juga yang tinggal berhampiran dengan kawasan penempatan manusia tetapi jumlahnya tidaklah ramai namun terdapat juga segelintir daripada mereka yang begitu berani tinggal bersama-sama dengan manusia tanpa disedari oleh manusia tersebut.

Cuba bayangkan sekeluarga bunian tinggal di dalam rumah korang dan mereka sedang bermaharajalela di situ. Mereka benar-benar menghayati konsep hidup berkongsi alam. Golongan yang mengamalkan konsep Islam liberal adalah golongan yang paling ramai tinggal di situ manakala golongan yang kuat berdakwah dan golongan kafir adalah golongan minoriti di situ. Pakaian mereka adalah seperti di era tersebut dan bagi yang jenis warak mereka hanya mengenakan pakaian yang mempunyai satu jalur warna sahaja. Mereka mempunyai pengangkutan sendiri iaitu vespa, motosikal, basikal, van, dan lori. Kenderaan-kenderaan tersebut adalah kenderaan yang sama seperti di alam nyata namun ianya adalah kenderaan model lama seperti di era 70an-80an dahulu.

Mereka mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang sama seperti kita semua dan untuk mengklon sebarang objek daripada dunia nyata bukanlah masalah yang besar bagi mereka kerana dunia mereka dilengkapi dengan alatan dan perkakasan moden untuk proses pengklonan dan baik pulih sesuatu objek itu. Setiap barang dan objek yang pernah kita buang dikutip serta dibaik pulih semula oleh mereka dan adakalanya diklon untuk digunakan di alam mereka sendiri. Tapi sayangnya di tamadun klasik ini segala kelengkapan dan peralatan yang terdapat di situ hanya bermodelkan produk dari era 70an-80an sahaja.

Tiada sebarang pembaharuan yang dilakukan di situ dan aku sangat yakin bahawa mereka juga boleh menjadi maju seperti di tamadun moden sekiranya mereka mahu tetapi malangnya mereka semua sengaja memilih untuk menjalani kehidupan seperti di era tersebut. Aku pernah beberapa kali bertanya dan mengusulkan cadangan supaya dilakukan perubahan untuk kemajuan komuniti dan kehidupan mereka sendiri tetapi jawapan mereka kebanyakannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Jawapan yang paling menyentap perasaan aku ialah “KAU ORANG PEDULIKAN HIDUP KAU ORANG, INI TEMPAT KAMI BUKAN TEMPAT KAMU, KAMU MASUK BERADAB SEKARANG BERCAKAP HEBAT MELAWAN KAMI, KALAU MAHU KELUAR SILAKAN, KAMI TAK HALAU DAN KAMI TAK PELAWA.”
-Datuk Penghulu Bunian wilayah $#######-

Demi menjaga perhubungan baik dengan mereka aku akur sahaja dengan kata-kata beliau kerana siapalah aku? Aku sedar bahawa aku adalah seorang manusia yang secara mengkhinzir buta masuk ke tempat mereka dan cuba berlagak untuk menjadi wakil rakyat di situ. Nasib aku baik kerana sehingga sekarang aku bebas keluar masuk ke tempat mereka dan aku tahu kebiasaannya manusia yang celupar mulutnya boleh menerima bala sekiranya telah mengguriskan hati mereka. Daripada pengalaman tersebut aku belajar bagaimana untuk mengawal emosi ketika berhadapan dengan mereka.

Mereka menggunakan kuasa elektrik sebagai sumber janaan kuasa di sana malahan kenderaan mereka juga menggunakan kuasa yang sama kerana mereka tidak menggunakan petroleum mahupun diesel sebagai bahan bakar untuk menggerakkan kenderaan tersebut. Mereka lebih awal mengaplikasikan tenaga elektrik ke atas kenderaan berbanding dengan kita semua. Tenaga elektrik tersebut terhasil daripada pertukaran gelombang radio di dunia nyata kepada tenaga elektrik di dunia mereka.

Mereka tidak menggunakan sebarang peralatan telekomunikasi untuk berhubung sesama mereka kerana mereka mampu berkomunikasi secara ghaib dengan sesiapa sahaja yang mereka ingin hubungi. Salah satu sebab lagi mengapa mereka tidak mempunyai telefon adalah kerana kedegilan mereka untuk tidak berubah seperti yang telah aku jelaskan tadi. Walaubagaimanapun signal gelombang telefon boleh dicapai penuh di mana-mana sahaja dalam wilayah di tamadun klasik itu. Sekiranya korang tersesat di sana jangan bimbang kerana korang boleh gunakan telefon korang untuk membuat panggilan telefon ataupun untuk mengakses internet dengan jayanya tanpa sebarang masalah kerana spektrum gelombang radio daripada dunia nyata tidak dibatasi oleh sempadan-sempadan pemisah seperti di tamadun purba.

Mereka jarang membuat kemunculan di alam nyata. Sekiranya muncul juga itu berkemungkinan mereka telah menjelma secara tidak sengaja di dunia nyata. Maksudku begini, ketika mereka sedang melakukan aktiviti ataupun rutin harian mereka, tanpa disedari mereka telah menjelmakan diri mereka secara fizikal di alam nyata dan pada waktu yang sama manusia dapat melihat dengan jelas penampakan diri mereka itu. Ketika itu mereka berada di dalam bentuk asal mereka. Jikalau korang ternampak seperti ada individu yang berpakaian agak klasik seperti di era 70an-80an muncul secara tiba-tiba di kawasan yang sunyi jangan panik, takut, atau bimbang kerana itu mungkin adalah penampakan diri mereka.

Sekiranya makhluk tersebut adalah bunian riak wajahnya akan menunjukkan bahawa dia sedang terkejut kerana kita sedang melihatnya secara fizikal. Kebiasaannya dia akan memerhatikan kita sambil bertanya siapakah diri kita dan tujuan kita berada di situ. Jawablah dengan tenang dan jujur kerana dia hanya inginkan kepastian sahaja. Andaikata makhluk tersebut tidak menunjukkan sebarang ekspresi di wajahnya dan dia berjalan menghampiri korang tanpa berkata-kata maka yakinlah bahawa makhluk tersebut bukanlah seorang bunian. Ianya adalah penyamaran daripada seekor Langsuir ataupun Pontianak semata-mata. Maka jangan takut dan jangan panik.

Cuba untuk berada di dalam keadaan normal dan berlagak selamba seperti biasa sambil membaca surah 3 Qul/ayat Qursi/melaungkan Azan/menjerit kalimah Allahuakbar dengan sekuat hati ke arah wajahnya dengan berulang kali sehingga dia beredar dari situ. Sekiranya korang terasa seperti kaki korang sudah terpaku di bumi, badan tidak boleh bergerak, dan lidah tidak mampu berkata-kata maka berzikirlah Allah Hu berulang kali sambil berdoa di dalam hati semoga Allah melindungi korang daripada gangguan yang sedang berlaku itu.

Berusahalah selagi boleh serta redha dan tawakal kepada Allah kerana setiap ujian itu adalah untuk mengukur sejauh mana keimanan dan ketakwaan korang kepadaNya. Terdapat juga kes penampakan bunian di mana seorang manusia pernah melihat kelibat seseorang sedang berjalan kaki, menunggang motor, memandu kereta/lori sedang berlegar-legar di kawasan yang agak sunyi kemudiannya ia lesap begitu sahaja di depan matanya. Manusia tersebut merasakannya seperti sebuah mimpi walhal ianya adalah kejadian nyata yang sedang berlaku padanya tetapi logik akalnya telah menidakkan kejadian tersebut.

Itu adalah salah satu daripada tanda kemunculan dan penampakan bunian tamadun klasik. Mereka semua bertutur menggunakan bahasa Melayu lama/dialek Riau. Ada juga bunian yang boleh bercakap dalam bahasa Jawa dan Thailand di sana. Semua transaksi niaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) ataupun menggunakan sistem barter. Aku belum pernah lagi melihat mereka menggunakan wang seperti yang digunakan di tamadun bunian Purba di situ.

Mereka juga mempunyai Istana, bangunan pentadbiran, bandar, kedai-kedai, madrasah, pondok-pondok dakwah, surau, masjid, sekolah asas, sekolah tinggi, balai wang (Bank), dan rumah rawatan kesihatan (Hospital) cuma keadaannya adalah tidak semaju seperti di zaman kita ini. Mereka tersangkut di dalam era 70an-80an kerana ego mereka sendiri yang tidak mahu menerima perubahan dan mereka sememangnya pantang ditegur. Mereka juga mempunyai Raja Bunian. Sesetengah tempat di wilayah tamadun Klasik memanggil raja tersebut dengan panggilan Datuk Penghulu Bunian. Korang masih ingat lagi kisah aku dan sepupuku yang diganggu oleh bunian kafir itu? Bunian tersebut adalah salah satu contoh daripada bunian dari tamadun Klasik.

BUNIAN TAMADUN MODEN

Untuk golongan ini, aku harap korang semua dapat berfikir dengan lebih dalam agar setiap maklumat yang aku sampaikan ini dapat dihadam dengan lebih mudah. Kehidupan mereka adalah jauh lebih unik, maju, dan berbeza daripada kehidupan bunian tamadun Purba, bunian tamadun Klasik, mahupun tamadun manusia yang wujud pada zaman sekarang. Mereka adalah evolusi sebenar bagi semua bangsa jin darat di dunia ini. Mereka adalah bunian yang mengembara, merisik, serta mendatangkan kesusahan dan kemusnahan kepada jin/bunian lain, haiwan, dan juga manusia.

Gelaran yang paling sesuai untuk mereka adalah “THE SUPREME EXPLORER”. Mereka adalah pakar di dalam segala bidang yang terdapat di dalam dunia ini. Mereka juga telah menyaksikan setiap peristiwa yang pernah terjadi di alam ghaib mahupun di alam nyata semenjak dari kewujudan Nabi Adam AS sehinggalah ke tamadun sekarang. Mereka semua adalah golongan jin kelas atasan dan pernah berkhidmat untuk Nabi Sulaiman AS. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh mereka cukup tinggi. Teknologi yang dimiliki oleh mereka adalah sangat canggih dan telah wujud berabad lamanya.

Mereka tidak mempunyai wilayah sendiri kerana mereka bersifat nomad, selalu berpindah randah dan tidak berada lama di sesuatu tempat. Jujur aku katakan bahawa bulu romaku menegang secara sendirinya ketika menulis mengenai mereka. Mereka bergerak sepantas satu kerlipan mata dan mereka juga berada pada skor 4/5 untuk makhluk yang aku ingin elakkan untuk bertembung sama seperti skor untuk Langsuir itu. Langsuir tidak boleh mengghaibkan ataupun mengancam nyawa kita tetapi bunian Moden boleh melakukan apa sahaja yang mereka ingin lakukan kepada kita termasuklah m******h.

Mereka adalah jin yang berbangsa Ifrit dan mereka mempunyai kuasa untuk bertemu dengan raja-raja jin Islam alam atas dan raja-raja jin kafir alam bawah tanpa sebarang protokol. Raja-raja bunian yang lain tertakhluk kepada had kekuasaan di wilayah masing-masing tetapi tidak bagi mereka. Kehidupan mereka penuh misteri dan banyak rahsia yang tidak dapat dirungkaikan oleh kita waima bunian lain. Kebanyakan daripada mereka semua adalah sombong, bongkak, dan mempunyai ego yang tinggi terhadap manusia.

Mereka melihat manusia seperti melihat seekor haiwan. Kebanyakan daripada mereka beragama Islam tetapi bersifat fasiq, munafiq, dan bersifat penuh dendam. Yang beragama kafir pula bersifat lebih teruk daripada yang beragama Islam. Mereka mengkhinzir buta mengganggu dan merasuk manusia yang disukainya. Mereka sanggup mengaku beragama Islam untuk menyesatkan manusia yang didampinginya itu. Majoriti daripada bunian kafir Moden mempunyai ilmu sihir yang tinggi dan seringkali menyamar ke dalam bentuk lain apabila muncul di dunia nyata.

Bunian Islam dan bunian kafir Moden mempunyai agenda yang sama iaitu melakukan kekacauan dan menyusahkan setiap manusia sehingga manusia tersebut hilang pedoman untuk hidup. Dibisiknya arahan dan hasutan secara berulang kali ke telinga individu-individu yang terpilih untuk melakukan perkara-perkara di luar norma manusia biasa seperti m******h dan mencederakan manusia lain. Mereka juga mempunyai kenderaan tersendiri dan ianya tidak sama seperti kenderaan kita. Kenderaan mereka lebih kepada pesawat kecil dan boleh bergerak dengan pantas dan mampu terbang lebih tinggi dari paras kapal terbang milik kita.

Tiada sebarang bunyi yang dihasilkan oleh pesawat mereka itu. Radar dan satelit milik tentera yang paling canggih di dunia ini pun tidak mampu untuk mengesan kehadiran pesawat mereka. Aku pernah melihat kemunculan mereka di sebuah ladang mangga di Perlis suatu ketika dahulu. Penampilan mereka lain daripada bunian-bunian yang pernah aku temui. Mereka berpakaian seperti kita. Berbadan besar serta tegap dan ketinggian mereka adalah di dalam lingkungan 7-8 kaki. Wajah mereka adalah seperti manusia biasa cuma dahi mereka lebih lebar dan luas daripada kita. Bahasa yang dituturkan adalah bahasa Melayu seperti yang kita gunakan. Mereka perasan aku berada di situ tetapi mereka tidak menegurku langsung.

Aku duduk di sebuah pangkin yang hampir dengan kedudukan mereka. Seingat aku terdapat 5 orang bunian yang berada di situ pada waktu itu. Pada mulanya mereka semua berbincang sesama mereka dan kemudiannya mereka telah menebang beberapa pohon pokok mangga yang berada di situ lalu pohon yang ditebang tersebut ghaib sekelip mata. Aku berasa sakit hati kerana mereka telah menceroboh dan mencuri pohon mangga tanpa perasaan bersalah langsung. Aku berdiri dan menghampiri mereka sambil memberi salam tetapi salamku tidak berjawab dan aku berpendapat mungkin mereka adalah bunian kafir. Tak lama kemudian salah seorang daripada mereka bertanya tentang tujuan aku berada di situ. Aku menjawab secara sinis pertanyaan tersebut dan jawapanku adalah untuk menjaga kebun tersebut daripada dicerobohi oleh pencuri-pencuri yang dilaknat oleh Allah. Tatkala itu mereka semua memandangku dengan renungan yang cukup tajam dan tiba-tiba beberapa tumbukan padu singgah ke seluruh tubuhku.

Aku dibelasah separuh m**i dan apa yang aku mampu lakukan ketika itu hanyalah mengucap dua kalimah syahadah kerana aku sudah membayangkan mungkin ajalku sudah sampai pada waktu itu. Tak lama kemudian aku terdengar suara Tok Chik. Aku membuka mata dan ketika itu Tok Chik berada di sebelahku sambil merenjis-renjis air ke mukaku. Dia menerangkan bahawa aku telah dijumpai di dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas motosikalnya pada waktu Maghrib tersebut. Seluruh badanku terasa sakit tetapi yang anehnya tiada langsung kesan pukulan ataupun lebam di badanku. Tok Chik bertanya mengapa aku boleh berada di atas motosikalnya dalam keadaan tidak sedarkan diri? Aku hanya menjawab aku keletihan dan aku mungkin terlelap di situ.

Aku tidak mahu memberitahu perkara sebenar kerana Tok Chik menghidap penyakit lemah jantung dan aku bimbang dia akan terkejut sekiranya dijelaskan perkara yang sebenarnya berlaku pada lewat petang itu. Kejadian dibelasah bunian Moden itu berlaku dalam bulan November 2008 ketika aku sedang bercuti semester di negeri Perlis Indera Kayangan. Peristiwa tersebut adalah salah satu daripada peristiwa pahit yang membabitkan aku dengan bunian kafir Moden.

4 pohon mangga telah dicuri dan menurut kata pemiliknya, pohon tersebut seolah-olah dicabut terus bersama dengan akar-akarnya. Aku bernasib baik kerana tiada sesiapa yang melihatku berada di situ pada waktu kejadian. Aku hanya mendiamkan diriku apabila pemiliknya rancak bercerita sambil membuat andaian-andaian bodoh dan mengarut tentang kehilangan pohon-pohon mangganya itu. Sekiranya aku menjelaskan tentang perkara sebenar yang telah berlaku itu kepada pemiliknya, aku yakin aku akan dihantar ke pusat rawatan mental ataupun ke balai polis kerana disyaki mencuri pohon-pohon mangga tersebut.

Bagaimanakah aku boleh tahu bahawa makhluk bangsat dan laknat yang menyerangku itu adalah bunian Moden? Ketika kejadian tersebut berlaku beberapa orang kenalanku (Bunian Klasik) telah mengangkatku dan meletakkanku di atas motosikal Tok Chik sejurus selepas kejadian itu. Mereka sendiri yang memberitahu bahawa makhluk-makhluk yang membelasahku itu adalah bunian dari Tamadun Moden. Daripada merekalah aku banyak mengkaji tentang alam bunian ini.

Aku harapkan maklumat yang telah aku sampaikan di atas sedikit sebanyak dapat membuka minda dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan korang tentang alam bunian. Sesungguhnya subjek bunian adalah subjek yang paling berat untuk aku jelaskan kepada korang semua. Skopnya amat luas dan untuk memperincikannya memerlukan masa yang agak lama. Aku bercerita berdasarkan daripada pengalamanku sendiri dan kisah-kisah yang pernah aku siarkan di page Fiskyen Shasha adalah merupakan intipati daripada pengalaman hidupku ini.

Aku akan kembali lagi dalam edisi yang seterusnya dan aku ingin berkongsi kata-kata motivasi ini dengan korang semua. Apa yang korang nampak di depan mata korang kadangkalanya hanyalah sebuah permainan ilusi semata-mata manakala apa yang korang tidak nampak sebenarnya wujud secara ghaib dan mungkin ianya sedang merenung korang dengan penuh berahi. Mereka mungkin berada di sebelah korang dan berdiri sambil menjegilkan matanya ataupun sedang duduk bercangkung di kaki korang seperti meminta ihsan simpati. Sehingga bertemu lagi kita di edisi yang akan datang.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Jazzakallah Khaira Khatiro.

-CarlitoRocker 2017-

CarlitoRocker

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.5]

76 thoughts on “#CarlitoRocker – BUNIAN (TAMADUN)”

  1. yelah…. betol…area kampung saya..yg saya penah cerita kan dalam FS jugak… rasanye ade keluarga dari golongan mereka ni yg menumpang kat rumah saya…mungkin disebabkan family jarang2 duduk situ…. kadang2 makcik sy tengah menyapu sampah kt laman…. tetiba tercalit sagu merah kat bahu dia…. dia kata mungkin “mereka” tengah buka pasar kot…huhuhu

    Reply
  2. sy pernah terbaca yg bunian ni berpakaian seperti pahlawan..dan jika ada bunian yg memberikan harta atau apa saja dari alam bunian, bermakna itu bukan bunian tetapi adalah jin…sebab bunian tidak akan memberi apa2 barang/harta milik bunian kepada manusia..betul ke..??

    Reply
    • Aku berpegang dengan apa yang aku cerita bro…Bunkan tu jin…pakaian pahlawan ke pendekar? Sama je tu…Yang tu bunian Purba…Kalau dia dah bagi harta tu mknanya mmg betul dia bagi. Dah jadi hak kau…Pastu bnda
      tu sendiri dah terzahir kat dunia nyata. You own it and you’ve a full control on that item.

      Reply
  3. bila baca kisah ni, aku ingat lagi peristiwa aku berumpa dengan pakcik tua berpakaian seperti zaman 80/90 an, masa tu aku hiking di gunung dato’, aku nak turun dan aku tersempak pakcik tua sedang mendaki bukit, berpakaian macam zaman tersebut, berbaju kemeja petak2 lengan pendek dan seluar seperti dockers dan bawah plastik berisi air twister dan suratkabar memandang aku dengan sinis, aku tak pikir sangat mungkin dia nak berehat baca suratkabar sambil layan view di puncak gunung dato? waktu tu pukul 3petang. lepas aku baca kisah ni aku yakin orang tua yang aku jumpa tu ialah bunian tamadun klasik. terimakasih kepada pencerita kerana berkongsi sedikit ilmu tentang alam bunian.

    Reply
  4. Best!!!suka kalau mana2 penulis share skali ilmu2 tentang alam ghaib,zikir2 dan amalan sebagai pendinding..boleh tambah ilmu..share lagi ye

    Reply
  5. Dan aku rasa bunian zaman moden ni lah yg sedang bantu dajjal laknatullah skrg ni. Harap penulis baca komen aki dan ulas. T.kasih.

    Reply
    • Semua ada role masing2 bro. Bukan setakat bunian je…Jin2 lain pun sama especially jin2 kafir. Yang aku pasti bunian moden tu more to Dajjal…Perangai diorang pun nakharom..Nauzubillahiminzalik.

      Reply
  6. sy pernah nampak duit syiling org2 bunian dri zaman purba tu..duit syiling ada gambar org tua pgg tongkat dan ada kalimah Lailahhaillallah Muhammadurrasullulla..ada simpan dirumah..tapi skg ni hilang ta tahu mana pergi..akak sy pernah bermimpi berjumpa dgn lelaki tua pkai baju putih dan bertongkat..ciri2 pakcik tu sama dgn yg ada dlm duit syiling tu..tp tulah..syiling tu da hilang mcm tu je..

    Reply
  7. Penulis, saya baca cerita awak ni semasa Asar. Bulu roma saya meremang naik terpacak bila baca pasal duit syiling Perak, ada lelaki betongkat dgn tulisan Yasin kat belakangnya tu.

    Semasa masih hidup arwah Abah pernah tanya “Duit syiling ni Abah dapat dari kawan, ni duit negara mana? ”

    Saya jawab, mungkin negara Arab sebab tulisan Yasin tu lah.. Atau mungkin bukan duit pun, sebab takde tulis nilai berapa kat situ. Maybe it just a ‘Token’?

    Just 2weeks back, saya balik Ipoh kemaskan barang2 Arwah terjpa syiling tu. Hajat nak simpan dan bawa balik ke SG, tapi hati 50-50. Saya whatsapp pd suami gambar tu, suami bgtahu yg syiling tu ada ‘full collection’, ada yg laut, udara. Yg bertongkat tu kira mcm darat lah kut.
    Dia pun tak pasti apa fungsi. Tapi sebabkan gaya feedback suami terlampau mistik, saya tinggalkan je lah kat rmh Emak tu ha. Dah le balik berdua dgn anak, risau pula kalau jd benda bukan2.. Takpe ke ye kalau saya nak simpan?

    Sebab Arwah Abah ni, dia ada simpan batu delima yg turun warna, orang bagi katany ada 7. 1 hilang.. Tapi bukan smp jd air sirap lah kalau taruk dalam air tu.. Just air jernih nampaklah bezanya mcm pink sikit. Kapas tempat lapik delima tu mmg merah kuat staining situ.

    Sejak pemergian Abah,
    Emak hadiahkan saya dan suami sorang satu tu sbg hadiah nikah kami lah, sebab kata Emak dia takde apa nak kasi..?? kami buat cincin sepasang. Jeweller tu kata tu bukan batu asli sbb masa nak buat tu color manyak turun katanya. Then satu hari Abang saya minta semula ‘adik bradik’ batu tu, katanya quality mistik tinggi.. Ada khadam lah ape lah. Siap dia cakap Arwah Abah ni some sort of Panglima gitu..vavavah sgt kan.
    Dah mcm syirik lah pula, rasa nak marah pun iya. Nauzubillah.

    Saya malas amik port dah skrg.. malas nak panjang2 cerita. Cuma penulis, any possibilities of those jbatu delima came from Alam yg satu lagi tu?

    Reply
    • Wallahualam kak..Mungkin ya & mungkin tak. Kalau berkhadam maknanya ada related dgn Jin. Berbalik pada syariat & jangan taksub dengan batu tersebut. Batu permata kat tempat diorang biasa je. Cantik tu mmg cantik. Tapi kalau nak citer bab nilai estetika tu payah sikit…barang dari tempat sana bkn mudah2 boleh dimiliki oleh orang biasa. Panjang lebar kalau citer kat sini.

      Reply
    • o penah gak jumpa batu delima mcm tu. tapi tak penah test dengan air. saya suka gosok batu tu dengan ubat gigi. bila sapu ubat gigi nanti warna pink2 buah naga tu keluar dari rekahan batu delima tu. entah mana entah batu tu

      Reply
    • Soalan yang bagus. First time boleh tgk makhluk2 ni mmg takut yang teramat, dah rasa mcm nak m**i, trauma & panik melampau…benda ni kat mana2 pun ada…tak kira masa…bulan Ramadan pun diorang ada jgk…pastu saya bgtaw tok Wan saya n family psl bnda ni…berubat dengan ustaz & tok wan saya sendiri…ok balik…beberapa bulan lepas tu jadi balik…boleh nampak balik makhluk2 ni & sejak tu saya dah tak tutup2 extra vision saya ni…seriously takut tu masih ada, terkejut pun ada lgi…tapi dah terbiasa & dh boleh self control…sesaper yg boleh nampak makhluk2 ghaib confirm dia boleh masuk ke tempat bunian ni…sebab mmg sudah terang lagi bersuluh…ada 2 kemungkinan je…samada tak diiizinkan masuk ke situ ataupun boleh masuk…itu je.

      Reply
      • tuan..assalamualaikum nak tanya sikit.. kalau bulan ramadhan kan syaitan dan jin dibelenggu dan x mengganggu anak adam.. tp apasal bulan ramadhan pun u jumpa. atau yg kena belenggu tu syaitan sahaja dan bukan jin? sorrry just nak tahu sbb ilmu agama sy masih sangat cetek. lg 1 saya ni lemah semangat dan penakut, so bulan ramadhan ja satu satunya bulan dimana saya SANGAT CONFIDENT DAN BERANI JALAN SORANG2 DITENGAH MALAM so selepas terrrrbaca entri ni rasa macam terpikir 2 3 kali nak acah hero di bulan ramadhan yg akan datang. thanx

        Reply
        • Waalaikumsalam.Yang dibelenggu dan diikat kat neraka tu Iblis yang menghasut manusia yang melekat kat hati kita. Jin pulak sama macam kita. Jin Islam makin ligat tambah amal dalam bulan Ramadhan. Macam bunian Islam diorang pun join kita terawih. Jin kafir pulak kurang berani nak menonjol sebab bila masuk bulan Ramadhan seluruh umat Islam kuat ibadat termasuklah Jin Islam. Hantu2 tu bangsa jin and during Ramadhan diorang ada tapi tak aktif. Gila apa malaikat ramai mana turun jaga kita masa tu. Tapi yg jenis2 berani tu ada jugak kacau2. Saka pun sama jugak. Still ada.

          Reply
          • oh okay. info yg sangat bermanfaat. lagi 1 nak tanya ni tapi sorrylah kalau soalan soalan saya pelik2 ya. awak pernah jumpa yang bentuk macam alien x? huhu…

          • Ye betul tu. Buktinya, akak saya pernah kena rasuk puasa time bulan ramadhan..masa orang tengah terawih..time tu lah sy tahu rupanya syaitan aka jin ada je wlaupun bulan ramadhan.

      • sya nak tanya, sya ni pun kurang pengetahuan jgk klu bab2 alam ghaib ni…tapi apa beza jin dgn bunian? …setahu saya bunian ni separuh jin separuh manusia kan…klu pasal bunian modern tu yang memang da wujud semenjak nabi sulaiman itu bukankah 100% jin ke?…jin2 atasan ni pulak syaitan2 yang berpangkat kan yang bekerja di bawah iblis laknatullah…maaf sya memang keliru pasal jin dan bunian…kadang2 dicampur adukkan kedua2 ni…

        Reply
  8. Sebenarnye seram bace cerita brother ni..tapi best.. cerita pocong, langsuir n pontianak selalu bermain2 di kepala..tapi tak mau pikir lama2 sebelum tido..takut dia datang..

    Reply
  9. Saya dulu duduk dengan ibu mertua. Dia diberi kelebihan boleh nampak, macam Tuan pencerita ni. Dah Arwah dah. Pengalaman duduk serumah, memula pelik dan agak takut la jugak. Sebab dia boleh berkomunikasi dgn anasir2 yang baik mahupun tak baik. Yang tak baiknya, kalau org yang boleh nmpak., risiko hantu jembalang boleh hantar santau je apa tuk test power ilmu mak ni. Padahal bukan mil ada ilmu luar biasa ke apa. Kesian juga kat dia, sebab agak susah nak filter tau. Kdg pegi kedai makan ada pelaris pun satu hal. Jd kami sgt selektif kalau nk bawak dia pegi makan luar. Bagusnya kalau kedai guna pelaris tak elok. Cancel. Kadang pelaris yang tahu mak boleh nampak, mak akan kene kacau tau. Kadang smpai ke rumah. Nampak org bunia misti punya. Kalau pegi ke tempat macam parit kat perak ke. Dia akan nampak apa yang ada kat sekitar kawasan tepi jalan tu. Orang bunian suka pakai kaler hijau dgn putih kata mak. Ketaq lutut la jugak bila lalu sana if bwa mak. Apa pun tahniah kpd penulis, sebab jarang boleh share pengalaman di alam ghaib yang tak semua orang dapat. Saya percaya yang dicerita di atas adlah benar dan bukan rekaan
    Wassalam.

    Reply
    • ”Kalau pegi ke tempat macam parit kat perak ke.’Dia akan nampak apa yang ada kat sekitar kawasan tepi jalan tu. Orang bunian suka pakai kaler hijau dgn putih kata mak. Ketaq lutut la jugak bila lalu sana if bwa mak.” nme tempat ker tuh.. or parit yg sungai tu awak mksud kan.. sbb kalau parit, perak tuh mmg wujud.. sye asal sne.. boleh tau x kt mne tmpat yg di mksud kan..heee..

      Reply
  10. Best. Teman dngr kata nk masuk wilayah bunian ni kene kawin dulu dngn mna² bunian baru boleh teroka tmpt tu… Idok gitu le? Mung masuk steady je. Anyway, mung cerita bende ni kat manusia, mereka x marah ke?

    Reply
  11. SANGAT AWESOME ! ! !
    SILA KE LUAR NEGARA DAN CERITAKAN PERNGALAMAN NEGARA LAIN PULA ! !
    seperti Jepun, atau CHINA diorg pun ada juga dunia bunian ni..sebab mereka ada culture dan cerita menarik.
    sampai diorg buat cerita manga, anime apa suma…

    bila baca huraian tentang bunian ni,… perasaan macam kagum ! sebab tah… kagum dengan sebahagian dari dunia ciptaanNya yg penuh misteri ni, dapat dijelaskan dan boleh dikaitkan dengan kejadian misteri alam yang sebelum ni selalu dipersoalkann~

    Reply
  12. Salam. Bro, sy tak tahu mcm mna nk xplain tp fmly sy hadapi satu situasi di mana slh seorang dr fmly sy yg disahkan ‘hilang’ tiba2 ‘pulang’ dr alam sana slps berpuluh2 tahun..plg mngejutkan,katanya ‘dia’ selama ni mmg balek memerhati kami keluarganya.. dan mmg kami ada terasa ‘kewujudan’ sesorg selama ni..masa2 fmly sy mula2 dpt tahu psl ni mmg semua happy n sayu..mcm x sgka..tp makin hari makin keliru n bimbang kalau bnda ni x btul dan memudaratkan akidah… sy hrp dpt sedikit pnjelasan dr bro dan sy sgt2 hargai..hrp bro respon, tq!

    Reply
    • Dia balik erk…1st skali ajak dia chck DNA…kalau gene yg sama maka betullah dia tu ada bondage dgn korang. 2nd, berapa lama dia dah hilang? Lokasi? Kenapa dia tak
      balik rumah dan tunjuk muka sebelum2 ni? Kenapa baru skrg nak muncul balik? Tanya sama kat dia, dia ke mana sebelum ni? Raut muka dia banyak berubah ke? Berapa tahun dia hilang tu?

      Reply
      • Nope. Bro dh slh fhm. Dy bkn blek dlm bntuk mcm kita. Mmg mustahil nk check DNA ? 30 tahun.. Rumit sbnrnya sy nk xplain kat cn.. blh bro bg emel tak.. sy prefer utk emelkan pd bro supaya bro jelas situasi yg blaku dlm kluarga sy.. really appreciate ur respon

        Reply
  13. Aku buka FS secara rambang je biasanya. Mana-mana cerita yang aku rasa nak baca, aku buka la. Aku takde target writer walaupun banyak yang popular dan bagus. Tapi, sejak kemunculan kau melalui Pontianak Di Depanku, aku dapat something fresh untuk aku baca. Cerita dan informasi. Dua elemen menarik kau gabungkan. At least aku ada something untuk aku tunggukan dalam FS untuk aku baca. Kipidap CarlitoRocker!

    Reply
  14. salam, bro nak tanya la. Kalau saka memang boleh detect tak kalau orang tu ada saka? means nampak saka tu follow orang tu?

    Reply
  15. CarlitoRocker , boleh tak kalau abang tolong ajar saya bukak hijab? sbb saya pun nak tengok macam mana alam sebelah sana dan saya nak jumpa dengan pocong.

    Reply
  16. “Apa yang korang nampak di depan mata korang kadangkalanya hanyalah sebuah permainan ilusi semata-mata manakala apa yang korang tidak nampak sebenarnya wujud secara ghaib dan mungkin ianya sedang merenung korang dengan penuh berahi. Mereka mungkin berada di sebelah korang dan berdiri sambil menjegilkan matanya ataupun sedang duduk bercangkung di kaki korang seperti meminta ihsan simpati. ”
    – seriau plak baca ni

    Reply
  17. 1st yg saya suka Bro CarlitoRocker pnya narrative :-
    1. sangat CLEAR.
    2. tak dak shortform.
    3. ayat & bahasa senang faham
    4. straigt to the point

    Reply
  18. Sy pernah ternampak semacam bayangan bunian jantan(wajah aje) dekat kipas siling rumah, mcm penulis cerita ciri-ciri bunian moden muka macam manusia, berdahi luas, segak, berlagak dan suka ugut nak b***h orang(plus yang ni warna dia keseluruhan biru). Puas perhatikan memang takut siot,, tak pasal dia cekik sab dia memang celupar n belagak betul. Butir percakapan dirahsiakan sab memalukan aku je bunian siot nih!

    Reply
  19. sory nak tanya..bila cakap pasal bunian moden tu..ada pesawat dia sendri..tak ubah macam alien. so..alien..ufo tu..keje diorg ke?

    Reply
  20. Aku antara percaya atau tidak. Aku pernah mimpi banyak kali jumpa dengan meraka. Kalau aku cerita orang susah nak hadam ape aku lalui. Sebab aku pon tak tau nak cerita macam mana. Tapi aku selalu rasa macam mimpi. Tapi sebenarnya aku travel alam dia.

    Masa tu aku baru nak akil baligh. Aku asik mimpi ada perempuan (tak tau nak gambarkan wajah dia) Asik senyum perhatikan aku datang dalam mimpi aku. Masa aku jumpa dia tu dia selalu duduk dekat pokok bunga kantan aku. Masa tu kebetulan mak aku rajin bawak kawan dia berubat satu kawasan dekat area pontian keluarga ni laki dia pandai berubat. Macam bunian asik tukar badan masuk dalam badan dia sebagai perantara. Mak aku pun suruh tengokkan aku sebab aku asik cerita dengan mak aku pasal perempuan yang selalu datang dalam mimpi aku tu. (Seingat aku dalam mimpi aku tu dia macam pakai telekung ke kerudung tutup kepala) yang aku ingat eyeshadow dia warna biru.

    Lelaki berubat tu tengok aku senyum. Dia tanya mak aku. “Makcik keturunun nenek moyang macam mana”?. Mak aku terkejut. “Maksud?” Dia sambung. “Ada keturunan raja raja ke?” Mak aku sambung “Ada belah nenek. Tapi dia keturunan raden jawa”. Lelaki tu senyum. “Yang selalu datang tu Tuan puteri yang selama ni di amanahkan jaga tuan puteri ni, dia nak berkenalan.”

    Masa tu aku kecik dalam 12 tahun mana nak faham benda ni. Tapi masa kecik dlu amalan aku alhamdulillah. Masa tu bermula lah episod macam-macam dugaan dalam hidup aku.

    Aku pernah mimpi tuan puteri datang bawak pergi istana dia. Cantik! Diperbuat daripada emas. Tapi tak dapat masuk. Tengok dari jauh. Dia pernah pesan kalau nak masuk kena kuatkan amalan. Maksud semayang tak tinggal, doa zikir wirid dia ajar kena rajin amalkan.

    Aku pernah mimpi ditemani hulu balang. Aku berkemban tapi bahu ditutup dengan kain kuning nak pergi bersiram kat sungai. Aku terjaga sebab rasa nak tergelincir.

    Aku mimpi pergi alam dia. Semua pakai baju putih. Tapi aku selalu perasan aku mesti dekat area kawasan perempuan je. Semua muka bujur telur mata bulat comel macam Sari yanti tu. Tapi satu helai rambut diorg aku tak nampak sebab dia orang pakai kain kerudung/batik. Diorg pelik tengok aku mungkin masuk alam dia. Pastu tak bertudung pulak masa tu. Malu aku masa tu.

    Aku pernah mimpi jumpa Mbah (bongkok 7, macam bentuk kita rukuk nak sembahyang tu). Tok guru. Masa tu pergi hiking sesat dalam hutan jumpa surau pondok mintak izin nak tumpang sembahyang. Ape mimpi aku nampak real. Tutur bahasa aku cakap bahasa indon..berbual dengan dia. Dia cakap harini aku travel jauh smpai ke gunung tanah jawa. Tak pasti kat mana. Dalam surau pondok tu ada ayat quran atas kulit binatang. Real weh!. Nak balik tu mintak izin. Dia cakap sebelum pulang Mbah ada hadiah. Dia bagi aku bungkusan kuning. Dalam mimpi aku tu aku terima.

    Guess what dalam real life aku dapat bungkusan kuning tu dalam dia ada batu delima warna merah.

    Banyak dan panjang cerita aku. Bayangkan daripada 12 tahun. Pastu dugaan aku makin besar as I get older. Pulak certain age hijab aku terbukak. Nanti aku ada masa aku cuba lah cerita. Tengoklah kalau diizinkan Allah.

    Sometimes I feel like this is not right for me. Like I am battling with right and real life. Pastu dari segi agama syirik tak aku and etc. Tapi so far dia cuma ajar aku jaga kebersihan. Sentiasa wangi. Mandi. Sembahyang jangan tinggal. Banyak lah amalan yang tak pernah bercanggah agama dia ajar. Sebab kadang aku ni 3 hari pon boleh tahan tak mandi. Yes diam. Haha. Dia pernah datang berdamping dengan pakcik tu marah aku sebab tak suka aku tak bersih. Suruh aku cakap.elok elok dengan mak aku ayah aku. Hormat orang tua aku. Macam macam lah. Kira nya aku ni macam adik dia dan dia kakak aku dan mentor aku nak didik aku jadi lebih baik. Dia akan sedih dan marah kalau aku tak jaga sembahyang aku.

    Reply
  21. Tumpang tnye..yg aku dngar sbelum ni,bunian dgn jin berbeza? Dlm post ni bunian tu jin pulak? Musykil plak aku..lgi 1,bunian ni mmang dok malaysia je ke? Siap pkai RM plak..ke ni bunian malaysia? Kalo bunian US pkai dolar ke? Haha..

    Reply
  22. Hmmm bestnye dpt bnyk pngalaman..tp nk biasakan diri tu msti penat tahan takut , panik, etc…
    Nk tnya awk kit, btulke ad manusia stuju kwin ngn bunian? Apa jd ngn manusia tu?

    Reply
  23. Salam Mr. Carlitto,
    cerita bro membuatkan saya teringat cerita hollywood ” Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children”

    satu keluarga pelik yang hidup mengulangi hari sama setiap hari tanpa jemu.

    yang bestnya keluarga ni sengaja memilih untuk hidup tahun 50an…

    Reply
  24. wahh semua cerita tuan tanah best2.. tp tu la.. konfius pulak aku apa beza bunian & jin? eh alang2 tu dgn saka sekali la..? sama ka beza tu eh?

    Reply
  25. Alhamdulillah…pengalaman saudara sama dgn sy…cuma sy takut nak berkongsi cerita nanti ada yg kata sy ni gila atau isim…bunian purba dan klasik biasa sy ketemu, tapi baru2 ini masa maulidur rasul (1440H) ada kapal ‘spaceship’ terapung didepan rumah mcm dlm cerita movie Starwar…lama sy nak percaya (apa yg sy dah nampak) sehingga lah sy baca kisah saudara ini ttg mengenai bunian moden…

    Reply
    • Salam, klau tak keberatan, boleh tlg jwb tak? Bunyi spaceship tu bsing tak? Dulu mase darjah 4 (sye tak beberape igt psl ni) pernah terdgr bunyi bsing sekali mcm dlm movie, bunyi dia seakan2 ufo mendarat. kat belakang blok sye waktu malam, lepastu ade cahaya2, tapi sye pelik, masetu rumah sye kat apartment, tingkat 3, ade hutan kecik dan sungai kecik kat belakang hujung blok sye ni. Tapi mule2 sye tak buat ape2, beberape saat kemudian, bunyi dan cahaya tu hilang. Baru sye tgk kat tingkap, takde ape2 pulak. Takkan lah pesawat? Takkanlah kenderaan besar? Smpai skrg sye fikir tu ufo. Sye tak pernah citer psl ni kat org lain smpai skrg. Mase tu semua org tdo.

      Reply
  26. saya percaya alam ghaib tapi saya nak tanya, alam bunian di negara lain pula mcm mna ya? sbb selama ini sy baca tentang alam bunian di malaysia ni saja, dgn buniannya yg brbaju melayu brbaju kurung… kalau bunian dari contohnya negara england, mcm mana tu ehh? ka bunian dari negara arab? dorang pun brpakaian purba juga ka?
    maaf jika soalan bodoh, sy cuma tertanya-tanya XD

    Reply
  27. Rasanya ada peluang klu nak masuk ke alam diorang ni. Sy pernah baca kisah Tetamu Siang tuliasan Ramli Awang Murshid. Kena rajin beramal.. solat puasa tahajud..dan zikir qalbi. Tp kena kuat fizikal dan mental mcm penulis ni. Sy tgk tulisan ni jenis bacaan berat. Terlalu banyak info pun ye. Kena baca balik klu ada persoalan. Apapun tahniah bro!

    Reply
  28. asalamualaikum., yang saya hormati encik shasha Saya Ingin Bertanya Kilauwan Cahaya seperti Kristal ketika waktu malam Cahaya kristal itu menyelubungi Malam Dan sehingga KU tertidur.

    Tolong beri penjelasan
    sekian Terima kasih

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.