Gara-Gara Celupar Diwaktu Senja .
Assalamualaikum kepada pembaca Fiksyen Shasha . Sebelum aku nak bercerita , aku nak ucapkan terima kasih pada admin kalau cerita aku yang tak berapa nak seram ni disiarkan .
Tanpa basa – basi lagi , aku perkenalkan diri aku Shafiq dan aku pertama kali nak bercerita didalam Fiksyen Shasha ni . Dan cerita aku ni adalah cerita dari pengalaman aku yang sebenar .
—————————————
Diputarkan kembali pada 2013 kalau aku tak silap .
Pada petang hari waktu sebelum senja , aku oncall lah dengan bekas girlfriend aku , waktu tu dah nak maghrib atau dah maghrib tak silap aku , secara tak langsung aku takutkan ex aku pasal benda-benda ghaib ni . Jenis mulut celupar . And time tu aku pun tak sedar dah masuk waktu maghrib . Aku cakap dengan ex aku , time tu dia duduk rumah sorang , aku cakap habislah nanti ada kak pon tengok dia dari luar tingkap . Aku pon sambil gelak-gelak ketawakan dia yang tengah takut . Aku pon macam biasalah acah-acah terpaling berani .
Nak disingkatkan cerita , pada malam tu aku terlelap pda pukul 11 malam . Tengah lena dibuai mimpi atas sofa , aku dikejutkan oleh satu tarikan pada bantal yang sedang aku gunakan untuk meletakkan kepala . Aku pun tersedar time tuh , benda first yang aku tengok dahulu adalah phone untuk pastikan pukul berapa sekarang . Dan masa tu aku tengok jam pukul 3 pagi . Sebab time tu aku tak fikir apa-apa melainkan bantal aku nak jatuh dari sofa yang aku tidur .
Setelah aku tengok jam pada phone aku , aku cuba lelapkan semula mata aku yang sedang mamai . Baru sahaja nak lelapkan mata , sekali lagi bantal yang aku gunakan seakan-akan ditarik oleh seseorang . Pada ketika itu aku membebel tanpa melihat siapakah yang sedang menarik bantal tuh . Dan aku menarik semula bantal yang aku gunakan tu . Masa tu aku tidur di ruang tamu yang juga ada adik bongsu aku . Aku ingatkan adik aku yang cuba nak kenakan aku so aku bebel je lah .
Selepas tarikan kedua tu , aku cuba baru nak lelapkan mata semula , tetapi bantal yang aku gunakan ditarik untuk kali ketiga , tapi kali ni aku tak hanya tarik semula , tapi aku ikutkan kepala aku sewaktu bantal aku tu ditarik , tapi masa tu aku ikut dalam keadaan mata aku terpejam . Dan saat bantal itu dah terhenti , aku dengan langsung membuka kedua-dua mata aku untuk melihat siapa yang menarik bantal tu .
Alangkah terkejutnya aku sewaktu membuka mata . Ada sesuatu yang sedang memerhatikan aku dengan pandangan yang tajam , mata merah , dan rambut tidak terurus didepan mata . Aku sambil menutup semula mata dan mengucap masa tu hanya dapat menarik kepala ku semula ke sofa . Dan pada masa yang sama , aku juga memeluk satu benda yang aku tak pasti apa . Lalu aku membuang apa yang berada di pelukan aku tuh . Aku cuba menjerit memanggil adik bongsu aku yang berada disofa bersebelahan dengan aku . Tapi malangnya tiada jawapan yang diterima .
Waktu tu aku hanya mampu pejam mata dan mengucap didalam hati . Masa tu aku terasa dibelai-belai dengan rambut yang panjang diseluruh badan aku . Aku hanya terdiam kaku dan dalam tak sedar keluarlah air mata jantan aku . Aku merasa malam tu adalah malam paling panjang sepanjang hidup aku . Sampai aku membebel dalam hati , (“Woii sesiapa keluarlah dari dalam bilik , tolong aku”).
Pammmmmmm !!!
Kedengaran pintu bilik dibuka .
Pada pukul 5 lebih sebelum azan subuh berkumandang .
Time tu akak ipar aku keluar dari bilik kerana hendak bersiap pergi berkerja pada pukul 6 pagi . Dan pada masa tu baru aku berani membuka mata seluas-luasnya . Dan baru aku sedar sudah hampir 3 jam aku kaku . Masa tu juga aku berlari kedalam bilik mak aku yang sedang dibuai mimpi . Time tu mak aku terbangun akibat perangai aku yang berseloroh masuk bilik . Lepas je mak aku bangun , mak aku bertanya , “dah kenapa kau tiba-tiba masuk bilik , dengan muka pucatnya macam tak ada d***h” .
Dengan satu tarikan nafas yang agak panjang , aku pun cerita lah apa yang jadi tadi , mak aku boleh gelakkan je aku selepas aku cerita tuh . Dan aku cerita pada family aku yang lain pun dorang hanya gelak . Dalam hati aku (“tak guna punya adik beradik , aku macam nak m**i kaku , korang gelak je ye”)
Dan selepas pada kejadian tu ,
Sikap aku yang suka celupar ni telah aku buang jauh-jauh . So pesanan untuk diri sendiri dan juga pembaca , tidak kira la korang seberani apa pun , jaga kata-kata korang , jangan celupar . Tak kira lah dimana pon korang berada mahupun dirumah atau di luar rumah . Kalau tak jadi la macam aku ni . HAHAHAHA .
So sampai sini je la kot cerita aku yang agak boring dan tak seram mana pun .
Terima Kasih .
#jangancelupar
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit