Cerita Anak Kapal

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Sebuah kisah yang diceritakan dari seorang sahabat aku, yang aku nama kan Ed. Ed yang aku kenal bekerja dengan syarikat perkapalan, hidup dilambung ombak setiap hari merupakan perkara biasa. Aku dalam cerita ni, merujuk kepada sahabat aku si Ed. Baiklah tanpa berbunga-bunga, mari kita mulakan.

Dah dua minggu kapal tempat aku berkerja berlabuh di Kemaman, sebuah dock terkenal dinegeri Pantai Timur. Dan sepanjang dua minggu jugalah hujan renyai turun membasahi bumi hampir setiap malam. Cuaca tak berapa cantik untuk berlayar kebelakangan ni. Jarak penglihatan terbatas dan bimbang laut tiba-tiba bergelora besar.

Petang tadi, kami dah dimaklumkan tentang ‘tool box meeting’ atau dalam bahasa daratnya ‘briefing’ akan dibuat selepas waktu makan malam. Sementara menunggu Kapten dan Roving Kapten hadir untuk meeting. Aku dan beberapa kawan yang berlainan jawatan seperti AB, oiler, chef dan beberapa lagi kawan yang lain. Merokok di ‘bridge’. Kapal pun dah berlabuh diport dan dalam mode ‘standby’, jadi kami boleh curi masa sekejap untuk turun dan merokok.

Merokok tak menjadi masalah besar selagi peraturan tak dilanggar, untuk tak merokok dikawasan larangan atau semasa sedang loading minyak. Kami kesemuanya berjumlah enam orang turun merokok di bridge, dalam keadaan hujan masih renyai.

Sedang syok tarik dan hembus asap rokok, AB mula bersuara..

“Eh, coba kamu liat.. Apa itu yah?” Kata AB aku yang berasal dari Indonesia, tangannya ditunjukkan pada kapal besar disebelah yang berjarak 300 meter dari kapal kami.

Nampak seolah-olah ada benda tergantung yang sesekali terbuai-buai bila ditiup angin. Tapi jarak penglihatan tak cukup jelas dalam hujan yang sedang renyai tambahan lagi kurangnya bantuan cahaya.

“Apa itu yah?” AB aku bertanya lagi. Kami semua berpaling dan memberi lebih tumpuan untuk memerhatikan ‘benda’ yang tergantung tersebut.

“Diorang jemur dummy, kot..” Oiler balas selamba. Memang jadi kebiasaan bagi kapal-kapal yang berlabuh, jika dalam mode ‘standby’ mereka akan cat kapal, bersihkan badan kapal dan adakalanya mereka jemur dummy atau barang-barang kegunaan kapal sebelum mereka mula berlayar semula. Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan jika nampak benda-benda tergantung dikapal, walhal kapal masih berhenti dipelabuhan.

Kebiasaannya AB dan Bosun akan mencuci kapal, kerana itu tugasan mereka. Dan mereka jugalah yang biasanya akan mengantung barang-barang kegunaan anak-anak kapal lain untuk dikeringkan sebelum kembali berlayar.

“Kamu gak berasa aneh yah? Kok dummy nya punya rambut?” AB aku bersuara lagi.

Ada benar juga kata-kata dia, biasanya dummy yang digunakan didalam kapal, jenis patung berkepala botak. Dummy ni disimpan dalam kapal untuk kegunaan latihan menyelamat dilaut. Berat juga patung ni, hampir menyamai berat manusia sebenar. Dummy akan dibuang ke laut, dan anak kapal akan terjun untuk latihan menyelamatkan nyawa. Latihan yang dilakukan supaya anak-anak kapal mahir dalam misi menyelamat.

“Eh, kapten dah naik!” Tingkah aku, bila nampak kelibat Kapten dan Roving Kapten mula masuk ke ruang untuk toolbox meeting. Perbualan tentang dummy, terhenti setakat itu sahaja. Kami mula mendaki tangga untuk menghadiri briefing.

Usai briefing, malam yang makin larut dan masih lagi dibasahi hujan renyai. Aku ditugaskan untuk berjaga atas kapal. Muncul perasaan tak selesa setiap kali terpandang kapal sebelah, rasa yang sukar nak digambarkan. Tak tenteram dalam cuaca yang serba menyeramkan, sesekali bulu roma merinding bila terpandang kapal sebelah.

“Ali, ko boleh naik atas tak? Bawak teropong dan walkie talkie sekali..” Aku perintahkan Ali untuk naik ke anjung tinjau. Untuk meninjau benda yang tergantung dikapal sebelah, tindakan yang aku buat untuk menghapuskan rasa ingin tahu yang berkecamuk dalam hati. Ali ni punyalah bagus, takde dolak dalik, terus bergerak seperti diarahkan.

“Ed, aku dah sampai atas!” Ali mula paging aku menggunakan walkie talkie.

“Ko teropong dummy yang tergantung kat kapal sebelah tu!” Aku balas pendek. Lima minit berlalu, mungkin Ali gunakan untuk betul-betul memerhatikan dummy yang tergantung kat sana.

“Tak nampak lah Ed.. Hujan renyai, takde cahaya..” Ali bersuara semula selepas lima minit.

“Boleh gerak sikit? Tengok dari posisi atau kedudukan lain?” Ali diam tak membalas.

“Serius tak nampak, bro.. Dengan kapal bergoyang-goyang, aku tak boleh nak fokus..” Balas Ali, sepuluh minit kemudian Ali turun ke tempat aku. Hanya mengeleng-gelengkan kepala, menandakan dia memang gagal melihat dummy tersebut dengan jelas.

“Ed, naik atas jap..” Walkie talkie berbunyi mengejutkan aku dan Ali yang masih memerhati kapal sebelah, aku dipanggil naik atas urusan lain.

Bila aku berpaling untuk naik tangga, aku nampak ada lelaki berpakaian kerja lengkap warna biru sedang berdiri dibawah tangga. Susuk dengan baju overall biru, safety vest warna kuning dan helmet berwarna putih. Muka tak dapat dilihat dengan jelas!

“Ed, naik sekarang..” Walkie talkie berbunyi lagi, aku pandang semula bawah tangga, susuk dengan pakaian kerja lengkap berwarna biru dah ghaib!

Ah! Mungkin khayalan aku je.. Atau mungkin juga dummy tadi dah berjalan sampai ke sini.. Aku bergumam sendiri dalam hati.

“Ali, aku tak sedap hatilah..” Aku katakan pada Ali yang masih sibuk dengan teropong, meninjau-ninjau dummy yang tergantung dikapal sebelah.

“Kau relax je lah, malam panjang lagi ni.. Kita ni kat laut, benda macam ni memang biasa kena dengan team malam..” Ali mula membebel, sebelum aku betul-betul melangkah naik anak tangga dan meni ggalkan Ali. Hati aku kuat mengatakan benda yang aku nampak tergantung tu bukan dummy, tapi mahluk hidup.

***

Malam yang panjang dan sejuk berlalu, tugas aku tamat tepat pada pukul 7, usai punch kad dan bersarapan pagi bersama Ali, kami kembali ke bilik masing-masing untuk tidur.

Pintu bilik aku diketuk bertalu-talu saat sedang nyenyak tidur. Bergegar macam nak roboh!

‘Kapten panggil naik atas kapal!’ itu sahaja maklumat yang diberi semasa aku buka pintu. Terpisat-pisat lagi, dengan mata koyak rabak. Aku naik ke pejabat untuk berjumpa Kapten.

“Ed, duduk!” Kapten perintahkan aku yang terpinga-pinga untuk duduk didepannya. Tak lama kemudian Ali pula sampai, Ali juga disuruh duduk didepan Kapten. Aku dan Ali yang keliru dan mengantuk berpandangan sesama sendiri. Lama juga Kapten diam dan cuma perhatikan muka aku dan Ali.

“Malam tadi ada berlaku apa-apa ke? Ada nampak apa-apa tak?” Kapten mula bertanya. Aku pandang muka Ali, masih lagi terpinga-pinga. Dikejutkan untuk bangun secara paksa, dan dipanggil untuk ambil keterangan dalam keadaan mamai macam ni, sumpah tak boleh nak ingat apa-apa!

“Takde apa-apa, semuanya ok..” Jawab Ali, aku cuma mengangguk setuju.

“Kenapa, Kapten? Ada apa-apa yang perlu kami tahu ke?” Aku tanya pula pada Kapten.

“Betul takde nampak apa-apa atau dengar bunyi apa-apa?” Kapten tanya lagi untuk kepastian.

“Tak tahu pulak, tapi kami memang tak nampak apa-apa, atau dengar apa-apa.. Lagipun hujan renyai-renyai sepanjang malam.. Jarak penglihatan kurang!” Aku balas pertanyaan Kapten.

“Kenapa sebenarnya ni, Kapten?” Ali pula bersuara.

“Macam ni.. Lebih kurang pukul 10 pagi tadi, kecoh kat kapal sebelah jumpa mayat tergantung kat tepi kapal..” Bulu roma aku mula berdiri, dan aku pandang Ali, Ali dah mula telan air liur.

“Gantung guna apa?” Tanya Ali.

“Gantung guna getah paip bomba yang besar! Rupanya dah dua hari tergantung.. Sorang pun tak perasan!”

“Siapa yang jumpa?” Aku pula yang tanya.

“Geng-geng kaki pancing yang naik bot lalu sebelah kapal! Mayat tu, mayat lelaki Bangla m**i b***h diri.. Mata dah hilang dimakan burung, masa dibawak naik!” Keluh Kapten.

Kami keluar dari bilik Kapten, selepas Kapten berpuas hati dengan keterangan yang kami tak nampak apa-apa yang mencurigakan dikapal sebelah sepanjang shif kami. Sedangkan hakikat sebenarnya benda yang aku, Ali dan kawan-kawan lain sangkakan dummy, rupanya mayat manusia!

Dan kami sebenarnya berkerja sepanjang malam ditemani mayat yang tergantung dikapal sebelah!

Dua minggu berlalu sejak dari insiden tersebut, Kapten mula keluarkan arahan pekeliling untuk berlabuh lebih jauh sedikit dari kapal tersebut. Selepas desas desus dari kawan-kawan yang berkerja malam terserempak dengan Bangla berpakaian kerja lengkap warna biru dilihat ‘berjalan-jalan’ mengambil angin dalam kapal kami.

Bangla yang ghaib secara tiba-tiba, bila ditegur atau disapa!

Bila aku berbual dengan kawan-kawan yang pernah terserempak dengan kelibat tersebut, mereka gambarkan sebiji macam yang aku nampak bawah tangga tempoh hari!

Sekian..

Begitulah ceritanya pada kali ini, pengajaran yang aku kutip dari cerita Ed ni, setiap pekerjaan mempunyai cabaran yang berbeza. Lebih tinggi nilai bayaran, maka lebih besarlah risikonya. Dalam situasi Ed, perkara terbaik yang dilakukan dalam kondisi kemampuannya adalah meninjau.

Malangnya faktor cuaca buruk menyukarkan hasil. Dan apa pun tugasan yang diberikan haruslah digalas dengan berani. Ed bernasib baik, kerana tak diganggu secara berterusan oleh kelibat yang dilihatnya dulu. Dan tindakan bijak Kapten dengan menukar kedudukan kapal berlabuh, menghindarkan anak kapal dari terus diganggu kelibat ‘pekerja rajin’ yang mula berkerja pada sebelah malam.. hihi

Sekian dari aku, sampai berjumpa lagi diepisod yang lain.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

P/s : sesiapa yang ada cerita seram, tipikal atau pun tak, rasa nak share tapi malas nak taip, boleh sharekan pada aku, aku akan storykan kepada umum. Nama dan watak, akan ditukar, bergantung pada keselesaan korang.. xoxo!

Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut, ‘dengan pantas’ aku reply (kalau aku tak sibuk ler.. hihi)
Link untuk DM aku ada dibawah, klik pautan dan tekan ‘mesej’. Terima kasih.

Arif Yahya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 59 Average: 4.8]

1 thought on “Cerita Anak Kapal”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.