Chenta Purnama

Tahun 1930-an

Malam itu, sepasang merpati sejoli meluahkan perasaan masing-masing. Ditemani remang cahaya bulan dan sinar bintang yang memalu syahdu. Ahmad dan Chenta berbual mesra di pangkin yang berbumbungkan sepohon pokok. Awalnya, mereka cumalah kawan baik. Namun, entah bagaimana mereka jatuh cinta terus menukar persahabatan kepada percintaan. Ahmad seorang yang

tampan dan kacak. Chenta seorang gadis jelita dan berkulit cerah. Chenta menjadi pujaan ramai jejaka. Dia pernah dipinang oleh beberapa lelaki. Tetapi, pinangan itu ditolak kerana rasa cinta terhadap lelaki bernama Ahmad.

“Ahmad, Chenta mahu kita bersama buat selamanya. Chenta tidak mahu kehilangan Ahmad.”, Chenta sungguh menyayangi jejaka tersebut.

“Ahmad juga sayang kepada Chenta. Nanti sudah cukup wang, kita segera bernikah ya.. Ahmad janji kita pasti bersama.”, Itulah ungkapan terakhir daripada Ahmad kepada gadis bernama Chenta.

Berita daripada kedua-dua orang tua Ahmad yang mengabarkan bahawa Ahmad sudah lari bersama teman baik Chenta, bernama Wati sudah sampai ke telinga Chenta Purnama. Sudahlah yatim piatu yang tinggal keseorangan, malah ditinggal kekasih yang curang dalam lembah percintaan. Sungguh derita di atas derita. Chenta merasakan hidupnya sudah berakhir. Apakah lagi yang harus dilakukannya? Dimanakah tempat yang mahu dituju lagi? Hidupnya seperti tiada arah. Chenta menguatkan semangatnya dan meneruskan kehidupan. Dia tidak akan sesekali menerima dan memaafkan Ahmad. Walau nyawa menjadi taruhan sekalipun, tetap dengan pendiriannya. Chenta gadis yang kuat dan tabah.

Tahun 1932

Tahun demi tahun berlalu, sesudah kejadian malang yang menimpanya. Kenangan pahit itu masih tersemat dalam ingatan. Pagi itu, kedengaran ketukan pintu dari luar rumahnya. Dia membuka pintu, lantas kaget kerana susuk tubuh itu adalah insan yang amat dikenalinya. Jantungnya rasa mahu gugur.

“Assalamualaikum Chenta”, Ahmad hanya merenung anak mata Chenta. Namun, Chenta memandang ke arah lain.

“Ada apa kau datang ke mari? Mahu menyakiti hatiku lagi? Aku tidak akan memaafkanmu. Sudahlah, segalanya sudah berlalu. Pergilah, pulang. Aku tidak sudi memandang kau lagi.”, Sungguh Chenta dengan pendiriannya yang tetap.

“Chenta, Ahmad datang ke mari kerana mahukan peluang untuk bersama Chenta kembali. Wati sudah meninggalkan dunia selepas melahirkan bayi kami.”, Mendengar sedemikian, hati Chenta mula marak dengan api. Menggelodak rasa marah.

“Aku tidak sudi, sudah pergilah pulang.”, Chenta lantas menutup daun pintu dan berlalu pergi menenangkan hati dan fikiran.

Keesokannya, Chenta mahu pergi ke Dusun milik Mak Minah untuk menemuinya. Dalam perjalanan, Chenta dipukul di belakang kepalanya. Dia tidak menyedarkan diri.

Ahmad telah merancang perkara ini sejak semalam lagi. Rancangannya berjaya untuk memiliki tubuh Chenta Purnama dan memaksa gadis itu berkahwin dengannya.

“Apakah yang kau lakukan terhadap aku?! Celaka kau Ahmad. Kau memang setan! Kau memang binatang! Sampai aku m4ti, aku tidak akan memaafkanmu!”, Chenta mengamuk dan memukul-mukul tubuh Ahmad. Lalu, pergaduhan besar terjadi. Ahmad lantas membalas serangan gadis itu. Malang tidak berbau, Chenta telah menemui Ilahi. Dia menjadi mangsa nafsu rakus dan juga mangsa keadaan. Ahmad berasa takut, lalu dia menanam mayat Chenta di sebuah perigi buta yang terletak jauh di dalam hutan. Selapas tragedi itu, kehilangan Chenta tidak dapat dirungkai oleh penduduk kampung. Ahmad melarikan diri bersama bayinya dan meninggalkan kampung serta kedua-dua orang tuanya.

Tahun 2013

“Pastikan pembinaan rumah di tapak ni berjalan dengan lancar ya. Jangan ada yang tidak ikut piawaian. Baik, itu sahaja. Semua boleh bersurai.”, Kata-kata Datuk Fadzil mencengkam sanubari Adam Syauqi. Dia teringat tentang gadis berbaju kebaya putih yang berada di tapak pembinaan tadi. Gadis itu merenungnya dengan penglihatan yang sukar ditafsir.

“Woi, Adam dengar tak apa aku cakap ? Itulah, berangan lagi siang-siang buta ni. Nak jadi mat jenin ke macam mana?”, Sergah Danny teman rapatnya. Walaupun disergah Adam masih tidak dapat melupakan seraut wajah jelita yang pucat di tapak pembinaan tadi. Mana mungkin ada gadis yang berkebaya di tanah pembinaan itu. Di sekitar kawasan itu, tiada perkampungan. Dulu pernah ada, namun sudah tidak wujud. Adam mem4tikan lamunannya tentang gadis itu dan segera memelapkan mata berlayar ke alam mimpi.

Pagi hujung minggu, dihiasi dengan cahaya matahari yang tidak cerah seperti biasa. Langit kelihatan mendung.

Adam memandang luar jendela. Ada seorang gadis yang berpayung di bawah pokok mangga jirannya. Gadis itu berkebaya putih dan membelakanginya. Adam lantas turun ke bawah untuk melihat. Namun, sudah hilang dan tiada. Adam hairan, pelik dengan apa yang ditatap oleh iris matanya sebentar tadi. Dia meninggalkan tanda soal di minda. Tertanya-tanya apakah gerangan gadis berkebaya putih itu. Tidak mahu berfikir panjang. Dia pergi ke dapur untuk menikmati hidangan sarapan yang disediakannya.

Hujung minggu sudah berlalu, Adam memulakan tugasnya untuk pergi ke tapak pembinaan. Dia harus memantau segalanya dari pelbagai aspek sambil dibantu oleh beberapa orang rakan sekerjanya. Adam memandang kiri dan kanan, sekiranya ternampak gadis misteri itu dia mahu merungkai segala misteri yang bertapak di akal fikiran.

“Bro, kenapa macam terteleng-teleng tengok kiri kanan ni? Ada apa apa yang tak kena ke dengan projek?”, Soal Farhan. Adam hanya menggeleng dan meneruskan pemantauannya. Adam bingung, mengapa gadis itu tidak muncul sewaktu dia mencarinya? Adakah kerana takut? Atau malu? Ah, persetankan sahaja.

“Adam, aku kena balik dulu. Bini aku pengsan kat office dia, jumpa esok.”, Farhan bergegas memasuki perut kereta dan memandunya. Adam mengganguk dan membuat tanda ‘okay’.

‘Hai, tinggal aku sorang la ni pantau yang lain. Nasib baik dah nak dekat pukul 5 dapat la balik cepat’, desisnya sendiri. Waktu berlalu pantas, dia pulang ke rumah dan membersihkan diri untuk menunaikan solat fardhu.

Harinya, tenang tanpa diganggu jelmaan gadis misteri itu.
Sangkanya, sudah lenyap dan tidak akan memunculkan diri. Tetapi, sangkaan meleset kerana pada malam itu gadis misteri itu berada dalam biliknya.

“Adam.. tolong saya.. Adam..”, Bunyinya seperti bunyi angin yang berbisik sayu. Adam berasa hairan walaupun dia masih dalam lena separuh sedar. Selimut Adam ditarik sehingga dia kesejukkan gara-gara hawa pendingin.

Dia mencelikkan mata dan mencari arah bunyi tersebut. Tiada sesiapa. Namun, tiba-tiba kelihatan gadis berkebaya putih sedang duduk di sebelah sisi kanannya sambil merenung pilu. Adam kaget, dia lantas melompat dari katil.

“Si.. siapa kau ni? Apa kau nak? Tolong jangan ganggu aku. Aku tak buat salah kat kau.”, Adam mula berasa takut, kerana ini pasti bukan manusia. Pintu sudah dikunci dan tingkap memang dia sudah tutup malam tadi. Gadis itu mengalirkan airmata d***h dan melemparkan pandangan seolah-olah sudah sekian lama menderita.

“Adam, aku sudah lama hidup di dalam penantian dan kekecewaan. Aku menanti dirimu untuk membantuku. Aku tidak tenang. Semadikan diriku dengan betul. Aku tidak tahan menanggung pedih siksa.”, Rayu gadis itu.

“Ke.. ke.. napa aku? Aku tak kenal kau. Aku tak tahu apa-apa.”, Adam menggigil dan berpeluh ketakutan. Dia kaku. Dia memandang wajah jelita ‘gadis’ itu. Tersirat rasa kasihan. Namun, dia tidak akan terpedaya dengan bisikan syaitan. Dia berzikir di dalam hati. Lantas, ‘gadis’ itu hilang dan tidak memunculkan diri. Pagi itu, Adam bangun dengan fikiran yang keliru dan buntu. Adam mengadukan hal ini kepada rakan karibnya, Danny. Danny mempunyai cadangan untuk membantu jejaka itu. Bapa saudara Danny, adalah seorang pengamal perubatan dan mampu melihat benda-benda yang tidak nampak dengan mata kasar.

“Adam.. macam nilah. Malam esok kamu datang dengan Danny. Bawak sebotol air juga untuk pulihkan semangat kamu. InshaAllah dengan izin Allah, kamu akan okay.”, Pak Mad menyatakan hal itu kepada mereka berdua dengan nada tenang. Sebenarnya, Pak Mad nampak gadis itu ada bersama mereka. Namun, Pak Mad diamkan sahaja. Tidak mahu mereka berdua takut dan resah.

“Tolong jangan ganggu urusan aku, aku perlukan lelaki itu untuk membantuku bersemadi dengan aman. Aku tidak mahu sesiapa menggangu jalanku untuk pulang.”, Jelmaan gadis itu terus ghaib. Nadanya memberi amaran dan tegas. Pak Mad hanya menggeleng dan terus memikirkan cara untuk menjernihkan keadaan kembali.

“Assalamualaikum Kassim, kamu ada di rumah tak? Aku nak berjumpa dengan kamu, ada hal penting ni.”, Tanya Pak Mad dengan nada risau.

“Ada di rumah, marilah ke sini. Aku tunggu ya..”, Lantas dia mematikan panggilan tersebut. Mereka pun berbincang tentang bagaimana untuk membantu rakan anak saudaranya itu. Perkara ini tidak boleh dibuat main, kerana gadis itu membawa dendam kesumatnya dan melibatkan nyawa Adam.

“Malam ni, apa-apa jadi mohon semua jangan takut ya..”, Pesan Pak Mad kepada Pak Kassim, Adam dan Danny.

Tiba-tiba angin bertiup kencang dan guruh mengaum di dada langit. Hatinya seakan merasakan sesuatu yang tidak kena pada malam itu. Adam terus berzikir dan berselawat dalam hati.

Pak Mad memulakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Namun, tiba-tiba.. Adam gelisah dan menepuk-nepuk lantai kayu dengan kuat. Mereka bertiga masing-masing berpandangan dan meneruskan bacaan ayat suci al-Quran.

Adam merintih seakan suara seorang gadis. Dia meraung dan melaungkan rasa derita.

“Sakit.. Panas.. Aku mahu lelaki ini membantuku sahaja. Tolong.. hidupku dulu pernah merana dan tersiksa. Aku dirogol dan diratah sepuasnya. Dia memb##nuhku. Aku ingin membalas penderitaan yang diberinya, aku mohon. Jangan apa-apakan aku.”, Gerak-geri Adam seperti seorang gadis yang ketakutan.

“Beritahu kami, kau siapa dan kenapa kau ganggu lelaki ni?”, Soal Pak Kassim.

“Aku pulang ke dunia ini kerana mahu deritaku dibalas dengan kesengsaraan yang Ahmad beri padaku. Dia curang dan tinggalkan aku. Melarikan diri bersama rakan perempuanku amat tidak mampuku maafkan. Lalu, dia kembali menabur janji palsu. Aku tidak sudi lagi memaafkannya. Aku dirogol dan dib#nuh. Lalu, aku ditanam bersebelahan perigi buta di hutan itu.”, Penjelasan ‘gadis’ itu membuatkan Danny mula faham.
Dia juga berasa kasihan dengan nasib buruk ‘gadis’ itu.

“Tapak pembinaan yang kami sedang usahakan itu, adalah tempat kamu ditanam dulu?”, Danny mula mendapat akal untuk jawapan yang diperlu Adam.

“Iya benar. Sudah berpuluh tahun aku menunggu. Akhirnya, ada yang sesuai untuk membantuku.”, Lalu ‘Adam’ menangis dengan sayu dan matanya mula bergenang dengan d***h.

“Pulanglah, tiada apa lagi di dunia ini untuk kau tuntut. Pulang kepada Yang Esa. Jangan ganggu Adam lagi.”, Pak Mad bicara dengan nada lembut dan kasihan. Gadis yang m4ti dib#nuh di zaman dahulu, yang mahu menuntut dendam kematiannya, entah hidup entah tidak lelaki jahat yang memp#rkosanya itu.

“Aku tidak mahu pulang selagi keturunannya tidak ku hapus! Adam ini harusku b#nuh.”, Sekali lagi pecah hilai tangisnya. Mereka bertiga mengalunkan ayat suci al-Quran. Lantas, Adam merebahkan diri tidak sedar. Dia dirasuk gara-gara dosa moyangnya, Ahmad.

“So, Ahmad tu moyang kau lah? Dia dah meninggalkan. Tak baik sebut-sebut.”, Fikiran Adam bercelaru. Dia tidak mampu menerima yang moyangnya melakukan perbuatan yang dilaknat dan terkutuk. Semoga dosa moyangnya diampun Allah SWT.

“Hm, atuk aku ada bercerita dekat aku dulu pasal ayahnya, Ahmad. Atuk aku cerita, ayahnya itu baik hati dan seorang penyayang. Dia yang ajar ilmu persilatan dekat atuk aku, kemudian diturunkan pada ayah aku dan aku. Aku rasa macam dunia ni berhenti berputar Danny.. Haih.”, Keluh Adam.

Manakala, Pak Mad dan Pak Kassim menasihatinya agar semadikan mayat Chenta Purnama yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak dijumpai. Akhirnya, misteri kehilangan Chenta Purnama terungkai. Sayangnya, bukan pada zamannya. Namun, terungkai setelah beberapa dekad berlalu.

“Tuan, mayat sudah dijumpai.”, Kata-kata polis itu amat memalu kesedihan hati. Hanya tinggal kain putih yang koyak dan lusuh bersama beberapa tulang-temulang. Bercampur-baur perasaannya. Ngeri dan kasihan. Bagaimanalah nasib gadis jelita ini menjadi buruk dan malang?

Di Tanah Perkuburan Islam Haji Daud

“Bersemadilah kau dengan aman, Chenta Purnama. Semoga kau tenang disisi-Nya. Al-Fatihah. Lalu, seraut wajah jelita dipandang di bawah pohon yang rendang. Berselendang dan berbaju kurung putih. Wajahnya suci bersih. Mungkin sudah ini suratan takdir yang harus kau jalani wahai Chenta Purnama, semoga kau maafkan dosa moyangku.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Batrisyia Azhar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

2 thoughts on “Chenta Purnama”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.