Cik Merah

Hai dan salam sejahtera kepada para pembaca Fiksyen Shasha, Kev sebagai pembaca tegar fiksyen shasha tertarik untuk share pengalaman saya yang pertama kali dalam sejarah diganggu oleh mahkluk yang susah nak nampak dengan mata kasar. Saya ni nak dikatakan penakut tu tak lah, tapi kalau jumpa benda benda yang menakutkan ni siapa je yang berani.. HAHAHAHAHA.. Okay mari kita mula.

2 tahun yang lalu, masa tu aku dan keluarga terpaksa balik ke kampung kerana kami dikejutkan dengan kematian pakcik belah ayah aku yang meninggal kerana sakit jantung.
Aku, ayah, mak dan adik beradik aku yang lain telah pun selamat sampai di kampung yang agak pendalaman. Kalau diikutkan jauh perjalanan untuk masuk pendalaman itu kira-kira tak sampai pun 30 minit.

Waktu malam, aku di call oleh kawan sekerja aku, katanya aku terbawa kunci stor sebab aku lah orang terakhir yang kemas stor itu semalaman. Dan harini dia minta aku hantar kunci stor ke rumahnya itu kerana ada barang yang nak dihantar ke dalam stor itu pagi besok. Mujur kunci stor tu aku letak kat beg yang selalu aku bawa kemana-mana, kalau tak terpaksa balik rumah untuk ambil kunci stor kat sana. Jauh tu kalau ulang alik. Nak tak nak terpaksa jugak aku pergi hantar kunci stor tu malam ni kerana esok aku dah mula cuti 3 hari.

Jam menunjukkan pukul 11:50 malam aku beritahu mak aku yang aku kena hantar kunci stor itu malam ni jugak.. Mak aku kurang setuju dan tidak sedap hati jika aku pergi keluar memandu waktu tengah malam tapi aku yakinkan dia supaya tidak merisaukan aku dan aku segera balik.
Aku ambil beg, kunci kereta dan turun ke kaki lima terus ke kereta. Enjin dihidupkan dan terus memulakan perjalanan..

Disini bermulanya keseraman yang aku alami berlaku for the first time ever.. chewahhh…
Ketika aku sedang dalam perjalanan, memang gelap gelita dengan tak ada lampu jalan, kereta lain yang lalu pun tak kelihatan, bulan dan bintang pun tiada.. memang gelap dan hanya disinari dengan cahaya kereta aku sahaja.
30 minit berlalu, ketika itu aku mula pelik dan perasan yang jalan yang aku lalui tak sampai-sampai ke pangkal. Dan yang lagi membuat aku rasa makin pelik, aku telah pun lalu jalan tu lebih 3 kali. Aku sedar yang jalan itu berulang-ulang sebab dekat tepi jalan itu terdapat kubur lama, dan aku dah terserempak dengan kubur lama itu berterusan.

Aku mula tak sedap hati bila jalan yang aku lalui dah masuk kali ke 4. Aku mula mengatur nafas ku, aku beri full volume pada radio untuk menggelakkan kesunyian dan terdengar bunyi yang pelik pelik.
Bila aku lihat jam di telefon ku, sudah pukul 12:46 tengah malam. Maknanya, aku dah terkurung dalam kereta hampir sejam dan jalan masih lagi tidak berpenghujung.
Jalan punya jalan, aku dah rasa makin tak tenang dan perasan kereta aku tiba-tiba jadi berat. Dan yang lebih menakutkan bila aku dikejutkan dengan bunyi ketukan yang kuat dari belakang kereta. Peluh dingin memasahi dahiku, malah penghawa dingin pun tidak mampu menyejukkan diri aku.

Aku makin rasa lagi seram dan lagi lah terkejut apabila kubur lama yang aku lalui buat kali ke 5, terdapat kelibat seseorang seperti duduk di permukaan satu kubur yang agak berdekatan dengan jalan. Bila aku lihat lagi dengan lebih jelas, YES! itu memang dia… apa yang aku nampak, orang itu berpakaian merah, berambut panjang kusut dan kulitnya lengannya putih pucat. Mujur aku tidak lihat mukanya kerana makhluk tersebut membelakangi jalan.

Hampir menangis, peluh makin menitis, malah rasa nak terkencing pun ada. Aku mula berdoa dalam hati supaya dia tidak mengganguku dan agar cepat sampai ke penghujung jalan.

Dengan tiba-tiba, kereta aku tadi berat kini ringan kembali. Aku teruskan memandu tapi tidak terlalu laju dan tidak juga terlalu perlahan. Aku risau kalau aku membawa kereta dengan laju, mana la tau benda merah tadi tu tetiba kat tengah-tengah jalan terus terlanggar.. kalau terlanggar tak apa lagi, takut-takut langgar pokok masuk gaung.. tak pasal pasal ikut mendiang pakcik saya sekali huhu..

Hati aku mula rasa lega dan tenang bila aku sudah rasakan diri aku sudah berada di penghujung jalan tersebut. Sesampai simpang, aku mula menarik nafas lega dan terus ke pecut bila sudah melalui jalan raya.
Sepanjang perjalanan aku menuju ke rumah kawanku itu, tiada apa-apa berlaku lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 1:31 pagi ,dan aku meminta izin kawanku itu untuk menumpang tidur di rumahnya untuk malam ni sahaja. Mujur dia tinggal sorang jadi aku tak lah malu sangat nak minta tumpang tidur..

Sepanjang aku bebaring , aku tak boleh nak lelapkan mata sebab takut masih menguasai diri. Masih terbayang-bayang masa aku diganggu oleh ‘Cik Merah’ tadi. Bila aku lihat jam, sudah pukul 3:12 pagi. Aku sudah call mak aku sebaik kawan ku memperlawa aku untuk tumpang tidur dan supaya mak aku tidak risau dan tidak menunggu aku balik. Sepanjang malam itu aku tidak tidur sampailah ke pagi hari.
Sebaik pagi selepas aku sarapan di kedai, aku terus balik ke kampung lagi sebab waktu itu mak suruh aku balik cepat.

Waktu siang aku tidak takut untuk melalui jalan tersebut sehinggalah aku melalui
tapak perkuburan lama itu membuatkan aku jadi tak selesa dan masih memikirkan apa yang aku lihat pada waktu itu bila sosok wanita berbaju merah tersebut berdiri di atas kubur itu. Apa itu kubur dia? Entahlahh.. Sesampai di kampung, aku menceritakan kejadian yang aku lalui malam itu kepada mak dan ayahku dari awal sampai habis tiada satu pun yang tertinggal. Selepas saja mengalami peristiwa itu, aku demam panas selama seminggu dan menambah lagi cuti aku.

Selepas kejadian itu, aku dah tak berani untuk memandu seorang diri pada waktu malam lebih-lebih lagi di kawasan yang berhutan atau berpendalaman. Aku berharap itu first and last aku jumpa dengan makhluk ngeri itu.
Bayangkan pembaca, dalam keadaan seorang diri di kereta, gelap gelita, melalui jalan yang sama 4 ke 5 kali, memandu 2 jam lebih tak sampai sampai, jalan pulak kawasan kubur berkali-kali, jumpa Akak Merah pulak kat tengah-tengah kubur..huhu tak tahan mat…

So ini saja kisah aku, mungkin kisah aku tak seram pada pembaca sekalian, tapi sangat menyeramkan pada saya bila terpaksa berdepan dengan benda-benda mistik begini. Maaf andai cerita aku agak tunggang langgang, biasalah aku pun tak pandai sangat mengarang. Hanya cerita dan pengalaman aku untuk berkongsi dengan pembaca pembaca sekalian..hihi
BYE!!…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

WalterKevin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 64 Average: 4.2]

2 thoughts on “Cik Merah”

  1. seram la matt.. cuba mendalami and rasa yang kau dalam situation tu.. act drive sesorang time malam tu pun dah dikira seram hahahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.