Cik Penanggal

Assalamualaikum,
Terima Kasih FS sebab sudi publish kisah ‘Kebaya Hijau’ tu ye. Kali ni Ai nak cerita pengalaman lain pula. Semua Kisah yang Ai cerita adalah benar dan terjadi sendiri sama ada pada Ai, Adik or kawan sendiri. Tapi, pengalaman yang Ai nak cerita ni bukan Ai je rasa tapi almost semua ahli keluarga Ai kena.

Siapa kenal cik nanggal???
Cik kak yang keluar tak bawa badan tu. Cik kak tu lah yang Ai nak cerita.
Korang tahu tak, bunyi cik kak tu macam mana? Bunyi dia macam ni. ‘PLUP..PLUPP..PLUPPP” Bunyi macam span basah yang berlaga-laga. Tu bunyi usus-usus perut dia yang terburai tu. Itu orang cakap lah. Wallahu A’lam. Tapi, waktu yang kami dengar memang betul macam tu bunyi dia. Seram!

Kisah pasal Cik kak ni terjadi dua kali kat Ai. Tapi, pada dua tempat yang berbeza. Kisah yang pertama terjadi waktu Ai pergi bercuti dengan keluarga kawan Ai. Kami bercuti di Langkawi. Tapi, Ai tak ingat dekat pangsapuri mana yang kami tinggal. Sampai je rumah sewa tu, kami rehat sekejap. Petang tu, dengan kereta sewa kami pergi ke pantai cenang untuk makan dan berjalan. Sampai di rumah sewa dalam waktu magrib. Dalam semua tengah sibuk membelek barang yang dibeli, Ai terdengar orang ketuk pintu. “tuk..tukk.tuk…” Ai terus pandang kawan Ai. Kawan buat bodoh, dia masih sibuk dengan keychain dia. Ai diam. Ai dengar lagi bunyi tu. Ai toleh. Pintu bilik memang terbuka. Ai pandang tingkap bilik. Ai terus bangun, selak langsir buka tingkap. Kosong. Tutup tingkap. Buat tak tahu. Malamnya tu, Ai mimpi Cik Kak datang menerpa. Tahu tak orang menerpa macam mana? Dapat bayangkan tak? Kepala dia datang dari jauh melulu ke arah muka kita. Macam tu lah. Dua kali dia menerpa. Ai terkejut , terjaga terus menjerit. Syukur kawan terjaga, terus peluk. Mungkin mimpi. Tapi, tingkap bilik tu terbuka!!!

Ok. Itu kisah pertama. Yang Ai nak cerita sebenarnya yang kedua ni hehe. Masih kisah Cik Kak kita ni. Tahun 2014 atau 2015 Ai tak berapa ingat. Kami sekeluarga buat hari keluarga. Hampir 100 orang adik beradik nenek abah atok semualah belah mama. Kami berkumpul di Melaka. Nama Chalet tu, ‘D**A B*****S”. Kat tempat ni banyak chalet ada yang macam rumah banyak bilik, ada yang bilik sahaja. Rumah- rumah chalet ni pula diberi nama panggilan macam maklong, makngah, pakcik, paklang. Macam tu lah lebih kurang. Ai dapat chalet tingkat atas yang bilik sahaja. Kecik je. Masuk terus nama katil satu. Depan katil tu bilik air. Ada tv lama dan singki. Rumah papan kan, jarang orang duduk so agak berhabuk. Katil dan tingkap papan depan singki tu pun berhabuk. Pintu bilik yang kami duduk tu pun dah rosak. Kena pulas dulu angkat sikit baru boleh buka. Bilik tu macam biasa, yang duduk Ai, Mama and adik. Kami memang bertiga ja.

Ok. Al-kisahnya terjadi petang tu, kami berempat, Ai, adik dan dua cousin ai duduk dalam bilik tu. Kami bercerita tentang kisah seram dan Ai bercerita tentang apa yang terjadi masa di Langkawi tu. Lepas cerita2 tu, tiba2 pintu bilik kami terbuka. Ai dengan cousin Ai dua2 pandang satu sama lain. Semua senyap. Tak sampai 5 saat semua berlari keluar dari bilik tu. Haha.
Malam tu. Dalam Jam 2 Pagi. Adik ai terjaga menangis2. Dia dengar bunyi tu. “PLUPP..PLUPP..PLUPP” kuat sangat. Macam dekat singki tu. Ai tersedar tapi Ai tak terfikir pun itu bunyi Cik kak tu. Ai just cakap tu bunyi air tu dek. Adik Ai yang tahu bunyi tu bunyi apa terus menangis. Mama terjaga terus panggil adik naik atas katil tidur dengan mama. Mama tahu benda tu ada. Mama marah balik. Jangan kacau. Bunyi tadi senyap. Tapi, sekejap je. Dia datang lagi. Bunyi tu, betul2 dekat tingkap singki tu. Ai bangun tangan meraba tingkap tu nak pastikan tutup. Memang bertutup. Masuk bilik air. Ai tak rasa apa2 sebab ai masih tak terfikir itu bunyi cik kak tu. Mama sekali lagi cakap jangan kacau , pergi jauh dari situ. Terus samar2 bunyi tu hilang. Masa samar2 tu baru Ai sedar tu bunyi apa. Terus d***h ni naik kepala. Rasa berdebar jantung tu macam berlari 400meter dalam 30 saat. Nak lari mana tak tahu. Tutup muka dengan selimut. Teringat dia melulu ke arah muka Ai. Damn!

Esok paginya, waktu sarapan. Ai cakap dengan cousin Ai. ‘Semalam dia datang.’ Muka cousin Ai semua berubah. Rupanya, malam tu semua kena kacau. Paling best, makcik Ai bangun nak pergi tandas, semua tingkap rumah dia berbuka. Pintu depan pun terbuka. Dengan keadaan marah, dia tutup semua sambil membebel. Tiba2 makcik ternampak pokok petai depan rumah tu bergoyang2. Makcik dok tenung. Makin ditenung, kamin Nampak la rupa keadaan makhluk allah tu. Tersangkut kat ranting2 petai tu. Terkejut punya hal terus tutup tingkap. Tidur. Yang lain dengar bunyi yang sama. Semua masuk bilik tidur. Yang mana duduk lepak, hisap rokok, tengok tv semua terbantut. Terus tidur.

Sekian. Itulah kisah cik kak nanggal. Sebenarnya, ada lagi cousin Ai yang kena kacau. Dia berlegar2 luar bilik. Dia nak masuk tak bole ada surah2. Dia hempas pintu. Tingkap bilik. Tapi, hari keluarga kami tetap berjalan lancar. Syukur la, mungkin malam tu dia berjalan tengok kawasan tu. Kebetulan kami ada. Ramai pula kakak sepupu yang mengandung masa tu, tu yang berkenan kot. Tak apalah. yang penting semua selamat. Dia pun makhluk Allah, tapi tak tahulah kalau yang guna2 ilmu tu. Tu antara dia dengan Allah. Kita doa yang baik2 saja ye.

Siapa2 yang tahu lokasi tu, senyap2 la ye. Ada yang pernah kena juga tak? Hehe
Kita jumpa di kisah lain pula ye. Rumah sewa belajar Ai mungkin? Hee…

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Aianakhariz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.3]

38 thoughts on “Cik Penanggal”

    • ia sejenis mahkluk “remix” antra manusia dgn jin,asal nye jadi penanggal akibat jika sesorang manusia itu mengamalkan ilmu hitam utk amalkan kecantikan luar bese dengan menggunakan perkhidmatan jin sdn bhd maka ia menjadi remix di ketika waktu malam menjelma lalu berterbangan mencari makanan dalam bentuk d***h, ade sesape yg nak tolong ak explen maka dipersilakan, k bye

      Reply
      • Betul dh explanation tu. Klu Semenanjung tuntut ilmu itu sbb nk cantik. Itu sbb ramai penanggal dr kalangan perempuan. Mereka jd penanggal sbb langgr pantang. Kt Sabah gelar balan2 lbh ramai lelaki. Motif, hrp org Sabah blh explain.

        Reply
        • Aku ada member orang Sabah, bapak dia tuntut ilmu ni, menurut member aku ni, bapak dia belajar benda ni time muda2, masa tu jahil lagi. Duduk kat pulau kecik, ramai orang mengamal benda2 macam ni, so bapak dia ni pun atas dasar nak jaga diri, pun belajar jugaklah ilmu hitam ni untuk pelindung diri. Lebih kurang macam tu lah. Tapi sekarang dengarnya bapak dia dah taubat. Dah buang ilmu tu, masa nak buang duduk berkelana kat masjid nak lawan benda tu. Cerita ni pun dah lama member aku bagitau so ingat tak ingat lah. Maybe ni sedikit sebanyak boleh jawab kenapa ramai lelaki yg amal kat sabah. Sebab nak kebal dan kuat kot.

          Reply
  1. desa balqis ek.betol ke ai.sbb ktorg aritu buat famly day.mcm famly sy xkna n xde pulk cite psl hantu.cume mlm last tido sy tiba2 terjga tp trs pjm mate n lena.esoknya sblm blk ktorg semua berkumpol.ambil gambr.mse tu la dieorg cite slme 2 mlm ade famly yg kna kacau n seterusnya sy trs blah blk bilik.haha tkt nk dgr..hmmm tp tmpt tu mmg best cntk

    Reply
  2. Hmm.. desa balqis.. tk prnh lg sampai sana.. tp member gitau tmpt tu sempoi.. klau nk release tension ke honeymoon ke, bleh try stay kt sini.. santai jer… tu kata member aku la.. part citer2 seram psl tmpt ni aku tk dgr lg..

    Reply
    • Tempat dia mmg best. Bln lima tahun lepas aku n family pergi. Buat bbq dpn rumah kayu. Breakfast dia bg nasi lemak. Sedap gila

      Reply
  3. What The Speed sis ??!! berlari 400meter dalam 30 saat. fuyoo !! speed ko buat opah usain bolt speechless.. ok markah ak bagi 7/10 k bye

    Reply
  4. ye dekat sabah panggil balan2.. atau B kuasa dua (b2).. klu kt sabah pun sama juga spesis ni mngamalkn ilmu hitam utk klhtan cntik..tp ada yg ckp bnda ni xtakut dgn surah2.. wallahualam.. klu kt sabah org tua2 ckp bnyi mcm cicak atau ayam (lebih kurang dan boleh beza bunyi tu sebb benda tu kan terbang so bnyi tu mcm bergerak)

    Reply
  5. kat kedah orang panggil hantu tanglung. dulu2 banyak. masa kecik2 bila boring time blackout lama ayah buka tingkap belakang, blh nampak benda tu terbang area bendang. orang kata dia makan katak. dah mcm 1 hiburan pulak time tu

    Reply
  6. Desa balqis kuala linggi.dekat gle ngan ALAM mlake.mat pet ramai situ.lg ngeri dr kak nanggal yg mugil.hahahahah

    Reply
  7. Kalau pergi bercuti atau ginap mana2 rajin2 lah bagi salam & baca doa. bende ni ada dimana2.. selagi kita ingat Allah insya allah tidak ada gangguan. Kadang2 kita terlampau seronok & alpa. Jgn lepak hingga lewat malam. lagi pulak tempat kita tak biasa.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.