#CikRembulan: Saka

Hi. Firstly, terima kasih dekat akak yang comment advice suruh mandi guna garam bukit tu. In shaa Allah aku akan cuba nanti. So, tujuan aku menulis lagi ni nak share cerita lepas pindah rumah baru pula. Tapi bukan rumah baru aku berhantu. Cuma kisah ni terjadi lepas kami pindah.

Semenjak kejadian Nenek marah aku kacau tempat permainan cucu dia, aku ambil keputusan untuk pindah rumah disebabkan waktu kerja aku yang tak menentu. Sebenarnya aku sayang rumah lama aku sebab aku duduk situ sejak aku belajar sampailah aku kerja. Bukanlah nak kata aku baik tak pernah keluar malam, tapi selalunya keluar sebelum pukul 12 mesti dah ada kat rumah. Sebab kerja aku buatkan aku terpaksa balik pagi pagi buta.

Kebetulan area rumah aku ada satu apartment kosong depan tasik, Wan tolong cari. Setelah berbincang, diorang pun setuju nak pindah dengan aku. Masa tu sewa rumah tak la mahal macam sekarang. Tempat ni dikelilingi beberapa flat. Pada pandangan aku tempat ni okay walaupun lrt agak jauh kalau nak dibandingkan dengan rumah lama kami. Siapa yang tahu tasik sri rampai, mungkin tahu aprtment mana yang aku maksudkan. Hehe.

Kami cuma ambil masa seminggu je untuk pindah. Aku dah tak kisah pasal deposit rumah. Aku serik la kena kacau dalam toilet. Dah la menyerupai Wan. Ada jugak aku bagi cadangan pada Wan and Anie supaya duduk situ dulu sehingga akhir bulan, biar aku seorang pindah dulu. Tapi mereka still nak ikut aku. Penyudahnya deposit burn camtu je. Semua deal pasal rumah baru ni, Wan yang tolong settlekan. Kiranya tugas dari rumah lama Wan carry sampai kami pindah rumah baru. Aku dan Anie kira beruntung juga dapat kawan macam Wan yang tak berkira. Dari upah maid tolong cuci rumah, sampailah cari lori pindah barang, semua Wan dah tolong. Kami cuma tinggal kemas je nanti.

Apa yang aku perasan, sejak ditegur nenek dekat rumah lama, aku macam lebih sensitif, macam aku boleh rasa entiti. Aku tak pasti la ini perasaan aku atau memang betul. So, hari pertama tidur kat rumah baru, aku tak ada la perasaan pelik2 cuma lif rumah baru ni agak scary la. Haha. Wan and Anie masih lagi tidur dengan aku kat Master Bedroom. Wan ambil bilik sebelah aku manakala Anie ambil bilik berhadapan dengan aku. Malam pertama kami duduk sini Wan boleh bukak cerita rupanya dia pun pernah dengar orang bunyikan loceng basikal. Tapi bukan hari yang sama aku kena. Kepala hotak dia cerita kisah ni kat rumah baru. Bukan apa, aku risau jugak penunggang basikal tu ikut kitaorang sebab Wan. Disebabkan malas nak fikir pasal siapa main basikal tu, aku suh Wan tutup cerita and kami tido.

Sepanjang setahun stay kat sini kami tak pernah face apa2 issue. Sampai satu hari Wan dapat call yang bapak dia meninggal tiba2 dan tak sakit. Menghormati kawan yang baik macam Wan, aku and Anie decide nak ambil cuti temankan Wan balik kampung. Kampung Wan takde la jauh mana. Bapak dia ni orang dah pencen, beli rumah nun kat Villa Sendayan tu. Tahun 2010, kawasan ni tak macam sekarang. Jalan pun gelap, lagi2 kat terowong maut tu. Kali ni Anie yang drive sebab kereta aku belum service. Kami bertolak lepas maghrib. Perjalanan tak la jauh mana. Keluar tol dalam pukul 9 malam camtu.

Tapi jalan ke rumah Wan memang gelap gile. Sebelum sampai kawasan rumah wan ada satu petrol station belah kanan, dalam pada Anie tertinjau tinjau nak masuk ke kawasan perumahan family Wan, aku perasan ada sorang pakcik ni berdiri kat sebelah kiri sambil sorong motor. Alahai, kesian aku mungkin motor dia rosak. Bila aku cakap pada Wan and Anie, diorang diam buat tak tahu sambil terus belok ke kawasan perumahan Wan. Sampai kat rumah Wan, orang masih ramai. Bapak Wan akan dikebumikan pagi esok sebab Kakak Wan yang dari Kedah masih belum sampai. Esoknya pukul 10 semua dah ready. Cepat jugak orang sini uruskan jenazah. Wan ambil keputusan tido sehari lagi and balik KL. Mak Wan dah lama meninggal. Masa dia sekolah lagi. Lepastu bapak dia kawin lain. So yang akan tinggal sini lepas ni ialah Mak tiri dia.

Sepanjang tinggal kat rumah family Wan aku takde la rasa apa yang pelik pelik. Cuma sebelum balik KL, masa duduk kat luar tunggu Wan berborak dengan Mak tiri dia, aku terdengar macam ada orang mendengus marah kat telinga aku. Terkejut jugak tapi tengok hanya Anie paling dekat dengan aku, aku senyap je la. Keluar dari kawasan perumahan family Wan, aku sekali lagi perasan satu rangka motorsikal dekat dengan tempat aku nampak pakcik sorong motor aritu. Ahhhhh, sudahhh, apa pulak kali ni. Aku terus tanya Wan dia nampak tak rangka motor tu. Wan kata rangka motor tu dah lama, motor tu terbakar. TIDAKKKKK!!! Bila aku tanya Wan dia nampak tak pakcik sorong motor malam aritu, dia cakap dia tak nampak sebab tu dia and Anie diam.

Dalam perjalanan balik tu, Wan ceritakan pada aku and Anie apa sebenarnya terjadi yang meragut nyawa bapak dia. Daripada apa yang Wan dapat tahu dari Mak tiri dia, keluarga arwah bapak Wan ada Saka and saka tu nak berdamping dengan bapak dia tapi bapak Wan tak mahu. Jadi saka tu marah and sengaja buat bapak Wan sakit. Aku pun terus bukak cerita pasal aku dengar orang mendengus. Automatic Anie terus cakap, kau jangan macam macam Moon, dah la aku rasa kereta ni berat semacam. Terus meremang bulu tengkuk aku. Masing2 layan perasaan sendiri sampai KL.

Macam biasa sampai rumah je aku terus mandi bersihkan diri. Malam tu kami makan lauk yang dibekalkan mak tiri Wan. Aku tengok sejak sampai dari kampung muka Wan kurang berseri and gelisah je. Bila aku tanya dia cakap penat. Aku syak macam sesuatu tak kena dengan dia. Malam tu kami tido bersama macam biasa. Tengah malam tu aku tersedar dengan Wan mengigau menjerit sekejap, nangis sekejap. Bila aku kejut dia diam. Esoknya bila aku tanya dia kata dia tak mimpi apa pun. Ahhh, sudah. Aku terfikir janganlah pakcik yang sorong motor tu ikut kitaorang balik pulak.

Dari hari ke hari perangai Wan berubah. Wan yang aku kenal bukan Wan yang senyap and suka menyendiri. Mandi pun lama dalam toilet. Aku memang suspect ada yang tak kena dengan Wan. Satu hari tu balik kerja aku terserempak dengan Wan dekat pintu bilik guard bawah tengah berdiri. Aku tanya tunggu siapa dia kata tunggu “tuan”. Aku naik dulu. Lepas maghrib baru Wan naik rumah. Aku tanya Wan ape hal bos dia datang sampai ke rumah. Dia macam terpinga pinga and cakap dia baru balik dari office. Apa hal pulak bos dia nak datang. Ahhh, sudah! Siapa pula yang aku tegur petang tadi!! Tiba tiba Anie keluar bilik air and bersuara, kau pehal Wan, ketuk pintu macam nak berak sangat, aku keluar kau tak masuk pulak. Berborak sakan dengan Moon ni. Aku pandang Wan, Wan pandang aku. Masing masing diam tak bersuara.

Aku malas nak cerita lebih dekat Anie sebab dia ni jenis penakut sangat, nanti lain pulak jadi. Esoknya aku ambil keputusan call mak aku cerita semua yang jadi. Mak aku suruh aku balik bawak Wan hujung minggu tu jugak. Aku ajak Wan ikut aku balik kampung. Anie pun aku ajak, risau jugak aku kalau dia sorang kat rumah nanti jelmaan Wan kacau dia lagi. Aku cakap dekat Wan and Anie mak aku suruh ikut aku balik. So hari jumaat sengaja aku suruh budak berdua tu ambil cuti half day. Lepas zuhur kami gerak. Perjalanan balik ke selatan 3 jam je. Jejak je kaki dekat rumah, aku terus bagi tahu Wan and Anie yang aku sengaja ajak diorang balik sebab nak ubatkan si Wan ni. Aku rasa ada benda yang tak kena dengan dia. Tiba tiba Wan menjerit marahkan aku. Mata dia terus merah. Muka jadi bengis. Mak aku terus call ustazah yang ubatkan aku dulu. Bapak aku kunci pintu rumah.

Lama jugak, dalam setengah jam baru Ustazah tu sampai. Dalam keadaan genting camtu, setengah jam pun rasa lama. Wan dah tak terkawal. Mencangkung sana sini. Siap panjat sofa. Ruang tamu macam kapal karam dah, pasu sana sini pecah. Wan macam kepanasan. Lepas tu asyik tenung aku macam tak puas hati. Anie dah duduk di satu sudut sambil menangis nangis. Ustazah sampai je dia terus mulakan bacaan ayat Al Quran. Aku nampak Wan menyeringai. Sekejap ketawa, sekejap marah, sekejap menangis. Paling aku tak boleh lupa bila Wan pandang aku lama lepas tu dia menyeringai sinis pada aku. Macam dia cakap, lepas ni siap kau sebab bawak aku berubat. Seram doh!!

Terjadi la dialog dialog seram antara ustazah dan Wan yang aku tak berapa ingat detail. Apa yang aku ingat benda tu suka dekat Wan sebab Wan ni kurang dekat dengan Allah. Dan dia paling benci dengan aku sebab aku ada yang menjaga. Ahh, sudah, siapa pulak yang jaga aku ni. Ustazah kata tak perlu risau sebab jin tu baik. In Shaa Allah tak memudaratkan. Tapi seram jugak aku dengar. Lepas ni aku kena mandi berkemban la gamaknya. Seram aku ade teman. Sebab tu Saka tu tak berapa mengganas sebab pendamping aku tolong jaga rumah kami. Tu la Wan aku dah pesan solat jangan tinggal, kau degil nak mampuih.

Benda tu Saka keturunan. Ustazah kata Wan sendiri yang benarkan benda tu duduk dan beranak pinak dalam badan dia sebab Wan tak menghalang atau cuba untuk kuatkan iman dia. Semakin jauh Wan dengan yang Esa, semakin dia kuat menyerupai Wan. So memang betul Wan yang aku and Anie jumpa tu saka dia weh. Seb baik muka dia macam Wan. Tak seram. Ustazah pesan Wan jangan tinggal sembahyang and selalu la buat amalan2 lain untuk pagar diri dia sendiri. Ustazah kata orang ada saka ni muka takde cahaya. Gelap. So aku harap la sangat kisah ni jadi pedoman buat Wan supaya berubah.

Selesai je berubat, memang betul, muka Wan berubah sangat. Dah tak muram macam dulu. Saka tu ustazah tolong buangkan. Tapi saka ni tak kuat sangat ustazah kata sebab tu mudah. Tapi ustazah pesan buat amalan yang dia bagi tahu supaya dalaman Wan kuat. Wan pun aku tengok sejak peristiwa tu banyak sangat berubah. Bukan la dia tak baik, tapi dia jadi lebih baik. Gembira jugak aku dengan perubahan kawan aku. Lepas 2 hari kami bertolak balik ke KL tapi sempat jugak singgah rumah mak tiri Wan. Korang jangan ingat semua mak tiri jahat. Aku tengok Wan dengan mak tiri dia kamceng. Kalau dia tak kata tu mak tiri pun aku takkan tahu.

Dari cerita mak tiri Wan melalui apa yang diceritakan arwah ayah Wan, atuk Wan ni dulu tukang rumah and ada sawah padi. Kadang2 atuk Wan bertukang, tapi ada orang nampak dia kat sawah padi menuai la, membajak la. Rumah pun boleh siap dalam satu malam kalau atuk Wan yang tukang. Dan pernah jugak atuk Wan pindahkan rumah kayu seorang diri pada waktu malam. Rumah kayu dulu kan jenis yang boleh gerak2 angkat untuk senang pindah. Atuk Wan ada Saka, dan Saka ni yang membantu atuk Wan dalam kerja harian. Patutlah orang dulu dulu gagah semacam kan. Maksud aku bukan semua tapi yang macam atuk Wan ni la. Akhirnya bila atuk wan meninggal, Saka ni macam kehilangan arah. Ayah Wan pulak agak moden dan tak mahu benda benda syirik ni lead hidup dia. So ayah Wan menolak. Saka yang tak bertuan ni dia kasar sikit. Jadi dalam diam dia cuba jugak untuk dekati ayah Wan. Selama ni ayah Wan yang protect Wan. Tapi bila ayah dia meninggal, Wan la waris seterusnya yang ada sebab Wan ni kesayangan atuk dia.

Selesai la kisah Wan dan sakanya. Tapi yang masih menjadi persoalan aku sampai hari ni. Siapa pakcik yang tolak motor malam aritu. Manusia ke bukan??? Ok la, nanti ada masa aku share pulak pasal percutian aku kat Bukit Merah Lake Town. okay. Thnx. Kbye.

#CikRembulan

6 thoughts on “#CikRembulan: Saka”

  1. Aku ngn mak tiri aku pun kamceng.. Mak aku ngn mak tiri ku pun kamceng. Kadang2 aku rasa adik tiri aku lagi byk g tengok2kan mak aku.n sekarang aku rasa mcm tgah tulis KRT plak..kah kah kah!!!

    Reply
    • jin yang berkenan kat manusia. ada cerita jugak pasal ni tapi aku belum sempat nak share. satu2 na. bagi aku recall dulu kisah kat bukit merah. hehehe

      Reply
  2. arwah atuk sy pun tukang kayu, tp dah lama la meninggalnye, sebelum mak bapak sy kahwin. saka2 ni memang biasa sebab dia keje keluar masuk hutan. membela untuk tolong dia keje & jaga family masa dia pegi keje. sekarang ada yg mak pak sedara & abang sepupu dah amik, ada yg dah buang. sedara2 sy yg mewarisi saka2 atuk masih buat jamu-jamuan untuk saka dorg. paling standard buat pulut kuning dgn lauk2 dia, pakai kaler2 tertentu. sy biasa la juga tengok dorg ni menurun dulu. selalunya dorg datang time buat kenduri. klo x jamu dia sebelum majlis, takut time majlis dia kacau. kadang2 ada yg datang lepas kenduri habis, saja singgah tengok cucu2 katanya. saka ni klo kita baik dgn dia, memang dia jaga kita dgn keturunan semua dia jaga. time nak lepas pun nego elok2 dgn dia, dia rela je. cuma saka2 yg tuannya meninggal sebelum dia dibuang atau diwariskan kpd org lain yg suka buat kacau.

    Reply

Leave a Comment