#Cikshaa- Kisah Arwah Nek Limah

Assalamualaikum pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih kepada admin kerana publishkan kisah pertama aku (Nenek Tanpa Kaki). Seperti yang dijanjikan ada masa aku akan kongsikan kisah lain. Kali ni aku nak kongsikan kisah tentang arwah moyang aku sebelum dia meninggal dunia.

Moyang aku ni dikenali sebagai Nek Limah. Nek Limah ni mengamalkan ilmu-ilmu syirik dan khurafat masa dia muda-muda dulu. Antaranya jampi serapah yang boleh membuatkan dia kelihatan muda bergetah selalu. Nek Limah ada belaan jugak, seingat aku hantu raya dengan pelesit je kut. Suami Nek Limah meninggal masa muda dulu jadi Nek Limah tinggal merata, ikut je duduk rumah anak-anak yang nak jaga dia. Tapi paling dia tahan pun duduk kat rumah nenek aku dengan rumah nenek sedara aku. Yang lain nak jaga sekejap je, korang faham-faham lah siapa nak jaga orang tua nyanyuk, makan banyak, mata tak nampak dan banyak lagi lah perangai pelik jadi kat Nek Limah ni.

Setahun sebelum arwah Nek Limah meninggal, macam-macam perangai pelik jadi dekat dia. Antaranya cakap sorang-sorang. Yang peliknya, nama yang Nek Limah sebut dengan Nek Limah sembang tu semua dah meninggal dunia. Kadang-kadang bila anak cucu datang melawat Nek Limah tak bagi masuk bilik dia, dia cakap bilik tu dah penuh dengan tetamu. Tapi kami nampak bilik tu kosong je. Kalau bab makan pulak tak payah cakap lah, nasi tu sekali makan berpinggan-pinggan sampai kadang-kadang aku pun naik seram tengok dia makan. Yang peliknya badan dia kurus hanya tinggal kulit dengan tulang je tapi makan banyak.

Tengok keadaan Nek Limah semakin hari makin pelik, ahli keluarga aku yang lain semua berbincang nak panggil ustaz datang rumah berubat Nek Limah. Mula-mula proses berubat ni berjalan lancar takde apa-apa pun jadi tapi lepas lebih kurang sejam macam tu benda yang paling mengejutkan terjadi, tiba-tiba Nek Limah yang tak boleh jalan dengan keadaan mata dia tak nampak tu bangun dan berjalan, sikit pun tak bongkok sedangkan masa tu umur Nek Limah dalam lingkungan 90 lebih. Nek Limah bangun dan berjalan menuju ke pintu utama rumah nenek aku lepas tu keluar pusing-pusing dekat laman rumah. Reaksi ahli keluarga masa tu semua terkejut. Ustaz tu terus dapatkan Nek Limah dan bawak naik atas rumah balik untuk teruskan proses berubat, tidak lama selepas itu ustaz tu buat sesi soal jawab dengan Nek Limah. Rupa-rupanya saka belaan Nek Limah ni yang ambil alih tubuh badan Nek Limah selama setahun tu dan kalau diikutkan Nek Limah ni sebenarnya dah dua minggu meninggal dunia.

Proses pembuangan saka bukan senang kecuali ada yang sanggup terima benda tu. Tetapi urusan pembuangan saka pada malam tu berjalan lancar tanpa ada bantahan dari pihak saka tersebut. Mak aku cakap sebab dah ada orang terima tapi sampai harini aku tak tau siap orang yang terima saka tu.Selesai je proses malam tu tepat pukul 2:15 pagi arwah Nek Limah menghembuskan nafas terakhirnya. Sebenarnya panjang lagi kisah ni tapi aku cuba ringkaskan takut nanti korang bosan membaca panjang-panjang pulak.

Kita sebagai manusia hidup tak payahlah bergantung atau meminta pertolongan daripada jin dan syaitan. Memang pada mulanya mereka nak tolong tetapi ianya takkan habis kat situ je. Bila kita terjebak dengan perkara-perkara syirik ni susah untuk kita buang dan elakkan. Apa-apa pun yang terjadi minta lah pertolongan daripada Allah kerana setiap dugaan yang diberikan pasti ada penyelesaiannya. Percaya pada Allah yang satu. Tidak ada kuasa lain lagi hebat dari kuasa Allah swt.

Sekian kisah dari aku kali ni. InshaAllah ada masa nanti aku kongsi kisah lain lagi. Terima kasih sudi baca kisah Nek Limah. Maaf kalau ada kesalahan dalam penulisan aku ni.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Cikshaa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

109 thoughts on “#Cikshaa- Kisah Arwah Nek Limah”

  1. X seram tp ok la..blh amek pengajaran dr cite ni..org dulu2 mmg ramai yg membela..tp org zmn skg pun masih ade jgk cuma x ramai je la..kipidap writer..5/10

    Reply
  2. Pengalaman untuk kita jugak..Jangan amalkan ilmu yang salah demi kepentingan diri…Kerana yang merana adalah keturunan kita di masa hadapan..๐Ÿ˜Š

    Reply
  3. knp ade yang kaki gado ni? macam sengaja nk meletuskan kemarahan orang…bahasa budaya kita…tak suka diam je…x de sape mintak pendapat kau…

    Reply
  4. btw..cerita ni best wlpn pendek…senang fhm dan x melalut…tq share cerita drpd org tu mcm tin kosong..bunyik je lebih…

    Reply
  5. pehal gaduh ni . sape xpuas hati tu buang jauh jauh. . aku silent reader… bile layan dok baca tetibe ade plak komen yg gaduh mcm ni sesama sendiri jdi sedih sgt… sbb aku syg korang semua… sbb hidup kite ni singkat sgt so xusah lah ditambahkn perseketaan diantara kite didlm ni. . salam syg dan kemaafan dri ku

    Reply
      • Part yg awak xk nk cerita panjang tu lah bahagian seramnya. Aksi si saka main tarik tali dgn perawat. Aksi moyang sdg tawar menawar dgn perawat dn org keliling. Itulh punchlinenya.

        Anyway terima kasih kerana sudi hantar cerita. Klu bkn org spt Shaa sunyi sepi FS.

        Reply
  6. Pelikla korang ni. Bila panjang. Korng kata boring panjang panjang tpi loint sikit.. Bila pendek pulak baca sekejp je. Senafas la ape la. Geram pulak rasa. Pendek salah panjang salah. Ate kenapa tak korang je yg buat karya sendiri?baru kamu tau.

    Reply
    • dia macam ni tau..
      ** cerita yang best.. orang tak kisah dia dipanjangkan.
      ** cerita x best.. lepas tu kau panjangkan.. mmg org x suka..
      * pendek kata, cerita yang best orang akan rasa tak puas baca..

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.