Cinta di Akhir Ramadhan

Aku duduk termanggu memandang langit yang gelap pekat.Telefon yang aku pegang kini kekurangan bateri dek melayari media sosial.Terbit perasaan cemburu memandang pasangan bercinta ,celoteh masing-masing dalam video yang disebarkan dengan sengaja.Menunjukkan betapa bahagia hidup mereka.Sepatutnya aku menghabis solat tarawih hingga rakaat ke-20,tapi aku solat cuma 8 rakaat tarawih.Di bawa perasaan malas,witir ditinggalkan.

Aku bersandar di tiang pondok menunggu bas,bersahaja sambil melihat orang lalu lalang,tetapi semakin berkurangan,mungkin kerana malam kian larut.Aku bukanlah seorang kaki lepak,perokok ,kaki botol,pemain gitar yang sering bernarikan jemari memutarkan irama,aku cuma remaja yang dambakan kasih sayang cinta.Minda muda,belum mengenal erti sebenar tanggungjawab,cuma mencari keseronokan kasih sayang orang yang bukan mahram bagi kepuasan diri.Mencari kemurkaan Allah di bulan mulia meski ditegah.

Melihat whatsapp ,kosong.Berfikiran cuma menunggu seseorang yang sudi berbual kasih dengan meluahkn kata-kata manis.Sungguh sunyi,terasa sunyi.Perasaan yang membuak meminta orang mendengar sunyinya hidup ini.Mendengar celoteh pengalaman dan kenangan manis yang membuaikan.Menghabiskan masa dengan sia-sia menghadap gajet.

Aku mengelamun panjang,dibiar telefon terbuka,menghabiskan bateri yang hampir m**i.Jauh menerobos langit,dibawa melayang seperti layang-layang dilayar angin.

“Assalamualaikum adik”

Aku lantas menoleh kearah suara yang menegur.Seorang lelaki yang kelihatan agak lebih tua,tapi berwajah mulus ,suci,tapi pakaian sedikit kotor,berbau peluh ,mungkin lepas penat berkerja.

“Hmmm…”jawab ku malas.

“Adik ,buat apa tengah malam ni? ”
“Jauh termenung” tanyanya selamba lantas melabuhkan p******g disebelahku.Wajahnya memandang tepat ke arahku.Penuh tanda tanya.

“Duduk,ambil angin…”jawabku bersahaja.Aku mengerutkan dahiku disebabkan lelaki yang tidak dikenali datang tiba-tiba menyapa.Fikiranku kosong seperti langit yang suram tiada bintang pada ketika ini.

“Maafkan abang ya,adik tengah rasa kosong,sunyikan?” tanyanya lagi.

Aku memandangnya penuh kehairanan ,telefon lantas aku tutup dengan sengaja untuk mengalih pandangan aku kearahnya.Entah mengapa lelaki itu seolah-olah memahami coretan hatiku.Tertanya di benak mindaku.

“Mesti la bang,hidup “single” kan.”monologku sendiri dalam hati.

“Adik,abang tahu ..adik cuma inginkan cinta manusiakan ,sebab tu adik kesunyian?”

“Adik,daripada adik duduk malam-malam kat sini,lebih baik adik buat amalan di bulan mulia ni,terutama 10 hari terakhir ramadan,daripada berfikiran untuk mengejar cinta.”

“Tapi bang,setiap malam saya fikir yang saya perlukn seseorang untuk luahkn perasaan sunyi saya ,saya perlukan seorang yg memahami saya…”tanpa sedar bibirku berbicara sendiri.Tulus dari hati.

“Adik,kalau setakat cari tempat meluahkan perasaan ,melepaskan rasa sunyi,Allah kan ada,adik luahkn pada-Nya.Allah maha mendengar”jawab lelaki itu sambil memandang langit.Dia berbicara bersahaja,terlihat di riak wajahnya sedang berfikir sesuatu.

“Tapi bang,saya sering dikecewakan ,masih tertunggu tentang sesuatu yg saya tidak tahu.Penat diberi harapan,pedih hati saya,dahulu berjanji itu ini tetapi lupa ,leka dengan alasan yg tidak masuk akal,cuma saya tidak berani berterus terang ” ujarku lemah.Hati ku membuak pedih,aku dayus dalam percintaan sehingga aku diperlekehkan dan dipermainkan seperti manusia tiada perasaan.Diberi harapan tetapi dinodai,diberi kepercayaan ,tetapi musnah.

“Adik,…adik kena ingat,Allah maha berkuasa atas segala sesuatu,ajal maut di tangan Allah,kita belum tahu samaada jodoh atau maut menjemput kita,Allah juga mudah membolak balikkan hati manusia.Ingat ya adik,kalau adik sakit hati kalau dipermainkan oleh manusia,manusia boleh berubah,maknanya mereka ada hati,dan manusia datang dan pergi ,tidak semesti datang selamanya membawa sejumlah emas ,namun terkadang pergi meninggalkan sembilu.Biarkan mereka dengan hidup mereka ,biarkan mereka dengan hati mereka…kita bukan sesiapa untuk meminta mereka suka pada kita,kalau cinta… adik cuma terlalu berharap pada manusia sedangkan manusia mudah berubah dalam sekelip mata,adik berduka untuk benda yang adik tidak patut berduka,adik berharap untuk benda yg tidak patut berharap.Harapan dan kepercayaan adik berharga,tetapi bagaimana adik kawal semua itu ,…itu adik yg lebih layak mengetahui sendiri “wajahnya lantas memandan tepat kearah mataku,mungkin meneka soalan-soalan yg bakal dilemparkan olehku.Jawapan sememangnya sedang ligat disusun ayatnya.

“Adik masih muda,mungkin perasaan serta keinginan adik menyebabkan adik boleh berfikiran untuk mendapatkan cinta dari manusia dek kerana membesar dan kisah lama adik terhadap cinta,setiap orang ada kisah tersendiri.Yang adik kena ingat, cinta manusia adalah tidak pasti,cari lah cinta Allah yang sesungguhnya membawa ke syurga.”tambahnya lagi.

Aku terdiam seketika ,menghadam segala bait nasihat yg dikeluarkan oleh lelaki itu,lelaki yang tidak diketahui identiti,tanpa nama,dan terus menerus memberi nasihat.

“Adik,bercinta boleh , tapi kena beringat ,harapan adik pada manusia menyebabkan adik ,boleh sakit,terluka dalam erti kata lain,harapan dan cinta manusia sememangnya palsu kecuali dihalalkan pasangan itu.Lagi satu, dengan pengharapan kepada Allah,tiada yang mampu meruntuhkan harapan adik kepadaNya.”

“Buat masa sekarang,lebih baik adik kejar cinta Allah daripada cinta manusia,kawal nafsu .Insyaallah ,Allah akan bagi yang terbaik buat adik.Yang penting adik jangan cepat melatah,doa baik-baik” lelaki tersebut memandang kearahku sambil tersenyum dan memandang tepat kearahku .Tangannya memegang bahu sambil menepuk perlahan.Sejuk.

Aku masih mendiamkan lantas memandang jalan yg berturap ,memandang kosong.Segala kata-kata yang dikatakan sememangnya menusuk kalbu,tetapi dibiarkan tersemat di hati.Menjadi titik jawapan yg bermain di benak pemikiranku yg agak jahil mengenal erti cinta sebenar.Cinta Allah yang abadi.Dibiar nafsu memakan diri,durjana hingga akhirat.Syurga abadi hanya di mata ,dirasa tidak.Berduka kerana cinta yang haram,tidak mengenal dukanya Nabi terhadap umat akhir zaman.Keluhku sendiri memikirkan diri yg jahil.Aku lemah.

Tanpa aku sedar,lelaki tadi terus menghilangkan diri,salah aku .Mengelamun tanpa menghiraukan orang disekeliling.Tidak sempat berterima kasih kerana butir-butir nasihat yg diberi ,hanya Allah yang mampu membalas.Aku tersenyum sendiri mengenang jahilnya aku apabila tergolong orang yang menagih kasih manusia yang bukan halal bagi aku.Aku lupa kasih orang yg terdekat adalah yang terbaik bagi aku.Bersyukur masih mampu menabur kasih kepada orang tersayang.

Sekian ,Salam ramadan dan Selamat hari raya,anda yg single tahun ni jgn kecewa pulak,its okay..kawan-kawan ada di samping untuk beraya bersama.Mungkin tidak seindah bersama kekasih tapi tidak ada kenangan sebaik kawan.Maaf andai tersalah tutur kata, atau yang terkurang dari penulisan ini.Peringatan untuk diri dan anda semua.Ikhlas dari hati,semuanya datang dari Allah Swt termasuk idea ini.Assalamualaikum.
“Keep calm and cool”

Somebody

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

9 thoughts on “Cinta di Akhir Ramadhan”

  1. Aku terkesan dgn setiap nasihat pemuda tu. perasaan aku sama macam dia, mengharapkan kasih sayang yang belum halal. Allahu semoga dijauhkan perasaan ni

    Reply
  2. bila awek nama mcm cun post cerita sweet , terus komen ‘aww so sweet’ , ‘hmm, bahagianya awak’ . Bila dia ni post cerita tentang cinta kepada Allah semua , terus komen .. ‘admin, cerita mcm ni tkyah la post sini’ , ‘mne part seram nya?’ . hmm

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.