Cinta Si Bomoh Asli

Aku mengelap peluh yang mengalir, berbekalkan tuala ‘good morning’ yang disangkut di leher..mesin rumput dimatikan, kami berehat seketika di bawah sebatang pokok besar yang rimbun..di depannya ada sebuah rumah lama yang usang, bahagian atas atapnya lopong..mungkin dipukul angin ribut..dinding tepinya juga sudah runtuh, tetapi bahagian papan lantai dan tangga di bahagian depannya masih utuh..’Rumah siapa agaknya ya’,tanyaku perlahan..

Setelah kering peluh di baju kami berkemas dan pulang ke Kuantan..jaraknya lebih kurang dua jam perjalanan menaiki land rover..dari jalan besar nak masuk ke dalam pula lebih kurang setengah jam,melalui ladang nenas..dan terdapat perkampungan orang asli yang terpencil..di situlah kami ditugaskan untuk membersihkan kawasan petak tanaman semula menggaya..

Seminggu berlalu..’Diya’ isteriku mengeluh selalu sakit kepala, sakit pinggang..’mood’nya juga tak berapa baik..kadang ok, kadang rasa serabut otak..mudah sangat nak marah..Diya juga menceritakan tentang mimpi buruk dan pelik kebelakangan ini..mimpi ular hitam masuk ke rumah, mimpi seorang mak cik tua mengajaknya pergi ke sebuah tempat..

Aku mandi dan bersiap untuk ke masjid menunaikan solat jumaat..sambil duduk sebentar di meja makan,menjamah kuih dan menghirup teh..Diya menceritakan tentang mimpinya malam tadi..mimpi kali ini yang paling seram..seorang budak perempuan, lingkungan 6 atau 7 tahun berpakaian gaun putih berambut kerinting..kepalanya dipenuhi d***h..memanggil Diya sambil menangis..seperti ingin memberitahu sesuatu..
Belum pun Diya sempat menghabiskan ceritanya,Diya tiba-tiba diam..tertunduk ke lantai,tangannya mengurai rambutnya sendiri..

Aku menegur,tetapi Diya hanya terdiam sambil tersenyum..aneh,..
‘Assalamualaikum!’,aku kuatkan suara..Diya tiba-tiba ketawa besar..dia memandangku dengan pandangan yang amat tajam..wajahnya kelihatan bengis..
‘Jangan percaya apa yang isteri kau cerita’,Diya bersuara garau..’Siapa kau??!’ ‘Aku nak dia,aku nak bawak dia pergi dengan aku.Aku sukakan dia’..Sah, Diya bukan lagi Diya yang sebenar..Diya dirasuk!!

Aku cemas! Lantas aku berlari mendapatkan anakku yg ketika itu berumur 3 tahun,mengambil kunci kereta dan segera memasukkan anakku ke dalam kereta..aku cuba memujuk Diya untuk mengikutku ke dalam kereta..syukurlah Diya hanya menurut tanpa membantah..aku memecut laju ke rumah ibuku yang tidaklah jauh dari rumahku..aku menceritakan semuanya kepada orang tuaku..Aku berusaha menelefon semua kenalanku untuk mencari perawat..Lebih kurang 7 orang perawat aku hubungi..Yang datang hanya 3 orang..kerana yang lain ada hal masing-masing..tetapi ketiga-tiga mereka tidak mampu memujuk jin degil itu untuk keluar dari tubuh Diya..bermacam cara digunakan untuk memujuk dan menakutkan jin tersebut..masih tidak berjaya..

Jam menunjukkan pukul 11.40 malam..
Perawat yang terakhir sampai,bernama Sam..muda,berkulit cerah..agak lama Sam berdialog dengan jin tersebut..tersingkaplah sebuah kisah tragis,apa yang sebenarnya berlaku ke atas keluarga jin tersebut..
Dahulu semasa hidupnya,dia adalah seorang bomoh di kampungnya..mengambil upah untuk merawat juga menyihir orang..bergantung kepada permintaan pelanggannya..hubungan keluarganya dengan orang kampung tidak begitu baik..dia lebih suka mengasingkan diri,tak bercampur dengan masyarakat..

Sehinggalah satu ketika,dia mendengar desas desus dari orang kampung yang suaminya mempunyai seorang perempuan simpanan..beberapa orang kampung pernah terserempak dengan suaminya dia pekan bersama seorang wanita muda..Malam itu mereka bertengkar..suaminya mengaku mempunyai perempuan simpanan..si isteri menyuruh suami meninggalkan perempuan itu,namun si suami berdegil..,’Aku dah sayang dia,aku tak akan tinggalkan dia!’

Si isteri tak dapat lagi menahan marah,lalu dicapainya sebilah kapak lalu menetak dada suaminya berkali-kali..d***h memancut di baju..suaminya terjatuh,kelihatan sangat lemah,nyawa-nyawa ikan..si isteri berjanji biarlah kita sehidup semati,tiada yang dapat memisahkan kita sekeluarga..si isteri yang bagaikan dirasuk,kemudian menetak anak perempuannya..5 hentakan kapak di kepala membuatkan si kecil itu meninggal dunia pada saat itu juga..

Si isteri yang bagaikan baru tersedar,berasa amat menyesal dengan tindakannya..menangis dan meratap dua tubuh yang kujur terbaring tidak bernyawa lagi..si isteri menggali sebuah lubang di bawah rumahnya,dan mayat suami serta anak perempuannya ditanam di situ..dia masuk semula ke dalam rumah,mengambil tong racun dan segera diminumnya tanpa berfikir panjang..

Setelah 4 hari,mayat si isteri ditemui oleh seorang jiran yang terbau busuk ketika melintasi rumah itu..selesai diuruskan,jenazah si isteri disemadikan di belakang rumah mereka sendiri,sedang suami dan anaknya tidak diketahui hilang ke mana..Orang kampung mula membuat andaian,’dikatakan si isteri minum racun kerana tak dapat menerima kenyataan bahawa suaminya mempunyai perempuan lain..suaminya kemudian lari dari kampung bersama anak dan perempuan simpanannya..’cerita itu kemudian tersebar ke kawasan terdekat..sejak dari itu,rumahnya tidak berpenghuni..semakin usang dimakan hari..

Dengan kemahiran dan pengalaman yang ada,Sam berjaya memujuk dan mengeluarkan jin itu..

Hari silih berganti..
Hati ini bagaikan meronta-ronta,ingin pergi ke rumah usang itu..untuk menggali di bawah rumahnya dan membuktikan bahawa cerita jin itu benar atau sebaliknya..
Diya berpesan,’Biarlah..jangan difikirkan lagi tentang hal itu..yang misteri biarlah ia tetap menjadi misteri..tak semua misteri mesti dirungkai..’

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nizam

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 20 Average: 3.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.