CrynathicPhobia : Boothworld Industries

Terima kasih kepada Fiksyen Sasha dan para pembaca sekalian. Ini adalah siri kedua CrynathicPhobia selepas Deep Web & Emosi. Kali ini aku ingin kongsikan kisah berkaitan bagaimana aku mengharungi seminggu dengan kemurungan akibat menghubungi Boothworld Industries.

Aku tidak tahu samada ianya hanya perasaan & permainan minda yang meletakkan jalan cerita hidup aku selama seminggu akibat terbawa-bawa dengan apa yang aku terima dari Boothworld Industries atau memang benar mereka wujud dan ada dimana-mana. Sebelum aku pergi lebih jauh, aku ingin berkongsi sedikit pengenalan kepada Boothworld Industries. Syarikat ini dikatakan wujud sejak tahun 1888 dan dikelolai oleh seseorang bernama Dexter. Dexter dikatakan wujud sejak zaman kegilaan Nazi dalam eksperimen manusia, kurang jelas samada Dexter adalah orang yang sama atau berlainan atau juga legacy namanya digunakan oleh generasi yang mengelolai Boothworld. Syarikat ini mewujudkan servis percuma kepada pelanggan untuk “remodeling” fizikal mereka secara rela atau paksa. Remodeling yang dimaksudkan bukanlah seperti pembedahan plastik, sebaliknya lebih kepada pengstrukturan semula fizikal manusia diluar kemampuan fizikal manusia.

Jika anda pernah menonton filem Silent Hill, pasti anda mengenali beberapa karektor yang menghuni Silent Hill seperti The Pyramid Head, Armless Man, Grey Child & Dark Nurse. Itu lah fizikal pengubahsuaian yang ditawarkan oleh Boothworld Industries.

Sebulan yang lepas, aku ada menghubungi Boothworld Industries, aku dapat nombor telefon dari laman sesawang reddit. Dari Dark Web hinggan ke Surface Web, Boothworld Industries sebuah nama yang besar dan menjadi bualan pada mereka yang sukakan perkara misteri. Aku cuba menghubungi Boothworld menggunakan private number bagi mengelak dari dikesan oleh mereka.

03 Mac 2018
Panggilan aku gagal. Nombor yang aku hubungi seolah-oleh sudah ditamatkan perkhidmatan atau tidak wujud. Panggilan itu berdering sekali kemudian dimatikan. Aku menghubungi lebih dari 3 kali pada hari berkenaan.

04 Mac 2018
Aku cuba menghubungi Boothworld Industries. Panggilan pertama aku berjaya, tetapi selepas beberapa saat aku terdengar seperti bunyi tone dial-up internet zaman 90an kemudian bunyi itu terhenti dan disambung dengan bunyi loceng kematian (bell of death) beberapa kali kemudian panggilan dimatikan. Beberapa jam kemudian aku cuba lagi menghubungi mereka, kali kedua gagal. Nombor telefon seolah-olah tidak wujud. Kali ketiga panggilan aku berjaya, tapi kali ini bunyi berbeza, suara burung gagak diikuti dengan bunyi burung yang terbang, kemudian suara burung gagak menjadi semakin banyak. Selang beberapa saat aku disambut oleh operator mereka

“Thank you for your patient. Our operator will be with you very soon. Please stand by”

Beberapa saat kemudian terdengar suara seorang perempuan memperkenalkan diri

“Hello, thank you for your interest. My name is Samantha. I am your operator today. Your name?”

Aku mulakan dengan kepastian samada nombor yang aku hubungi adalah Boothworld Industries ataupun tidak

“This is Boothworld Indsutries?”

Pertanyaan aku disambut dengan jawapan

“Building custom lives since 1888”

Mendengar jawapan itu aku terus menamatkan panggilan. Kerana jawapan itu adalah tagline kepada Boothworld Industries.

05 Mac 2018
Nombor telefon personal aku menerima panggilan dari private number. Kali pertama aku hanya biarkan ia tamat berdering. Selang beberapa minit aku terima mesej dari private number

“Our operator will contact you within an hour. Please stand by”

Sejam kemudian telefon aku dihubungi oleh private number. Tapi belum sempat aku sambut, telefon aku dengan sendiri terima panggilan itu dan loud speaker seolah-olah diatifkan dengan sendiri. Apa yang jelas aku dengar adalah

“We’re sorry sir. But our services are limited to US & a few countries in europe. We have no agent in southeast asia.”

Aku diam… cuma pegang telefon jauh dari telinga.

“Sir, your front camera has been activated. We know you heard. We will keep in touch with you. Have a marvelous day.”

Terkejut dengan kenyataan itu, aku terus matikan telefon. Macam-macam berlegar difikiran. Mereka gondam telefon aku? Mereka trace nombor aku? Aku guna private number sebelum ni, macam mana dorang boleh tau personal number aku?

07 Mac 2018. Aku hidupkan telefon semula. Seharian tidak ada ganguan. Tapi perasaan aku tetap tidak tenteram. Rasa seolah mereka perhatikan aku melalui kamera telefon aku.

08 Mac 2018
Lebih kurang 3 pagi, telefon aku berbunyi, aku terkejut dan bingkas bangun. Melihat satu nombor yang samar-samar dari mata yang kuyu dan masih separuh mengantuk. Aku tanpa menghiraukan menjawab panggilan itu. Satu bunyi jeritan yang kuat. Yang sangat kuat seolah-olah suaranya begitu dekat dengan telefon. Hingga aku terkejut dan melepaskan telefon. Melihat nombor diskrin telefon aku. Aku kenal, itu nombor Boothworld Industries. Aku terus matikan telefon. Dua hari tanpa telefon, aku rasa aman & tenteram. Sekarang tiada lagi gangguan, mungkin aku bukan dalam senarai menunggu untuk di remodeling atau mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana agen mereka tiada di asia tenggara. Aku tidak tahu samada ianya hoax atau memang benar wujud.

P/S : Sebarang kejadian aneh dan pelik yang berlaku kepada para pembaca selepas menghubungi Boothworld Industries adalah kehendak & tanggungjawab sendiri.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

AZMIE HIZAM

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

35 thoughts on “CrynathicPhobia : Boothworld Industries”

  1. basic pnye reminder. tutup dgn sticker camera hp /laptop.mereka mmg boleh trace kita by ip address, coordinate etc. kena beware. tapi exciting buat benda² mcm ni sebenarnya hahahaah

    Reply
  2. hahahhahaha dapat kat reddit ke. kat reddit mmg bnyak citer2 seram yang sebenar but story bnyak gantung2 penulis hilang camtu ja

    Reply
  3. Aku gi google td .. Smua crta yg aku baca oprtor dia mmg nama samantha ke? Cerita pn lebih kurang samaaa je?😒😏

    Reply
  4. wow, you dah buat i google semua pasal BoothWorld Industries ni. Sounds interesting. Tapi still taktau sangat what happen bila remodeling tu. means bila kita sebut nama someone yang kita benci (for example), so dia akan balas kan dendam untuk kita ke? is it real?? oh my God. siap ada courtesy call lagi.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.