Cuma Pengenalan

[23/12/2017 21:20] Nrlaadlin_: Cuma Pengenalan

Perhimpunan selepas rehat, Hari Ahad

Cikgu Nurhan : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Harini saya nak buat pengumuman sikit. Pada minggu depan 3/10/2013 sekolah akan mengadakan kem koko selama 3 hari 2 malam di sekolah kita. Sesiapa yg ingin menyertai boleh berjumpa dengan guru-guru penasihat uniform kalian. Sebarang pertanyaan sila tanya pada mereka.

Aku pun bila Cik Nurhan dah bagi tahu ade kem berdezup terus cari Ustazah Nas. Konon nk book nama awal-awal.

Yelah setiap kali ade kem mesti ada muka aku hehehe.

Aku: Assalammualaikum Ustazah,saya nak bagi nama untuk join kem koko yg kat sekolah ni boleh ?

Masa ni,bila aku ckp mcm tu,aku terus rasa tak sedap hati. Tak tahulah kenapa tapi aku cepat-cepat tepis. Husnuzon katakan.

Ustazah Nas: ouh awk ke Nurul,tak payah bagi nama pon tak ape. Saya dah memang letakkan nama awak pon. Hah tengok ni list no 1,tgal awak isi no surat beranak.

Aku bila dh Ustazah kata gitu terus amik pen yg ada atas kertas terus tulis no surat beranak. Dalam hati berbungga-bungga, EXCITED giler !!

Aku: ok tq ustazah.


Perhimpunan Harian,Hari Isnin.

Cikgu Nurhan: Assalammualaikum WBT pelajar.

Segelintir pelajar perempuan: Waalaikumusalam WBT Cikgu Hensem. Hahaha (semua pelajar gelak terhibur)

Yelahh sape je x terpikat dgn Cikgu Nurhan sorg ni,hensem,tinggi kulit sawo matang fuhh mmg jejaka idaman.

Tak sedar diri baru Darjah 6 kot,pikir cg nak pandang ke ?

Cikgu Hensem(saje je): ehem-ehem. Ok kepada semua pelajar yg menyertai kem koko di sekolah minggu depan, mulai esok kita akan mengadakan latihan kawad kaki untuk semua unit beruniform daripada pukul 2 petang hingga 5 petang. Jadi jangan lupa bawa pakaian spair dan maklumkan pada ibu bapa. Faham?

Pelajar: Faham cikgu. Baik cikgu.

Dan sekali lagi hati aku memang tak sedap,mungkin tak cukup garam atau ajinamoto ? Ok ngarut.

Husnuzon lagii !!


Tok Tok Tok !
“Assalammualaikum Cikgu Ijam”. Kedengaran seseorang sedang mengetuk pintu kelas dan memberi Salam.

Cikgu Ijam: Waalaikumusalam, ye Cikgu Nurhan boleh saya bantu, pelajar.. awak sambung buat latihan ye.

Cikgu Nurhan: maaf cikgu ganggu PdP, saya nak jumpa dengan Nurul sekejap, nak minta tolong dia sikit.

Cikgu Ijam: ouh ok. Nurul, Cikgu Nurhan nak jumpa sekejap.

Aku: baik cikgu,kejap

Aku pun terus tutup buku, sebab aku pernah dengar orang dulu-dulu cakap kalau tak ada orang baca nanti syaitan yang baca. Lepas itu terus gerak keluar kelas.

Aku: ye cikgu ada apa ?

Cikgu Nurhan: Nurul, esok petang kamu tolong cikgu kirakan khemah yg ada dalam stor tu ye ? cg nak dalam 17 buah khemah.

“Hok aloh cikgu ni,budak-budak pengangkap ramai kot kenapalahh aku jugak yg kene ?” – kata aku dalam hati.

Aku: ok cikgu itu je kan? Saya masuk dulu. (Sambil senyum paling manis #fake aku bagi)

Tapi masa ni bukan tak sedap hati je,bulu roma pon naik. Bukan aku tak tahu, stor simpan alatan perkhemahan dekat sekolah aku ni angker. Haishh


Selepas sekolah, Hari Selasa.

Semua pelajar yg terlibat sedang bersedia untuk latihan kawad kaki. Aku pulak ??

Haa aku pulak tengah sibuk kat dalam stor cek dan mengira khemah.

Mulanya, Masa tu aku tengah kira khemah sambil baca doa-doa yang aku ingat, aku harap takde papelah yg berlaku. Kononnya masa ni hati sado la. Tapi aku silap. Kenapa aku ckap macam tu ?

Sebabnya,tiba-tiba aku rasa ade orang tiup leher aku. Macam mana aku boleh rasa ? Entahlahh tak tahu tapi srs aku tak tipu,aku memang rasa.

Tak semena-mena bulu roma aku terus tegak dan aku pun kuatkan lah bacaan aku (nampak sangat kecut).

Tak cukup setakat kene tiup leher,aku rasa ada org main usap-usap lengan aku. Ini bukan auta tapi realiti. Even aku pakai baju tshirt PPIM lengan panjang pun aku dapat rasa.

‘Husnuzon Nurul’- kata hatiku.

Aku pon cepat-cepat nak siapkn. Lepas siap terus blah.

Aku: Cikgu Nurhan,saya dah settlekan semuanya ok. Saya pergi latihan dulu ye ?

Masa ni aku cakap dalam tergesa-gesa. Lepas tu terus blah. Biadap betol. Maafkan saya cikgu hehe.

Masa aku sampai je,aku tengok pelajar lain tengah bersembang. ‘Aik takkan belom start lagi?’- aku cakap seorang diri.

Cikgu Wan SC: Nurul sini kejap !

Aku: Allah! ok jap cikgu.

Terkejut kitew.

Cikgu Wan SC: saya nak awak jadi ketua komander,saya nak bagi peluang pada awak. Lagipun tahun ni tahun akhir awakkan? Boleh ?

Aku: what cikgu srslaa ?? On cg boleh je.

Happy gilerr kot. Best doee jerit-jerit bg arahan. Rasa macam ketua. Yelah mana ade komander perempuan.

Aku pon terus laa pergi ke dataran. Mulakan tugass.

‘Skuadd berdiri di hadapan saya dalam uniform masing-masing dalam kiraan 10. 1…2…3.. !!!!’

Aku menjerit memberi koman dengan lantang. Semua peserta terkalang kabut barisan.

1 jam kemudiann…..

‘Skuad,keluarr baris !!’

Aku: semua boleh rehat 30 minit.

Masa tengah rehat ni,aku rasa macam ada someone or something yang tengok aku dari belakang belah atas sebab belakang aku tu bangunan sekolah. Atas mana,aras mana,aku pun tak tahu.

Bila aku tengok belakang. Jeng jeng jeng !!

Takde pape pon sebenarnya. Saje kasi suspen. Tapii !

Amik kau bulu roma aku tegak macam tengah nyanyi lagu negaraku. Ahh tak boleh jadi gini. Memainkan jiwa perasaan betol.

Cikgu Wan SC: Nurul,takpelaa awak masuk barisan biar saya handle koman. Awak masuk sebelah Anis.

Aku: ok.

Dalam perjalanan nak ke Anis aku terfikir,

Kenapa sebelah Anis? Anis yg kemain tinggi kot tak kan aku masuk sebelah Anis. Yelah aku ni terlajak tinggi.

Aduhh merendah diri pulak. HAHAHAHA.

Masa tengah berdiri sebelah Anis ni aku rasa panas,panas lain macam,panas ni sebelah kiri aku. Kanan tak. Dan sebelah kiri aku Anis. Hmmm

‘Auzubilla himimasyaiton nirajim.. fuh fuh fuh’- aku hembus sebelah kiri aku 3 kali.

Lepas je aku buat gitu,Anis terus pegang tangan aku.

Aku: oiimakkk. Haishh kau ni terkejut aku. Aku sekeh kau kang.

Cikgu Wan SC: Nurul. Bumping 10 kali !!

Apakahhh??? Saya tak bersalahhh lah cikgu !!! Mommy huhu sob sob – gumam hatiku.

Disebabkan nk tunjuk aku pelajar cemerlang,tanpa membantah aku pon buat jelah.

Lepas cukup je 10, “maaf tuan!”

Anis: sorry Nurul,aku nak suruh kau baca surah-surah ape yang patut. Aku panas. Bila kau baca tadi tu aku rasa ok sikit tapi ni aku rasa tak ok balik dah.

Masa ni aku nampak cikgu Wan SC perhatikan kami,tapi dia buat dont know je. Apakkah,sungguh ni tak adil !!

Aku: haa yelaa yelaa.

Lepas je berapa minit aku baca surah 3Qul, Ayat Qursi, GEDEBUKK !!!

Aku ingatkan nangka busuk jatuh rupanya Anis yang tumbang pengsan.

Aku terkejut,panik. Terus aku jerit kat cikgu.

Aku: Cikgu !!! Anis pengsan ni !!

Cikgu Wan SC: Nurul dengan pelajar perempuan angkat dia masuk bilik rawatan.

Aku: tak boleh cikgu,dah 5 orang ni angkat. Berat sangat.

Dan aku nampak Cikgu Wan SC pergi lari panggil Cikgu Nurhan yg tengah duduk kat hujung dataran.

Tapi bila cikgu-cikgu dgn pelajar lelaki yg lain nak angkat pon tak boleh. Huh nampak sangat gemok,tulah lain kali jangan makan malam-malam buta.

Ok joke.

Zuri: cikgu azan cikgu.

Cikgu Nurhan : Allahu akbar Allahu Akbar….

Fuhh Ya Allah sedapnya suaraa. Aihh calon suami idaman ni. (Amboi gatai no)

Lepas je azan,ok dah ringan pon. Dasar hantu.

Cikgu Nurhan: Nurul pergi beli air masak kat kantin.

Aku: ok duit ? Hehe poket kosong cikgu.

Cikgu Nurhan: haih kamu ni. Keep the change.


Masa aku tengah naik tangga nak pergi bilik rawatan,gedebukk !!

Adoii sakit kaki aku. Kuajo betol lah main tolak-tolak.

“Sapee yang… too.. laa.. kkk ?? – jerit aku tapi ….

Aku: Allah Allah Allah

Bersambung..


Assalammualaikum guys,aku Nurul, tapi ramai panggil aku kakyong. HaHaHa aku pun tak tahu kenapa,mungkin sebab perangai aku kot.
Ni cuma hint dalam story aku,belom masuk cerita yang sebenar. Maaf kalau ade yang tak suka.
Maafkan aku kalau story ni tak sampai ke hati korang, cewahh hahaha dan terima kasih sebab baca itupun kalau admin publish, thanks to admin juga.
Cerita ni cerita sebenar aku,yang pernah aku lalui 5 tahun lepas dengan seorang sahabat. Masa tu umur baru 12 tahun (2013) dan masih kebudak-budakkan tapi aku faham apa yang terjadi dan aku jugak masih ingat hari,masa dan tarikh benda ni berlaku.
Sampai sekarang cerita ni masih menghantui hidup aku. Aku masih tak boleh move on.
Maafkan aku sebab aku tak pandai menulis,tapi aku tetap nak share.
Disebabkan aku takut cerita aku tak best,aku minta tolong salah seorang writer yang terkenal kat fiksyen shasha ni.
InsyaAllah aku akan sambung the next part.
Maafkan aku sekali lagi.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nrlaadlin_

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

33 thoughts on “Cuma Pengenalan”

  1. ok komen aku banyak shortform..shortform is big no no dalam cerita ye..ni bukan wechat dik..and two..spelling errors ie. spair and bumping..so next time bila kau submit tengok spelling error..thank you..

    Reply
  2. Kalau boleh pakai tulisan penuh tau. pembaca FS tak semuanya muda, tak semuanya faham penggunaan tulisan shortform. tak semua pembaca FS ni berbangsa melayu … keep it up dik.. tak sabar sape tolak tuu

    Reply
  3. Jarang aku nak komen elok2.
    But dgn kau aku bagi peluang..
    Mukadimah yg menarik.
    Tapi lain kali habiskan terus, jangan ada bersambung.ok..
    Terbaik…….

    Reply
  4. tak tau kenapa baca cerita ni aku rasa mcm tgh berlari. lepas tu tiba2 stop mengejut. kuss semangat. kena bagi flow cantik sikit jgn here and there. transition bagi kemas. gitu ha pengkritik. bab shortforms tu, pendapat aku, kalau nk guna, guna yg standard je lah jgn pelik2. mengganggu tempo pembaca utk faham.

    contoh shortform pelik:
    yang –> y
    kena –> kn

    contoh shortform standard:
    yang –> yg
    sebab –> sbb

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.