D13A : Bercuti

Kisah Sebelum-sebelum ini:

Hampir dua tahun aku ambil masa untuk teruskan dengan kisah seterusnya.Alhamdulillah,masih bernafas,makin sihat dan diringankan segala dugaan.

Kisah seterusnya berlaku kira-kira 6 bulan sebelum abah aku meninggal.Selepas kes mama terjumpa kelopak mawar dan aku disantau angin dan segala adegan makan bawang tu,badan aku masih bertahan walaupun selalu terganggu dengan mimpi-mimpi yang datang menjamu makan dalam mimpi dengan merupa samada mama atau suami aku.Alhamdulillah sekali lagi,aku berjaya menepis.

Tibalah pada suatu kisah,dimana aku mengikuti percutian keluarga bersama keluarga mertua ke sebuah pulau di tanahair ni.Percutian tu tak mampu kami tolak kerana bersempena menyambut hari lahir FIL ku.Aku sentiasa beringat dari hari pertama tiba ke sana.To be honest,aku cuba positifkan diri dan sentiasa beringat sepanjang percutian.Seram pun ada.Takut-takut ter-duduk chalet sebelah menyebelah dengan Azy.Takdir Allah swt,penginapan aku bersebelahan dengan FIL & MIL aku.And,penginapan tu diatur oleh FIL aku.Syukur giler aku sebab jarak aku denga Azy selang 4 buah rumah.

Korang takkan faham perasaan aku bilamana korang tak berdepan atau kenal sendiri dengan dia.Tak kisahlah kalau orang nak cakap aku membesar-besarkan cerita.Tapi yang pasti, prevention is better than cure.

Seboleh-bolehnya aku nak elak dari adegan rasuk merasuk,atau hilang kawalan diri sepanjang berada kat sini.Dan tak perlu tunggu matahari tenggelam pun.Sewaktu aku sedang solat Asar,pintu bilik aku buka ternganga memandangkan suami dan anak-anak ada bersantai kat halaman depan.Seusai aku memberi salam,telinga aku tertangkap bunyi berdesing yang cukup kuat.Aku cuba beristighfar dan membaca ayat Kursi sebelum secara tiba-tiba kepala aku ditampar.Tak semena-mena bau busuk mula memenuhi ruang dalam bilik dan depan mata aku,aku nampak Azy lalu dibelakang aku sambil senyum sinis.

Malam pertama kat sana,FIL aku arahkan semua anak-anak untuk solat berjemaah di surau yang terletak bersebelahan dengan chalet tempat tinggal kami,betul-betul di sebelah kiri bilik aku.Manakala bilik FIL aku pula berada di sebelah kanan.Memandangkan aku punya anak kecil,aku pilih untuk solat di bilik.Lepas solat maghrib,FIL aku hidangkan pula dengan tazkirah hinggalah ke waktu Isya’.Then barulah kami ke restoran untuk makan malam.Waktu makan malam,aku perasan yang Azy tiba agak lewat ,hampir ke pukul 10 malam bersama bibik.Tak tunggu lama,kami yang dah selesai makan kembali ke bilik masing-masing untuk berehat.Rasanya Mukhlis yang temankan Azy makan bersama Hana.

Pukul 11 malam,suami dengan anak-anak nampaknya dah berdengkur.Lena.Aku yang baru lepas solat Isya’ dan masih lagi belum mengantuk mula meng-scroll handphone sambil berbaring.Untung-untung cepat mata ni lena.Lain betul sunyi kat pulau ni.Tenang je.Cuma kadang-kadang jer terdengar bunyi ombak menghempas ke pantai.Tiba-tiba suhu bilik ni aku rasa teramat sejuk.Dalam sunyi malam,aku terdengar bunyi air yang mengalir dari paip air di kaki tangga.Seketika kemudian,bunyi papan di beranda chalet dipijak.Dada aku tiba-tiba rasa berdebar.Siapa pula yang berlegar kat beranda.Aku bangun perlahan-lahan dan mengintai dari celah tingkap bilik.Tapi gelap dan kosong.Tak nampak apa-apa pun melainkan lampu taman.

Aku kembali berbaring sambil menyambung meng-scroll handphone di tangan sebelum hidung aku tertangkap bau seakan bau perut ikan yang sangat busuk.Segera aku bacakan ayat Surah Yunus 81-82 sehinggalah aku rasa yang aku perlu ke tandas.Selesai urusan di tandas,waktu aku melangkah keluar dari situ,bulu roma mula menegak.makin lama makin kuat.Aku toleh ke aircond. Temperature-nya aku naikkan.Tapi perasaan tu masih tak hilang.

Kali ni telinga aku mula berdengung sehingga terasa pedih menyucuk ke telinga.Sewaktu aku melangkah ke katil,aku lalu betul-betul di hadapan pintu bilik,dan yang anehnya,aku dapat rasa pada ketika tu,suhu kat situ panas membara sama macam kau sedang berdiri kat tepi api yang sedang marak.Aku cepat-cepat melompat ke katil bilamana aku rasakan seperti ada seseorang sedang cuba membuka pintu bilik tu.Sebelum tu,sempat aku pastikan yang tombol pintu tu berkunci.Aku ambil bantal,aku tekup mukaku.Selimut pula aku balut pada tubuh sehingga aku yakin takde satu lubang pun makhluk yang kat luar tu boleh sentuh.Dramatik giler kepala aku berfikir waktu tu.Aku pun tak tahu kenapa.Selang kurang 5minit dari kejadian tu,tiba-tiba pintu bilik aku terbuka!Seperti ditendang dari luar.Aku hulur tangan perlahan-lahan,aku cakar lengan suami aku di sebelah dengan harapan dia terbangun.Takde respon.Aku kuatkan lagi cakaran bersama cubitan.Masih hampa.Aku dapat dengar dengan kuat bunyi ombak dan cengkerik.Waktu ni aku teringat yang kat pulau ni pernah kecoh tentang monyet dan biawak besar.Takut bukan kepalang bila aku fikirkan.Dah la posisi aku berada sekarang ni kat bahagian katil paling tepi.Kalau monyet atau biawak panjat katil ni,mesti aku dulu yang kena.

Disebabkan langsung takde apa-apa bunyi pergerakan,aku cuba intai di sebalik bantal.Kalau selamat,cadangnya aku nak tutup pintu.Time ni lah baru terfikir IPad kat atas meja depan pintu,handbag pun kat atas tu sekali dengan dompet suami aku,Kalaulah tu perompak,habislah IC dan segala mak nenek kad kat dalam tu.

Tapi,alangkah terkejut aku bila aku intai,aku nampak dengan jelas muka Azy kat muka pintu bilik tu.hasil bantuan lampu dari beranda dan meja solek,memang sah tu dia.Tapi dia pakai kaftan merah dengan gincu merah tengah merenung kami kat atas katil.Berdebar aku rasakan waktu ni hanya Tuhan je yang tahu.Tapi yang aku hairan,dia cuma berlegar kat depan pintu, tapi tak pula dia masuk.

Aku tengok jam kat handphone dalam selimut ni,baru pukul 1.30 pagi.Lama lagi nak Subuh nampak gaya ni.Dalam aku berkira-kira sambil baca Al-Fatihah yang aku niatkan untuk diri aku,suami dan anak-anak,aku terdengar bunyi loceng atau lebih spesifiknya,bunyi loceng macam kat gelang kaki tu.Dan kalau tak silap aku,bunyinya bermula dari almari kat sebelah tandas.Bunyi tu bertambah kuat bila dia berada di hujung kaki aku,maknanya berdekatan dengan muka pintu.Aku dengar lagi bunyi loceng kaki berselang seli bunyi dengusan.Berkali-kali dan bersilih-ganti.

Dan akhirnya,bunyi pintu bilik ditutup.Bunyi loceng kaki masih kedengaran dan kali ni bunyinya makin perlahan menuju ke arah tandas sebelum bunyi tersebut akhirnya hilang.Berpeluh-peluh aku bertahan kat dalam selimut sampailah aku dengar bacaan ayat quran dari bilik sebelah.Aku cepat-cepat check handphone kat tangan.Lebih kurang pukul 3.30 pagi.Aku goncang badan suami kat sebelah.Aku tanyakan pada dia samada dia dengar bunyi tu.Rupanya dia pun dengar..itu suara FIL aku mengaji.Aku bangun dari katil,lempar selimut tebal tadi,dan aku menuju ke pintu bilik.Memang sah!Tombol tu tak lagi berkunci.Kejadian tadi memang betul-betul terjadi.Bukan mimpi.Aku kembali ke katil dan termenung sebelum akhirnya,aku terlelap hingga ke pukul 7.Subuh pun aku solat pukul 7 pagi.

Pagi tu,sebelum kami ke restoran untuk bersarapan,aku cuba susun balik jalan cerita kisah semalam untuk aku ceritakan pada suami aku.Tapi tiba-tiba aku teringat tentang bunyi loceng gelang kaki.Serta merta aku rasa seram.Seram bila aku fikirkan apa makhluk yang tinggal sama-sama dalam chalet yang kami menginap ni.Aku pilih untuk diamkan diri.Dan pastinya,aku paksa suami aku untuk temankan aku untuk walaupun untuk ketandas yang cuma jarak 3 langkah dari katil sepanjang percutian kami.

Hari kedua kami di sini,kami sewa sebuah bot untuk bawa kami sekeluarga keliling pulau dan mandi manda disebuah air terjun di salah sebuah pulau yang ada sekitar laluan kami nanti.Jujurnya,mood aku tak berapa elok pagi tu sebab aku tak cukup tidur dicampur dengan aku tak faham kisah semalam.

Bila aku pandang muka Azy yang ada kat belakang bot ni,lagi aku rasa menyampah.Tapi tu lah,bak kata suami aku.Kalau orang buat depan-depan ni senang,boleh tumbuk,boleh terajang.Kalau apa dia buat ni,siapa nak percaya.Ada bukti pun,tetap benda tak nampak.Dan sepanjang kami berada dalam bot,nampak muka Azy stress.But what else can I do?Just fake it to make it.Memang kalau ikut plan aku tak join trip tu tapi last minute husband dapat request dari FIL dana bang-abang dia suruh kami ikut.So far,sepanjang kat laut takde berlaku benda-benda pelik-pelik.Sampailah kami tiba di Kawasan air terjun,Azy datang pada aku dan tawarkan untuk mengambil gambar foto aku bersama anak-anak dan suami menggunakan handphone dia.Hell No! Memang taklah aku nak terima.Tak juga aku jawab taknak.Tapi aku biarkan soalan dia bagai angin lalu.Tak angguk, tak geleng.Aku ambil langkah selamat dengan menjauhkan diri dari dia.

Turun dari bot,she seems doesn’t look happy and terus balik ke bilik while aku dan in-laws melepak kat bar sambil makan pizza sampai ke pukul 6 petang.Di bilik,datang balik seram bila teringat kisah semalam.Aku lagi seram kat bunyi gelang kaki berloceng kalau nak bandingkan pada Azy.

Azy ni aku bersisa geram atas 6 tahun perbuatan dia.Nasib baiklah malam tu FIL aku tak buat tazkirah kat surau lagi sekali.Kami makan malam seawal 8 malam dan sama macam malam sebelum ni,Azy tak kelihatan.

Sebaliknya bibik yang datang menggantikan tempat dia bersama Mukhlis dan anak-anaknya.Alasannya,dia nak solat maghrib sambil tunggu isya.Tak tahu kenapa,aku rasa nak tergelak kat meja makan tu,tapi aku tahankan.

Sama macam malam sebelumnya,usai makan malam,aku lepak di bilik bersama anak-anak dan suami lepak di bar bersama abang-abangnya.Buat seketika,aku beranikan diri berada dibilik untuk temankan anak-anak tidur.Sempat aku baca beberapa ayat untuk jadikan pendinding diri sementara menanti suami aku pulang.

Alhamdulilah,semuanya selamat untuk malam tu.Cuma,lebih kurang 30 minit sebelum FIL aku seperti biasa bangun untuk mengaji,aku terdengar sekali lagi bunyi loceng kaki yang sama aku dengar malam sebelum ni lalu di hujung kaki aku sebelum bunyi tersebut menghilang ke arah tandas.Dan tak lama kemudian,kedengaran suara FIL aku sayup-sayup mengaji dari rumah sebelah.

Hari ketiga dan merupakan hari terakhir kami disana,kami beriadah secara Free & Easy.Selesai sarapan pagi,kami bersantai di tepi pantai,berbasikal,sekali lagi ber-snorkeling hinggalah ke petang,kami lepak melihat matahari terbenam sambil minum-minum dari beach bar.Dan malam pun menjelma.

Selepas sambutan harijadi dan BBQ dinner bersama,masing-masing habiskan waktu malam dengan beriadah besama keluarga masing-masing.Begitu juga kami.Aku lepak di beranda bersama MIL dan SIL sambil minum kopi panas.Sambil kami bercerita tentang instafamous dan juga gossip-gosip terbaru.Sampailah mata aku tertangkap ada kelibat putih sedang mengintai dari bahagian tepi chalet yang aku tinggal.

Bila jam dah mula masuk ke pukul 11 malam,masing-masing mula mengantuk.Suami aku masih berbaring di katil sambil bermain game di IPad.Manakala anak-anak pula dah lama dibuai mimpi.dan jadi tabiat,sebelum tidur aku akan basuh kaki dan berwudhu dan sewaktu aku di tandas,aku terdengar bunyi seakan suara sedang berbisik.Betul-betul di bahagian luar bilik air.Aku matikan air yang mengalir di sinki.Sunyi.Bila aku melangkah keluar dari tandas,sekali lagi aku terdengar suara tadi berbisik.
Itu kisah aku ditandas.

Lain pula dengan suami aku yang sedang melepak kat katil sambil layan game.

Sebaik sahaja dia nampak je aku keluar dari tandas,dengan pantas dia mengamit aku supaya mendekatinya.Rupanya sewaktu aku di tandas,dia terdengar bunyi orang berjalan di beranda.Bila diintai,langsung takde sesiapa.

Berkali-kali bunyi tu datang bersama bau busuk seakan bau cicak m**i terkepit katanya tapi dalam strong version baunya.Dan terakhir dia dengar seakan suara aku memanggil minta dibukakan pintu tapi nasib baik aku sempat keluar dari tandas.Maka tak sempat lah dia buka pintu tu.
Aku beri isyarat pada suami aku bahawa aku ingin menunaikan solat terlebih dahulu.

Sempat aku pesan padanya supaya jangan tidur selagi aku tak siap solat.Dan dia cuma balas dengan mengangkat ibu jari.Aku tak pasti kenapa tapi aku seakan deprogram untuk tunaikan solat isya,solat taubat,solat hajat,dan akhir sekali solat tajahud dalam keadaan bilik yang memang ada bau busuk.Tak lama selepas tu,bau tu perlahan-lahan hilang. Waktu tu jam dah lebih pukul 2 pagi tapi mata kami langsung tak mengantuk.

Sewaktu aku berzikir,aku dapat lihat sesuatu seakan menyerupai Azy sedang mundar mandir di depan bilik kami.Sesekali makhluk tu mendengus sebelum dia menyambung mundar mandir di hadapan pintu bilik kami.Aku bacakan Al-Fatihah,diikuti surah Al-Baqarah ayat 1-5 dan diteruskan dengan Ayatul Kursi serta 3 ayat terakhir pada surah Al-Baqarah.Aku bacakan sambil tanganku aku halakan ke pintu bilik,gaya memusnahkan mahkluk diluar tu agar berkecai.Setelah aku rasa puas,aku kembali ke katil untuk tidur.Kali ni suami aku pula yang bersolat dan memagar bilik tu dari sebarang gangguan dan ancaman.Alhamdulillah,malam tu kami tidur lena hingga ke pagi.

Esoknya,Azy langsung tak bersarapan.Aku cuma ternampak dia sewaktu kami check-out lebih kurang pukul 11 pagi.Itu pun dia mengelak dari bertentang mata dengan aku atau suami.Dalam perjalanan ke jeti pun,dia pilih untuk berjalan dengan bibik dan anak perempuannya dengan muka masak mencuka sehinggalah kami sampai ke darat.

Kalau ditanya best ke tak percutian tu,aku cuma mampu jawab best on the surface.In fact,mentally exhausted..Bunyi gelang kaki berloceng tu pula,kekal misteri.

Cerita kali ni memang takde keseraman yang korang nak,tapi inilah permulaan bagi suatu kehilangan dan juga pengalaman baru dalam hidup aku.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

D13A

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

18 thoughts on “D13A : Bercuti”

  1. finally akak d13 kembali.. ramai jugak trtanya2 kisah akak.. alfatihah untuk abah akak.. kuat yea akak😊😊

    Reply
  2. Alhamdulillah aku mmg tgu btl citer ni bsambung.. Tp kna selak balik la citer sblm2 ni sbb dh makin lupa huhu apa pn welcome back sis.. Semoga sentiasa kuat n tabah slalu n dpermudahkn segala urusan

    Reply
  3. Engat lagi kak D13A ckp,
    “kalau panjang umur n selamat dari ape yg si pelaku tu buat, akak akn share ag. Klu xpanjang umo, cerita2 perkongsian akak ni jdi bukti n saksi perbuatan dia” mcm gitu la lbih kurang.

    Lama tggu cerita akak, kdg2 terfikir yg bukan2 jgk, kut2 si pelaku tu buat teruk. Tapi alhamdullilah, akk D13A muncul lgi.

    Semoga Allah melindungi akk n sekeluarga.

    Reply
  4. Welcome back sist

    APA jadi dgn azy ye masa last sist share story tu.

    Kengkawan sape2 ade bace story pasal Angah yg latest?

    Reply
  5. selain dari FIL sape lagi yang tau perbuatan Azy tu?
    Hana tu dah lupa pulak siapa orang nya.
    malas nak baca story yg lama.

    Reply
  6. ye..akk pun slalu org hntr sihir, hinggalah tjumpa amanat yang Rasulullah S.A.W sarankan kita membaca Surah Al-Baqarah ayat 1-5 kemudian sambung ayat kursi dan amik 3 ayat akhir Surah Al Baqarah seeloknya diamalkan selepas solat subuh dan selepas solat maghrib (2x dibaca dalam sehari di tgh2 rumah dengan lantang dan diyakini didengari dalam segenap ruang dlm rumah tu).Ia berfungsi untuk memagari rumah itu dari menjadi persinggahan atau tempat tggl makhluk halus. Kasturi hitam juga salah satu yang Rasulullah S.A.W suka pakai, so tirulah gaya hidup yang Rasullullah S.A.W amalkan agar hidup kita thindar semua ni….sihir hanya blh terjadi dengan izin Allah, namun Allah tak akan sesekali mengizinkan hambaNya yang taat dikhianiati…

    Reply
  7. Sy baru je habis rant semua cite akak..mmg terbaikkkkk lahhhh..sempoi je jalan cite,tp ada tension dan intensity nya di situ..tak sabar nak baca lg citer2 akak..

    Baidewei,akak mmg akan kerasukan ke tiap kali ada penampakan sampailah skrg?walaupun dah berubat byk kali?ustaz xde gitaw kenapa ek?kalau ikutkn,mcm akak ni dah jd kuat semangat,salu y kita dgr org y mudah kena rasuk ialah org y lemah semangat..

    Pape pn,semoga akak tabah dan sabar sntiasa..Azy tu plak,abaikn dia jelaa..FIL pn mcm x berguna sgt (sorry to say) sepatutnya dinasihatkn dan bertegas dgn c azy tu..tp..hmm….

    Reply
  8. panjang btl cite akak D13A ni… bnyk kli jg la stop and continue bce… ble da stop, nk start balik, kne cari dr perkataan pertama… klu rse da bce, ok la… tp sampai 1/2 cite, kne ingt balik, da prnh bce ke blm… ap2 pn, mmg tabah lah akak D13A ni…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.