PANTANG : RUMAH TINGKAT D13A

Assalamualaikum semua. Untuk yang baru mengikuti kisah aku ni,korang boleh start di Rumah No.23-Rumah No.9-Rumah Tingkat 3-Rumah SS14,PJ dan Rumah Tingkat D13A. Panjang berjela cerita aku kan? Penat baca? Hahaha. Aku pun penat korang. Entah bila nak habis. Sometimes tu, aku doa semoga Mak Ngah aku cepat-cepat m**i. Tapi ada kawan aku cakap Tuhan tak makbul doa camtu. Jadi aku doakan dia dapat hidayah dan petunjuk semoga harapnya dia stop duk ‘menghantar’ kat aku. Husband aku ada baca cerita aku yang lepas. Kata husband aku bila dia baca dia rasakan kemarahan dalam cerita tu!Haha.Memanglah.Redha memang redha tapi hati aku sakit bila terkenang…gitteeeew.

12 hari pertama selepas bersalin, aku berpantang di KL. Mama yang jaga aku kat sini. Dalam masa yang sama, mama nak bagi aku tempoh bertenang dan berehat sambil tunggu aku kuat sikit sebelum balik ke Kelantan. Ya, kampung aku di Kota Bharu, Kelantan. Mama ada cakap dia takut gangguan tu tunggu aku kat rumah sana. Kalau boleh dia nak aku pantang sampai habis je kat KL. Tapi Abah bantah. Katanya dia nak akikah and pantang kat Kelantan. Cucu sulung baq hang, hahaha. Keterujaan tu lain sikit. Husband aku paling teruk kena torture dengan abah sampai dia ambik block leave.

Lepas beranak, aku tak perasan ada gangguan ke idok. Sebab takat bunyi guli, alih-alih perabot, tumbuk sambal malam-malam tu dah benda biasa untuk rumah bertingkat kan. Yang paling menakutkan bagi orang beranak macam aku time tu adalah anak yang taknak tidur malam or asyik nangis. Tu serrrammmm! Tapi nasib baiklah aku dapat anak yang kuat tidur and suami yang rajin bangun tengah malam. Orang tengah excited jadi bapak katakan. Siap ada group discussion kat office untuk share pasal penjagaan anak. Alahaiii..

Hari ke-15 berpantang merupakan hari ke 4 aku di Kelantan. Awal pagi tadi aku dan husband dah selesaikan urusan kambing akikah dan khemah. Lauk kenduri Abah & Mama yang manage. Tengah hari tu, waktu tu Abah aku keluar, Mak Ngah aku sampai. Lagi drama bila time tu mama pulak keluar ke kedai depan gi beli santan. Tinggallah aku dan husband bersama baby kami kat bilik. Mulanya aku tak nak keluar bilik and aku suruh husband aku kelentong cakap aku tidur and taknak diganggu. Cheewah! Tapi sebab husband aku ni memang tak cekap bab-bab berdalih ni, aku pun keluarlah mengadap malaun tu. Eiii…nyampahlah haiii. Sabar jer la. Aku pandang jer dia sambil senyum sikit sebanyak.

Mesti korang kagum macam mana dia kental sangat datang lepas apa dia dah buat kan?Pernah dengar pepatah muka jat bontot? Hah! Dia ni lah. And korang patut tengok apa reaksi dia masa datang rumah aku tu. Macam takde ape-ape. Macam dia innocent. Memang makcik aku ni muka tebal mengalahkan Superman yang pakai spender kat luar. Pastu boleh pulak dia rampas anak yang husband aku duk dukung semata-mata dia perasan anak aku nak Mama Tok yang dukung pulak. Purffftttt! Alih-alih anak aku nangis-nangis tak nak dia dukung. Rasakan!

Tak sempat makcik aku tu panas bontot kat rumah tu, Mama sampai. Boleh pulak mama aku menggelabah tengok kakak sendiri. Tapi dia buat-buat cool walaupun sebenarnya lepas makcik aku balik, berasap tapak tangan dia urut dada tanda lega, hehe. Padan muka. Tapi mama aku ni dia takleh terima bila aku mengata kakak dia. Mungkin dia still in stage of denial. Yerlah, bukan senang beb nak terima d***h daging buat perangai gitu. So kalau aku nyampah pun, aku cerita kat husband aku jer. Kalau cerita kat mama, mulalah dia berpeluh pastu mulalah naik dia punya d***h tinggi. Kenapa tak cerita kat Abah? Hee…tiap kali sebut nama makcik aku, setiap kali tu lah abah nak gi jumpa sami ‘Tok Cha’. Marah betul dia. Diamlah kami taknak sentuh pun hal ni selagi boleh.

Korang tahu, masa time akikah, actually aku tangkap makcik aku berpeleseran kat dalam bilik aku sedangkan semua tetamu and manusia lain kat bawah. Aku nampak jer kelibat dia masuk ke bilik aku,nah. Aku terus pecut ke bilik. Anak tangga 4 batang tu pun main lompat jer sambil pegang perut. Skill sprinter zaman sekolah masih utuh weii, hahaha. Dia tahu kott aku kejar dia, bila aku masuk pantas jer dia cakap nak pinjam tandas. Aku plak bagi alasan nak tengok handphone. Aku tunggu dia masuk toilet sambil message husband aku suruh datang ke bilik. Masa tu aku fikir, ni orang tua ni mesti nak cari alasan nak stay kat bilik aku. Bila dia keluar dari tandas, dia cakap nak rest kat bilik aku. Alasannya kat luar ramai sangat guest sampai dia migrain. Memang tak dapatla, canteeekk sikit! Nasib baiklah husband aku ni tangkas datang ke bilik. Maka muncunglah dia keluar dari bilik tu.

Mesti korang terfikir kenapa aku tak tampar jer muka dia laju-laju, kan? Ustaz pesan orang macam ni tak guna pakai kekerasan zahir sebab dia buat pun guna cara batin. Jadi kalau nak lawan, lawan cara batin jugak melalui amalan. And one more thing, makcik aku ni, tak kira kau rasa nak marah camana pun, bila berdepan dengan dia, kau akan rasa belas kasihan dan iyakan ajerrrr.. Belum lagi part dia peluk-peluk cium pipi takpun sampaikan husband aku pun dia cium peluk. Haih! Sudahnya, husband aku pulak yang diganggu. Dalam pantang, aku kat Kelantan manakala husband aku kat KL. Everyday husband aku diganggu dengan bau-bau and mimpi perempuan cantik datang mengaku tu bini dia.

Nasib baik husband aku still kenal rupa bini dia. Lagi pula, since balik dari Kelantan, husband aku lepas maghrib confirm akan terlelap sebab badan dah macam energy drain. Subuh lagi lah, memang takde terbangun. Apa husband aku perasan, walaupun cuma pasang kipas ceiling kat bilik, tapi suasana tu sejuk dan dingin jer kat bilik kaedahnya. Perkara ni berlarutan selama seminggu.

Lain pula kisahnya aku kat Kelantan yang duk busy berurut dan berpantang.

Setiap pagi mama akan ambil makcik urut yang tinggal di Pintu Geng untuk urut dan tungku kan aku lepas mama hantar adik perempuan aku ke sekolah. Aku pula akan stay kat rumah tidur or tengok tv sampailah mama balik. Pagi tu aku tengah tidur tapi aku dapat rasa macam ada orang duk mundar-mandir kat hujung katil aku. Bila aku buka mata, aku nampak mama berdiri kat hujung kaki. Jadi aku biarkan. Nampak macam lama sangat berdiri tak bergerak, dengan mata yang segan-segan jer aku buka, aku tegurlah mama. Then aku agak mesti mama kejutkan aku untuk berurut. Aku cuba bangkit slow-slow macam nurse ajar kononnya. Mama dah keluar dari bilik aku melenggang itik dengan baju kurung hijau pucuk pisangnya.

Bila mama dah keluar, aku pun terus mandi and sarung kain batik berkemban. Ready nak berurut nih..tapi, bila aku melangkah ke ruang tamu, sunyi jer. Aku selak langsir sampailah kat ruang tamu bawah, eh.eh..mana kereta mama aku? Takde pun. Aku jenguk dapur kot-kot mama dengan makcik tu duk tengah menjamu selera makan nasi kerabu. Pun takdee…aik! Aku dah blur. Malas nak fikir and sebab husband aku pesan aku kena positive and relax time dalam pantang, makanya aku pun ignore jer la. Entah kenapa, bila mama aku balik lepas tu, aku jadi lupa nak bertanya hal tadi pagi tu.

Second time experience aku dengan jelmaan mama aku tu agak sedikit extreme. Macam peristiwa haritu, timing dia confirm pagi masa aku mamai. Kali ni aku tersedar sebab aku nampak mama aku nak ambil anak aku. Entah kenapa aku larang and suruh biarkan jer anak tu tidur sebelah aku. Padahal aku tak tahu pun tu cuma jelmaan mama aku. Sampai aku tertengking jelmaan mama aku tu sebab taknak bagi ganggu anak aku tido. Selama ni mama aku ambil jer tapi tak pernah aku larang.

Bila dah aku tertengking, dia sengih sambil keluar dari bilik aku. Baru aku perasan, apa kejadahnya mama aku pakai tudung dengan baju kurung warna oren tapi tak pakai kain?! Aku pun cepat-cepat bangun and mengekor benda tu keluar. Alih-alih aku dengar orang berdengkur. Aku toleh lah arah datangnya bunyi dengkur tu manakala jelmaan mama aku tadi tu menghilang camtu jer kat dapur. Rupanya mama aku sedang tidur kat atas sofa. Pakai kaftan jer. Aku ke dapur tapi tak nampak sape-sape. Perangai tau benda ni. Dia dah start dah..

Tadi hal berlaku waktu pagi. Bila malam pulak, anak aku akan bangun bermain sorang-sorang. Dia tak nangis tapi dia suka gelak terkekek-kekek macam diagah oleh someone. Bila cerita kat mama, mama cakap baby memang banyak ragam. Then aku biarkan jer la as long as dia tak menangis. Cuma aku jadi ralat bila anak aku ni selalu melilau jer ke dinding matanya everytime aku nak tidurkan dia. Kadang tu dia dah macam mengantuk dan penat dah sangat tapi still mata dia tu melayan benda yang dia nampak kat dinding tu. Aku pernah nampak sekali jer tu pun secara tak sengaja bila 1 malam tu beria anak aku macam tengah berborak dengan benda tu (bahasa baby lah). Aku tak terus buka mata tapi aku slow-slow intai ke ceiling dan dinding.

Rupanya ada 1 benda gayanya macam kelawar kepala ke bawah kaki ke atas. Rambut berjuntai dengan muka kerepot duk bergurau senda dengan anak aku. Aku pun cepat-cepat bangun rangkul anak aku. Aku pandang benda tu then aku ludah ke arah dia sambil berdiri kat atas katil. Spontaneous. Dia pandang jer aku lepas tu aku macam datang marah yang amat sangat (maybe tu feeling keibuan kott). Habis aku maki dia, dia hilang tapi anak aku pulak yang nangis. Dah jadi gitu, abah yang azankan anak tu. Nak dekat Subuh barulah anak tu tidur.

Esoknya, pukul 9 pagi lagi pakcik yang ubatkan masa aku kerasukan sehari sebelum kahwin tu dah ada tercongok kat depan rumah. Mama yang call time anak aku menangis tak henti subuh tadi. Dan, bila pakcik tu bagitahu mata anak aku dah juling sebab dah lama aku biarkan dia duk tengok benda tu, then baru aku perasan. Jadi menyirap d***h aku bila pakcik tu kata mata anak aku akan kekal cenggitu sampai bila-bila. Bila aku bagitahu husband aku, dia pun jadi gundah-gulana. Makanya kami ikhtiar dengan pakcik husband aku kat Benut, Johor.

Nama pakcik husband aku Mat Perang. Dia ni pakar bab-bab saraf dan seangkatan dengannya. Masa aku paralyse haritu, aku pun berubat dengan dia besides having physiotherapy from hospital. Tu yang aku tahu yang aku bukan so called ‘sakit hospital’. Kalau korang ada slip disc waima lumpuh sekalipun, boleh cuba ikhtiar dengan dia. Insyaallah. Then, lepas Pak Cik Mat usap-usap kening anak aku sambil baca doa yg dah dia khususkan, alhamdulillah mata anak aku back to normal sampai sekarang. Sekarang dia siap boleh menjeling aku lagi bila aku membebel. Huh!

Berbalik pada cerita anak aku tadi, kata pakcik tu, yang ganggu anak aku ni benda yang jaga tanah sebelah. Minggu sebelum akikah tu, tuan tanah tu jualkan tanah sebelah (tepi bilik aku). Then ada orang ratakan tanah kat sebelah and tumbangkan pokok yang jadi rumah benda tu. Ni kes takde tempat tinggal lah ni pastu check in ikut sukahati. Makanya pakcik tu pindahkan dia ke pokok kuini mama aku sementara dia alih ke tempat lain.

Macam complicated tapi lantaklah janji takde duk tersengih-sengih kat bilik aku sudah. Nak tukar baju pun aku segan kalau tahu dia still ada dalam bilik tu. Oh lupa nak bagitahu yang pakcik tu cakap yang ada dalam rumah parents aku ni dua benda. Satu yang datang dari tanah sebelah. Satu lagi pulak ‘orang tu’ punya utusan nak takutkan aku. Kononnya biar aku takut, murung, meroyan..eleleh! Aku tanya lah pakcik tu dah kenapa perangai gitu makcik aku tapi jawab dia sebab dia tak senang tengok aku. Bagi dia aku ni penghalang. Penghalang ape, wallahualam. Masa ni aku still tak clear dengan modus operandi dia.

Petang tu, hari yang sama pakcik tu datang pagarkan rumah selepas halau dan pasung sekor lagi kat pokok kuini mama, tiba-tiba menyusur masuk kereta Mak Ngah aku ke halaman rumah kami. Dengan lenggang itik pulang petang, dia datang tanpa rasa malu, bersalah atau takut. Datang cium pipi aku macam takde ape-ape berlaku. Mama aku hidangkan air tapi dia tak minum. Bila dah hampir Maghrib, abah aku sampai dari office. Ngam-ngam abah langkah jer ke dalam rumah, makcik aku tu terus bangun dari sofa. Dan-dan lah pulak katanya nak gi solat Maghrib kat Masjid Muhammadi. Aiyoooo..haha. Abah aku pulak jalan straight jer naik ke atas tak pandang langsung muka makcik aku ni.

Ginilah perangai orang tua ni bila dah marah, sama macam aku. Bukan takat nak tegur, pandang muka pun malas. Tapi memandangkan pangkat aku dengan mama adalah sebagai anak, maka aku layankan jer la permintaan mama supaya maniskan muka kat kakak dia. Biar abah jer yang tunjuk perangai hudoh kata mama. Cuma, yang aku dan adik aku perasan, time abah lalu depan makcik aku tadi, dia punya jeling kat abah punyalah tajam. Tak habis kat situ, sampaikan nak masuk kereta pun dia still jeling abah macam nak telan, macam dendam kesumat sangatlah.

Malam tu, takde hujan takde ribut rumah kami dilanda guruh. Hahaha. Entah apa masalahnya duk berlari kat bumbung rumah. Merata-rata dia pijak tapi tak jugak pecah ceiling rumah tu. Kalau ikut logik akal, abah cakap tu biawak. Mama pulak cakap musang. Aku pulak tak cakap apa-apa sebab aku lebih tertarik dengan bunyi rantai besi yang ditarik-tarik bawah pokok kuini mama. Kadang-kadang aku dengar suara merintih dan menangis. Aku pergi dekat abah,aku bagitahu apa aku dengar..walaupun abah tak dapat dengar,korang tahu apa abah jawab?

”Memanglah bunyi gitu sebab pakcik tu dah pasung dia kat situ.Sementara jer…”.

Sampailah aku dah habis berpantang,tiap kali aku balik ke kampung, aku still dengar bunyi berlari kat siling rumah tapi nak buat camana..tak pernah pulak dia tunjukkan rupa. Takat berlari jer lah yang dia reti. Makhluk yang kena pasung bawah pokok tu pulak dekat seminggu gak kat situ sebelum dialihkan. Pakcik tu buat-buat lupa nak alihkan sampailah dia tegur abah satu malam tu tanya baru balik ke..hahaha. Esoknya abah terus call pakcik tu minta cepat-cepat alih. Tahu takut!

Sampai habis pantang, aku dan anak takda sebarang gangguan pelik-pelik. Tapi Mama ada perubahan layanan kat makcik aku. Pernah satu hari tu makcik aku datang kerumah, mama terus menyorok kat dalam bilik sampai tertinggal anak aku kat ruang tamu. Nasib baiklah time tu mama langsung tak buka tingkap or pintu. Lagi pulak tingkap dan sliding door semua bertinted. Makcik aku pulak dah ketuk pintu macam orang gila. Dia call mama pun mama tak angkat. Sempat silentkan phone lagi. Aku pulak kat luar dengan husband gi beli susu and pampers anak mentang-mentang dah habis pantang. Makcik aku message aku tulis melalut entah ape-ape.Pun aku tak reply.Bila dia call aku reject. Sampailah dia senyap.

Sampailah aku balik ke KL macam reda la gangguan makcik aku tu. Aku pun dah fikir yang mungkin makcik aku dah berubah hati taknak aniaya kami. Maka tinggallah kami bertiga selepas mama dan abah pulang. Rupanya langit tak selalunya cerah. Dua minggu after mama dah balik ke kampung, aku dah start serabut bila anak aku menangis. Padahal selama dalam pantang ok jer. Aku pun bagitahu husband aku yang aku suspect aku meroyan. Husband aku cakap manada orang meroyan boleh fikir dia meroyan. Betul jugak. Ikhtiar aku time ni, pasang ayat Quran jer memanjang kat rumah.

Bayangkanlah, kami pasang CD Ruqyah, and 30 juzuk alQuran dari pukul 10 malam sampai ke pagi. Pastu lepas husband aku gi kerja, rasa macam tak sedap hati jer aku pasang lagi. Kadang tu 1 hari pasang tanpa henti sampaikan CD player tu dah dysfunction. Bila aku rasa ok, barulah aku akan pasangkan channel Disney untuk anak aku. Pernah aku pasangkan TV untuk anak aku tapi serentak juga aku play bacaan yaasin berulang-ulang kat handphone sambil aku buat kerja rumah. Sounds paranoid kan? Tapi bila korang kat situasi aku,y our baby will be your priority. Aku takut kalau aku buat benda-benda pelik let say aku tak sedar (dirasuk). Karang tak pasal-pasal muka aku kat Harian Metro kes dera or b***h anak. Minta dijauhkan Tuhan lah dari benda camtu.

Dalam aku duk berjaga, ditakdirkan Tuhan aku terkena juga. Nasiblah suami aku ada time tu. Diugutnya nak campak anak dari tingkat 14. Sempatlah jugak anak aku kena tarik rambut. Sampai sekarang aku rasa bersalah sebenarnya dengan apa yang aku dah buat pada anak aku tu walaupun time tu aku tak sedar. Bila dah makin kronik, mama ubatkan aku dari jauh dengan sape entah. Sekali lagi aku jemput Ustaz Hafiz ke rumah. Ustaz Hafiz pun speechless and dah tak tahu nak ikhtiar macam mana lagi melainkan aku sendiri yang melawan dengan amalan.

Kata Ustaz Hafiz,dah sampai masanya aku kembali pada fitrah agama, tambahkan amalan dan dekatkan diri dengan Tuhan serta Islam. Aku jadi malulah pada diri sendiri time ni. Anak dah sorang tapi sebenarnya aku still empty. Dari detik ni aku mula belajar dan banyak mengkaji tentang ajaran Islam. Aku kenal erti redha,memaaf dan menghadapi gangguan ni dengan jiwa yang tenang…cheeewaaah! (Ni kalau kawan-kawan aku zaman belajar baca ayat aku ni,7 keturunan aku kena gelak)
Untuk korang yang alami gangguan macam aku ni,pertama korang kena adapt pepatah “Forgive but never forget”. Selagi kau tak maafkan dia ,selagi tu lah hati kau tak tenteram. Bila tak tenteram macam mana nak buat ibadat dengan Tuhan?

Then apa yang perlu korang tahu, orang macam ni tak guna buat baik tapi tak boleh dibuat jahat. Nanti dia lagi menggila. Jadi kau abaikan dan avoid selagi boleh. Ketiga, doa yang baik-baik semoga kalau hidayah tu milik dia, maka kita pun dijauhkan dari amalan khurafat dari dia. Memang tak senang…aku amik masa 4 tahun untuk faham and buat semua ni. Tapi after effect tu yang perlu korang tahu, korang tenang while orang yang buat khianat tu selalu tak tenteram sebab Tuhan tak izinkan perbuatan jahat dia. Agaknya kalau Tuhan izinkan, kata Ustaz Hafiz dan pakcik yang ubatkan aku dulu, kalau tak m**i pun at least aku jadi gila. Hehe.

Lepas berubat dengan Ustaz Hafiz tu, aku dapat call dari paksu aku yang makcik aku tu jatuh tangga kat rumah. Kepala pecah and kena operate buang d***h beku di kepala. Half body kena stroke kalau aku tak silap. Entah, aku tak ziarah. Aku tengok gambar jer yang anak dia hantar untuk meraih simpati mama aku. Dah tu bahagian dia. Aku jaga bahagian aku. Sorang pun family aku tak menjenguk termasuk mama aku. Akibatnya, sampai sekarang mama aku dibuang family sebab percaya kata makcik aku kononnya mama aku main bomoh nak kenakan dia sampai pecah kepala. Aissh! Ajaibnya, tak sampai 2 minggu dia dah boleh drive dari Kelantan ke KL. Siblings mama aku semua kagum kononnya makcik aku ni cekal dan kuat semangat…puiiii! Hahaha.

So tadi turn dia kena balasan kan? Haa..ni turn aku pulak. Lepas dia dah sihat tu abah aku cakap semoga dia insaflah dengan kifarah Tuhan. Alih-alih aku pulak yang start gatal-gatal seluruh badan. Awalnya aku ingat perubahan hormon sampaikan kulit aku kering menggelupas dari muka sampailah ke tapak kaki. Then di seluruh tubuh termasuk tapak tangan dan kaki aku naik biji-biji gatal yang pedih, gatal dan sangat sakit hatta terkena air. Bibir pun tak terkecuali. Benda sama terjadi dalam mulut aku sampaikan aku takleh telan walau setitik air pun. Siang malam aku bersedih tahan sakit,gatal dan pedih. Makan nasi memang tak dapatlah.

Seluruh badan aku macam ada benda yang merayap kat bawah kulit. Aku minta husband aku beli jer makan bukan sebab aku malas masak tapi aku rasa jijik dan kotor tangan aku yang berbiji dan menggelupas tu. Leher aku puas husband aku urut tapi duk tegang gitu la. Nak toleh kiri kanan pun susah. Ustaz Hafiz masa ni lost in space. Haha. The only option aku ada ialah pakcik kat Kelantan tu. Mama pun datanglah bawakan air yang dah dibaca untuk aku. Alhamdulillah, 10 hari lepas tu aku ok. Kata pakcik tu dia nak husband aku jijik dengan aku. Oh! Sepanjang aku sakit tu, mulut dan badan aku berbau sangat busuk kata husband aku walaupun aku baru jer lepas shower atau gosok gigi..eeuuuw!

Bila anak aku dah start boleh jalan, ada satu lagi ralat aku selalu perasan memandangkan aku kan housewife. Dari pemerhatian aku, dia selalu ke dapur dan bercakap dalam bahasa dia lah kan, then suddenly dia berlari ke depan. Masa ni anak aku tak pandai sebut ghost lagi.J adi,apa aku ajar, kalau dia nampak ghost(sambil tunjuk gambar ghost kat google), then he should said “syuhh..syuhhh” and “no..no..no”. Bila dah ajar macam ni, adalah pulak episode baru. Anak aku ni bukan tiap masa dia akan sebut 2 benda yang aku ajar tadi. Tapi bila dia sebut, selalunya dia akan buat kat pintu dapur, depan sliding door and kat tingkap kecil dalam master room.

Pernah juga time balik dari beli barang dapur waktu petang, suddenly masa nak keluar lif dia pusing belakang and pandang jer satu arah. Pastu ‘no.no.no…syuhh..syuhhh’. Agak-agak macam dah berkali-kali ulang tu, benda tu degil gamaknya, anak aku mesti jerit panggil aku and husband sebelum jari dia tuding ke somewhere! Budak-budak kott memang camtu, harapnya dah besar ok lah. Kalau tak naya dia nak menghadap macam aku ni. Mulanya aku biarkan tapi macam dah parah sangat bila kejadian tu berlaku terlampau kerap and aku pula mula diganggu dengan mimpi-mimpi pelik besides rumah aku jadi terlampau panas. Nasi selalu basi walaupun baru 2 jam masak. Tomyam dengan sup pun basi. Masak tengahari, pukul 5 dah berbuih. Air dalam pasu mengering and pokok aku kering tak sempat layu.

Gangguan angin kuat yang suka merempuh sliding door aku pun dah datang balik. Kadang-kadang rumah bau bangkai sampailah satu hari tu aku mengadu kat makcik belah abah aku. Dia setuju nak bawa aku untuk berjumpa Haji Zul di Puchong. Tapi sebelum tu, Haji Zul akan scan dulu pesakit sebelum berjumpa. Takde bayaran dikenakan. Seikhlas hati tapi sepanjang aku berubat, tak pernah lagi dia ambil duit dari kami. Maka lepas di scan, dia dapat tahu yang gangguan pada aku sangat kronik dan boleh merosakkkan rumah tangga dan diri aku sendiri. Malam pertama selepas pulang dari rumah Haji Zul, kami tidur di rumah makcik aku yang bawa kami tadi atas permintaan Haji Zul sendiri untuk kosongkan rumah buat sementara.

Sebelum tidur, (yang ni pun korang boleh amalkan and test kalau betul korang ada gangguan or tidak)sebut “Allah ArRahman ArRahim,Allah Bismillahirrahmanirrahim” sebanyak 50x. Pastu sambung dengan AlFatihah, Ayat Qursi dan 3Qul. Pengalaman aku, tak sempat habis 50x, tiba-tiba ada suara garau berdehem dan batuk. Ayat Qursi boleh plak tak ingat. Then bila nak tidur, dia datang sergah aku la pulakkk…mak apa lagi uolsss, peluk husband I lah! Orang ada husband. hahaha. Oh ya, amalkan juga baca Al-Ikhlas 11x tiap kali lepas solat.

Lama aku berubat dengan Haji Zul sampailah life aku dah makin better and nampaklah perubahan dari wajah yang kusam sampaikan cerah bercahaya sekarang ni..hahaha. Kata Haji Zul, makcik aku tu sebenarnya dalam fasa ILMU DAH MAKAN DIRI. Maksudnya, benda tu dah sebati and untuk pastikan dia sentiasa nampak muda, kenalah bagi makan. Dia usahakan aku untuk miscarriage masa mengandung sebab katanya d***h orang mengandung tu manis. Bila aku bersalin dia nak makan pula anak aku sebab dia tak suka family aku bahagia sedangkan dia tak berjaya dengan mariage. Anak-anak pula tak hiraukan dia sedangkan mama aku anak-anak manjakan.Tapi sebenarnya ultimate kebencian dia pada keluarga aku ialah kerana…

Sejak aku sakit since sebelum kahwin, aku banyak berubat.Air yang ustaz dan mana-mana pengamal perubatan bekalkan aku akan minum. Begitu juga dengan keluarga aku macam saranan ustaz-ustaz tu. Until one extend, akibat minum air tu, makcik aku tu hilang taring pada keluarga aku.

Bagaimana?

Rupa-rupanya sejak umur aku 9 tahun, Makcik aku ni dah guna-gunakan parents aku .Macam mana kami tahu, cerita dia pelik sikit. Satu malam, aku bermimpi makcik aku datang dalam keadan marah and ceritakan semua yang dia dah buat kat keluarga aku. Katanya dia letak guna-guna tu dalam makanan yang dia bawa pada keluarga kami. Bila aku sedar waktu tu pukul 3 pagi (aku sejak sakit memang alert dengan jam, bau, bunyi dan persekitaran). Aku bangun solat Isya’ then sambung tidur. Pagi esoknya, awal-awal lagi aku dapat call dari mama. Katanya mama nak ceritakan benda pelik berlaku kat dia dan abah semalam. And bila mama cakap mama dan abah pun mimpi benda sama pada waktu yang sama macam aku alami, itu sangat pelik. Yang berbeza cuma lokasi kami. Bonus untuk makcik aku bila dia ada full access dalam rumah aku beserta kunci rumah walaupun time mama dan abah travel,takde kat rumah.

Kenapa?

Makcik aku buat semua ni with purpose untuk kepentingan diri. Abah aku ni tegas. Tapi apa-apa keluar dari mulut makcik aku, tu lah yang abah akan setuju. Abah takkan bantah .So zaman kecik-kecik dulu, boleh dikatakan kalau nak gi mana-mana kami gunakan makcik aku tu untuk dapatkan permission. Haa..sampai cenggitu. Lagi satu, kesan guna-guna tu, parents aku jadi sangat murah hati dengan makcik aku sampai tahap dia serahkan barang kemas mama aku kat makcik aku untuk makcik aku gadaikan time makcik aku nak pakai duit. Then, bila makcik aku tak gi tebus, abah aku lah yang gi bayar sampai cecah 3 ribu tauu..3 ribu pada tahun 90an tu banyak nakkk oiii! Bukan tu jer, bil api and air rumah makcik aku sampai kena p****g, abah dan mama lah yang gi bayarkan jugak. Kiranya macam tabung lah and benda ni berlaku sampailah aku hampir nak kahwin selain jadi nursery untuk campak anak-anak dia bila dia nak kemana-mana.

So ape kena mengena dengan aku??

Makcik aku bengkeeeek dengan aku pasal bagi dia akulah punca guna-guna dia dah tak menjadi. Lagi, pasal aku yang bongkar pasal kejahatan dia then aku hasut pulak mama aku join angkatan aku. So dia dah takleh bebas keluar masuk melepak kat rumah mama. Insecure la kekdahnya! Padahal kalau buat perangai elok-elok insyaallah aku jaga bila tua. Lagi sebab dia terdesak nak bagi makan belaan dia makan. Bila sebut makan, bukan makan yang tu jer tapi ‘makan’ lain sampaikan sanggup merupa muka husband aku. Makcik aku tu kan dah tua, tapi nak nampak muda. Umur dah 61 kott..mana nak larat lagi uolsss! By the way makcik aku takde laki tu yang dengki tu.

Jadi, sampailah 1 ketika, gangguan pada aku dah kurang tapi dia beralih pula pada adik bongsu aku, Nana. Alkisahnya dia ni kira macam anak angkat makcik aku since baby. And selama makcik aku still datang rumah, dia akan tidur dengan adik aku (makcik aku tak suka datang rumah parents aku bila aku balik kampung). Sampaikan citer dalam kain pun dia cerita kat adik aku yang time tu baru 16 tahun.

Rupanya baik makcik aku ada makna dengan Nana. Kata sorang Ustaz yang rawat adik aku, dia nak lepas saka(belaan) dia kat adik aku. And dia perlukan someone untuk puaskan nafsu setan belaan dia sebab dia dah tak mampu nak bagi makan. Awal gangguan, adik selalu pengsan, sakit perut then kerasukan. Tak lama lepas tu, time dia nak SPM, Nana selalu nampak makcik aku kat bilik dia. Tapi sebab dia jenis buat tak endah, makanya dia abaikan. Makin dekat SPM makin teruk gangguan. Bukan takat tu jer, hantu makcik aku suka menegur adik aku and usap rambut and badan adik aku sampai adik aku rimas.

Lepas keluar result SPM,sementara tunggu tawaran IPT adik aku selalu muntah-muntah dan makin teruk diganggu. Gastrik pulak makin menjadi-jadi. Kat bilik tu benda tu bebas keluar masuk. Aku selalu nampak ada ‘orang’ kat atas katil adik, ada ‘orang’ kat tepi meja mekap, and kadang-kadang kelibat mundar mandir. Tapi bila aku bagitahu mama & abah dorang tak percaya. Sebabnya, dorang m**i-m**i bersangka yang rumah tu dah kena pagar, jadi hantu setan dah tak lepas masuk..padahal, kalau kau tak solat, tak mengaji, mandi wajib lepas period pun lambat berhari-hari, balik dari mana-mana waktu malam or petang pun tak pernah mandi,(ni pakej membebel utk adik aku dan seangkatan dengannya) ,letak la pagar camana pun, setan tetap melekat kat badan.

Sampailah one day abah aku tegur kenapa perut adik aku buncit macam orang pregnant 2 bulan. Sebab percaya yang adik aku tak buat benda merepek, maka pergilah bawa adik scan di klinik. Clear. Mama suruh adik aku diet tapi tak jalan. Dalam perut adik aku tiba-tiba muncul benjol bulat sebesar kepala baby. Dan benjol tu bergerak-gerak persis kepala bayi. Mama aku dah cuak. Adik aku pun dah fikir tu ketumbuhan. Bila gi klinik takde apa-apa. Then, mama decide nak try bawa berubat kampung dengan En. Rahim di Kelaboran, Tumpat.

Rupa-rupanya dalam perut adik aku ada anak biawak yang tunggu masa untuk “dilahirkan” angkara perbuatan makcik aku! Semua orang panik..and paling menakutkan, walaupun kali pertama En. Rahim tu dah pecahkan sihir tu, rupanya sihir kedua menyusul dengan anak ular pula yang bakal “dilahirkan”. Alhamdulillah semuanya dah selamat dan adik aku dah kembali sihat dan normal. Tapi aku rasa adik aku memang naturally bonceet pun sebab walaupun dah takde “benda” tu kat dalam perut sebab takde beza sangat pun dengan sekarang. Hahahahaha.

Cuma, Allah takkan uji perkara yang diluar kemampuan kita. Just korang kena percaya yang setiap masalah tu akan ada jalan penyelesaiannya. And, dugaan tu ada ganjarannya. Tapi, air yang tenang jangan disangka tiada buaya ,sebab, walaupun aku dah makin ok, pregnant anak kedua mengundang amarah insan ketiga kata Haji Zul.

Nantilah aku sambung. Kang mengamuk admin kena edit story aku panjang-panjang ni. Minta ampun admin. Tapi admin FS lah yang paling superb!Ikhlas ni…

Mmuah!!

.

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

29 comments

  1. Panjang bebenor…lepas satu cerita,satu…dh mcm drama petang2..dah nak habis 1 cerita..datang benda lain..jadi perkara lain..

      1. Eh dah kenapa. panas lak kau…sebab org baca yasin ke? Suka hati la aku nak baca ke tak..bukannya website kau..website umum kan..kau ni tukang cerita kot.panas sbb aku komen cerita kau dulu..kah3

        1. Masalahnye mostly komen kau ni semua nk kondem cerita org. Spesis ape kau ni taktau lah. Sikit2 nama langsat kua komen mcm haramJ. Sila meninggal.

    1. biasa la tu bila ade org dengki.. kejahatan yg dia lakukan bukan sekali dua.. ko ni pun agak2 la xkn tu pun x faham perangai org melayu zaman skrg ni.. smua bnda diorg x puas ati same mcm ko..

    2. org melayu zaman skrg ni klau dengki bukan sekali dua dia hantar.. org mcm mak dia mmg x suka tngk org senang same mcm ko tu langsat..

    3. tak takk, kau dh knape eh. mostly story kt FS ni kau nk kondem je kejenye. kau ni jenis juri yg tak bebayor dan tak dijemput pun. baik diam tak payah nk komen pape. orang pun tak sakit hati 🙂

  2. Umak aaiiii…
    Den yg bace pon memerlukan kegigihan, apatah lg yg kena menaip citer nj…
    Mmg superb tahap kerajinan penulis ni…
    Tengkiu x jemu share citer.ngan ktorg…
    X sabar utk smbgn…
    Next next…!!!

    1. Kak Yulie, tulunnn..lepas Pantang ni, next story apa ekk..Rasuk? Kifarah? Memori? Rumah 10D? Sebab semua mcm dah kat tengah² la pulak after dia btau dia preggy for 2nd baby kat ending ni..adehhh ai is fenin 😅
      #nampaktaksayabarunakbacacitedahberkurun

  3. Sambung cepat sikit pelissss. Sementara laki den ade kat rumah ni boleh la baca takde la cuak sangat. Kang dia keje malam takde la nak baca weyyyyy. Hahahah

  4. Pucuk dicita ulam mendatang, rasa berkurun nunggu penulis update pengalaman. Tup2 ada dah! Alhamdulillah. Makcik awak ni, Allahurabbi, semoga dia diberikan hidayah dan taufik Oleh Allah SWT dan sempat bertaubat InsyaAllah. Terima kasih juga di atas amalan-amalan yang awak sertakan sekali. Semoga Allah SWT memelihara awak sekeluarga daripada penasaran syirik yang agak berterusan, aamiin. InsyaAllah. Teruskan dengan sambungan pengalaman awak yang boleh menjadikan sempadan buat kami pembaca di FS.

  5. best lh even pnjang berjelaa ada jln crita mnarik dn mudah d fahami, smbung lh lggggg nk baca.. tp tulah skrng ni keluarga sndiri boleh buat2 kita blik haihh, ini lh zaman d mna manusia lebih mengagungkan dunia drpada akhirat

  6. Finally habis dari 1st episod. Kuat juga puan kene yer. Saya yg biasa2 pun dah haru. Semoga puan sekeluarga tabah dan selamat. Terima kasih untuk perkongsian ilmu2. Berguna juga tu.

  7. Best sgt perkongsian dri penulis ni, akk pun asal Kelantan jgk and kalau blh share lah lagi ttg amalan2 utk jauhkan dri bende2 sihir dan syaitoon laknatullah ni ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.