#Danial-KAMPUNGKU SERAM

Assalamualaikum semua pembaca Fiksyen Shasha

Terima Kasih kepada Admin FS kerana menyiarkan cerita aku ini. Ini merupakan posting ketiga aku kat sini. Posting pertama Akibat Mengular, Akibat Ghost Prank dan ketiga Akibat Nakal. Kisah yang aku nak ceritakan kali ini adalah pengalaman aku ketika aku kecil-kecil dahulu dan pengalaman berkaitan rumah atuk dan nenek aku di negeri Perlis. Kita ‘turn back time’ 16 tahun yang dulu.

Aku seorang lelaki. Berumur 10 tahun ketika itu. Rumah atuk dan nenek aku adalah rumah kayu yang terletak di sebelah sawah padi. Rumahnya adalah rumah kayu yang bawahnya ada tiang-tiang dan atasnya adalah rumah. Disebelah kiri ada rumah jiran jarak antara 50 meter ke 100 meter manakala disebelah belakang dan kanan adalah sawah. Rumah ini mempunyai tanah yang sangat luas dan ada belukar di sekeliling rumah.

Menjadi rutin harian keluarga kami untuk pulang dan bermalam di kampung kami setiap kali hujung minggu kerana ayah aku ingin menengok-nengokkan ibu bapanya yang sudah terlalu berusia. Arwah atok aku ketika itu adalah orang yang paling tua dikampung. Umurnya jika ikut IC adalah 104 tahun ketika itu. Tapi katanya umurnya yang sebenar adalah lebih kurang 117 tahun. Arwah nenek aku pula berusia 98 tahun ketika itu. Ya memang mereka diberi kurnia tuhan umur yang lama. Begitu juga saudara mara mereka ramai yang meninggal di usia 90-an.

Arwah atuk aku merupakan orang yang kuat agama, di usia muda dia merupakan imam kampung dan juga guru pondok. Dia juga merupakan salah seorang pahlawan kemerdekaan negara dan pandai mengubat orang. Dia pakar dalam bab perubatan berkaitan Ular. Rumah arwah atuk aku mempunyai ruang tamu yang luas dan sering dijadikan tempat sembahyang terawih oleh penduduk kampung.

Kisah Pertama: Bilik mandi berperigi

Seperti biasa kami 4 beradik pulang ke kampung dengan gembira setiap kali masuk hujung minggu kerana di kampung terlalu seronok dengan pelbagai aktiviti seperti menangkap ketam di sawah, memancing ikan, panjat pokok dan yang paling ‘best’ sekali mandi pakai air telaga!

Seperti biasa aku, abang aku dan adik lelaki aku bermain-main di sawah seharian dengan menangkap ketam dan udang untuk dibuat main pada hari itu. Hari sudah semakin lewat petang dan menjelang senja. Kami pulang ke rumah atuk aku dengan keadaan yang kotor dan penuh lumpur dan selut di badan.

Sesampainya kami di rumah atuk, terdengar suara jeritan ibu dari atas, ” Pendiii (Abang aku), bawak adik-adik mandi dulu, satgii mak bagi tola (tuala)” . Abang aku pun mengajak kami pergi ke bilik mandi yang terletak di tepi pohon nangka. Bilik mandi itu tidak berbumbung dan hanya berdindingkan zink dan kayu usang. Sumber airnya pula adalah telaga yang dalam dan gelap.

Sedang kami beronok-ronok mandi dan mencurah air ke arah masing-masing, dalam samar-samar cahaya senja itu aku nampak seperti ada mata mengintai di sebalik celahan kayu dinding bilik mandi itu. Aku tak tegur, aku hanya diamkan diri dan terus mandi. Tetapi menjadi masalah apabila adik aku, Azim tiba-tiba bersuara, “Along, ada orang mengendap la”. Adik aku pun nampak mata yang mengintai kami tu. Abang aku keluar dari bilik mandi tu dan check sekeliling dan hampa kerana dia syak anak jiran sebelah yang mengintai. Sebab kami memang bermusuh dengan anak jiran sebelah tu. Kalau betol la diorang yang mengintai, memang nak kena belasah la dengan kami hari tu.

Abang aku masuk dan sambung menyental lumpur yang melekat di bajunya takut ibu marah. Tiba-tiba, “Kedegang”. Bunyi zink bilik mandi itu kedengaran seperti dibaling dengan sesuatu. Kami terkejut dan berlari keluar dari bilik mandi itu. Kami terlihat atuk aku yang sedikit membongkok berdiri di celah tingkap rumah melihat kearah kami. Atuk bersuara, “Mai naik lekaih! Maghrib-maghrib ni mandi apa lama-lama”. Kami pun berlari pecut kerana atuk kelihatan sedikit marah.

Setelah kami naik ke beranda rumah, ibu kami bagi tuala dekat kami untuk lap badan. Ibu tanya atuk, “Awat ayah baling bateri kat bilik mandi tu, depa tak habis mandi lagi la ayah”. Atuk aku dengan selamba menjawab, “Ada hantu nak mengorat depa. Sebab tu aku panggil” . Kami dengan muka cuak terkejut dengan pebualan atuk dan ibu berlari meluru masuk ke dalam rumah. Kami berbisik antara satu sama lain dan sependapat bahawa ‘orang’ yang mengintai kami tadi adalah hantu. Masing-masing sudah cuak. Ibu seakan nampak yang kami tengah cuak menghulurkan pakaian kepada kami sambil berkata, “Toksah percaya la kat atuk hampa tu, dia melawak ja kot”. Atuk yang sedang bersiap-siap hendak solat di ruang dapur menjawab, “Mana aku melawak, hantu tu dok mengendap depa sebab tu aku baling bateri radio kat hantu tu. Hampa mai lekaih sembahyang ngan atuk”. Tersentak kami ketika itu yang atuk tahu ada yang mengintai kami sedang mandi.

Kisah Kedua: Bunyi burung

Lokasi masih sama iaitu di rumah atuk aku di kampung, jam menunjukkan lebih kurang pukul 6 petang. Sedang aku, abang, dan adik aku leka bermain ‘kad tepuk’ di bahagian ruang tamu rumah, kami terdengar bungi burung di luar rumah, ”Owookk, owookkk, owookkk”. Adik aku mengejek bunyi burung itu. Burung itu kemudian menguatkan lagi bunyinya. Adik aku pun tak mahu kalah mengejek lagi bunyi burung itu sampaila dia dipekik oleh atuk aku yang sedang tidur di ruang sebelah dapur. “Oooii, hingaq apa aku nak tidoq ni”. Kami tertawa sesama sendiri kerana adik aku dimarahi atuk aku.

Kemudian ibu aku memanggil kami untuk kami lakukan tugas kami iaitu membakar ikan. Seperti biasa bila pulang ke kampung kami ada tugas masing-masing, ayah menebas belukar, ibu dan kakak membantu nenek di dapur dan kami bermain dan membakar ikan. Biasalah rumah lama, tiada dapur gas, dan atuk dan nenek aku pula suka ikan yang dibakar (Tiba-tiba teringat masakan arwah nenek aku. Kari, air asam, rindunya). Abang pergi ke dapur untuk mengambil ikan kembung yang sudah diikat dibatang buluh dan dilumur garam. Abang mengajak kami turun ke bawah bagi membakar ikan.

Abang membahagikan tugas. Aku disuruh untuk mengambil kayu api dan sabut kelapa di bawah rumah, adik pula disuruh mencari dua ketul bata. Ketika aku menuju ke bawah rumah untuk mengambil kayu api, adik aku menjerit, “Abang!!! ada burung besaq macam hantu!!”. Adik aku berlari ke arah abang aku. Abang aku pun tanya adik aku kat mana dia nampak? Adik aku tunjuk di arah sebuah pokok mangga di dalam belukar. Aku dan abang aku memberanikan diri untuk pergi melihat sendiri apa yang adik aku cakap. Manakala adik aku dah lari lintang pukang naik ke rumah.

Alangkah terkejutnya kami apabila terlihat dari jauh, sesosok burung hybrid manusia! Mulutnya berparuh dan berkepala seperti manusia serta berbulu pelepah dan bersayap (seram ingat balik) sedang bertenggek di atas pokok mangga. Kami berlari mendapatkan ayah kami yang sedang menebas belukar berhampiran kami. Ayah membawa kami naik ke rumah. Dan dari atas rumah kami terdengar ayah membaca sesuatu dan, “Shuh, shuh,shuh” bunyi ayah menghalau makhluk hodoh itu.

Kemudian ayah meneruskan membakar ikan yang kami tinggalkan dibawah. Selepas kejadian itu adik aku terus diserang demam panas. Nasib baik atuk aku pandai berubat dan pulihkan semangat. Ketika sedang berubat adik aku, atuk aku senyum sambil berbunyi, “Owookk, owok” menyakat adik aku. Adik aku menangis semahu-mahunya disakat atuk dan juga ketakutan. Selepas kejadian itu, kami makin kurang bermain di belukar, selalu menghabiskan masa di bawah rumah sahaja.

Kisah Ketiga: Ketukan malam

Selepas lebih kurang setahun kejadian burung hantu itu, kami seakan-akan lupa akan kejadian itu. Kami tetap seronok balik ke kampung dan bermain di sawah. Cerita ketiga ini terjadi di waktu malam, ketika kami ingin tidur.

Seperti biasa, kami akan bentangkan toto untuk tidur ruang tamu yang besar ini. Ruang tamu ni berbentuk L. Satu ruang ayah,kakak dan ibuku tidur disitu, satu ruang lagi, kami bertiga. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Ibuku yang sudah siap untuk tidur disebelah kakak kami menyuruh kami bertiga juga turut tidur. Tetapi kami masih belum tidur dan berebut untuk tidur disebelah kipas sampaikan hampir bergaduh haha

Ayah, nenek, atuk dan bapa saudara kami sedang menyembang di ruang dapur sambil minum kopi dan mengunyah pinang. Jauh di ruang tamu kami mendengar perbualan mereka yang kami sendiri pun kurang faham kerana loghat Perlis mereka sangat tebal dan mulut mereka dipenuhi sirih dan pinang mungkin.

Ketia sedang bergolek-golek di atas toto itu. Aku terdengar ada orang menetuk lantai kayu rumah ‘tok, tok, tok’. Aku pandang abang aku. Aku tahu dia yang ketuk sebab nak sakat adik aku yang tidur di tengah. Tapi abang aku buat-buat tidur sambil mulutnya tersenyum. Aku dah faham. Dia nak sakat adik aku. Adik aku bangun dan memandang kami berdua. Kami buat-buat tidur. Selang beberapa minit, aku pulak mengetuk lantai ‘tok, tok, tok..’ .Kemudian aku buat-buat tidur. Adik aku bangun lagi dan kali ni dia goncang-goncangkan badan kami. Kami buat-buat tidur m**i.

Kemudian adik aku angkat bantal dan pergi tidur di sebelah ibuku. Kami berdua sudah tidak tahan dengan keadaan lawak itu dan tergelak dengan kuat berdekah-dekah. Adik aku mengadu kepada ibu, “Mak, tengok abang pendi ngan abang dan kacau adik. Depa ngusik”. Mak aku tak layan dan menyuruh adik aku tidur di celah-celah ibu dan kakak kami.

Usai kami gelak-gelak, aku dan abang aku pun mengambil keputusan untuk tidur sebab esok pagi kami nak pergi memancing. Ketika sedang sibuk kami berebut selimut. Tiba-tiba, “Tok, tok ,tok”. Bunyi tingkap diketuk. Tingkap kayu itu betul-betul berada di atas kepala kami. Aku angkat kepala tengok abang, abang tengok aku. Kami masing-masing menuduh sama sendiri siapa yang ketuk. Kami kemudian teruskan cuba untuk tidur. Kemudian selepas 15 minit bunyi lagi, “tok, tok, tok”. Aku cuit abang aku. Dia bagi isyarat untuk ke ruang dapur. Kami angkut bantal dan ke ruang dapur untuk tidur disitu. Ayah tanya abang aku, “Awat mai tidoq sini. Orang nak menyembang” Abang pun jawab, “Ada orang ketuk tingkap kat situ”.

Ayah aku dengan pantas bangun dan pergi ke tingkap itu. Dibukanya tingkap itu dan ayah seperti terkejut dan melompat ke belakang. Dengan tidak semena-mena ayah menyembur sirih dan pinang yang dikunyahnya kearah luar tingkap itu sambil mulutnya terkumat-kamit. Ayah kemudian tutup kembali tingkap itu dan menuju kearah kami. “Hampa tidoq kat sini dengan atuk malam ni. Lain kali jangan buaih sangat, hantu suka”. Kami pun dengan cuaknya setuju dengan arahan ayah. Kami tidur disebelah atuk kami diatas totonya. Sehinggalah keesokan pagi baru kami ceritakan kepada adik kami. Dia hanya gelakkan kami. (Kureng hasem). Kami tak berani nak tanya ayah apa yang ayah nampak di tingkap itu kerana fikiran kami pun masih dihantui oleh hantu burung yang kami jumpa tahun sebelumnya.

Itu sahaja yang aku nak ceritakan untuk post kali ini. Kalau disiarkan cerita ini aku akan post part 2 di mana ada beberapa perkara seram lagi terjadi kepada kami di kampung.

Sebelum aku akhiri aku nak mintak korang sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah atuk aku dan arwah nenek aku. Semoga roh mereka diletakkan bersama-sama orang yang beriman.

#DANIAL

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

7 thoughts on “#Danial-KAMPUNGKU SERAM”

  1. Danial crite seram ko plg klaka n pls buku kn.. klo de HA.. Ak bg 10 HA tuk ko..<3 <3 <3.. tringin nk knal ko..

    Reply
  2. Bro x sbr nk baca cerita ko yg seterusnya Serius best… Malah Terasa nostalgia kt kg tuu… Mesti byk kngn manis hang masa Kat kg tu.. Keep it up

    Reply
  3. turn back 16 tahun, kejadian masa 10 tahun, posted by 2017. Maknanya skang ko dalam cite ni dah 26 lah. haha

    shuh shuh shuh. comel je. haha

    #best

    Reply
  4. al fatihah. bwt atuk dan nenek awk serta Al fatihah jgk bwt atuk&nenek saya. beruntung masih dpt tgk wajah atuk korg.. hmm

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.