#DeeFen: Banglo di Kameren Hailens

#DEEFEN – BANGLO DI KAMEREN HAILENS
Karya: DeeFen DF

Salam warga pembaca sekalian. Nama aku DeeFen. Selamat membaca kisah di bawah.

Nama aku Fakhri Azli. Nama glemer, Pakli. Aku ada sebuah kisah langsung tak seram yang tersimpan kemas dalam memori otak aku yang telah hampir penuh padat ini. Kisah yang hanya aku ceritakan di kalangan teman-teman rapat tatkala kami melepak sambil membalut rokok daun atau ketika bermain daun pakau di hujung minggu. Tapi, kali ini aku ingin berkongsi kisah haram tak seram ini dengan anda semua.

Kisah ini terjadi beberapa tahun yang lepas. Aku dah tak ingat berapa tarikhnya. Sedangkan tarikh lahir aku sendiri pun boleh lupa, inikan pula tarikh peristiwa yang entah apa-apa ini.

Ketika itu aku sudah beberapa tahun bekerja di Kuala Lumpur. Ahhhhhh KL… Kota metropolitan yang malamnya dipenuhi neon yang indah. Itu hanya perangkap hati dan mindaku ini. Kota ibu kota, tempat lahir tipu daya. Tempat memburu mangsamu. Hmmm… macam kenal lagu ni.

Aku baru saja bertukar tempat kerja dan turut berpindah rumah sewa. Sekaligus aku mendapat housemates yang baru. Tiga orang. Anuat, Udin dan Wan. Macam-macam peel, tapi sekepala. Semua kepala agak masuk air. Tapi belum banjir.

Setelah beberapa bulan aku ber-housemate-kan tiga ketul ini, Wan mengajak kami ke Kameren Hailens. Rehat minda dan ronda-ronda menghirup udara segar katanya. Betullah tu apa kata Wan. Tak pernah lagi aku dengar orang ajak pergi Kameren nak memancing.

Kami pun mulakan rancangan ke Kameren. Semua setuju untuk lepak tiga hari dua malam di sana. Kalau satu malam rasa macam sekejap sangat. Tak puas nak cuci paru-paru hirup udara dingin tanah tinggi.

Namun bila diselak kalendar, dalam masa terdekat tak ada cuti yang boleh lajak sampai tiga hari direct.Kami pun malas nak rancang lama-lama, sebab selalunya kalau plan gila bebi mesti last-last tak jadi. Hype dan mood bercuti akan hilang bila rancang terlalu awal.

Maka kami pun terus ambil keputusan yang hujung minggu itu juga kami akan gerak mendaki banjaran Titiwangsa untuk menuju puncak gemilang cahaya Kameren Hailens. Disebabkan keputusan bercuti yang agak mengejut, maka kami perlu memohon cuti saat akhir terhadap majikan masing-masing.

Nasib baik syarikat tempat aku baru bekerja ini tak banyak kerenah kalau mahu memohon cuti. Yang budak tiga ketul itu pula, aku tak pasti entah apa yang mereka kelentong majikan masing-masing. Tapi yang pasti, semua dapat cuti. Lepas!

β€œWeh… Kita nak tidoq kat mana? Nak kena cari hotel ni,” soal Anuat ketika masing-masing dok menghadap supper mee segera letak telur. Hujan-hujan lebat pekena Maggi kari dengan kopi panas memang mantap.

β€œJap aku recce hotel yang paling cheap.” Jari-jemari Udin pantas menekan skrin telefon bijaknya. β€œNak tidur kat Berincang ke Tanah Rater?”

β€œNak free, tidoq masjid. Simple.” Pendek jawapan sarkastik aku sambil menyuap ketulan telur kuning yang sudah kenyal.

Udin mencebik bibir, mata hitam ke atas sambil mengeraskan hidungnya pada aku. Hodoh. β€œHaaaa Wan, yang hang tersengih-sengih apahal? Kami dok pikir mana tempat nak tidoq, hang relax sengih je kan macam kerang busuk.”

Wan tiba-tiba berdiri dan mendepakan tangannya. β€œYa udah, ya udah. Jangan ribut-ribut. Usah pusing-pusing kepala mahu cari hotel. Famili gue ada banglo di Kameren untuk kita bermalam dan bercanda.”

Tiba-tiba entah mana datang loghat bahasa Indonesia. Tebiat apa budak ni. Pelik-pelik. Buka spender pun dok bergulung lagi. Moga panjanglah lagi umur dia, sempatlah kembali ke jalan yang lurus.

β€œPerghhh.. Bapak kau punya ke?” Terpancar aura kekaguman pada wajah Udin.

β€œKaya siot bapak hang. Ada banglo kat Kameren. Bukan biase-biase ni.” Giliran aku pula untuk kagum.

β€œBukan bapak aku punya la. Tapi bapak sedara aku punya. Tinggalan turun-temurun daripada bapak sedara aku punya bapak. Harta dorang memang merata-rata alam. Orang bisnes ratus-ratus juta gitu la.”

β€œFuhh! Filthy rich.” Aku menyambung kekaguman aku. Kali ini lebih mengagumkan.

β€œEsok aku call bapak sedara aku tu, cakap nak tumpang. Kalau on, kita tido banglo dia je. Dulu pun masa aku still sekolah dulu, pernah la famili kami semua buat ala-ala mini gathering kat situ. Dia memang offer sapa-sapa nak gi Kameren, suruh tido situ je. Banglo tu memang takda sapa duduk. Rumah singgah famili bapak sedara aku tu je.” Panjang lebar penerangan Wan.

Dipendekkan cerita, kami dibenarkan untuk tinggal di banglo tersebut. Jimat duit hotel.

Pagi Sabtu, pukul sembilan tajam kami sudah bertolak ke Kameren. Punya bersemangat, pantas ja kami bersiap.

Perjalanan kami lancar dengan menaiki Vios dugong si Wan. Santai. Tak perlu laju-laju. Nak makan angin mana boleh laju-laju, stress-stress. Angin menderu masuk daripada luar tingkap, hisap sigaret sambil melayan lagu leleh 90-an memang syahdu. Ditambah suasana menghijau sepanjang lebuhraya, membuatkan motor neuron aku bekerja lebih tenang.

β€œSayanggggg… Sesungguhnya aku tak me e e e eenn dugaaa… Engkau insan, yang tak boleh ku percayaaaa… Rindu-rinduan jadi kenang-kenangan… Insan ku sayang kini milik o o orang… Kasih dan sayang jadi ben…”

β€œWeh kita naik ikut Simpang Pulai la. Orang kata jalan Simpang Pulai kurang konar-konar berbanding jalan dari Tapah. Aku tak tahan la kalau jalan konar-konar. Pening.” Wan tiba-tiba bersuara. Mengganggu aku yang tengah khusyuk melalak lagu Rindu Rinduan Jadi Kenangan dendangan kumpulan Scoin. Panas je hati aku. Baru ja fikiran nak melayang teringat kat Nadirah, kekasih lama zaman kerja lepas SPM dulu.

β€œAku setuju je. Walaupun jauh sikit, tapi jalan Simpang Pulai agak luas dan selesa.” Anuat menggangguk setuju dengan cadangan Wan.

Aku tak boleh bayang kalau driver yang pening dan loya masa memandu. Mau bersembur muntah ke cermin depan. Jenuh kelam-kabut kuis pakai tangan. Macam wiper. Kalau tak, tak nampak jalan. Wekkk!

Aku mengambil alih tugas memandu daripada Wan ketika kami berhenti melepaskan hajat di stesen minyak Petronas di kaki gunung. Wan dah sapu minyak cap kapak di kepalanya siap-siap. Mamat tu belum apa-apa dah psiko diri sendiri.

Penyudahnya aku sengaja pandu kereta laju-laju. Padan muka si Wan. Itulah akibatnya tadi dia kacau aku dok berangan kat Nadirah bekas pujaan hati aku dulu. Tergelak-gelak kami bertiga melihat telatah dia yang menjerit macam sakai suruh aku slow kereta.

Lepas 15 minit layan corner baru aku bawa santai-santai. Wan dah terkulai dengan kepala terlentok di cermin tingkap. Tercungap-cungap mencari nyawa. Puas kami dapat menyakat dia. Beg plastik dah sentiasa ready di tangannya. Standby kot-kot muntah.

Aku memandu dengan kelajuan normal selepas merasakan kami menjadi penyebab kesesakan jalan raya. Terlalu bersantai sampai berlambak kereta beratur di belakang. Setiap kereta yang p****g mesti usha panas tak puas hati. Aku macam biasa hati kering. Lantak hangpa la. Aku punya kereta suka hati aku nak bawa berapa laju pun.

Akhirnya setelah ditempeleng beberapa kali dan diberi nasihat oleh Udin dan Anuat, aku terpaksa akur untuk memandu dengan kelajuan ayah-ayah. Tak terlalu laju dan tak terlalu selow.

β€œUghhh… huguhhhh… eyokkk ughhh… hahhhh… huah huah huah…” Tiba-tiba Wan bercakap dalam tidur. Dengan mata yang terpejam dia mengomel. Entah apa yang disebutnya. Kepalanya sekejap toleh ke kiri, sekejap ke kanan. Gelisah.

Kami bertiga memberi perhatian terhadap Wan. Risau juga kami entah-entah kena sampuk dah budak sekor ni. Maklumlah laluan mendaki gunung melalui hutan belantara. Bermacam-macam penunggu ada di sekitar kawasan ini.

Beberapa kali Udin menepuk bahu Wan namun tiada respon. Wan tetap meracau dalam tidurnya. Kerisauan aku makin bertambah melihat keadaannya macam tu. Tak pernah-pernah si Wan ni jadi macam tu.

Melalui cermin pandang belakang, aku terlihat mulut Anuat sudah mula terkumat-kamit. Pasti dia sedang membaca ayat-ayat suci sebagai pendinding kami semua.

β€œWeh Anuat… Baca ayat tu bagi kuat sikit. Bagi si Wan ni dengaq sekali. Moga-moga dia sedaq daripada meracau dia tu.” Aku memberi arahan kepada Anuat. Serius.

β€œHah? Perlu ka baca kuat-kuat?” Anuat menyoal.

Soalan tak relevan itu menimbulkan kegeraman. Aku mendengus kasar tanda protes.

β€œHa yela-yela aku baca kuat-kuat.” Anuat berdehem sebelum memulakan kembali bacaan yang terkumat-kamit pada mulutnya awal tadi. β€œSetelah beberapa puluh saat aku berfikir, ditambah dengan Nenek yang sakan membebel tak henti-henti. Maka aku pun dapat satu idea untuk memberi sesuatu.Tangan ku di angkat tinggi, kemudian lengan baju di selak ke paras bahu. Dengan sekali rentapan, beberapa helai bulu ketiak aku tercabut. Lantas aku memilih bulu ketiak yang paling panjang dan paling kerinting lalu diserahkan kepada Wak Lebor…”

β€œHOIIII!” Jerit aku. β€œHang baca apa tu?!”

β€œAku sambung baca apa yang aku baca tadi la. Dah hang suruh aku baca kuat-kuat tadi. Ni aku baca kuat-kuat la. Baca slow salah, baca kuat salah. Apa lagi salah aku sekarang?” Nada suara Anuat sedikit meninggi. Namun ada getar di penghujung ayat seakan mahu menangis.

β€œHang bukan baca ayat Quran ka tadi?”

β€œMana ada. Aku dok baca cerita seram ni kat Fiksyen Shasha bertajuk Hikayat Laki-Laki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Bersandar.”

β€œBahenol! Badigol sood! M**i-m**i aku ingat hang tengah berzikir, bertafakur, berzanji nak halau mambang kat budak Wan ni tadi. Jadinya mulut terkumat-kamit tadi hang tengah dok membaca cerita seram rupanya! Haram jadu!” Aku menepuk dahi. β€œJap… Apa panjang betoi tajuk cerita hang baca tu. Poyo ja letak tajuk panjang-panjang. Konon style la tu.”

Udin dah ketawa terbahak-bahak melihat gelagat aku dan Anuat. Patutlah dia diam tersengih-sengih ja tadi. Rupa-rupanya dia dah tau awal-awal lagi yang Anuat tengah melihat Facebook.

β€œUWEKKKKKKK! UWEKKKKK!!!”

Tiba-tiba Wan terjaga daripada tidur lalu termuntah. Nasib baik plastik berada di tangannya. Sempat juga dia menadah hamburan bihun goreng serta milo ais sarapannya awal tadi. Bau masam mula semerbak di dalam kereta.

Kami bertiga pula mula terasa mual hendak muntah apabila tersedut aroma yang menusuk hidung. Aku pantas memetik punat tingkap automatik. Aku, Udin dan Anuat masing-masing menghadapkan muka ke luar kereta. Dingin angin tanah tinggi menghempas muka kami, namun tetap tidak dapat menghilangkan bauan masam daripada isi perut Wan.

β€œYa Tuhannnn! Hang makan sampah ke Wan?!! Awat busuk sangat ni?!” Aku membebel dengan muka masih di luar kereta. Sebiji Myvi yang memotong rapat dengan kelajuan cahaya membuatkan aku kecut perut. Risau kepala aku kena sapu. Jangan buat main-main dengan Myvi. Kereta lejen.

Udin pula mencapai Ambi Pur lalu menyapu cecair pewangi kenderaan itu di lubang hidungnya. Panjang sedutannya sambil tersengih. β€œOkay dah tak bau. Bau lavender je sekarang. Harum…”

β€œPakli, kita berhenti sat la. Teruk sangat bau ni. Lagipun bagi Wan ni tenang sikit lepas dia muntah,” ujar Anuat memberi cadangan. Aku mengiyakan.

Kebetulan tempat kami berhenti betul-betul di tempat tumpuan pelancong mengambil gambar tulisan β€˜Selamat Datang ke Kameren Hailens’ pada lereng bukit yang ditarah. Apa lagi, posing sakan la kami.

Hampir 20 minit berhenti di situ dan masing-masing menghabiskan dua batang sigaret, kami pun meneruskan perjalanan. Wan sudah agak stabil selepas muntah tadi. Bagai orang baru bangun daripada koma, mulutnya tak henti bercakap. Semua pasal pengalamannya di Kameren Hailens sewaktu dulu. Kami bertiga yang lain hanya berdiam mendengar dia berceloteh.

β€œPakli… Pakli… Pass kat aku Ambi Pur tu.” Tiba-tiba Anuat bersuara mencelah percakapan si Wan.

β€œNak buat apa?” Soal aku pendek.

β€œEmmmmmm…” Tanpa memberi sebarang jawapan, Anuat mencalit Ambi Pur ke hidungnya seperti yang dilakukan oleh Udin awal tadi.

β€œHmmmmm… aku pun nak jugaklah.” Aku pun turut sama mencalit ke kedua-dua lubang hidung aku.

Wan hanya memandang pelik ke arah kami. Segan kami nak beritahu yang mulutnya masih berbau masam-masam sampah. Nak jaga hati member punya pasal, sanggup calit Ambi Pur berwangian lavender di hidung. Lama-kelamaan rasa macam bau sabun pencuci jamban di tandas awam pula wangian lavender ni.

Kami tidak terus bertolak ke banglo sebaliknya melawat dahulu tempat menarik di Kameren Hailens ini. Mula-mula kami singgah di sebuah muzium terowong masa. Menarik. Sangat banyak barangan antik dan memorabilia ditayangkan di sini. Kebanyakan barangan household. Memang mengimbau kenangan lama. Tergelak-gelak tiap kali kami terpandang barangan nostalgia yang memberi seribu satu memori ketika kami kecil dahulu.

Hampir dua jam kami menghabiskan masa di muzium ini. Leka membelek satu persatu barangan. Hampir semuanya boleh dipegang kerana tidak diletakkan di dalam cermin.

Ada sesetengah barangan yang betul-betul menjentik emosi aku. Barangan yang menggamit memori aku dengan arwah ayah dan mak aku. Tak banyak memori yang tersimpan tentang arwah orang tua aku kerana aku masih kecil waktu itu, masih di awal sekolah rendah.

Apabila terpandang mesin jahit lama, fikiran aku melayang terkenangkan arwah nenek. Bergenang air mata mengenangkan jerih-perih nenek membesarkan aku dan abang aku selepas pemergian orang tua aku. Kudrat tua nenek itulah yang membesarkan kami berdua. Cepat-cepat aku menyeka air mata daripada mengalir, malu kalau terlihat dek kawan-kawan.

Ketika berada di sudut yang hampir hujung sekali, kawasan yang agak malap, sekilas mata aku terlihat bayangan putih bergerak dari dinding kiri menembus ke arah dinding kanan. Dua kali melintas, itu bermakna ada dua entiti. Tahulah aku yang itu adalah makhluk dari alam sebelah. Selagi tak mengganggu, aku pun buat tak endah ja. Pada hemat aku, itu mungkin laluan mereka.

Kemudiannya kami bergegas menuju ke sebuah ladang teh. Disebabkan jam sudah hampir pukul 3 petang, kami banyak berselisih dengan kereta yang bergerak keluar daripada ladang teh tersebut. Ini kerana ladang teh akan tutup jam 4:30 petang. Kelam-kabut juga kami.

Ketika ini kereta dipandu oleh Udin. Aku duduk di bahagian belakang. Berehat. Penat dah aku memandu drift panjat gunung tadi. Sewaktu melalui satu selekoh, aku dapat rasakan bagaikan ada banyak mata yang memerhati. Perasaan ini sangat biasa aku rasa kalau melalui kawasan yang β€˜keras’. Tapi aku tetap chill. Cuba tak layan walaupun pada hakikatnya aku sebenarnya penakut.

Sesampainya di pusat teh tersebut, segala kekusutan hilang tatkala melihat kehijauan saujana mata memandang. Rasa tak mau balik. Rasa damai dalam hati. Sesekali melintas gadis comel seorang dua menambahkan kegirangan hati. Ada yang tersenyum manja kepada aku. Fuh! Tenteram dan aman selalu. Terus berasa seperti bunga-bunga di taman hati berkembang mekar. Subur.

Udin dan Wan mencebik melihat gadis comel hanya tersenyum ke arah aku sahaja.

β€œJangan jeles ye rakan-rakan. Tahap kacak tak boleh bawa bincang macam aku ni memang jadi tumpuan gegadis. Bantulah aku yang sedang berusaha mencari teman hidup ni. Bagi chance laaa,” ujar aku panjang lebar.

β€œYa sahabat, akan aku usahakan untuk percepatkan kau menemui Pencipta.” Wan berkata sambil mengusap belakang aku.

β€œCilaka! Bergumpal juga rasanya kita lepas ni.”

Perut yang berkeroncong diisi dengan teh panas dan sepotong kek. Memang tak kenyang, tapi konon nak acah-acah hipster punya pasal, belasah je la. Perut orang Malaysia, nasi juga yang dicari. Wan yang paling berpeluh sebab sarapan awal pagi tadi semua dah berakhir di dalam plastik merah dan dilempar ke bawah gaung. Mungkin dah menjadi santapan unggas ketika ini.

Setelah puas berswafoto dan mencuci mata, kami mula bertolak keluar ketika jam sudah menunjukkan 4:30 petang. Walaupun penat dan lapar, tapi kami tetap gembira. Bila semua sekepala, memang percutian akan jadi seronok.

β€œAmboi Wan, sakan hang selfie selpiaq tadi. Berapa juta gambaq hang tangkap?” Anuat menyakat Wan.

β€œTiga puluh juta. Eh sibuk la kau!”

Masing-masing menghadap telefon bijak di tangan. Menolak-nolak dan mengetuk permukaan skrin. Kecuali Udin yang memandu kenderaan.

Sesampainya di selekoh yang β€˜keras’ awal tadi, sekali lagi aku merasakan bagai banyak mata yang memerhati.

β€œAduh tak sedap hati la gini.” Aku mengomel dalam hati. Mataku meliar memandang ke luar. Walau minda kata jangan, tapi hati tetap memaksa untuk melihat.

Di sebelah kanan, di lereng bukit yang sedikit meninggi dari jalan raya, aku terlihat tiga orang budak berumur sekitar lapan atau sembilan tahun. Tidak memakai baju dan hanya berdiri tegak memandang ke arah kereta kami. Atau juga dengan lebih tepat memandang ke arah aku.

Ketika kereta betul-betul melintas sebelah tiga orang budak itu, aku dapat melihat dengan jelas kulit muka dan badan mereka yang sangat pucat. Urat mata yang merah menyala jelas kelihatan. Biji mata hitam kelihatan lebih besar daripada normal. Kecut perut aku. Mengikut telahan aku, budak-budak itu berbangsa suku kaum orang asli.

Aku berbisik ke telinga Udin yang berada di hadapan aku. β€œHang nampak tak tadi Udin? Sebelah kanan kita?”

β€œNampak apa?” Soal Udin kembali.

β€œEmmm takda apa la… Bawa kereta elok-elok. Baca doa dengan ayat suci.”

Udin memandang tajam ke arah aku menggunakan cermin pandang belakang. Renungan itu menunjukkan dia seolah-olah memahami apa yang bermain di fikiran aku. Ini kerana aku selalu berkongsi cerita kepadanya tentang hijab aku yang terbuka dan mudah terlihat makhluk alam sebelah. Lagi pula, Udin seorang yang meminati kisah-kisah mistik.

Selepas itu, aku dan Udin hanya berdiam diri dan bercakap hanya apabila perlu. Manakala Wan dan Anuat rancak berbual dan ketawa besar tak ingat dunia.

Sebelum menuju ke banglo, kami singgah sebentar di pekan Berincang untuk membeli jajan dan menikmati juadah nasi di sebuah medan selera. Khusyuk semuanya menghadap nasi. Masing-masing dah kebulur.

Selesai acara mengisi perut, kami mula bergerak ke banglo tempat untuk kami bercanda dan bersuka ria. Perut sengkak. Badan pun dah penat. Seharian meronda. Hari pun dah nak masuk senja.

Simpang menuju ke arah banglo ini terletak di antara pekan Berincang dan Tanah Rater. Agak ke dalam kedudukannya kira-kira hampir 1 kilometer dari jalan utama Kameren Hailens. Kedudukannya betul-betul di lereng bukit.

β€œOkay kita dah sampai!” Jerit Wan. β€œNice takkkkkkkkk?”

β€œPerghhhh nice gila babas! View cun gila!” Aku mengjulurkan kepala dari tingkap kereta yang terbuka. Pemandangan menghijau di sekeliling menyegarkan mata. Di bawah bukit jelas kelihatan kebun sayur dan hutan rimba yang berbalam di balik kabus.

Serentak kami turun dan masing-masing mengitari pandangan di kawasan sekitar banglo tersebut. Terdapat sebuah lagi rumah yang lain namun berjarak agak jauh. Kira-kira 50 meter.

Wan berjalan ke arah pintu pagar yang sudah separa berkarat.

β€œPagar kunci.” Pendek kata-kata Wan.

β€œHabis tu macam mana nak masuk? Ada kunci tak?” Tanya Udin sambil menyalakan sigaret jenama Peter Stuyvesant.

β€œAdaaaaa. Tapi bukan kat aku la. Hehehe. Jap aku call orang.” Wan mengeluarkan telefon bijaknya lalu menelefon seseorang. Sesekali terdengar dia bercakap dalam loghat Indonesia. β€œKita tunggu sekejap. Nanti pekerja bapak sedara aku akan hantar kunci. Pekerja tu laki bini dok jaga rumah ni. Dorang la yang kemas dan cuci rumah ni selama ni.”

Kami semua hanya diam dan mengangguk mendengar penerangan Wan. Semua menyandar di kereta sambil menghirup bahan karsinogen. Menambahkan kabus di udara.

β€œPatut la laman banglo ni nampak kemas ja. Rumput pendek. Pokok bunga cantik di trim. Ada orang jaga rupanya.” Aku bersuara memecah kesunyian.

β€œHabis tu takkan aku nak kita tidur kat rumah banglo tinggal yang bertahun-tahun tak terjaga?” Wan menyoal sambil tersengih. β€œIni percutian untuk tenangkan fikiran. Bukan nak adventure hadap mambang-mambang. Kalau nak hadap mambang, next time korang plan lain. Aku tak nak ikut la. Hehehehe.”

Kira-kira 10 minit, muncul orang yang dinanti dengan menunggang motosikal Yamaha RG Sport dengan asap berkepul-kepul merembes keluar daripada muncung ekzos. Pekerja ayah saudara Wan datang membawa kunci ditemani dengan isterinya yang membonceng.

β€œBapak ni Parman ya? Pekerja ayah sedara saya?” Sapa Wan ke arah lelaki yang berumur sekitar lewat 40-an sebaik motosikalnya berhenti di sisi kereta.

Kami berempat masing-masing menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Parman. Namun dapat aku rasakan yang salam kami disambut seperti acuh tak acuh. Dingin sekali mood Parman.

β€œNah… Ini kuncinya.” Parman menyerahkan segugus kunci kepada Wan. β€œBila mau pulang nanti, SMS sama saya.” Pendikit minyak dipulas kuat menghamburkan asap yang lebih tebal ke arah kami. Isteri Parman sempat menjeling tajam ke arah.

β€œWuuuuuu sombong siot,” kata Udin sambil mata ke atas.

β€œPak sedara hang tak bayar gaji depa ka? Chommm ja muka.” Anuat mencelah.

β€œHahaha tah lah. Lantak dorang la. Janji kita dapat tido free.” Terkial-kial Wan cuba membuka mangga di pagar. Jenuh dicuba satu persatu kunci yang berjumlah 10 batang.

Sebaik memasuki perkarangan banglo, dada aku terasa berdebar-debar. Sungguh aku tak suka perasaan macam ni. Kalau pergi tempat yang sedikit β€˜keras’, inilah perasaan yang dapat aku rasa. Tapi macam biasa, aku cuba buat tak layan. IDGAF (I don’t give a fxxk). Simple.

Ketika menurunkan beg daripada bonet kereta, aku memerhatikan banglo tersebut. Dua tingkat. Senibinanya dari tahun 70-an. Catnya sedikit usang.

Sebaik Wan membuka grill rumah…

PANGGG!!

Bunyi dentuman kuat mengejutkan kami berempat. Bunyi itu sangat dekat dengan kami.

β€œOii pelaq patsegi!” Spontan Anuat termencarut. Aku pula dah hampir membuka buah silat.

Aku pandang Wan, Wan pandang aku. Udin pandang Anuat, Anuat pandang grill pintu sambil masih mencarut. Makin menjadi-jadi perangai melatah dia.

β€œErrr bunyi tingkap kena tiup angin kot.” Wan cuba bersangka baik.

Memang bunyi itu seperti bunyi tingkap kayu yang tertutup kuat. Tapi dari pandangan hadapan banglo ini, aku tengok kesemua bingkai tingkap dibuat daripada besi dengan cermin kabur bercorak berwarna hijau.

β€œSalam perkenalan la tu.” Pendek Udin bersuara.

Muka Wan dah berubah kelat. Serius aku nak tergelak, tapi ku tahan jua. Perlahan-lahan dia mengundur dan berdiri di belakang aku. Penakut sungguh si Wan ni. Mengalahkan aku punya penakut.

Sebaik Udin membuka pintu, aku dapat rasakan angin sekejap dingin sekejap suam menghembus muka aku. Aku tak pasti dorang bertiga yang lain dapat rasa atau tak. Malas aku nak tanya sebab Wan masih lagi pucat di belakang aku.

β€œFuh boleh tahan luas banglo ni. Best doh!” Udin segera masuk dan pantas dia mula menjelajah tingkat bawah banglo ini. Memang buat macam rumah sendiri betul. β€œAku rasa pintu bilik tu kot yang tertutup tadi.” Udin menunjukkan ke arah pintu kayu yang tertutup. Pintu itu terletak di sebelah ruangan dapur.

β€œTapi aku dengar tadi macam bunyi tingkap je… Bukan bunyi pintu. Hmm lantaklah.”Aku berbisik kepada Udin. Udin hanya terdiam.

Sebaik membersihkan diri, kami melepak di ruang tamu sambil menonton TV saluran free yang tak berapa nak jelas siarannya. Kemudiannya kami bermain daun pakau dengan mulut masing-masing mengunyah jajan yang dibeli petang tadi.

Menjelang 10:30 malam semua dah mengantuk. Awal mengantuk sebab keletihan seharian berjalan.

Kami tidur di tingkat atas. Ada tiga bilik. Salah satunya merupakan bilik tidur utama. Sangat luas dan menghadap ke arah pagar hadapan. Dengan dekorasi bilik tidur ala diraja, kami pun jadi segan nak tidur situ. Jadi kami masing-masing mengambil dua bilik yang menghadap ke arah lereng bukit. Aku tidur sebilik dengan Udin. Manakala Wan dengan Anuat.

Malam itu semuanya tidur nyenyak. Kecuali aku. Sebaik terlelap aku mula bermimpi buruk. Mimpi beruk berbulu tebal dan bermata merah menyala membuatkan aku terjaga kembali. Selepas itu aku susah nak tidur. Jenuh bergolek. Sudahlah sejuk gedik, mata pulak macam ada benda dok tahan tak bagi aku tidur. Akhirnya entah pukul berapa aku berjaya tidur.

Aku tersedar entah pukul berapa sebab aku rasa ada orang kuis banyak kali di betis kering aku. Aku fikir itu Anuat sebab selalunya gitulah dia kejut aku waktu subuh.

β€œYe Anuat. Jap lagi la aku bangun subuh. Aku ngantuk teruk lagi ni.” Dengan mata masih tertutup aku berkata. Memang aku rasa sangat tak puas sangat tidur.

Tapi kaki aku masih dikuis. Kali ini lebih laju dan kuat. Habis luruh bulu roma betis kering aku kalau dibiar lama-lama macam tu.

β€œHaaa ye la aku nak bangun la ni!” Aku mengeluh kuat. Jam G-Shock siri Mudman Uptown Danau Kota copy ori ditekan punat lampu dan memaparkan digit 4:30 pagi. β€œOi Anuat, awai lagi! Jadah! Hang nak kejut aku sahur ke qiamullail ni?”

Sebaik memandang ke arah kaki, aku menjangkakan aku akan melihat Anuat terpacak berdiri di situ. Namun… tiada siapa. Udin juga masih berdengkur di sebelah. Aku duduk dan memandang seluruh bilik tapi tetap tak ada siapa.

Mesti Anuat nak main-main dengan aku. Aku pandang ke sisi bawah katil kot-kot dia menyorok – tetap tak ada.

Gruk! Geduk! Geduk!

Bunyi lantai kayu. Bunyi itu dari arah bawah katil. Aku syak mesti Anuat menyorok bawah katil. Kalau aku sergah Anuat mesti best. Biar dia melatah bawah katil sambil terhantuk-hantuk kepala kat katil. Dah kembung-kembung pipi aku menahan gelak dok terbayangkan aksi Anuat.

Apalagi, perlahan-lahan aku menunduk ke arah bawah katil. Cadar yang berjurai diselak dengan pantas.

β€œCAKKK!!” Sergah aku.

Tapi langsung tiada tindak balas. β€œAikkk? Ada orang ke tak bawah ni?” Aku mengambil telefon bijak lalu menyuluh ke bawah katil. Kosong. Aku mula pelik. Pelik sebab terfikir siapa yang dok kuis kaki aku tadi. Jantung aku berdetak kencang.

Aku mula malas nak layan dah. Aku dah boleh agak mesti ada β€˜benda’ yang kacau aku tadi.

Sebaik aku baring semula, mata aku tertancap ke arah siling. Di celahan kipas siling, ada makhluk yang melekat di dinding dengan kepala berputar 90 darjah ke belakang memandang tepat ke arah aku. Rambut kusutnya terjuntai menembusi kipas yang berputar dengan kelajuan nombor 2. Bermuka hitam dengan mata putih keseluruhannya. Mulut ternganga luas menampakkan lohong hitam pekat rongga mulutnya.

Aku terbata. Kaku. Mata aku dah tak berkelip. Mata kami sama bertentang. Mata bertentang mata, adakah dia pun merasa apa yang aku rasa? Namun yang pasti aku rasa takut teramat, manakala momok itu gembira teramat dapat menyakat aku.

Tangannya dihulurkan ke arah aku. Perlahan-lahan tangannya makin memanjang dan semakin mendekat.

Aku masih keras kaku dengan mata terbeliak memandang makhluk durjana itu. Dalam fikiran, aku dah rasa mampus aku kena cekik dengan menatang alah ni.

β€œAllah!” Itu saja yang dapat terpacul dari mulut. Sebaik dapat bergerak,aku terus menggoyangkan badan Udin agar dia terbangun. Tapi hampa. Tidur ke meningghal entah. Kejut bagai nak rak tapi tak ada respon langsung. Terus aku melompat katak melangkaui Udin. Aku menolak Udin ke posisi tempat tidur asal aku. Biar hantu tangan panjang tu yang cekik Udin. Janji aku selamat. Sungguh gampang sekali perangaiku.

Aku mengambil posisi menonggeng dan menyelimut seluruh tubuh aku. Mata dipejam rapat. Menggigil seluruh badan menahan ketakutan. Berpeluh dingin dalam suhu berbelas darjah celsius.

Bermacam-macam doa yang aku baca. Yang mana doa yang terlintas di benak fikiran, semua aku bedal. Doa naik kenderaan, doa makan, doa ambil wuduk, niat puasa, niat mandi wajib, semua aku sapu licin. Perghhh makrifat betul.

Akhirnya entah bila aku terlena…

Pagi itu aku terjaga jam 8:30 pagi. Cahaya matahari dah menerangi tingkap kaca hijau. Udin pun dah tiada di sebelah aku.

Terdengar suara riuh-rendah di tingkat bawah. Mesti budak tiga orang tu dok berseronok sakan. Sebaik membasuh muka tapi tak gosok gigi, aku mula turun ke bawah. Masih terdengar riuh gurau tawa dari arah bawah. Aku agak mesti dorang di dapur.

Sebaik memijak anak tangga pertama, tiba-tiba senyap sunyi. Tiada lagi suara-suara dorang. Jantung aku tiba-tiba rasa bagai jatuh dari tempat tinggi. Gayat. D***h rasa laju menuju ke kepala. Punggah! Aku kenal sangat perasaan macam ni. Siang-siang pun nak menyakat menatang ni.

β€œUdin! Wan! Anuat! Woi mana hangpa?!” Jerit aku kuat. Namun tiada jawapan. Aku masih di anak tangga pertama.

Bila terpandang suasana di tingkat bawah yang cerah, aku memberanikan diri untuk turun. Satu, satu anak tangga aku pijak. Mulut tak henti dok berzikir.

Sebaik sampai di tingkat bawah, mujur semua tingkap dah dibuka. Hilang sikit perasaan takut. Aku tengok kereta dan selipar dorang semua tak ada. Aku agak dorang mesti keluar pergi beli sarapan. Nak call dorang, telefon bijak aku ada kat bilik tidur di atas. Jadi aku hanya melepak di kerusi batu di halaman luar banglo.

Tiba-tiba muncul Parman dan isterinya dari arah belakang banglo. Dorang tersenyum sinis pada aku. Parman memegang parang dan si isteri memegang gunting pokok. Aku hanya membalas senyuman dan mengangguk sedikit. Tiada sebarang kata-kata teguran daripada dorang. Agak dingin dan misteri dorang suami isteri.

Sejujurnya aku agak risau tengok dorang bawa senjata tajam tu. Kalau disunatnya aku menggunakan gunting pokok tu memang sah-sah tak accurate.. Mau terpotong habis. Niaya. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku menyarungkan selipar lebih kemas dan menarik boxer ke atas rapat ke celah kangkang agar mudah untuk aku membuka langkah seribu andai perlu.

Aku menarik nafas lega tatkala melihat Vios dugong Wan memasuki pagar rumah. Tepat sangkaan aku yang tiga ketul budak ni keluar membeli sarapan. Roti sardin, nasi lemak. Fuhh syahdu. Terus berkeroncong six pack aku.

β€œWeh semalam tidoq nyenyak ka?” Aku bersuara di meja makan dengan mulut dipenuhi roti sardin. Jauh ikan sardin ni panjat gunung. Sekilas terbayang perjalanan penuh berlikunya dari laut mediterranean sehingga ke puncak Kameren ini.

β€œOK je.”

β€œSedap tidoq. Sedaq-sedaq dah hujung subuh. Gajah betul.”

β€œAku pun tido sedap. Siap mimpi basah. Kikikiki.”

β€œBagus la semua tidoq lena elok. Anuat hang kejut aku subuh tadi pukul berapa?” Aku buat ayat pancing. Kot-kot Anuat yang kuis kaki aku pukul 4:30 pagi tadi.

β€œ7 pagi. Haram hang tak bangun. Sikit lagi aku nak simbah dengan ayaq teh perisa stroberi.”

Nampak gayanya aku seorang saja yang bersilat menghadap makhluk durjana lahabau malam tadi. Aku seorang saja yang kena sakat. Aku diam tak beritahu dorang. Risau si Wan menjadi-jadi takutnya. Diajaknya kami tidur luar pula malam ni. Berkhemah sama si Nopal di halaman rumah. Gila. Sejuk gedik. Esok habis jari kena frostbite.

Selesai menjamu selera, semua pakat melepak di kerusi batu di luar sambil mencemarkan udara.

β€œAikk mana Parman dengan bini dia. Awal tadi aku nampak ja depa.” Soal aku.

β€œDepa ada mai ka?” Soal Wan.

β€œLaaa takkan hangpa tak perasan? Masa hangpa balik dari beli breakfast takkan tak nampak depa kat tepi rumah ni?” Makin bertambah lagi soalan aku terhadap dorang.

β€œTah kami tak nampak pun. Tapi macam pelik kan dorang tu,” ujar Udin sambil mengusap janggut kambing sejemputnya.

β€œHmmm.. Biaq jelah kat depa laki bini. Jangan kacau kerja depa. So apa plan kita hari ni?” Tanya Anuat.

β€œApa lagi, petik stroberi la. Lepas tu pi lavender garden. Boleh usha awek. Mesti awek banyak hari ni. Untung-untung cinta berputik di Kameren. Ohh indahnya percintaan bersamamu.” Aku memberi cadangan yang agak bernas.

β€œTak habeh-habeh dengan awek. Tapi plan pi ladang stroberi dengan lavender garden tu aku setuju.” Wan bersetuju dengan cadangan aku. β€œBila dah petang kita pi pasar malam. Beli makan malam. On tak on?”

β€œJarang tak on!!” Jawab kami serentak bagai boyband tengah rakam iklan untuk promo siaran hiburan TV.

β€œKita gerak tenghari nanti la. Lunch sekali. Pagi ni kita chill je kat banglo ni.” Cadang Wan dan kami yang lain mengiyakan sahaja.

β€œKalau macam tu kita explore banglo ni nak? Ada satu bilik yang aku tertarik nak masuk.” Udin bercakap sedikit berbisik.

β€œBilik mana?” Tanya Wan.

β€œTuuu…” Telunjuk Udin dihalakan ke bilik yang terletak bersebelahan dapur.

Aku yang mengalih pandangan ke arah bilik itu bertanya. β€œBilik yang semalam hang cakap pintu tertutup kuat tu ke?”

β€œYe. Semalam aku pusing tombol, tapi berkunci. Semua bilik lain dalam banglo ni langsung tak berkunci kecuali bilik yang satu tu.”

β€œStor kecik je kot. Buat simpan barang.” Telah Anuat.

β€œBukan stor. Aku dah tengok dari arah luar. Ada 2 buah tingkap. Kalau setakat stor kecik, tak mungkin ada tingkap macam tu,” kata Udin dengan yakin.

Wan pula seakan berfikir tentang sesuatu. Berkerut dahinya lalu dia berkata. β€œAku rasa memang ada bilik. Aku ingat-ingat lupa, masa aku datang sini masa kecik dulu yang pintu tu memang ada bilik. Tak terlalu besar umpama bilik orang gaji sebab terletak sebelah dapur.”

β€œSekarang ni yang aku pelik sebab bilik tu berkunci, tapi semalam bila aku tengok dari luar, bilik tu ada lampu yang dibuka. Aku agak lampu warna oren sebab dari pantulan cermin kaca tingkap seakan-akan warna oren.” Terang Udin.

β€œAmboi, awal-awal lagi hang dah recce kan. Dasar penyiasat tak bertauliah!” Aku membebel.

Sambung Udin lagi. β€œBila aku check dari bukaan bawah pintu, tak nampak cahaya sebab bawah pintu tu ditutup dengan something. Ini yang membuatkan aku curious sangat pasal bilik tu.”

Wan pula dah mula buat muka cuaknya.

Aku sebenarnya kurang bersetuju dengan cadangan Udin. Mesti ada sebab bilik tu dikunci. Tambahan lagi baru saja pagi buta tadi aku kena sakat. Bak kata Malique β€˜jangan kejut harimau tidur’. Risau ada β€˜benda’ yang terlepas.

β€œHmmm guys… I think it’s not a very good idea. We don’t know what lies inside there. There must be a reason that room being sealed and locked away like that.” Tiba-tiba aku bercakap English. Tercengang bangang budak tiga ekor tu tengok aku speaking English. Baru korang tau sapa aku kan? Aku memang dah lama ready nak tackle chikaro minah salleh.

β€œBuang tebiat apa hang ni?” Dua kali Anuat menempeleng ubun-ubun aku.

β€œAlaaa takde ape la. Siang-siang ni nak takut ape.” Udin terus cuba memujuk.

β€œWeh macam menarik kot. Jom la kita try cari cara nak buka bilik tu.” Anuat kelihatan teruja dengan aktiviti itu. β€œManatau pak sedara si Wan ni simpan emas berkoyan-koyan dalam tu. Boleh kita ambil sikit… Hihihihi.”

Tendengar perkataan emas, terus Wan mengangkat kening kepada aku dengan senyuman melebar. Hilang muka cuaknya sebentar tadi. Dasar tamak haloba!

β€œJom!” Aku paling pantas berjalan menuju ke arah bilik tersebut.

Mula-mula Wan cuba membuka menggunakan gugusan kunci yang diberi oleh Parman semalam. Namun semuanya tak ngam.

Aku pula menggunakan teknik membuka pintu menggunakan kad yang dipelajari waktu zaman tinggal di asrama universiti dahulu. Tapi gagal kerana pintu terlalu rapat. Kad tak boleh diselit masuk.

Anuat menggunakan dua batang pin yang dijolok masuk ke celahan lubang kunci. Katanya dipelajari dari rancangan televisyen McGyver dan video di YouTube. Hasilnya, tetap hampeh. Patah pin tu dalam lubang. Dah jadi kerja nak korek keluar lepas tu.

Udin pula duduk bersila tengok kami berusaha keras membuka pintu. Dia punya idea, dia pula yang duduk relax. Bengkek je kami tengok dia.

Kami juga cuba membuka melalui tingkap dari arah luar – gagal.

Setelah semua cara tidak berhasil, kami duduk bersandar menghadap pintu misteri tersebut sambil meneka-neka apakah isi dalam bilik tersebut.

Tiba-tiba aku terperasan ada kesan pudar hitam calitan jari pada bahagian bingkai atas pintu. Dan terdapat sedikit rekahan di antara bingkai dan dinding yang menarik perhatian aku. Cepat-cepat aku mengambil kerusi dari meja makan lalu memanjat untuk melihat.

Ternyata di celahan rekahan kecil tersebut ada sesuatu di dalamnya.

β€œWehh!!! Hang kena belanja aku makan KFC lepas ni!” Aku berkata kepada Udin dalam nada teruja.

Setelah dikorek keluar, ianya adalah sebatang kunci yang dibuat dari kepingan aluminium nipis. Senipis aluminium pada minuman tin. Kami mengesyaki itu adalah kunci pendua yang dibuat sendiri.

Aku memasukkan kunci. Terpaksa berhati-hati lantaran aluminium tersebut agak lembut.

TAKKKK!

Bunyi kunci terbuka. Kami saling berpandangan. Tak tahu nak takut atau nak teruja sekarang. Dengan dada yang berdebar dan disulami beberapa p****g doa lazim, aku memulas tombol.

Sebaik pintu terbuka, aku merasakan haba menerpa ke tubuh aku. Sekali lalu sahaja bagai angin melintas. Entah dari mana haba tu datang. Sedangkan suhu pagi tu masih dingin-dingin Kameren. β€œHangpa rasa tak?” Soal aku.

β€œRasa apa?” Wan yang berada di belakang aku menyoal kembali. Udin dan Anuat turut mengangkat bahu dan menjuih bibir tanda turut tidak berasa apa-apa.

β€œHmmm rasa macam ada udara panas,” jawab aku pendek.

Tiba-tiba kedengaran seakan tapak kaki berlari di tingkat atas. Tiga hentakan. Dan dua kali terjadi. Spontan semua memandang ke arah siling. Bunyi itu betul-betul di tingkat atas kami.

Mentol berwarna oren yang tergantung dari siling turut berkelip pantas beberapa kali, kemudian kembali menyala normal.

β€œBunyi apa tu Pakli? Wuwuwu.” Wan merapatkan diri di belakang dan dipaut kuat lengan aku.

β€œHang jangan berdiri rapat-rapat lepas tu pegang tangan aku macam tu boleh tak? Aku rapuh bro. Dah bertahun aku tak dapat perempuan.” Aku cuba bergurau untuk mengendurkan keadaan yang tegang sebegitu.

Kami mula melangkah masuk ke dalam bilik itu. Tak besar. Kira-kira 10 x 10 kaki luasnya. Di lantai ada hamparan tikar mengkuang. Sebuah kerusi kayu di tengah-tengah bilik dan sebuah almari hiasan antik sederhana besar di sudut paling dalam.

Dada aku mulai berasa sesak. Nafas aku dah tak selesa. Rasa tak puas bagaikan kurang oksigen. Peluh mulai merembes daripada celahan epidermis. β€œJom keluar. Takdak apa dalam bilik ni.” Aku bersuara. Perasaan aku dah tak tenang. Memang ini bukan petanda yang baik. Bilik ini ada yang sesuatu yang menghuni.

β€œKejap.” Udin berjalan menuju ke arah almari antik. Dibuka pintu almari berukiran motif bunga sebagai bingkai yang memegang cermin kaca.

Di dalamnya hanya terdapat sebuah mangkuk seramik yang bertutup dan mangkuk tembaga yang sudah teroksida dengan serbuk-serbuk kehijauan. Udin membelek kedua-dua barang tersebut.

Melalui ekor mata, aku merasakan seperti ada bayang besar mencecah siling. Sangat samar-samar.

BANG! BANG! BANG! BANG!

Tingkap bilik itu diketuk berkali-kali. Kami yang terkejut terus membuka langkah seribu dimulai dengan Wan. Aku terperasan yang pintu bilik dalam kedudukan sangat hampir tertutup. Aku cuba menyedapkan hati dengan berfikir angin yang menolak pintu itu.

β€œWarghhhhhhhh!” Panjang jeritan Wan. Kami berempat berlari keluar sehingga ke halaman banglo.

Namun sebelum berlari keluar, Udin sempat menutup suis lampu dan menekan punat kunci pada tombol pintu bilik misteri tersebut.

Termengah-mengah walaupun berlari tak sampai 20 meter. Aku dan Udin tergelak-gelak terkenangkan gelagat kami kena sakat. Anuat cuba menenangkan diri. Mungkin cuba membetulkan kembali otaknya agar kembali center dan memproses apa yang baru terjadi tadi. Wan pula macam biasa, pucat. Dah terjelepok duduk di rumput.

Di hujung pagar, kelihatan Parman berada di atas motor memandang ke arah kami. Kemudian dia berlalu pergi.

30 minit kami melepak di halaman sebelum masuk kembali ke dalam rumah. Kunci bilik msteri diletakkan kembali di tempat asal.

Setelah puas berjalan, kami kembali ke banglo tersebut kira-kira jam 7 malam. Topik perbualan kami sepanjang hari itu adalah berkenaan kejadian pagi tadi. Pelbagai telahan dan tekaan dibuat tentang bilik tersebut. Anuat dengan teori paling ekstrim iaitu Parman menggunakan bilik tersebut untuk memuja setan. Out of the box teori beliau.

Ketika berdiri di depan pintu sambil menjinjing juadah yang dibeli daripada pasar malam Kameren, semua berasa serba salah nak masuk dan bermalam di banglo tersebut. Wan siap sengaja tak turun daripada keretanya.

β€œPakli, hang pujuk si Wan tu turun kereta. Takkan dia nak tidoq luaq kot. Esok pagi tengok-tengok dah beku jadi ais.” Arah Anuat kepada aku.

β€œOi Wan. Takmau turun ka? Nak tidoq sorang dalam keta? Selamat merendek ye. Mesti lawa kan momok tu. Untung-untung boleh buat bini. Hehehehe.” Aku cuba memujuk Wan turun dengan teknik psikologi terbalik atau dalam bahasa Inggeris reverse psychology.

Kelam-kabut Wan keluar kereta.

β€œKita dah besaq. Bukan budak-budak lagi nak takut dengan menatang tu . Malam ni kita tetap akan tidoq di dalam banglo ni. Whatever it takes!” Ujar aku bersemangat.

β€œWhatever it takes.” Sambut Anuat.

β€œWhatever it takes!” Udin pula menyambut dengan lebih bersemangat sambil menggenggam penumbuk.

β€œErrrrrr… Whatever……” ujar Wan pasrah.

Malam itu kami mengambil keputusan untuk tidur di ruang tamu. Semua lampu di setiap ruang dibiarkan menyala. Televisyen juga kami berjanji tak akan tutup. Pintu dibiar tak dikunci. Kunci kereta pula dah ready di meja tepi pintu. Mudah kata, semuanya dah ready kalau ada sesuatu yang dahsyat berlaku.

Gangguan bermula kira-kira jam 10:00 malam. Bunyi ketukan bertalu-talu selama hampir 10 saat pada pintu bilik misteri tersebut. Kemudian selepas kira-kira 30 minit ketukan itu akan berlaku lagi. Kami yang berada di ruang tamu hanya memandang ke arah pintu tersebut.

β€œUdin… Tadi hang tutup kan lampu bilik misteri tu?” Tanya aku.

β€œYe aku sempat tutup sebelum kita lari keluar tadi. Rugi je bil letrik kalau dibiar buka gitu,” jawab Udin selamba.

β€œPandai! Aku rasa natang tu dok marah. Tu yang dok ketuk pintu minta hang buka balik lampu. Maybe dia tak nampak nak salin baju ke, nak bersolek ke. Kikikikiki…” Gurau aku.

β€œHahahaha boleh jadi juga. Nak aku buka balik ke lampu?”

β€œTakyah. Biaq pi kat dia. Biaq dia pakai baju terbalik. Make-up lipstick tercalit sampai ke dagu.” Aku membuat gaya melukis lipstik dengan teraba-raba sehingga bersememeh ke seluruh muka.

Terbahak-bahak kami berdua ketawa.

Anuat hanya menggelengkan kepala mendengar gurau senda aku dan Udin. β€œMulut celupaq noooo hangpa dua. Cari pasai.”

Aku dan Udin yang sedang ketawa sakan tiba-tiba terhenti. Ada betulnya apa yang Anuat cakap. Namun bila aku terpandang wajah Udin, terburai kembali ketawa. Ditahan sehingga berhinggut-hinggut badan kami.

Sehingga jam 12 tengah malam, ketukan itu pada pintu itu sudah berhenti tapi ada bunyi-bunyian yang baru pula yang muncul.

Bunyi tapak kaki berlari di tingkat atas. Sekali bunyi berlari bermula, agak lama sehingga rasanya 10 ke 15 minit setiap sesi. Berulang-ulang. Tapi yang lebih menyeramkan apabila sesekali terdengar suara mengilai yang sekejap dekat, sekejap jauh. Setiap kali hilaian tawa yang panjang tu datang, agak menggeletar tubuh kami. Seram.

Nasib baik ketika ini Wan dah tertidur. Aku yang paksa dia makan Panadol Soluble lepas makan malam tadi supaya dia cepat mengantuk. Risau juga aku kalau Wan ni tersampuk. Dia jenis lemah semangat sikit.

Aku, Udin dan Anuat yang berbaring mengalami kesukaran untuk tidur. Dengan lampu terang-benderang, diikuti bunyi bising tapak kaki di tingkat atas betul-betul mengganggu mood kami nak tidur.

Lama-lama aku rasa jengkel dengan bunyi tapak kaki tu. Dah hilang perasaan takut. Entah apa yang momok tu buat di atas kami pun tak pasti. Kalau nak jogging pun, eloklah jogging di luar. Apa gila jogging di dalam rumah.

Akhirnya aku tak sedar bila aku tertidur. Mungkin jam 2 pagi lebih.

PANGGGGG!!!

Bunyi kuat mengejutkan aku daripada tidur. Disusuli bunyi guruh panjang. Hujan lebat di luar rumah. Aku syak bunyi yang mengejutkan aku tadi adalah bunyi kilat.

Sebaik membuka mata aku lihat suasana dalam rumah dah bergelap. Semua lampu terpadam. Hanya kelihatan samar-samar berpunca daripada cahaya lampu jalan raya.

Dalam kesamaran aku terlihat Udin sedang berdiri menghadap keluar tingkap sambil menghisap rokok. Berkepul-kepul asap memenuhi ruang tamu.

β€œUdin… Hang tak tidoq ka? Blackout ke ni?” Tegur aku.

β€œHmmm…” Pendek jawapan Udin. Sekadar berdehem.

β€œNanti kalau rasa panas, ajaklah aku buka balik karan kat main switch. Tapi dah hujan macam ni mesti sejuk gedik.” Aku mengalih posisi untuk menyambung kembali tidur aku. Sebaik aku beralih posisi, aku terlihat Udin sedang tidur elok di sofa. Aku beristighfar panjang. Bagai nak luruh jantung bila memikirkan makhluk apakah yang menyerupai Udin sambl menghisap rokok.

Serentak itu kedengaran momok itu mengilai panjang. Mesti momok tu dah tahu. Kemudian bunyi kain dikibas-kibas dari arah belakang aku. Mulut aku dah terkumat-kamit cuba berzikir. Bergetar mulut akibat ketakutan.

Tiba-tiba momok itu muncul berdiri di antara Udin dan aku. Mukanya menghadap aku. Aku terbata terus. Lidah kelu, badan kaku.

Aku terperasan di suatu sudut ada satu lagi lembaga hitam yang lebih besar dan tegap. Seakan lembaga aku lihat pagi tadi di dalam bilik misteri. Ketinggiannya mencecah siling banglo yang dah memang sedia tinggi. Hanya memerhatikan aku dengan mata merah menyalanya.

Perlahan-lahan momok melayang menghampiri aku. Semakin dekat, semakin jelas wajahnya. Momok itu adalah yang serupa aku lihat malam tadi. Kali ini dengan lidah hitam tajam terjelir-jelir keluar. Air mata aku dah mula mengalir akibat ketakutan melampau.

Setiap kali kilat memancar cerah, momok itu akan hilang. Bila suasana gelap, baru momok itu akan kelihatan. Bunyi guruh yang panjang menambahkan lagi keseraman dalam diri aku. Saat tu aku berharap yang aku belum sampai ajal lagi sebab banyak lagi dosa yang tak sempat aku taubat.

Momok itu menundukkan wajahnya mendekati wajah aku. Jarak muka kami sangat dekat. 2 jengkal sahaja. Segala rongga wajah, reputan kulit hitamnya dapat aku lihat jelas. Bau bangkai menusuk hidung aku. Peluh dah membasahi baju aku.

β€œArghhhhhhhh!!! Hantuuuuuu!” Tiba-tiba Wan menjerit. Dibalingnya bantal ke arah momok durjana itu. Terus momok itu ghaib. Wan terus melompat memeluk belakang Anuat yang sedang nyenyak tidur.

β€œTolong! Tolong! Rogolll!” Jerit Anuat sebaik terjaga dari tidur. Ditolaknya badan Wan kerana menyangkakan Wan cuba meliwatnya.

Udin yang terjaga terkebil-kebil melihat keadaan yang berlaku di hadapannya. Wan melolong ketakutan bagai hilang pedoman hidup. Anuat menggelupur sambil menyebut β€˜rogol, rogol’. Aku pula berpeluh sakan, nafas laju, dada turun naik, masih menggigil keseluruhan badan.

β€œWOIIII!!! APAHAL SEMUA ORANG NI!!!” Jerit Udin kuat mengejutkan kembali kami bertiga yang tak keruan.

β€œAaa aku aku.. aku kena sakat.” Akhirnya aku mampu bersuara. Air mata serta air hidung mengalir laju.

β€œAku kena rogol…Wuwuwuwu,” kata Anuat sedih. β€œSampai hati hang Wan. Hang dah meragut keterunaan aku…”

β€œDah dah. Jangan dok merepek la Anuat. Takde sape yang rogol kau la anat. Kau okay ke Pakli? Teruk sangat aku tengok kau ni.” Tanya Udin pabila melihat keadaan aku yang rabak teruk.

BANG! BANG! BANG!

β€œASSALAMUALAIKUM!”

Bunyi ketukan dan salam dari arah pintu depan.

β€œWuwuwuwu momok apa pulak kali siap bagi salammmmm..wuwuwu..” Bergetar suara Wan.

β€œBUKA PINTU INI!”

β€œEh macam kenal suara tu. Tu macam suara Parman.”

β€œINI PARMAN. BUKA PINTU!”

β€œBetullah tu Parman. Bayang-bayang kelibat pun macam dia.”

β€œPintu tak kunci Parman!” Jerit Udin.

Parman melangkah masuk. Sebelum itu baju hujannya dibuka. Tanpa berkata apa-apa terus dia melangkah ke satu sudut.

TAKKKK!!

Lampu kembali menyala terang-benderang menyilau pandangan.

β€œKalau blackout lagi, kamu buka di suis di situ.” Parman menunjuk ke arah sudut tempat main switch.

β€œTerima kasih Parman,” ujar Udin.

β€œHmmm…” Parman sekadar berdehem. Sebelum dia berlalu pendek, sempat dia menjeling ke arah pintu bilik misteri. β€œKamu tak buka kan pintu bilik itu?”

β€œErrr…tak..tak buka.” Wan menjawab sedikit tergagap.

Parman hanya senyum sinis seolah-olah tidak mempercayai kata-kata Wan. Dalam hujan lebat dan gelap malam, Parman hilang dari pandangan. Keadaan menjadi hening di dalam banglo. Hanya bunyi hujan lebat dan sesekali bunyi guruh dari kejauhan. Kami semua termenung.

β€œMacam mana Parman tu tau yang banglo ni blackout? Pukul 4 pagi sanggup dia redah jalan datang sini sorang-sorang.” Tanya Udin.

Sehingga kini kami masih tak tahu macam mana Parman tahu banglo blackout. Teori terbaik kami hanyalah banglo ini mudah disambar kilat membuatkan Parman datang untuk memeriksa keadaan kami.

Sehingga ke pagi kami tidak tidur. Hanya Wan sahaja yang dapat menyambung tidurnya kembali. Sebelum keluar dari banglo, kunci ditinggal di dalam pasu seperti arahan dalam SMS daripada Parman.

Selepas sarapan dan membeli sedikit souvenir, kami terus pulang ke kotaraya membawa seribu satu kenangan yang tak dapat dilupakan.

Pelbagai persoalan dalam benak aku yang masih tak terjawab sehingga sekarang. Siapa Parman dan isterinya? Kenapa mereka terlalu bersikap dingin? Apa yang ada dalam bilik misteri itu? Kenapa ianya dikunci? Mungkinkah makhluk tegap besar mencecah siling merupakan penghuni bilik misteri yang secara tak sengaja telah kami lepaskan?

Untuk membaca cerita penulis yang lain, boleh search profile Facebook DeeFen DF. Maaf atas kekurangan dan kesilapan penulisan. Adios.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#DeeFen

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

42 thoughts on “#DeeFen: Banglo di Kameren Hailens”

  1. Hmmm baca sparuh ja..jauh betul nak sampai kat part seram… banyak perkataan yg annoying,&……. ntah la nak komen apa…. harap dpt di perbaiki di masa hadapan…

    Reply
  2. sebut la betul2..Cameroon Highlands, Brinchang.. kata nama kot..haih..mood down teruih nak baca sampai habis..

    Reply
  3. Best. Sbb ada jalan cerita. Aku dah bosan dgn cerita pendek. Sekali sekala baca cerita yg mcm ni, boleh meningkatkan daya kreativiti aku untuk imagine apa yg sdg berlaku dekat korg. Thank you sbb sudi share. Abaikan org yg kutuk2 kau, depa bukan share apa pun dekat fs ni.

    Reply
  4. Aku ni mudah terhibur kot. Baca cite seram, tp gelak je lebih. Byk gak aku scroll nk cari part yg seram. Sbb asik gelak je. Bodo betui.

    Reply
  5. Best… writer ada style tersendiri… teruskan ye.. abaikan semua komen negatif tu.. adat la x semua orang akan suka cara anda menulis.. ramai lagi yg suka dan tgu karya anda…

    Reply
  6. Bagus penulisannya. Paling best bila tak de ayat “sorry cite ni panjang sangat”, “sorry cite tak berapa seram” di permulaan cerita..kipidap bro…

    Reply
  7. aku baca awal2 ja sebab takde mood nak baca full bila tengok ejaan kelaut. eja tu bagilah betul bukan main tibai. sekian, tutup salam.

    Reply
    • Memang dekat Cameron, makhluk dia cam tu ke!? Sama macam saya alami. Tapi hidung bertemu hidung, mata bertentang mata. Bau dia, lagi busuk dari bangkai

      Reply
  8. Cerita seram santai dan ade sense of humor yang buat aku jadi kurang sikit takut untuk habiskan membaca hahaha.. aku lg suke cerita panjang dari cerita pendek.. buat tataw je dekat insan2 yang bg komen poyo tu..

    Reply
    • betul,,ada jalan cerita,perkataan ganti nama yg betul,..peduli je komen2 negatif tu,,,mostly nak cerita pendek end to the point seram je…faham2 je lah ‘rakyat’ malaysia kan malas membaca..pastu nak kecam dan kritik lebih je mcm pnulisan diorang level2 william shakespeare,,haha

      Reply
  9. I dont think he’s trying too hard. It is funny haha kalau tak lawak i tak gelak. Anyway mmg misteri lah huhu please investigate balik pastu buat cerita no 2 πŸ˜‚πŸ˜‚

    Reply
  10. Nice story bossku, part lawak pn ok selang seli ngan crita seram.. n jadik sangat bagus, bab ejaan ni bg aku, ok jer, kalau kau nak baca yg eja elok2, better pegi baca novel jer..

    “Biaq dia pakai baju terbalik, lipstik contiang sampai ke dagu”

    Reply
  11. Assalamualaikum jalan cerita best dan lawak selama ini xpernah lagi aku baca cerita at fiksyenshasha ketawa sorang2 apa2 pun ada jgk bab seram thank you ..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.