Haii, ni first time aku karang cerita dekat sini, kalau ayat tu berterabur maafkan la ae, Salam untuk pembaca dan Admin FS. Okay cerita ni terjadi dalam tahun ni jugak. kira kira awal bulan 2. Aku ada jiran yang agak rapat dengn aku. Aku panggil diorang abang ( suami ) akak ( isteri ), diorang ada 3 orang anak yang maseh kecik, ( Kakak, Adik, Dan isya ) . kehidupan diorang ni boleh dilabelkan miskin tapi mahu nampak mewah. Dimana akak ni suka mengongkong dan control gaji abang. Jadi si abang ni takbole buat apa dan layankan ajee. Si abang ni ada mak dan abah dia ( atuk dan nenek aku panggil ) .
Nenek ni memang dari dulu berniaga sarapan untuk cari duit poket, biasalah, orang meniaga ni mesti ramai musuh. Akak ni freehair dan hidup dia lebih nank enjoy tanpa fikir baik buruk. Mulut akak ni kalau bab kutuk bab maki memang sampai luka hati kau dibuatnya, so ada yang berdendam dan ada yang tak puas hati dekat akak.
Satu harini abang dengan akak bergaduh disebabkan abang ni lebihkan mak dia, akak ni dengan nenek memang tak ngam. Lupa nk bgtau, akak ni suka main bomoh untuk balas dendam. aku cepatkan jela ae cerita, abang bawak anak anak dia balek rumah nenek, rumah diorg ni dalam 10 minit je. Masatu aku dengn abang ni lepak rumah nenek dan hisap rokok borak borak, maghrib tu tiba tiba si akak ni datang terus kemas baju apa semua. Lepastu dia tekan abang untuk pilih sama ada nenek atau dia. Abang ni seorg yang tenang, maghrib kan, si akak ni terjerit jerit gaduh baling pasu , mengamuk la org katakan. Lepastu dia terus blaa tak tahu pergi mana 1 hari lebih tak balek. Si abang ni pon tak mencari. Lusanya, abang chat aku suruh usya rumah dia tngok ada pintu terbukak ke tak, aku pon lek la bawak motor lalu, lepastu tengok pintu kayu dalam rumah dia terbuka luas tapi pagar depan dia kunci , can image akak ni panjat pagar atau entahlah. Aku pusing balek nak buat u turn tapi tengok semuanya tertutup, gelap gelita, tak smpai 10 saat beb takkan lah semuanya terkunci dengn cepat?. aku rasa tak sedap hati dan aku suruh abang ni datang rumah dia. mMasatu dia dekat rumah nenek.
Masa abang sampai tu. Dia bukak la kunci apa semua. Nak cek kan akak ada ke tak, masa aku dengan abang langkah je masuk, fuhh rasa angin lalu laju je kat telinga ni, dengan tengkuk dah meremang. Ruang tamu dengn lampu memang gelap. Kitorang tak bukak , pakai lampu suluh je, dan lepastu aku stay ruang tamu, si abang ni masuk ke dapur, cek punya cekk takda orang dan takda kesan apa apa org masuk. Tapi dia rasa diperhatikan. Lepastu aku balek dia pon bale.
keesokanyya, masa maghrib, si abang ni balek rumah dia nak ambil barang kerja. Masatu juga ada akak tengah duduk, si abang ni tenang la sebab tak risau lagi akak dah ada depan mata dia. Tapi masa tu akak ni nangis sambil duduk peluk kaki dia dan nangis. Kepala dia dekat lutut sambil goyang goyang, boleh bayangkan? susah aku nk terangkan. Lepastu si abang ni cakaplah ‘ kau ni kenapa , aku nak pergi kerja ni, kau ambil hp ni kau call aku kalau ada apa apa. ‘Dan masa tu akak ni terus pergi dapur ambil pisau, dia kata ‘ aku nk b***h orang tua tu, dia dh banyak menyusahkan family aku’ dan terus larii . Si abang ni malas nak layan dia pergilah kerja, dalam pukol 8 lebih tu abang call aku dia suruh datang rumah nenek tengokkan nenek kalau ada apa apa, dia bagitau akak tengah otw bawak pisau, dia bagi aku greenlight sauk kepala akak kalau dia buat hal. Aku pon stanby laa helmet. Sebelum tu abang dah call anak dia kakak suruh mangga rumah, walau apapon jangan bagi akak masuk.
Ok masa aku dah nak sampai rumah nenek ni akak dah ada , dia meracau depan rumah. Imagine orang kena rasuk untuk b***h orang, korang bayangkan sendiri ae reaksi akak ni. Dia hiris tangan dia pakai pisau sambil mengamuk, ‘ aku nk org tua tu, aku tahu orang tua tu ada dekat dalam, sial b**i semua keluar, kau dah hantar bangkai depan rumah aku sial, kau kacau keluarga aku, kau keluar la sial b**i, aku nak kau juga malam ni’ masatu aku betul betul ada dekat luar pagar sambil tengok akak ni. Yang si akak ni dalam pagar rumah. Masatu aku tak pikir langsung yang akak ni dah slow slow masuk alam lain, ( rasuk ) . Aku diam jela sambil hisap rokok. Dia punya tenung aku tu. fuhh dedor gila. Aku call abang suruh datang sebab akak ni dah meracau nak b***h nenek.
Masa abang datang tu dia terus marah ‘ kau kenapa sial mengamuk ngamuk tak tentu pasal ‘ akak ‘ kau diamlah b**i, aku nak org tua tu malam ni jugak , dia dah banyak menyusahkan aku ‘ masatu abang dah call pakcik dia ( ketua polis daerah… ) dia smpai dia terus cakap ‘ kau ni kenapa zira ( akak ) , lepastu akak balas apa kau tahu? ‘ siapa zira , aku bukan zira la , aku nenek aku nak b***h org tua tu ‘ . fuh aku dengn abng dah start lain macam rasa . Masatu dah penuh depan rumah ni dengan jiran jiran tengok.
Masatu abang panggil tok imam datang, kau tahu akak buat apa masa tok imam baru je turunkan tongkat motor? Dia terus bertengkek atas tembok sebelah pagar tu, ‘ kau siapa sial , kau asal panggil dia b**i, ‘ dia baru dua tiga langkah nak kejar , semua jiran dah berterabur lari. Bukan apa , dekat tangan dia pegang pisau. Masa tu tok imam pon dedor dia pon balek terus. Masa ni memang kitorang tak tahu nak buat apa dengan akak mengamuk meracau , gelak macam ponti, mengilai. Tiba-tiba aku terus teringat, cikgu aku warden asrama ni pandai bab bab ni. Aku student vokasional, aku pon pepah naik motor nk jumpa dia, jaraknya dlam 10 m je tapi aku rasa mcm setengah jam kau tahu tak, jalan panjang jeeee.
Bila dh smpai tu. Aku terus cerita dekat dia, dia pon bagi la aku sebungkus garam campur lada hitam dengn sedikit ayat. Dia cakap baling dengan akak, kalau pengsan tu ha betullah tu. kalau dia dah pengsan cepat cepat bawak datang sini, masatu cikgu aku ni tak pergi pon lokasi rasuk ni. Aku pon pepah balek, masa dah smpai tu kau tahu apa jadi? akak kejar aku wehhhh sambil mengilai, ‘ aku tahu kau bawak barang tu, kau bawak asal sial, kau buang ‘ masatu aku dah sempat bagi garam tu dekat abang, akak nak kejar aku takdelah jauh mana. dia berhenti sebab aku ni atlete hahahaa. sorry . Lepastu abang balinglah garam tu dekat dia dan dia pengsan , sebelum jatuh tu dia cakap ‘ nenek ‘ . haaa. Pastu aku berlapan angkat dia nk letak dalam rumah . Berat dia macam kau angkat tong mandi yang penuh gila dengan air. Ha macam tula berat dia. Lepastu bawaklah pergi rumah cikgu aku ni.
Masa berubat tu ustaz aku islamkan dulu lahh jin tu ,takk borak panjang sangat, bila dh keluar tu akak ni terus nangis dia kataaa ‘ b pocong b ‘ fuhhh dedor aku masatu, dahla gelap. Ustaz ni pon ceritalah, ada orang tanam kain kapan dekat rumah dia, pocong lah kiranya. Pocong tulah yang kacau akak ni masa dia lari tu. Korang rasa siapa yang perhati kitorang masa malam kitorng cek rumah abang tu? fuh dedor weh tengokk balek video yang aku rakam ada pocong belakang abang. Lepas settel semua tu akak tidur la kat rumah nenek, sambil tu dia ngigau dia nangis sebut nama ‘ nenek nenek ‘ . masa tu aku tumpang tidur rumah nenek sebab dh lewat malam.
Aku takut nak balek sebab tahu rumah dia ada penghuni. Dedor aku nak lalu. Masa aku tidur ruang tamu tu, akak dan abang dengan anak anak dia tidur bilik atas, yang kat ruang tamu ni aku dengan nenek je. Dalam pukol 4 macam tu, aku tiba-tiba terjaga. Aku toleh belakang tengok akak baring sebelah. Aku pon biar jelaa. esok paginyaa aku cerita dekat abang pasal aku terjaga tu. Kau tahu abang cakap ape? ‘ Akak kau elok je tidur dekat atas semalam ‘ Aku tak cakap banyak aku terus dedorr gilaa .Β Kesimpulan cerita , macam aku cakap yang dioanrg ni ada musuh, akak ni kan suka main bomoh. Dia hantar bangkai dekat rumah musuh dia ni. Busuk satu rumah. Lepastu ada lah yang dendam denng nenek ni nak b***h dia tapi dia gunakan akak sebab dia tahu akak ni lemah dan jahil.
Last sekali, kain kapan ni sampai ke harini tak korek lagi, rumah dia pon tak bersihkan lagi dan tak duduk lagi sampai sekarang. Aku pon tak tahu kenapa. Diorg stay rumah nenek. Ada satu malam ni aku baru lepas balek main futsal dalam pukol 2 mcm tu. Lalu depan rumah dia. Kau tahu apa aku nampak? pocong tengah bertengekk dekat beranda rumah dia sambil perati aku. Aku demam weh hahaahah.
p/s . Dekt 30 minit aku menghadap akak yang perangai dia sebiji mcm pontianakk . Aku berdua je dengn dia. Korang boleh bayangkan bertapa dedornyaaa aku bila fikir balek.
Sorry kalau cerita tak seram . Jaga la mulut agar tak ramai yang termakan hati…. Sekian terima kasih…
Hantar kisah ana : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
π
Nk videoooooo tuuuuu
Serious seram!!!
banyak kali sebut perkataan dedor. tapi dedor tu apa?
banyak kali sebut perkataan dedor. dedor tu apa?
mna vdeonya?
bapak nyer berterabur ko punya cerita..tapi xpe la dik…aku layankan je la psl ko bdk sekolah lg kan…aku harap ko belajar betul2 dik
Seram jugak ea. Tapi… dedor tu apaπ
Dedor tu apa da? deodoran ke?
Dedor tu debor kot.. buat2 phm jelaππ
Dedor tu debor
dedor tu dekat johor , risau , seriau mcm tulah
cerita yang sedikit rempit disitu haha, can be better next time. Susunan cerita lepas ni buat kemas sikit ye dik.
banyak betul kesalahan ejaan. berpinar mata pakcik nak oii
dedor tu takut kot…haha…wlaupn trabur,tp still boleh fhm
dedor tu bahasa piaw johor ππ maksudnya berdebar..
Dedor tu macam demam2 panas tapi tak panas sgt.. cuak/takut kot maksud budak ni..
aduh ..dedorr ooi ..
upload video kat facebook ..
bolehlah mika tengok apa yang patut …
Dedor aku …