“Selamatkan aku tolong..selamatkan aku” rintihan itu sayu dan mendayu-dayu menyakitkan telinganya. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya dengan tangan. Bingit sekali suara itu bergema dan berulang-ulang dalam kepalanya.
“Pergi..jauh..pergi..pergi!!!!” bentaknya keras dan kasar. Matanya merah menyala dan wajahnya membengis. Rambutnya sudah kusut masai akibat di keramas kasar.
“Tidak..tolong aku..tolong” rayu suara itu terus mendesak dan mendesak tiada penghujung.
“Berambus..berambus kau setan!!. Jangan ganggu aku” jeritnya nyaring. Namun suaranya melantun-lantun dan menampar pendengarannya semula.
“Hihihihihihihihihihi…….hahahahahahhahahahahhaha…..” suara hilaian mengitari bilik tersebut.
Mata dia terbelalak. Seram mendengar suara hialaian yang nyaring dan garau bersilihan. Segenap ruang terasa padat dan penuh sehingga dia merasakan hilaian tersebut seperti memenuhi setiap ruang dan begitu padat. “Cukup..cukup…cukup!!!” rayunya agar suara itu berhenti.
Namun hilaian itu terusan menggema malah diselangi bisikan yang sekejap merintih, sekejap ketawa. Semuanya bersatu membuatkan fikirannya pusang. Ketepuan yang datang menyendat membuatkan dia tidak mampu lagi menahan bisikan-bisikan yang menjera perasaan itu. Dia menghantuk-hantuk kepala ke dinding. Berulangkali namun tiada kesan. Bilik kedap bunyi dan berdinding lembut itu seperti penjara yang akan mengurung dia bersama semua bisikan tersebut.
Dia akan kekal di situ sampai bila-bila. Menjadi penghuni bilik khas di wad tahanan bagi pesalah psikiatrik itu. Kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri dan orang lain. Di diagnos sebagai pesakit mental berbilang identiti. Kebanyakan rawatan dan ubat tidak lagi berkesan untuk dia. Antara yang selalu muncul watak pembunuh. Watak yang di b***h. Watak seorang lelaki budiman dan bodoh-bodoh alang. Kadangkala watak kanak-kanak. Di tahan kerana telah m******h seluruh ahli keluarganya.
Di temui bersama senjata m******h iatu sebilah pedang. Dia mengatakan ahli keluarganya telah di rasuk syaitan. Mereka semua pesuruh syaitan yang wajib di b***h. Yang pasti tiada siapa tahu sejarah hitam yang menyebabkan dia m******h ahli keluarganya. Semuanya bermula pada suatu malam tahun 1980. Sebuah banglo lama. Malam tersebut hujan lebat dan ribut sedang mengamuk seisi alam.
Adeeba dan suaminya sudah nekad untuk menjalankan pemujaan untuk menuntut kekayaan. Desakan hidup yang keterlaluan membuatkan mereka memilih untuk menjadi hamba sang taghut jahanam. Dari seorang dukun ilmu hitam mereka harus mematuhi syarat untuk mengorbankan seorang gadis muda sebagai hadiah santapan. Gadis tersebut mestilah muda dan masih anak dara.
Tanpa belas kasihan mereka memperdaya seorang gadis yang yatim dan tinggal di sebuah kampung. Dengan helah dan pujuk rayu mereka Berjaya memujuk si gadis menjadi pembantu rumah mereka. Seminggu sahaja mereka melayan si gadis dengan baik kemudian satu malam ketika gadis itu sedangg tidur mereka mengikatnya dan menyeret gadis itu ke tengah hutan. Gadis itu merayu untuk nyawanya.
“Tolong aku..tolong..jangan apakan aku” rayu gadis itu mengharap.
Mereka berdua terbahak-bahak ketawa. Sedikitpun tiada belas kasihan. Apa yang memenuhi fikiran mereka hanya harta yang bakal mereka miliki. Walaupun habuannya adalah mengorbankan nyawa. Bagi mereka apalah sangat nyawa seorang gadis dengan kekayan yang bakal melimpah ruah itu. Mereka sudah tamak dengan kekayaan yang di janjikan sang taghut durjana.
Meskipun mereka kena menggadai jiwa kepada taklukan dan godaan sang iblis. Mereka tidak peduli langsung. Gadis yang merayu-rayu meminta nyawa itu sedikitpun tidak di pedulikan. Gadis itu di ikat tangannya ke belakang. Rambutnya yang panjang di tolak ke depan. Tengkuknya di tundukkan. Gadis itu terusan merayu meminta nyawa. Namun tiada siapa yang mendengar rayuannya.
Sebilah pedang yang tajam berkilat tersedia di tangan sang suami. Bersama guruh dan kilat sabung menyabung satu libasan tajam m*******l kepala sang gadis. Sebelum kepalanya terpenggal dengan jeritan marah si gadis meraung. “Aku akan tuntut nyawa setiap titisan d***h keluarga kau sampai tamat!”
Sekali libas suara jeritan sang gadis senyap sepi. Kepalanya tergolek dengan mata terbeliak. D***h yang memancut dari kepala yang terpenggal itu di tadah dalam sebuah mangkuk. D***h itu akan di beri kepada sang taghut sebagai hadiah nanti. Dalam hujan yang mengguyur lebat itu mereka berdua menggali lubang untuk menanam jasad si gadis. Setelah agak dalam mereka menyeret tubuh tanpa kepala untuk dan menolaknya ke dalam lubang. Berdebab tubuh tubuh tersebut bergolek.
Mereka mengambusnya dan menindih tanah yang lembik tersebut dengan batu agar tanah tidak hanyut dan mennyerlahkan jasad si gadis. Kepala si gadis di masukkan dalam guni. Kepala tersebut akan di layur dan di keluarkan otaknya. Mereka mahu mengecutkan kepala si gadis untuk di buat tangkal kekayaan dan azimat kebal. Usai semuanya mereka pulang ke rumah.
Sebaik sahaja sampai di rumah mereka meneruskan usaha memuja semangat sang iblis. Sebulan selepas itu mereka berdua pindah dari kampung tersebut sebelum orang kampung menyedari kehilangan si gadis malang. Mereka tidak mahu di tanya tentang gadis yatim bernasib malang itu. Kepala gadis yang semakin mengecut sehingga menjadi sebesar bola tenis itu di simpan di dalam sebuah peti khas.
Mereka berpindah ke bandar besar. Dan memulakan perniagaan. Seperti dijanjikan setiap bulan purnama mereka harus menyiram kepala kecut itu dengan d***h. Kalau dahulu mereka memburu sendiri mangsa. Sekarang mereka hanya memerlukan satu panggilan dan kerja-kerja mereka di selesaikan dengan upah lumayan. Dan seperti janji sang iblis, kekayaan mereka melimpah ruah. Mereka menjadi jutawan hanya dalam masa sepuluh tahun. Dan selepas dua puluh lima tahun mereka terkenal sebagai jutawan yang meningkat naik.
Kehidupan mereka bertukar menjadi serba mewah. Malah semakin mewah semakin mereka melupai kehidupan bertuhan. Baik suami baik isteri mereka mengamalkan gaya hidup yang bebas. Anak-anak mereka seramai tiga orang. Lelaki yang sulung terkenal sebagai playboy yang sering ebrtukar pasangan. Yang perempuan juga sama. Sudah berkahwin masih mengamalkan gaya hidup bebas. Kadangkala berparti bebas. Hanya adik bongsu mereka yang agak aneh. Sejak kecil lebih banyak sendirian. Lebih pendiam dan selalunya bercakap seorang diri.
Selalu memberitahu dia berbual dengan seorang gadis yang cantik. Gadis itu begitu cantik dan begitu menggoda. Yang pasti Tan seri dan Puan seri menyedari dengan siapa si anak berbual. Mereka juga sedar kewujudan gadis yang dikatakan oleh si anak. Mereka sudah biasa dengan kelibat tersebut yang berlegar-legar begitu. Hanya mereka yang tahu rahsianya. Dua anak mereka hanya mengatakan si adik gila sahaja.
Berita kehilangan orang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Mereka yang hilang datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Sejak akhir-akhir ini penemuan mayat yang terpenggal juga semakin membuntukan pihak berkuasa. Mayat mereka di temui biasanya di sungai, di lombong atau tempat pembuangan sampah. Cara kematian sama, kepala di p*****l dan hasil autopsy menunjukkan kematian akibat di p*****l dengan senjata tajam seperti pedang.
Tiada senjata pembunuhan di temui, tiada bukti yang mampu mengaitkan kematian mereka dengan sesiapa. Yang pasti hanya corak kematian sahaja serupa. Di p*****l sehingga putus kepala. Dan yang pastinya dari pelbagai latar belakang. Ada yang tersenarai sebagai orang yang di laporkan hilang. Ada yang tinggal tanpa misteri kerana tiada pengenalan diri. Mangsa juga terdiri daripada pelbagai bangsa. Namun kebanyakannya adalah wanita.
Pihak polis semakin buntu untuk mengaitkan mangsa dengan pembunuhan bersiri. Mengapa mereka perlu d*******l dan apa tujuan kepala mereka d*******l mereka juga masih tidak dapat meneka jawapan yang tepat. Ada yang mengaitkan kepala terpenggal itu seperti kes pengait kepala di Sarawak tahun 80an dahulu. Heboh kisah pengait kepala setiap kali ada jambatan baru perlu di buat. Khabarnya sesetengah jambatan memerlukan korban kepala manusia untuk meneguhkan pasak jambatan.
Biasanya perkara ini dilakukan atas nasihat bomoh yang berkomunikasi dengan Jembalang air. Sebagai syarat ada kepala yang harus di tanam di bawah pasak jambatan supaya jambatan tersebut tidak tergendala dengan pelbagai kemalangan melibatkan nyawa dan lebih teruk jambatan tersebut roboh kerana pasak jambatan tidak kukuh. Atas kepercayaan itu mereka akan mengupah pengait kepala untuk menjadi korban jambatan yang akan di bina.
Hakikatnya semua itu hanya permainan iblis dan syaitan yang hanya menyesatkan anak adam dan hawa. Namun ada yang membuat teori pembunuhan ini hanya sekadar kegilaan seorang individu yang hanya tahu m******h. Barangkali m******h adalah keseronokan yang dia perolehi hanya untuk memenuhi nafsu gilanya. Semua teori itu terus berlegar namun kekal sebagai teori.
“Muzilah kau sayang aku?” soal Adi sambil merenung wajah gadis yang ayu berbaju kurung itu.
“Kau sayang aku ke?” soal gadis itu sambil merenung wajah Adi yang leka menatap wajahnya.
Adi tersengih-sengih. “Aku sayang kau sejak kau muncul dalam hidup aku. Kau cantik. Aku gilakan kau” bisik Adi lembut.
“Aku cantik?” soal si gadis dengan senyuman yang menyeramkan. Namun Adi tidak menyedarinya.
“Ya..kau cantik, cantik sekali” bisik Adi sambil memeluk bahu gadis itu.
Si gadis tergelak halus. Sesekali kepalanya hilang dari jasad. Namun sedikitpun Adi tidak sedar. Kepada dia Muzilah yang dikenali sejak kanak-kanak itu sentiasa ada. Sentiasa cantik dan sentiasa menemani dia. Muzilah yang manja dan Muzilah yang pandai menyanyi lagu dodoi buat dia. Ketika kecil dia merasakan Muzilah seperti kakaknya. Namun semakin dewasa dia mulai mencintai Muzilah. Dia tidak mahu melepaskan Muzilah. Muzilah yang kadangkala datang seperti gadis seksi yang menggoda kelelakian dia. Kadangkala Muzilah hadir sebagai gadis lemah lembut berbaju kurung. Adi lebih banyak menghabiskan masa dengan Muzilah dari dengan sesiapa dalam rumah mewah tersebut. Tiada siapa mempedulikan Adi. Baik di sekolah dahulu atau di rumah.
Walaupun dikurniakan akal yang cerdas namun Adi digeruni rakan sebaya. Manakan tidak selain bercakap sendirian tindak tanduk Adi kadangkala agak ganas. Malah dia pernah mencederakan teman sekuliah hanya kerana di katakan telah melanggar bahu kekasihnya secara tidak sengaja. Cara Adi bercakap seolah dia cemburu. Namun yang pasti tiada sesiapa pernah melihat teman wanitanya.
Akibat kejadian itu Adi semakin tersisih dan menjadi kera sumbang. Tiada sesiapa yang mahu berkawan dengan dia lebih-lebih lagi mereka pernah melihat wajah Adi bertukar menjadi agak menggerunkan. Kadangkala mereka merasakan ada sesuatu yang jahat dan gelap mengelilingi Adi. Ada ketika mereka terbau sesuatu yang busuk seperti bangkai apabila berdekatan dengan Adi.
Paling ketara Adi akan menjauhkan diri dari kelas agama dan jika ada Azan dia akan duduk diam di dalam tandas. Mereka mengatakan Adi pelajar aneh yang gila. Namun mereka hairan bagaimana Adi sentiasa mendapat markah tinggi dalam setiap kertas kerja yang dia buat atas arahan tugasan wajib oleh pensyarah. Cuma itu sahajalah Adi begitu aneh untuk dijadikan kawan.
Setahun lepas ada seorang gadis cuba memikat Adi. Maklumlah Adi boleh tahan kacak juga orangnya. Tidak lama pun gadis itu berkawan dengan Adi. Gadis itu mengadis erring diganggu bayangan gadis tiada kepala yang memberikan amaran agar tidak menganggu Adi. Apabila berubat di kampung ustza tersebut memberitahu Adi di tumpangi roh jahat yang sudah menjadi d***h dagingnya sekian lama.
Senang cerita Adi yang wujud itu ditumpangi makluk halus yang jahat dan sesat. Sukar juga hendak depercayai dalam zaman serba moden begini ada keadaan demikian. Namun melihat kepada keanehan yang ditonjolkan Adi memang mereka terpaksa mengakui keanehan dan keganjilan Adi. Gadis itu menjauhkan diri dan akhirnya berpindah kolej. Tiada siapa yang sanggup apabila kerap diganggu sampai tahap dicederakan.
Adi pula macam biasa. Tidak terkesan siapa yang datang dan pergi dalam hidupnya. Dia terus hidup bahagia dengan Muzilah yang semakin lama semakin dia cintai. Namun sejak akhir-akhir ini Adi seperti di dorong untuk masuk ke dalam bilik larangan seluruh ahli keluarga oleh Mama dan Papa. Bilik terletak bawah tanah itu seperti tersangat rahsia untuk dimasuki oleh sesiapa. Hanya Mama dan Papa yang masuk. Tidak orang lain termasuk dia dan kakak serta abangnya.
Muzilah yang mendesak. Atas desakan yang bertubi-tubi itulah Adi mencuri-curi membuat tapak untuk membuat pendua kunci bilik tersebut. Sebaik sahaja seluruh ahli keluargannya tiada di rumah kerana bercuti keluar negara Adi mengambil peluang uantuk masuk ke bilik tersebut. Sebaik sahaja kuci di pulas dan pintu terbuka Adi termenung melihat tangga yang turun ke bawah dan gelap itu.
Dengan meraba-raba Adi memetik suis lampu. Sebaik sahaja lampu menyala Adi meliaht ruang bawah tanah itu sederhana luas sahaja. Di hujung bilik di bahgian tengah terletak altar memanjang dan meninggi sampai bumbung bilik. Terkebil-kebil Adi melihat di atas altar tersebut ada sebiji kepala yang sudah kecut dan berlinangan d***h. Bau bilik tersebut hanyir dan agak busuk.
Terdapat banyak lilin dan juga dupa kemenyan. Bingung Adi dibuatnya. Untuk apa semua itu dan kepala siapakah yang kecut dan terletak atas altar. Bisikan halus Muzilah meminta dia mengambil kepala itu diturutinya. Seperti di pukau Adi mengikut sahaja.
Kemudian dia mengunci semula bilik rahsia tersebut sambil menjinjing kepala kecut tersebut dalam guni. Seperti dipukau Adi di suruh memandu entah ke mana. Seharian dia memandu entah sampai mana. Yang pasti keretanya berhenti di hadapan sebuah rumah usang yang sudah hampir roboh. Kemudian setelah turun kereta Adi terus melangkah ke dalam hutan kecil di belakang rumah tersebut. Sampai di sebuah kawasan yang di timbuni batu Adi mulai mengalih batuan yang bertimbun.
“Gali Adi..gali Adi, kau satukan aku dan aku akan bersama kau untuk selamanya” bisikan Muzilah terusan memukau tindak tanduk Adi.
Adi mengalih batuan sehingga namoak tanah. Berpeluh-peluh dia dibuatnya. Kemudia dengan menggunakan penyodok yang di bawa Adi mulai mengali. Semakin lama semakin dalam. Sehingga melepasi bahu Adi mata penyodok terkena sesuatu. Adi mengais dengan tangan. Kerjanya tidak sukar kerana tanah di kawasan tersebut agak lembut. Matahari yang terik tadi semakin condong menandakan petang semakin beransur.
Semakin lama semakin terserlah bentuk tulang temulang yang terbenam dalam tanah tersebut. Bersama tulang temulang itu cebisan kain baju kurung yang sudah pun lusuh dan relai. Setelah lubang yang di gali benar-benar terbuka luas dan menyerlahkan keseluruha tulang temulang yang berkedudukan mengerekot tapi tanpa kepala itu mulai terserlah. Adi memunggah tulang temulang itu dengan memasukkan dalam kemeja miliknya sendiri. Setelah pasti tiada cebisan yang tertinggal baharulah Adi keluar dari lubang.
Kemudian Adi mengheret tulang temulang itu masuk ke dalam rumah banglo usang yang sudah lama di tinggalkan itu. Di ruang tamu yang hampir runtuh bumbungnya Adi menyusun tulang temulang itu semula. Kemudian dia meletakkan kepala yang di bawanya dan di satukan kepada badan yang tinggal tulang temulang itu. Pada pandangan mata Adi tulang temulang itu bercantum dan membentuk figura nyata.
“Muzilah kaukah Muzilah?” bisik Adi sambil merenung figura yang sudah duduk bersimpuh di hadapannya itu.
Gadis itu tersenyum dan kemudiannya ketawa. “aku bebas..aku bebas” jeritan Muzilah bergema.
Adi tersenyum. Gembira dia bukan kepalang kerana Muzilah kini muncul begitu nyata di hadapan dia. Adi ingin memeluk Muzilah namun gadis itu mengelak dan ketawa terkekeh-kekeh. Adi geram. Dia terus berusaha memeluk Muzilah. Sudah lama dia mendambakan Muzilah. Dan dia mahu memnuhi hasratnya yang sudah lama terpendam. Dan malam itu Adi berkhayal bersama Muzilah. Hakikatnya tidak lebih dari dia bercumbuan dengan tulang temulang yang kaku.
Gempar Tan Seri Arman dan Puan Seri Adeeba apabila tengkorak yang di puja mereka hilang dari bilik rahsia. Malah sejak pulang dari bercuti juga mereka tidak menemui Adi anak bongsu mereka. Lebih membimbangkan pedang yang selama ini di guna buat mencantas kepala korban juga hilang. Kepada Tan Seri Arman dan Puan Seri Adeeba, kehilangan tengkorak yang mereka puja itu bererti petaka nyawa bakal mengundang mereka sekeluarga.
Bulan penuh bakal menjelma.
Korban harus di laksana, sedangkan perantara untuk korban sudah tiada. Pasti amukan Taghut sukar lagi di halang. Sejak beberapa tahun ini korban nyawa semakin meningkat seiring dengan kemewahan yang mereka terima. Permintaan d***h juga semakin meningkat. Dan buat masa ini walaupun jumlah nyawa yang sudah mereka ceraikan kepala dan jasad sudah ratusan nyawa.
Tan Seri Arman mengerahkan anak buah yang menjalankan semua aktiviti hitamnya mencari Adi. Mereka yakin Adi yang mencuri kepala tersebut. Malam tersebut hujan lebat menguyur selebatnya. Namun pesta liar dalam rumah Tan Seri Arman tetap berlangsung. Anak bapa serupa. Mereka tiada adab apatah lagi malu kepada Maha pencipta. Dalam kemabukan yang berleluasa mereka hanyut dalam dosa.
Tanpa mereka sedar Adi sudah pulang. Pulang dengan kegilaan dan kemarahan yang tiada terhingga. Muzilah sudah menceritakan bagaimana dia di korbankan oleh ibu bapanya hanya untuk kemewahan dan harta. Di dorong rasa cinta yang di dalangi hasutan sang iblis Adi hilang pertimbangan dan mahu menuntut dendam d***h buat kecintaan hatinyua Muzilah yang tersayang.
Dalam hujan lebat yang di sertai ribut petit menggila Adi mencantas kepala setiap ahli keluarganya. Mama, Papa, Kakak dan entah siapa pasangannya, dan Abang yang juga entah siapa pasangannya. Malah ada tetamu yang turut sama menjadi korban. Malam berdarah itu hanyir dengan d***h menyeruak. Tiada jeritan kerana mereka semua terlalu mabuk untuk memikirkan ajal yang bakal datang.
Usai m*******l semua isi rumah Adi berbaring di biliknya. Berbaring di sebelah rangka Muzilah yang elok sahaja di susun di sebelahnya. Esok siangnya gempar seluruh negara apabila keluar berita satu keluarga di b***h dengan cara d*******l akibat amuk. Adi yang ketika di tangkap masih lagi mmeegang pedang yang melibas kepala seluruh isi rumah. Anehnya sekali di sebelahnya ada tengkorak manusia yang tersusun bersama sebiji kepal yang sudah kecut.
Pihak polis juga menemui banyak botol arak bersepah menandakan keluarga tersebut sedang berpesta sebelum di b***h. Malah mayat-mayat ditemui selain kepala terpenggal dalam keadaan aib sekali. Yang pasti hal tersebut tidak di war-warkan kepada media kerana ia melibatkan maruah orang ternama. Yang pasti mereka tahu keluarga Tan Sri Arman dan Puan Seri Adeeba bukanlah pengikut islam yang sejati.
Kematian mendadak dan ngeri itu heboh diperkatakan seluruh negara. Kematian itu tidak berakhir begitu sahaja. Keturunan Tan Sri Arman seperti hendak dihapuskan terus dari muka bumi sahaja apabila menantu-menantu mereka yang tiada di rumah pada malam kejadian tiba-tiba sahaja di laporkan kemalangan. Mereka kemalangan di tempat berasingan selang beberapa minggu sahaja dari pembunuhan seluruh ahli keluarga Tan Seri Arman dan Puan Sri Adeeba.
Adi pula terpaksa di tahan di wad psikiatri kerana di diagnos mengalami delusi dan tekanan mentak yang sangat dahsyat. Dia syik mengulang-ngulang bahawa ahli keluarganya layak di b***h kerana mereka pengikut syaitan. Namun bukti hanya mengarah kepada Adi yang melakukan semua itu. Dia akan terus di tahan di wad tersebut sehinggalah kondisinya sesuai untuk dia menjalani hukuman gantung sampai m**i kerana kesalahan m******h seluruh ahli keluarganya.
Muzilah tersenyum puas. Puas kerana dendam d***h sudah di bayar d***h. Dan dia akan terus menemani Adi. Dia menyukai Adi. Dan Adi pula selamnya akan hiudp dalam dunia khayalannya bersama Muzilah. Kadangkala dia menejrit terpekik terlolong apabila bayangan Muzilah di p*****l menyakiti mindanya.
Surah Al-Ahkaf
ayat 23- Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah telah membiarkannya sesat dengan sepengetahunnya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinyas serta meletakkan penutup atas pengelihatannya?. Maka siapakah yang mampu mmeberikannya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat) mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran?.
Ayat 24 – Dan mereka berkata “Kehiudpan ini tidak lain hanyalah kehiudpan di dunia sahaja, kita m**i dan kita hidup, dan tiadak ada yang membinasakan kita selain Masa.” Tetapi mereka tidak mempunyai ilmu tentang itu dan mereka hanya menduga-duga sahaja.
Hantar kisah anda:
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
I enjoy reading this very much. Are we already friends on Facebook?
Terbaikk !!
best.. mcm citer mona pendi lak
Jalan citer best..tapi.. banyak sgt typo.. next time buat lebih baik..ok?? Support you…