DENDAM PENGHUNI LAUT

Assalamualaikum ..
Selamat hari raya aidilfitri..

Nama aku Liza, beberapa tahun yang lepas aku ada berkongsi cerita tentang penghuni laut yang disalah ertikan Nyi Blorong Kidul ..

Hari ini genap setahun pemergian arwah kakak aku, kepermergian yang masih ternoda dalam kisah silam keluarga kami.

Dalam episod ini, aku akan bahagikan kisah hidup aku dalam 5 bahagian yang menceritakan sepanjang beberapa tahun ini kami masih dihantui oleh penghuni kerajaan laut iaitu – Gustika.

Bahagian 1
Sisik Ular (ep.1)

Shila, merupakan anak bongsu kak Som iaitu jiran sebelah rumah kami pada tahun lalu 2017.

Pada malam kakak dirasuk oleh Gustika, sewaktu perjalanan pulang ke rumah daripada kedai runcit, Shila dan abang nya Ejay, melihat kelibat perempuan mendukung anak kecil di pangkuan di celah semak samun tidak jauh dari kawasan perumahan.

Sesampainya mereka dipekarangan rumah, shila melihat kami sekeluarga memanggil-manggil nama kakak, dan memberitahu akan kemungkinan kelibat di semak samun tadi adalah kakak aku dan membawa kami ke tempat tersebut.

Dalam riuh rendah kami menenangkan keadaan kakak yang menjerit-jerit, jiran tetangga keluar melihat kejadian tersebut, terima kasih aku ucapkan kepada Shila dan Ejay membantu menenangkan para jiran tetangga.

Selesai keadaan, kami semua pulang ke rumah. Keesokan harinya kakak dan Nono dibawa ke hospital melihat keadaan mereka yang masih lemah sejak peristiwa kerasukan yang lalu.

1bulan berlalu, Kak Som dan suami serta Shila bertandang ke rumah kami meminta bantuan.

Sejak kejadian bulan yang lalu, Shila sering diganggu sesuatu. Seringkali bermimpi yang pelik2, bahkan badan nya semakin kurus dari hari yang sebelumnya.

Kedatangan mereka sekeluarga petang itu, membuka kisah baru dalam hidup kami sekali lagi.

Kisah Shila (Sisik Ular)

Aku berada di tingkatan 4, tinggal diasrama untuk mendidik diri menjadi lebih berdisiplin.

Sejak kejadian yang menimpa keluarga kak Liza, aku kerap terbayang2 akan keadaan Kak Nia (Kakak Liza) semasa kerasukan pada malam itu.

Sepulangan aku di asrama, aku excited sangat nak jumpa bff aku sebab nak share story tentang jiran aku. Setiap bilik asrama dihuni oleh 2 orang pelajar. Aku berkongsi bilik dengan Nad, di aras 3. Nad merupakan one of my best friend selain daripada Cece dan Amal.

Malam tersebut, kami berempat melepak dibilik aku dan Nad, mula lah cerita bawang yang aku bawa dari rumah ke asrama kisah Kak Nia kerasukan, apa punca dan permulaan ceritanya tak diketahui. Hanya situasi Kak Nia menjadi bualan kami.

Tanpa aku sedar, rupa2nya ada yang sepasang mata yang memerhati tingkahlaku aku dan bermula pada saat itu, satu persatu gangguan datang mendekati aku dan rakan2.

Pada mulanya hanya perasaan yang menerjah apabila aku sering merasa seperti diperhatikan oleh sesuatu atau seseorang. Berlarutan sehingga lebih seminggu. Tapi aku diamkan sahaja memandangkan Nad menasihati aku ia mungkin mainan perasaan aku sahaja memandangkan aku masih tidak dapat melupakan peristiwa Kak Nia dengan tawa hilai, tangisan sendu nya masih terngiang2 di cuping telinga aku. Wajah nya yang dulu manis menjadi bengis masih segar di ingatan aku.

Namun, ia semakin teruk apabila aku sering bermimpi didatangi suatu makhluk atau kadang2 ia menyerupai manusia. Kadang-kala dia datang seperti kawan kemudian lawan, dan seringkali bangun dari tidur, tubuh aku menjadi lemah. Nad juga mulai takut untuk tidur dengan aku sebab aku sering mengingau, sekejap ketawa kemudian menangis. Lebih teruk apabila aku bangun malam, duduk di meja belajar sambil bersiul.

Pada hujung minggu, aku meminta untuk tetap tinggal di asrama kerana aku takut untuk pulang ke rumah tanpa sebab munasabah. Aku rela tinggal sendirian di asrama. Pada minggu itu juga Cece memutuskan untuk menemani aku, memandangkan Nad agak penakut, manakala Amal perlu pulang kerana ada majlis hari jadi anak buahnya.

Malam sabtu itu, kami pelajar yang tinggal diasrama dibenarkan menonton movie dibilik serbaguna. Kami beberapa orang termasuk pelajar senior dan junior berkumpul tepat jam 8:30pm untuk menonton cerita Wonder Women. Masing2 membawa makanan minuman sendiri, ada yang membawa bantal untuk baring sambil menonton movie. Untuk membawa lebih mood kami menutup lampu bilik dan hanya diterangi lampu tv dan lampu koridor.

Hampir setengah jam menonton, aku mula merasa berdebar2, peluh mula menitik,badan aku mula rasa panas sedangkan aircond berpasang dan suhu agak sejuk. Dalam tak sedar aku berdiri dan membuka lampu bilik serbaguna. Semua pelajar memandang kearah aku dan mulai marah kerana tiba2 membuka lampu. Cece segera membawa aku keluar dan menutup lampu bilik serbaguna.

Kami berdua kembali ke bilik tidur, cece bertanya kenapa aku membuka lampu serbaguna tadi, sedangkan movie belum selesai.

“Aku dengar seperti bunyi ular berdesir. Sebab tu aku buka lampu.” – Aku duduk memeluk diri di katil bilik.

“Ermmm .. kau salah dengar kot? Sebab aku tak dengar apa2 pun. Lagipun suara movie tadi nyaring juga diaorang pasang..”- Cece duduk disamping aku.

“Ce .. engkau kena percaya dekat aku. Aku dengar dengan jelas tau tak bunyi tu tadi. Lagi 1, aku rasa macam ada benda merayap dekat badan aku tadi la..” – hampir menangis aku bila ingat balik apa yang jadi dengan aku.

“Shila.. kau bawalah tidur ya. Mungkin kau penat kot sebab petang tadi kita main bola tampar. Kau nak aku tutup lampu ke?” – cece mula mengemas tempat tidur kami.

Katil single dicantum supaya aku dapat tidur rapat dengan cece.

“Biarkan ja lampu tu. Aku tak nak tidur dalam gelap. Kau ok tak ce?” – aku memandang cece dengan harapan dia tak kisah. Cece hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

. . . .

Phapppppp

Aku tersedar dari tidur, pipi aku terasa sakit sangat.

Cece memegang bahu aku.

“Kenapa ni ce?..” – aku masih rasa berpinar oleh dek pipi aku merasa sakit.

Cece kelihatan sangat takut sambil melihat aku.

Dalam tak sedar aku rupa-rupanya berada dilantai bilik sedang duduk bersila. Jam di dinding menunjukkan pukul 3:14am. Aku bertanyakan Cece apa yang aku buat tapi Cece memilih untuk berdiam diri.

Aku kembali ke katil dan sambung tidur. Cece aku hanya biarkan duduk di kerusi sambil memandang tingkah laku aku.

Saat mata aku terlelap aku dibuai mimpi indah. Aku berada dibawah disebuah pokok yang bunganya berwarna-warni. Daunya kebiruan,rantingnya kemerahan. Aku duduk beralaskan tikar dengan makanan yang terhidang pelbagai jenis. Disamping aku ada seorang lelaki layaknya bertubuh sasa dan bersuara agak garau, namun dalam mimpi tersebut wajah nya agak samar. Tetapi sepertinya aku kenal akan lelaki tersebut dan kami agak mesra seperti telah lama bersama.

. . . .

Pagi menjelang, aku bertanya kepada Cece, apa yang berlaku malam semalam. Cece agak sukar hendak membuka mulut dan bercerita. Dek kerana aku memaksa akhirnya Cece memberitahu saat tidurnya diganggu oleh ketawa kecil ku. Aku duduk bersila menghadap penghujung katil arah kaki Cece. Mataku tertutup rapat namun saat cece bangun dari tempat tidur, kepala aku mendongak sambil tersenyum kearah Cece.

Dalam beberapa saat kemudian, kepala aku rebah menghadap lantai sambil badan aku bergerak ke kiri dan ke kanan seperti hendak rebah. Oleh adanya keberanian dalam diri cece dikuatnya hati membangunkan aku tapi tidak ada tindak balas. Oleh itu, cece bertindak menampar wajah aku.

. . . .

Senja mulai tiba.

Azan berkumandang, aku mula memasang earphone sambil melayan lagu techno dan melayari FB dan IG.

Aku keluar dari bilik melihat matahari yang hampir terbenam sambil turun tangga dari aras 3 hendak ke kantin. Dalam perjalanan turun tangga, aku melihat tangga dibawah seperti ada seorang lelaki, aku bergegas turun kerana pelajar lelaki dilarang masuk ke asrama perempuan. Namun, apabila sampai di tangga GF, aku tidak nampak layak sesiapa kecuali pelajar senior.

Aku abaikan sahaja mungkin hanya pandangan mata aku. Dalam perjalanan ke kantin sekolah, aku merasa seperti ada seseorang mengikut aku dari belakang. Apabila aku toleh kebelakang, tiada siapa. Namun rentak tapak kaki jelas kedengaran dibelakang aku.

. . . .

Selesai makan malam, aku kembali ke bilik tidur. Manakala Cece ke bilik serbaguna kerana ada perjumpaan kelab. Kami ada membeli nasi lemak dari pelajar junior untuk makan malam kerana masih lapar. Oleh kerana perjumpaan kelab Cece agak lewat lalu aku sempat menghantar pesanan ringkas memberitahu Cece, Nasi Lemak nya ada di atas meja kerana mata ku sudah layu ingin tidur.

Dalam mamai aku bangun tidur, aku melihat pintu bilik terbuka dan Cece masuk ke bilik. Aku sempat menunjuk kearah meja, dimana aku letakkan nasi lemaknya. Cece bergerak kearah meja dan mengambil nasi lemak itu. Namun,saat cece menolah kearah aku, aku melihat muka persis ular bersisik. Mata aku menjadi kabur, tubuh aku menjadi kaku, mulut aku terkunci. Binatang itu keluar dari bilik dan aku tersentak dari tidur.

Terus aku bangun dan melihat katil sebelah tidak kelihatan diri Cece. Aku terlopong seketika dengan degupan jantung yang laju. Seperti hendak menangis, kaki aku merasa lemah hendak berdiri. Aku merasa hairan kenapa lampu bilik bertutup sedangkan aku tidur dengan lampu terbuka.

Aku bingkas bangun, keluar dari bilik dan melihat perkarangan asrama ke aras 1, bilik serbaguna masih berlampu. Agaknya Cece masih disana. Aku melalui koridor ke tangga untuk turun ke aras 1, namun aku memberhentikan langkah apabila dari celah dinding tangga, aku melihat separuh kepala sedang memerhati aku. Bunyi lolongan anjing entah dari mana bersahut-sahutan. Hanya sepasang mata yang aku nampak dari kegelapan sudut tangga koridor.

Tubuh aku kaku, angin malam menyapa pipi aku seperti disentuh sesuatu. Saat itu, aku merasakan ada sesuatu sedang menjalar dari arah kaki aku sehingga ke bahagian perut. Aku merasa sukar hendak bernafas, ingin meminta tolong namun suara tak mampu keluar seperti tersekat di kerongkong. Hanya airmata mampu aku keluarkan. Aku memandang kearah tubuh ku, seekor ular berwarna hitam kemerahan sedang menjalar menuju kearah pergelangan tangan aku. Aku mulai sesak nafas, degupan jantung aku semakin laju. Mata mula berpinar, dalam kesamaran aku mendengar seseorang memangil nama aku dan aku mulai rebah tidak sedarkan diri.

. . . .

Aku berada di hutan yang hitam.

Sekeliling aku tumbuh-tumbuhan semuanya hitam. Tanah yang ku pijak juga hitam. Hanya cahaya dari bulan separa menerangi suasana.

Aku berjalan tanpa arah tuju.
Bersiul seolah-olah memanggil sesuatu yang aku sendiri tak tahu siapa atau apa?.

Dari kejauhan, aku melihat kelibat seseorang sepertinya aku kenal siapa. Aku merasa gembira, aku berlari menuju kearahnya. Memandang tepat kewajahnya namun masih samar. Kulit tubuhnya agak kasar, bersisik. Namun aku merasa agak tenang dalam pelukannya. Hangat. Semakin lama semakin panas. Aku mulai berpeluh dan ingin melepaskan pelukan eratnya. Namun kudratku tidak kuat. Sepertinya dia tidak mahu melepaskan pelukan itu. Aku semakin rimas, meronta-ronta minta dilepaskan. Ingin menjerit namun sepertinya aku bisu. Peluh mula membasahi tubuh. Aku mula ketakutan, dan tertanya-tanya siapa dia? Wajahnya masih samar. Aku masih berusaha hendak melepaskan diri, dalam pergelutan itu, tubuhku terluka terkena sisiknya yang tajam. D***h mengalir dari tubuhku, dalam kesakitan itu aku menangis teresak-esak. Airmata ku berjujuran keluar seperti anak kecil, meraung minta dilepaskan.

Aku buka mata..

Airmata menitis dipipiku. Azan berkumandang.

Aku lihat Cece disampingku. Jam didinding menandakan sudah masuk waktu subuh.

Oleh dek kerana mimpi itu, aku bingkas bangun mengambil wudhuk menunaikan solat, membaca Al-quran. Tapi, aku tidak khusyuk. Otak aku masih ligat berfikir tentang mimpi aku tadi dan apa yang berlaku semalam? Adakah aku hanya bermimpi? Adakah aku bermimpi dalam mimpi?.

. . . .

Aku membawa Cece ke kantin sekolah untuk sarapan pagi. Ada seribu satu persoalan yang masih bermain di fikiran aku tentang semalam.

“Semalam tak ada apa2 pun jadi, engkau sedap jer tidur. Siap berdengkur lagi tu..hahaha” – gelak Cece memecah hening pagi.

“Semalam kau balik bilik jam berapa?..” -kulit telur rebus aku buka satupersatu

“Semalam dalam jam 11lebih kot, tapi aku pergi bilik aku dulu, makan mee maggi. Dahtu mandi then barulah aku masuk bilik kau, tidur. Mungkin aku penat sangat so aku tak sedar apa2 semalam..” – Cece hanya memandang tepat kearah aku.

“Engkau tak makan nasi lemak yang kita order semalam ke?..- Aku merasa hairan kenapa Cece makan mee sedangkan Nasi Lemak yang dibeli aku tinggalkan diatas meja bilik. Mungkinkah basi?

“Eyhh.. engkau ni lupa ingatan ke? Ada amnesia ke?. Semalam kan kau pergi jumpa aku dekat bilik serbaguna tanya aku nak tak nasi lemak tu sebab kau lapar nak makan lebih.. lagipun kau memang suka makan nasi lemak tu jadi aku bagi engkau jelah makan..”

“Tak .. aku tak .. ” – belum habis aku cakap Cece bingkas bangun dari kerusi nya dan mencuci pingan nya.

Aku hanya mengikut.

Kami ke laundry yang tersedia untuk pelajar mencuci pakaian. Cece ligat meneroka HP nya melayari laman sosial.

Aku masih tertanya-tanya. Apa yang terjadi semalam.

. . . .

Kesemua pelajar pulang keasrama, aku dan Cece berdiri dipintu pagar sekolah menanti kedatangan Amal dan Nad.

Untuk masuk waktu maghrib hampir tiba, kami berempat dalam perjalanan ke bilik asrama. Sewaktu melalui padang bola sepak, pelajar lelaki masih ligat bersukan. Dalam riuh rendah mereka, aku melihat susuk tubuh seperti seseorang yang aku kenal berdiri tegak di satu sudut kawasan padang. Seolah-olah dia memanggil aku. Tanpa aku sedar,kaki aku mulai melangkah menuju ke arah padang bola, namun belum jauh langkahku Amal menarik pergelangan tangan aku. Aku tersentak lalu rebah ke bumi.

. . . .

Malam berlabuh, aku berada di bilik tidur ditemani Amal,Cece dan Nad.

“Ko okay tak Shila?..” – Amal duduk disisi aku.

Aku bangun dari pembaringan. Telinga aku berdesing. Bunyi kipas siling membingit. Aku baring semula, badan aku merasa lesu.

“Kau demam ni Shila .. panas badan kau ni. Kau ada makan ubat tak?” – Amal memengang dahi dan tengkuk aku untuk merasa haba badan.

Aku tak mampu berkata apa, lesu yang teramat sangat. Amal dan Nad memberi aku makan panadol dan air mineral. Aku hanya baring memandang kipas siling yg berputar laju. Mata aku mulai pejam.

. . . .

Bibir aku muncung ke depan, bersiul memanggil seseorang. Rindu nya kepada dia entah siapa dan apa membuat aku rasa sedih bagaikan sudah lama tidak berjumpa.

Aku berlari-lari diruangan yang sempit, dikiri kanan aku hanya dinding hitam. Samar-samar cahaya kelam menerangi arah tuju ku.

Aku disapa dia.

Kami duduk saling memandang kearah satu sama yang lain. Namun wajahnya masih samar. Hanya tangan nya yang membelai aku. Dia baring dipangkuan ku.

Kami tidak berbicara hanya siulan berkumandang, sepertinya aku memdodoikan dia. Ku belai tubuhnya yang bersisik. Sungguh sayang perasaan aku terhadapnya.

Tangan ku dipegang. Erat. Kuat. Sakit !!

Aku buka mata.

Amal memengang erat tangan aku.

Aku duduk bersimpuh di lantai tepi katil Amal.

“Shila .. aku rasa kau patut balik rumah parent kau. Kau tak sihat ni.” – Amal melepaskan tangan aku.

Aku duduk memandang tajam tepat ke mata Amal. Rasa hendak aku b***h sahaja sahabat aku, benci yang membuak-buak terhadap Amal. Aku kembali baring ke katil aku dan sambung tidur.

. . . .

Seminggu berlalu, siangnya aku seperti pelajar yang lain. Menjalani waktu persekolahan tanpa ada gangguan atau perubahan diri. Normal seperti diri aku sendiri.

Hanya tiba waktu malam menyapa. Amal yang sering menemani aku tatkala tidur bersama.

Cece dan Nad tidak berani untuk mendekat dengan aku.

Mereka pernah berceritakan tentang keadaan aku kepada guru atau ustazah namun jawapan mereka bersahaja. Aku tidak cukup rehat. Stress dan mungkin ada masalah dirumah yang membuat aku tidak mahu pulang. Itulah jawapan yang sering mereka perolehi.

Pada malam harinya, aku selalu bermimpi bertemu dia. Hanya mimpi yang indah-indah. Apabila aku bangun dari tidur. Tubuh aku merasa lesu, lemah tak berdaya.

Terutamanya apabila aku datang bulan.

Aku tidur dengan d***h h**d aku memenuhi cadar tilam. Hampir setiap malam sepanjang hari aku datang bulan.

Badan aku lebam-lebam. Di paha, betis, lengan, dada, perut ditempat yang tidak nampak oleh mata orang lain. Mulanya aku hanya membiarkan sahaja kerana bagi aku mungkin kesan dari olahraga setiap petang.

Sepanjang Amal menemani aku, tidurnya sering terganggu apabila aku bersiul di tengah malam dengan mata terpejam. Kadang-kala aku bersiul sambil membelai rambutnya, atau duduk di meja memandang ke jendela yang dibuka.

Ada masanya aku duduk dikatil,berbual sendirian. Kadang2 badan aku menggeliat seperti ulat. Kekiri kekanan. Hanya mendengus kelemasan yang didengari Amal.

Tubuh aku mulai susut. Berat aku yang dulu nya 58kg turun mendadak 44kg hanya dalam tempoh 3minggu. Walaupun makanan aku seperti untuk 2orang, nafsu makan ku tidak hilang.

Namun perut aku membuncit. Aku kira mungkin angin. Oleh kerana tubuh aku semakin kecil, perut aku tidak nampak membulat. Aku masih jalani hari-hari aku seperti biasa. Hari minggu aku tetap diasrama tidak mahu pulang. Biarpun aku sendirian tanpa ditemani kawan2 aku. Mereka juga mula takut untuk mendekati aku bila tiba malam.

. . . .

Semakin hari,perut aku semakin sakit. Hampir setengah jam di tandas tapi tiada tanda2 hendak membuang.

Kulit perut aku keras seperti bersisik. Hanya dibahagian perut. Aku muntah hijau, terselit dengan muntah itu aku lihat seperti ulat bergerak-gerak.

Aku mulai risau, aku meminta cikgu menghubungi ibu untuk membawa aku pulang kerumah kerana merasa tidak sihat.

Ibu terkejut melihat diri aku yang kurus,lemah tidak berdaya. Ibu memarahi cikgu kerana tidak memberitahu keadaan aku yang sakit selama di asrama. Cikgu hanya meminta maaf dan kami berlalu pulang kerumah.

Dirumah, Ayah dan Abg Ejay juga terkejut melihat aku. Mereka memaksa aku untuk ke klinik walaupun aku tidak mahu. Sampai merayu-rayu aku dengan ibu tidak mahu berjumpa doktor. Oleh kerana Ayah dan abg menarik tubuh aku masuk ke kereta, kami menuju ke klinik yang berdekatan.

Aku mulai takut, entah apa yang ditakuti aku sebenarnya.

Selesai pemeriksaan, Ibu dan Ayah masuk berjumpa doctor.

“Dari yang saya lihat, anak puan kurang zat. Perlu makan makanan yang seimbang. Mungkin stress penyebab anak puan hilang selera makan. Oleh sebab itu, anak puan semakin kurus. Mungkin juga, anak puan ada mengambil ubat diet.. so far, kesihatan anak puan masih okay.” – doktor bersahaja sambil menulis di buku kesihatan yang tertulis nama aku.

“Perut anak saya kenapa doktor?” – Ayah bersuara.

“Dari pemeriksaan yang telah dibuat, perut anak tuan ni kembung air, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Kulit kering disekitar perut boleh disapukan dengan krim yang jururawat saya bagi nanti. Anak tuan sihat, hanya perlu ambil makanan yang seimbang. Jangan kerana ingin kuruskan badan, Shila tidak makan dan kekurangan zat tubuh badan. Oleh itu, tubuh dia mudah mendapat kesan lebam.” – jelas doktor lebih terperinci.

Aku keluar dari bilik doktor dan menjeling tajam kearah kedua ibubapa aku.

Marah. Benci !!

. . . .

Sikap aku yang dulunya mesra dan manja berubah menjadi pendiam. Sering terperuk didalam bilit sendiri. Tidak bertegur sapa dengan Abg Jay,Ibu dan Ayah.

Bila waktu makan, aku akan keluar bilik tengah malam dan makan sendirian didalam gelap. Tidak mandi beberapa hari.

Beberapa hari dirumah, apabila Ayah dan Abg keluar bekerja. Hanya aku dan Ibu dirumah. Ibu sering merasa seperti diperhati oleh seseorang. Nasi yang baru dimasak, berulat. Masakan yang baru dimasak menjadi basi.

Pernah sekali dua Ibu melihat ular didalam rumah. Ibu menghubungi jabatan bomba, namun apabila dicari langsung tiada tanda-tanda ular pecah masuk rumah.

Apabila aku ke bilik mandi, Ibu masuk ke bilik aku. Bau bilik aku tak seperti ada bangkai m**i. Ibu cari keseluruhan bilik namun tak jumpa apa-apa.
Hanya di celahan baju-baju aku yang hendak dicuci, Ibu menjumpai seperti sisik ikan tapi lebih keras dan agak besar size nya.

Oleh kerana tidak tahan melihat sikap aku. Ibu berjumpa dengan Aunty Aira (Mamy Liza) dan bercerita tentang keadaan aku.

Oleh itu, Aunty Aira meminta untuk kami bertiga datang kerumah memandangkan ada sesuatu turut terjadi didalam keluarga mereka.

Tamat.
– – – –

*Diepisod yang ke-2, Liza akan kongsikan kisah aku pula. Dimana aku juga sering mendapat pertanda yang tidak elok tentang Shila. Namun oleh kerana Shila tidak pulang ke rumah, sukar untuk aku bertanya khabar.

Seiring dengan gangguan yang Shila hadapi, aku selalu berdoa agar dia selamat dari sebarang makhluk durjana itu.

Aku tahu, masih ada yang tersisa untuk aku hadapi. Masih ada yang menyimpan dendam keatas keluarga kami, namun tidak sangka yang menjadi mangsa adalah anak Kak Som.

Semoga kita berjumpa di hari lain.

Nurkilan
Liza

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Liza

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

5 thoughts on “DENDAM PENGHUNI LAUT”

  1. Bestnya!good job,but I hope u boleh bagi ur previous link related to this story or sambungan citer ni..😃

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.