Dengki, Kucing Berdarah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Setelah sekian lama aku tidak menulis, harini, aku cadang nak cerita kat semua, mungkin kisah ini tak seram tapi mungkin ada pengajaran, in syaa Allah.

Macam ni cerita dia, aku, setiap kali bulan puasa ni akan terima order yang alhamdulilah banyak jugaklah berbanding bulan-bulan biasa. Kadang-kadang sampai lewat malam dalam 2-3 pagi baru akan drive balik rumah.

Aku ni study lagi kat sebuah universiti kat pantai timur dan dekat je jarak dengan rumah aku lebih kurang 30 minit perjalanan. Jadi, aku dah biasa balik lewat bila ada kelas malam. pernah la terserempak dengan ‘benda’ tengah jalan tu tapi takde lah seram macam kat kedai aku ni.

Satu malam ni, masa tengah sibuk siapkan order orang ni, tetiba je aku rasa macam ade bunyi. Macam orang lempar batu atas atap. Macam ada orang baling-baling batu. Bunyi tu kuat jugaklah. Tepi kedai aku ni ade kedai gunting rambut dan aku akan boleh dengar bila dia bukak atau tutup kedai, dan masa tu, dia dah tutup.

Kiranya tinggal kedai aku je berfungsi. Masa tu aku berdua je kat kedai. Mak aku cakap yang dia nak ambik barang dekat tingkat atas. Kedai kami ni dua tingkat. Tingkat atas buat tempat simpan barang jelah. Mak aku naik dan mintak aku bukakkan lampu sebab suis lampu ade kat tepi tangga.

Aku cuba buka, tak nyala. Cuba lagi, tak nyala juga. Aku pun cakap jelah tak boleh nak buka. Aku ingat kan dah rosaklah. Mak aku pun okay je dalam gelap tu cari barang kat atas dan turun. Jadi masa tu aku pergi lah ke dapur nak basuh tangan.

Tingkap dapur tu mak aku bukak sebab panas sikit rasa dalam kedai. Masa aku basuh tangan tu, rasa macam angin sejuk gila lalu. Aku pun pelik, rasa macam sejuk dan macam ade kipas tiba-tiba. Aku pun tengok atas siling, ‘ada kipas ke kat dapur?’ bila aku tengok, ‘eh, takde pulak’. Aku pun abaikan jelah, fikir mungkin angin malam kot.

Tak lama lepastu, mak aku pergi lah dapur. Masatu aku dah siap kerja aku, aku pun cakap lah nak balik, mak aku cakap jangan balik lagi dengan pelik gila muka. Aku pun Tanya kenapa sebabnya, ayah aku nak datang teman mak aku kat situ.

Mak aku bagitahu yang masa aku pergi dapur, dia ada nampak ada benda lalu kat tingkap, warna putih. Masa aku ke depan pulak nak kemas, tiba-tiba tengah mak aku nak basuh tangan, sekali benda tu jenguk muka dia separuh kat tingkap! Mak aku pun cepat-cepat tutup tingkap dan tak bagi lah aku balik.

Tak lama lepas tu, dengar bunyi ketukkan kat pintu dapur tu. Pintu tu ade grill dan kawasan belakang tu memang takde rumah takde apa. Tapi tak semak lah kawasan dia. Bunyi tu kejap kejap bunyi, pastu dia senyap, pastu bunyi, senyap lagi. Aku pun cuak gila dengan mak aku. Kitorang takut manusia nak curi ke merompak ke apa.

Kitorang duduk je kat depan tu teruskan kerja sambil tunggu ayah aku datang. Satu hal yang aku takut, ada manusia nak rompak ke curi ke apa, pasal setiap kali kitorang balik jam 3 pagi camtu, mesti akan ada satu van ni berhenti kat sebelah kedai kitorang dan tak buat apa apa. Lama jugaklah. Main fon tak, sembang pun tak. Lebih kurang setiap hari macam tu, jadi risau jugaklah.

Ayah aku pun datang beberapa minit lepastu. Ayah aku ni boleh nampak dan ada jugak berubat orang macam pusat perubatan islam tu Cuma tak join sebab tak nak terikat masa sebab ada kerja lain. Kalau ada keperluan baru orang telefon suruh datang rumah ke histeria kat sekolah ke. Jadi masa ayah aku masuk tu, terus ayah aku pergi dapur. Baca-baca sikit sambil ada silat sikit halau ‘dia’ dari dapur.

Esoknya, mak aku pergi kedai, ada kucing m**i! Betul betul depan pintu kat tengah kedai aku. D***h bersepah dan banyak sangat sampai dekat pintu. Kucing tu jauh sikit dari d***h dan kucing tu tak berdarah. Aku pun pening nak terangkan Cumanya macam d***h tu macam bukan dari kucing.
Memang keadaan kucing m**i tu pelik gila kot. Bukan kena langgar, sebab takde kesan dialih atau patah ke apa, tapi macam m**i sebab sesuatu dan perut dia tak kembung macam baru m**i. Ayah aku pun datang cepat bila mak aku telefon.

Ayah aku Cuma ambik dan buang jauh dari kedai kami. Malam tu, ayah aku datang teman kitorang buat kerja. Order kitorang buat sejak kejadian kucing tu selalu tak jadi. Asal buat je tak jadi. Dan lebih dari 10 order siap, kami terpaksa reject sebab tak boleh nak jual. Lepastu, setiap kali datang kedai kami tu, suis yang kitorang biar terbukak atau teletak pada plag tu mesti tertutup atau tercabut.

Ayah aku ada cuba bukak suis lampu yang kitorang bukak malam tu yang tak nyala tu, boleh elok je sekali bukak. Ayah aku pun cakap “pergilah, takyah main kat sini.” Masa tu, bulu roma aku meremang gila macam masa mak aku Nampak muka sebelah kat tingkap dapur tu. Ayah aku bagitahu yang ada orang hantar benda tu kat kedai kami, biasalah kalau bisnes orang nampak maju sikit mesti ada yang dengki.

Malam esoknya, kitorang buat bacaan Yasin, mintak petunjuk apa lagi yang menghalang dari order kami ni asyik tak jadi je, kena reject je. Baca doa sikit, hati ni tergerak nak tengok kat suis tempat yang biasa ada orang tutup tu.

Rupanya dia jaga port utama, mesin tempat buat kerja kitorang sebabtu asyik tak jadi je memanjang dan satu lagi dia jaga depan pintu kedai kami. Sebab sepanjang bulan puasa tu boleh bilang berapa orang je customer masuk kedai. Yang order tu pun, banyak pakai whatsapp atau call je. Ayah aku pun pagar seluruh kedai tu dengan doa apa semua, pastu ada ayah aku bagitahu mak aku yang orang tu, area dekat kedai kami jugak yang hantar. Satu hal yang buat aku terkejutnya, esoknya, staff mintak cuti sebab ayah dia tetiba strok dan seluruh keluarga dia sakit sebab dia stay dekat area kedai aku je. Aku doakan moga baik-baik jelah dan sihat semuanya.

Aku ni kadang hairan jugak, manusia ni, tak takut azab ke main benda macam tu? Tak terfikir ke nanti pengakhiran akan jadi susah nak meninggal sebab ada bela atau jaga ‘benda?’ Nasihat aku, berhentilah. Tak dapat faedah apa pun. Kalau nak bisnes, buatlah secara halal dan bersih. Yang paling utama dalam nak buat bisnes ni, kena jaga hati dan iman. Kita buat bisnes bukan nak cari kekayaan atas dunia semata. Perbetulkan niat yang salah. jaga hati dengan iman kena seiring, jangan pernah dengki rezeki orang lain.

Setiap orang, rezeki dia tak sama. Mungkin lambat sikit, mungkin dari segi lain. Yang paling utama, percaya Allah ada, Allah akan bantu. Duduklah kat pelusuk mana pun, usaha pastu tawakkal. Sampai sini dulu, nanti aku cerita lagi ye. Moga semua pembaca dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan doakan buat bisnes kami berjalan lancer ye! Terima kasih. Assalamualaikum.

Jiha

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

4 thoughts on “Dengki, Kucing Berdarah”

  1. Bisnes mak aku pon pernah kene abang aq sampai demam seminggu….dan kawan akak aq ni die bole rase bende tu…dan kwan kakak aq kata “orang yg hantar ni knl mak aq dan org sekeliling memerhati…

    Reply
  2. Aku faham perasaan ni. Asal kite senang sikit, adalah yg akan dengki, busuk hati main sihir bagai. Tak takut langsung dosa dan azab 😓

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.